WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, December 31, 2010

jom ubah kita punya perangai :D

HAPPY NEW YEAR !
HAPPY NEW YEAR !
HAPPY NEW YEAR !

hah ! amacam ? meriah macam kat dataran merdeka tak?
eleh mana ada meriah kat sini ! nak tipu je kalau ada yang cakap meriah tu ;p
first of all umum tau kan hari ni kerjaan bagi cuti kat semua pekerja kan
cuti umum la katanya!
tapi aku tak dapat cuti pun . kena kerja macam biasa
tapi yang bestnya dapat cuti ganti bila bila masa sahaja sebagai bonus untuk hari ni
HAHA
not bad lah kan :D
lepas tu tadi masa nak balik memang ramai gila kat bandar tadi
ohh jelous je tengok diorang hang malam malam ni countdown new year
T_T sob sob
tapi apa nak buat aku takde kawan nak ajak hang. biasalah semua macam dah hilang XD
tapi takpe lah layan bunga api kat TV2 tadi
rasa jugak lah semangat tu. AHA
aku rasa tahun depan macam nak sambut kat KL lah kalau dapat peluang belajar kat sana
pheh gila teruk azam baru aku ni kan . HAHA XD
okay lah guys. mata aku pun dag berpinar pinar ni sebab kerja lebih masa tadi
penat sangat layan customer yang macam macam kerenah tadi
see you all ! ^^

☆ ☆░░ Happy New Year !! ░░░☆☆

☆☆♥░▓▓▓▓▓░░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓░░░░▓▓░♫░░☆

☆☆░░░♫░░▓▓░░▓░░░░░▓░▓▓▓░░░▓▓▓░♥☆☆

☆☆░░♥░░░▓▓░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░ ▓░♫☆☆

☆☆░♫░░▓▓░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆

☆☆░░░▓▓░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♥░☆☆

☆☆░♥▓▓░░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆

☆☆♫░▓▓▓▓▓▓░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓▓░░░▓▓▓ ☆☆☆

goodbye 2010 ! welcome 2011 !
semoga apa yang belum dihajati pada 2010 akan dipenuhi pada 2011.
amin :)

semoga tahun 2011 menjadi tahun 'baru' bagi semua perkara
buang diri kita yang lama dan lahirkan diri kita yang baru
INSHALLAH :)

Wednesday, December 29, 2010

HANTU KAK LIMAH BUAT AKU SENAK

dah pukul 12.11 tengah malam masa aku menaip post ni
HAHA gila kentang malam malam otak nak tidur aku still nak post blog
okay semalam(29/12/2010) aku off day kerja
so decide la nak keluar jalan jalan kat bandar dengan member
mana taknya masa kerja tengok budak budak merayap kat bandar pakai baju lawa lawa so jelous la sebab dah lama tak keluar bandar
mesej fazil ajak pergi bandar. oh lupa fazil adalah kawan aku. HAHA
dah confirm nak keluar so dress ah se-handsome-nya kan. kitorang naik motor je takde duit nak buat tambang bas RM1.80 . HAHA
lepas tu jalan jalan kat mall . then gedik ajak fazil singgah parkson tempat aku kerja
ops kantoi aku kerja kat parkson. HAHA
aku saja je nak jalan kat situ konon nak men-jelous-kan kawan aku yang tengah kerja
jumpa kawan kawan kerja semua tanya aku off ke hari ni
bangganya dapat jalan jalan kat tempat yang aku dilarang pergi masa kerja kat situ
tengok baju. fuhh lawa lawa siot. tunggu gaji mashuk lah nak beli. HAHA
then masa tu taktahu nak pergi mana lagi kan
so try usha kat luar ingat nak pergi makan .tapi hujan pulak !
ternampak pulak wayang hari ni, RM5 je kau tahu wayang hari ni
so ajak fazil tengok wayang.
kau tau cerita apa ? cuba teka . HAHA :P
okayokay HANTU KAK LIMAH BALIK KAMPUNG RUMAH
sumpah gila funny ! kelakar ! seram pun kitorang ketawa dalam panggung tu
sampai nak terkencing punya ketawa. HAHA gila tak senonoh aku ni ;p
aku sarankan pergi la tengok . sure takkan menyesal ! :D
lepas dah habis tengok wayang ingat nak balik je kan sebab hujan pun dah redha
kau tengok sampai makan pun kitorang lupa gara gara hantu kak limah punya fasal
HAHA tapi takpe makan kat rumah je
masa aku dengan fazil pergi kat motor,kau bayangkan apa yang kami nampak ?
asyik asyik soalan kan. haih boring eh ? HAHA
okayokay helmet kitorang bertakung air hujan
kau bayangkan . taknak tergelak pulak kan bila tunggang helmet tu keluar air
lagi lagi masa pakai,meleleh je air tu keluar macam baru lepas terjun kolam
lagi lagi masa tengah tunggu lampu isyarat tukar hijau,meleleh air tu keluar
AHA sumpah kelakar gila hari ni. fun and tak fikir langsung pasal kerja
eh eh hari ni(30/12/2010) aku kerja la. full pulak tu
mesti yang off hari ni ketawakan aku sambil jalanjalan kat depan aku dengan baju jalan dia tu
HAHA ADA AKU KISAH ? :p

Tuesday, December 28, 2010

cuba lah guna otak kalau nak warning

bukan main lagi orang indonesia berbalah pasal bola ni
tak habis habis sampai dalam facebook pun nak gaduh
itu la perangai bila looooser tak boleh nak terima kenyataan
diorang fikir pasukan diorang terrlalu bagus sampai kan TAK LAYAK untuk kalah
dah kalah dah la, accept it
ni tak siap nak menghina nama MALAYSIA. macam rakyat ni takde maruah kau nak hina hina
kalah menang adat permainan kan. kalau taknak kalah tak payah masuk main lah kan
adoiii +.+'
paling aku pelik bila aku baca surat khabar metro selasa 28 disember 2010
muka depan tu beb ' COLI JUPE LAWAN LASER MALAYSIA'
pheh tajuk mengancam beb ! HAHA
si jupe ni pun satu
siap nak ugut ugut pakai coli dia untuk serang malaysia balik
kata dia dalam surat khabar tu

'kata Julia,pemain malaysia akan diajar melalui cahaya laser,tetapi ia
lebih unik kerana dipancar dari coli khasnya.'
'kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser
biar buta semua mata semua pemain malaysia'

kau nampak tak dia dah ugut kat kita ?
takkan takde siapa nak ambil tindakan ? nak bagi pemain kita kalah ?
tolonglah jangan bagi si jupe ni masuk dalam perlawanan
takkan nak bagi dia masuk kalau awal awal dah bagi warning nak buat kekacauan ?
haiyarrkk aku tak faham lah dengan diorang ni
pasal laser tu pun nak kecoh macam kena rogol
padahal belum tentu rakyat malaysia yang buat
hah lagi satu ! sebelum kes laser ni jadi kecoh
kalau kau nak tahu RAKYAT INDONESIA yang buat dulu pancaran laser kat penjaga gol malaysia masa lawan kat stadium gelora bung karno
kalau tak percaya kau tengok la kat youtube,takpun kat paper metro 28/12/2010
kau nampak ? siapa yang main dengan gunung berapi dulu? HAHAHA
ada artis malaysia siap nak ugut ugut pemain indonesia ? ada ? ada ?
LU FIKIRLAH SENDIRI !

apa apa pun . PEACE Yo :)
semoga pasukan MALAYSIA menang
ALLAH AKAN MELINDUNGI KITA. AMIN

Sunday, December 26, 2010

lampu lip lap kat kereta & motor

Malaysia menang . semua blog opss kebanyakkan blog buat pasal bola ni
hee'eleh macam la kita tak de tv kan. HAHA :P
bagus la juga dorang buat,tunjukkan rasa cinta kat negara :D
habis indonesia kena ganyang! . HAHA

aku jelous sebenarnya ni
jelous dengan kawan kawan aku yang dah ambil lesen kereta
aku pun nak ambil gak,tapi memandagkan fulus pun nyawa nyawa ikan
so kena la kerja dalam sebulan then terus daftar ambil lesen .
masa tu aku nak mendabik dada . HAHA :D
gila kau!, jangan niat jahat ,nanti Tuhan tak makbulkan doa baru tahu. =='

actually aku nak tanya sikit
apa guna lampu signal kat motor dengan kereta ?
buat hiasan eh . atau buat lampu lip lap untuk hari raya ?
aku geram dengan sesetengah pemandu ni
bukan reti nak bagi signal kalau nak belok ke kiri ke kanan
yang dia tau belok sukahati makbapak nenek dia je
kalau masa tu exident or kena langgar bontot ke tau pula nak melalak kat situ
kalau kejadian ni berlaku kat aku, memang aku tampar je pemandu tu
tak kira la lelaki ke perempuan ke pondan ke
lagi lagi yang jenis nak cari salah orang lain,memang mati kau kat situ
HAHA ambil kau aku marah gila lah dengan orang macam ni
dah disediakan lampu signal bukan tahu nak guna
bodoh tahu orang macam ni ==' memang minta maki
emosional plak aku malam malam ni. haiyarkkkk !
esok aku kerja lah,nasib baik morning . so boleh balik pukul 4.3o. HAHA :D

Saturday, December 25, 2010

post minta sesuatu :']

tak sangka kan kerja kat pusat beli belah pon busy macam big boss
HAHA XD
tak menyempat nak update blog ni
kesian dia seorang seorang kat sini
siapa sukapaksa nak temankan blog aku hari hari ? HAHA ;p

okay lah aku post ni pun pukul satu empat puluh sembilan pagi
amik kau ! ;p
kepada yang follow blog ni aku ucapkan terima kasih banyak banyak
mmuaahhhx sikit ;} tapi kalau aku tak sempat nak follow jangan marah . hehe
A[as]S[soon]A[as]P[possible] okay aku follow balik
bagi yang tag award dan contest jangan frust pulak aku tak buat
actually tu semua aku buat kat blog second aku . kau dah tahu blog 2nd aku?
apa ? tak tahu? sampai hati T_T.
ni hah blog second aku. jenguk and follow tau :\ INI BLOG NYA

sedihnya tak dapat layan cerita he's beautiful kat tv8 :'(

Wednesday, December 22, 2010

dari school boy ke worker

tolong bagitahu aku kerja mana yang nampak mudah untuk dibuat ?
tiga minit dari sekarang! HAHA

hari ni genap sudah dua hari setengah aku start kerja kat _ _ _ _ _ _ _
fuhhh macam macam ragam manusia aku dapat tengok
dari yang peramah sehingga lah yang sombong tahap gaban
kalau yang peramah tu sejuk je hati aku tengok
tapi jenis yang sombong susah nak senyum tu aku rasa macam nak ludah je kat muka dia
HAHA opsss :P
mula mula start kerja tu aku rasa macam janggal je
sebab mulut aku yang talkative ni tiba tiba macam kena mangga dengan duapuluh kunci mangga
kau bayangkan betapa diamnya aku kat situ sebab tak kenal seorang pun melainkan kawan aku
sepatah orang tu tanya,sepatah aku jawab
then aku diletakkan kat tempat yang memang memenatkan
kat situlah alas kaki,kain tuala,alas meja,cover peti sejuk dan banyak lah
pheh jenis customer yang memang macam nak buli aku
HAHA dia dah tengok barang barang macam kain tuala kat situ siap ukur ukur kat badan
lastlast bukan dia beli,boleh letakkan kat situ je
so aku lah yang kena lipat then hachum hachum kat situ. HAHA
tapi akak supervisor aku memang gempak habis ah . seronok aku duduk situ
plus dengan budak budak lama kat situ yang suka loyar buruk
habis kantoi sifat ketawa aku yang hodoh tu bila ketawa macam orang nak mati
memang best lah kerja walaupun agak penat . heeee~

Monday, December 20, 2010

kau ada adik macam ni?

AMARAN KERAS !
pastikan anda bukan dari golongan wanita mengandung,makcik makcik yang sakit jantung,pakcik pakcik yang ada kencing manis atau budak budak yang suka muntah hijau
untuk membaca post yang aku buat ni
HAHA
-
-
-
-
-
-


HAHA senak tak perut kau baca ?
perut aku bukan setakat senak , usus kecil dengan besar berbelit dah ni
HAHAHAHAHAHAHA
gila ah beb. anak anak sekarang. adoiyaiii =='
tapi memang kelakar gila vavi ah XD

Sunday, December 19, 2010

KOREA HARI INI

SNSD/GIRLS GENERATION
SUJU/SUPER JUNIOR
2PM
siapa yang minat korea stay tuned
tapi yang tak suka sila keluar sebelum menanah mata baca . HAHA

sekarang ni fenomena korea kankan
sampai kan kalau nampak iklan salah seorang artis korea kat tv sanggup tengok tak kelip mata
kan? jangan tipu sebab aku pon sama. HAHA
mesti ada sebab kan kenapa tiba tiba fenomena korean pop meluas gila vavi ah kat m'sia ni
baik yang kecik mahupun besar gedabak . dari yang muda sampai ke tua lelaki perempuan semua sama layan k-pop . meleleh air liur tengok dorang nyanyi kan . :P
mari sini aku bagi tahu kenapa benda ni sampai memang gila ah kan
sampai kau tengok cina cina pon dress up macam nak apa tah,huh !
tapi melayu okay okay la macam aku . lalalalalalala~

1.RUPA
kau setuju tak kalau aku cakap muka artis artis korea ni jambu gila vavi ah
muka bersih tanpa cela takde jerawat
muka boleh kata ada komersial la
jual kat pasar malam pun kena letak harga beribu . HAHA
habis la spesies spesies dua alam berebut kalau dapat salah seorang artis korea ni
kena kekah . XD
kalau yang perempuan lak fuhhh comel gila bafak
bila kenyit mata pheh cair siod . HAHA
yelah muka takde jerawat kan plus suara macam kartoon comel je :)
mana taknya ramai yang minat.alih alih yang normal jadi lesby . ops :D
2.TUBUH BADAN
kau pernah tengok klip video group group popular ni tak tunjuk body
ala kalau yang jenis malu tunjuk lengan je tu pon berketul ketul
dalam banyak banyak ahli,mesti ada yang sengaja tunjuk body yang tegap sexy tu kan
pheh mana tak cair wanita wanita kat sini
dah lah muka cute plus badan tegap
kalau dapat memang kena kekah lah kau. HAHA :P
tapi bagi yang keding tu setakat jual muka boleh la kankan ^^
kalau perempuan pula jenis badan flat je
kau tengok kumpulan SNSD badan semua cantik je
takde selulit kankan. HAHA
tergoda aku tengok. :P
siap pusing pusing tunjuk perut dorang yang flat cantik tu . HAHA
mana tak cair hati hati jejaka kat malaysia nii
dalam hati ada taman !:P
3.JENIS LAGU
jenis lagu dorang ni bukan jenis yang mendayu dayu buat orang tidur
fresh tau ! siap ada tarian semua tu
lagu dorang rancak and sedap telinga dengar walau tak faham sepatah haram dorang sebut
takpe pakcik google kan ada HAHA
kalau yang jenis cintan cintun pon tak boring dengar sebab dorang ada tarikan tau dari segi bahasa,muzik,tarian. memang gempak gila la wey !
kalau yang jenis sedih pula memang tangkap feel la !
senang kata memang syok ! :D
4.LAKONAN DALAM DRAMA/FILEM
dah tengok princess hours?boys over flower?full house? paling terkini kat tv pun citer he's beautiful
kau cuba tengok gaya lakonan dorang
mengancam beb. HAHA
kalau part happy memang gila happening ah
kalau part sedih memang banjir ah rumah kalau jenis rumah macam pawagam
kalau yang romantik pula aku tak tahu nak cakap la.kang salah cakap mampos kena saman . HAHA
bak kata makcik aku 'secukup rasa,seindah biasa' XD
aku memang takkan ubah siaran kalau tengok filem/drama korea
sebab gaya lakonan dorang memang tangkap feel aku la beb
kalau dapat berlakon sama kan best . :)

tu lah 4 faktor yang setahu aku sebab utama tiba tiba korea fofular gila vavi *felat*
tapi tapi Tuhan dah cakap kan semua manusia tidak sempurna
kau fikir artis artis korea ni lahir lahir je dah muka jambu comel ?
opss kau salah kau salah
tak semua artis korea ni muka macam sekarang masa dulu dulu
ada yang hodoh,hidung penyek,muka penuh jerawat,gemuk
tapi sebab kan nak popular ada yang sanggup buat pembedahan plastic semata mata nak bagi hensem cantik
selalunya lelaki lebih kepada memancungkan hidung,membetulkan posisi dagu
kalau perempuan surgery plastic bagi mantap apa yang tak mantap. HAHA lepas tu kasi licin muka
kalau kau pakai khidmat pakcik google tengok muka muka beberapa artis korea masa dulu dulu mesti kau terkejut beruk punya la.
haih taknak cakap la kau search sendiri ^^
okay lah banyak gak aku menaip hari ni penat sei nak taip. HAHA takpe takpe
sharing is caring kan :)

p/s: kalau ada salah sila beritahu saya okay :)

Friday, December 17, 2010

aku ternoda. sob sob sob

urghhhh! hari sabtu yang bosan
okay tak tajuk tu kalau aku letak dalam karangan bahasa melayu tingkatan 5
eheh kau dah habis sekolah aliff! jangan nak menggedik pula !
ohh nak mencarut sikit boleh tak ?
apa ? tak boleh?? kenapa ???
oioi ada aku kisah ? HAHA :P
kau dah baca kan entry semalam aku post tuh
apa ? kau tak baca lagi? sedihnya hati aku ! nak pergi sini !

okay? dah baca ? wahh bagus bagus good dog friends ! :p
yeah aku tulis konon tak pegang arak kan? katanya !
tapi tapi kau tahu tak aku kena pegang arak tuh juga
uwarghhh uwarghhh aku sudah di nodai . aku sudah tidak suci
masa aku angkat cawan berisi red wine nak bagi kat customer menggigil tangan aku tahu
cuak jatuh kena baju aku je
masa tu aku istighfar banyak banyak mohon di ampun kan dosa
aku mana tahu kena paksa angkat minuman tu
kan ramai amoi amoi apek apek kenapa aku juga yang disuruh T_T
dah dah taknak cakap panjang panjang aku nak kerja kat parkson je
hotel tu sebagai part-time tu pon kalau ada event
kau jangan ikut jejak langkah aku tahu!

eh kau orang yang baik hati tu kankankan
click la nuffy aku. HAHA :P
ini bukan minta simpati ini minta penyepak ada la
before aku makin mengarut plus mencarut baik aku tutup entry ini dengan bismillahhirohmanirohim

setuju tak aku cakap facebook makin bosan ?

Thursday, December 16, 2010

mood: kerja !

sebelum aku makin busy dengan kerja
baik aku update blog ni

first of all aku actually dah dapat kerja yang aku minat
guess what ?
okay okay aku dapat kerja sebagai waiter kat hotel
haha
sebelum aku apply kat hotel ni aku apply kat parkson
macam biasalah kena interview dulu
dahlah ni first time aku kena interview
agak nervous lah kan tunggu turn tuh
sampai aku nak terkencing pon aku tahan
HAHA pheh gila tak senonoh ;p
then aku masuk la dalam bilik interview
bagi salam then duduk and isikan form yang tak lengkap
fuh fuh agak seram gak berdepan dengan si peng-interview tuh
HAHA
masa aku kenalkan diri sambil berceloteh dia cakap aku ni aliff aziz
ohh dia cakap sebab nama aku kan ALIFF bukan sebab muka aku sama =='
lepas tuh yang agak tak boleh nak pergi dia suruh aku nyanyi lagu aliff aziz
kau bayangkan dalam keadaan kau tengah tahan nak terkencing tiba tiba suruh buat benda pelik . HAHA
then aku pun nyanyi lah lagu 'sayang sayang' .tuh je yang aku ingat
dia boleh cakap aku ni kuat bercakap . oh memang aku ni suka bercakap aka kepoh HAHA
lepas tuh dia tanya lah pasal kerja cashier dan sale assistant tu ape kan
aku dengan gagap nya try la kaitkan dengan apa yang aku nampak depan mata kerja tu macam mana
then dia angguk angguk je. tak tau la kalau betul ke tak kan . HAHA
lastly dia cakap aku dapat kerja sebagai sale assistant
okay lah kan . tapi aku suruh KIV dulu sebab aku nak apply kat hotel dulu
dia cakap okay and kalau kat hotel tak dapat call sana kalau ada kosong aku dapat kerja
lepas tu bye bye lah .
esoknya aku try la pula apply kat hotel sebagai waiter
lepas isi borang then cakap cakap sikit macam interview lah terus dapat kerja
ohhh sangat murah rezeki aku. ALHAMDULILLAH :)
esok aku dah kena start kerja pukul 5petang sampai 12tengah malam
okay itu masa aku online . HAHA so terpaksa la online pagi kan
tapi yang aku takut kan kan
hotel ,mesti lah ada minuman keras kan
so aku try tanya sana sini pasal hukum tu
agak takut sampai aku rasa macam nak menangis . hehe
then akak kat hotel ada mesej aku cakap jangan risau orang islam takkan pegang minuman tu sebab ada non-muslim yang handle kan
alhamdulillah ! aku harap Allah sentiasa melindungi aku . AMIN ^^

eh eh for your information aku minat sangat kerja waiter ni. hehe so takkan aku nak tolak kalau rezeki depan mata . insyaAllah semua will be okay

p/s: cerita ni bosan kan? sorry la

Sunday, December 12, 2010

aku bukan playboy nak 400 buah hati


*tepuk tangan kuat kuat*
tahniah kepada syera sebab jadi follower aku yang ke-400
oh sungguh tak sangka dah 400 follower aku kankan
untuk yang follower sebelum ni pon aku ucapkan terima kasih banyak banyak sebab follow
kasi muaaaah sikit ! :*
actually si syera ni budak satu sekolah aku juga . opsss ex sekolah sebenarnya
kenal juga la syera ni
satu istana sekolah . HAHA
actually aku kekurangan mood lah nak taip entry
padahal aku banyak cerita nak taip nih
tapi setiap kali aku nak tulis mesti mood tu hilang pergi mati =='
huh terpaksa lah meng-draft-kan dulu post tu
post ni pon aku just nak ucap tahniah je
padahal mood tak seimbang nak tulis
HAHAHA
okayokay aku sedang mencantikkan blog aku yang cute mute ni
kasi eye shadow,lipstik, blusher sikit . ohh kantoi blog aku female . HAHA
aku saje bagi jantina blog aku ni female sebab dia setia mendengar masalah aku
sayang kau blog! :)
babai ! ^^

Friday, December 10, 2010

aku jadi kuih tak masak

pemberitahuan!! singgah la my second blog and do follow okay ^^





hah! ketawa ea
amboii bab ketawa nombor satu ye ! HAHA
ohh aku pun tak boleh nak menahan ketawa lepas tengok gambar ni
habis aku kena suprise dengan kawan kawan aku
ni semua idea haiqal . haha kau memang pandai berlakon kan ;p
then semua orang attack aku dengan helmi sebab birthday kami baru je lepas 8/12&6/12
ops lupa nak bagitau tarikh kejadian 9/12
mula mula helmi yang kena dengan dorang
aku dengan muka tak berdosa tengok je lah sambil ketawa ketawa tengok dia kena attack
then si nuar boleh cakap 'serang' sambil baling belon air kat aku
terkujat aku HAHA then kena lah attack dengan mereka mereka
ditambah perisa si haiqal boleh baling tepung kat aku
HAHA kau bayangkan bila tepung+air jadi apa
habis melekit baju ,rambut,seluar aku
lari macam baru lepas kena rogol HAHA tapi hampeh makin kena attack
menjerit sana menjerit sini ketawa macam pontianak lepas keluar penjara
ohh siot la mereka tak bagitau nak buat . kalau tak aku pakai baju buruk buruk. :p
eh eh kalau bagitau tak namanya suprisee kan. HAHA XD
by the jalan memang superB lah korang ! aku sayang gila kat korang!
first tima aku kena macam ni. ohh terharunya. :)
lepas ni aku mesti rindu nak kena lagi. huh kena tunggu masa dekat U la kan
:D
and and kepada anda. ada pengalaman macamnni? saya ada HAHA :P

p/s: facebook penghubung ikatan bersama XD

credit to : azri . hazim . khairul . haiqal . syazani . anuar . govin . hariz . zulhani . mas . myza . atul
wada . yus . athirah . pikah . wanie . dayah[J] . ija . khairiyah . farah . izni . sya raihan . intan . zue nadia .

Thursday, December 9, 2010

tanggal 9 haribulan.bulan sebelas dua ribu sepuluh.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
hoyeeah ! hoyeeah !
HAHA akhirnya perjuangan aku dah habis
cuma tunggu masa ambil result je nanti
bye bye sch i'll miss you! XD *ini aku tipu*
tadi baru nak plan bergambar depan pintu gerbang istana
tapi last last hujan turun dengan mencurahnya sedih kami nak tinggalkan istana tu agaknya HAHA
and tak jadi la nak bergambar semua tu
cuma tunggu masa jamuan last year sabtu ni
kasi gempak! XD

pheh tadi paper account objective senang aku boleh goreng dapat la 36 betul
tapi part paper two yang slect ! heh
aras tinggi tuh. kau bayangkan aku terkiyal kiyal nak faham soalan
dah la soalan dia macam soalan taknak bagi aku jawab
kalau tak dapat A aku nak salahkan soalan tu. HAHA
moga moga la aku betul semua. AMIN ^^
btw btw nak ke jawapan objective account? macam malas la nak bagi
request la kalau nak yee.. *winkwink*

takde cerita menarik cuma aku nak online facebook ! nak nak nak HAHA
nak approve semua request . nak canang satu malaysia aku dah merdeka
aku kecoh? peduli hape !
babai!

p/s: hari ni last pakai baju sch.last kacau kawan sekelas.last jalan kaki dari sch.last belajar dalam class . will miss it ^^

Wednesday, December 8, 2010

☺ Lina Birthday contest


-Be my follower.Memudah kan you all nak tahu bila lina announce winner
-This contest about picture..so show picture yang you all rasa cool, cantik,comel, handsome, unik or anything yang boleh tarik perhatian juri..(you become a model or you become a photographer)tak kesah..yg penting gambar tu you all punya k :)
-Tag 3 orang
-Tinggalkan link entry kat comment
-Tajuk entry Lina Birthday contest
-Letak Banner contest ni kat sidebar tapi kalau taknak letak pon tak pe :)

aku pertaruhkan gambar ni
aku tak lah se-hot you all yang letak piccas yang hot hot . HAHA
cop cop sepatutnya it be 'ALIFF HAIKAL BIRTHDAY CONTEST"
HAHA yang ni aku gurau gurau je :P
yelah kan birthday boy! today is happy day. XD

tag tooo:
1. aida
3. huda

Tuesday, December 7, 2010

☺jawapan objektif PERDAGANGAN SPM -10-

sebelum kita melangkah lebih dalam . cewahhh HAHA
aku nak say thanks a lot kat mereka yang wish birthday aku
happynya kawan kawan aku still ingat birthday aku.. sayang mereka !
and yang paling sedih tau, budak tu tak wish pun birthday aku kat sekolah tadi
dia wish dalam handfone je. ohh ini sangat sakit hati! closed !
happy birthday yang ke-17 ALIFF HAIKAL
semoga kau success dalam hidup
tercapai segala cita cita dan cinta
semoga panjang umur dan murah rezeki
and and semoga spm dapat 9A ! amin
lets begin ! jawapan to answer perdagangan kertas 1
aku dapat 32 je. kau ?

1.A/ 21.C
2.C/ 22.C
3.B/ 23.C
4.D /24.C
5.C/ 25.A
6.B/ 26.B
7.C/ 27.C
8.A /28.D
9.B/ 29.D
10.B/ 30.D
11. D/31.D
12.C/ 32.C
13.D/ 33.D
14.A /34.B
15.A /35.A
16.D /36.B
17.A/ 37.D
18.B/ 38.B
19.C/ 39.B
20.A/ 40.A

*Sumber jawapan dari guru sekolah aku*

☺ post sebelum hari tua


detik jam 12 malam owner blog ni akan tua
HAHAHA LOLz

post saat saat akhir aku muda . KAHKAH macam apa tah kankan :P
as u know. kalau yang taktau tu,sedihnya aku T_T
esok 8/12 adalah birthday aku
wottt wott and for your information aku la paling muda dalam class aku tu
HAHA budak kecik lagi aku ni :P *tak la kecik mana * haha
hari ni secara rasminya aku online mukabook
haha gedik kan cakap nak tunggu sampai habis spm katanya
tapi aku rasa macam takde faedah kot aku tak online facebuku kalau blog aku online
masih guna internet kan? HAHA
so aku dengan rasminya online fb tu and and aku nak cakap yang aku terkejut monkey tauk!
request friends yang aku dapat ........ cuba teka ??
142 friends request ! OMGOMGOMG
first time kot aku dapat req macam tu
fuh fuh fuh tampar pipi aku banyak kali sebab tak percaya
ouchh sakit tauk! HAHA
tapi aku malas nak accept tunggu la aku habis spm betul betul
baru aku accept semua request tu
macam malas pula nak accept. HAHA
aku fikir nak tunggu lama lagi bagi banyak banyak :P
kawan kawan aku yang kat facebook tu siap buat party menyambut aku lagi *ini aku tipu*
aku sakan sekejap macam tak pernah jumpa facebook bertahun tahun padahal baru 5minggu tak online. HAHA kan dah kena hantu facebook kau :P
then aku tengok facebook dah tukar muka baru kan kan kan
ohhh aku nak cakap yang muka baru tu TAK LAWA tau!
hodoh hodoh haha . serabut sikit laaa tengok
aku taknak lah tukar muka baru tu . hish tak lawa XD
biar lah orang cakap aku kuno ke hape ke . ada aku kisah?
aku siap pakat ramai ramai dengan kawan facebook aku jangan tukar muka baru tu
mogok mogok . HAHA ;p
dah lah aku malas nak taip panjang panjang
bubye !

p/s: menunggu yang tersayang wish birthday aku . HAHA :P

saksikanlah muka muda aku ni. HAHA





Monday, December 6, 2010

☺ langsaikan hutang !

first award dari misz tieya
1) Thank and link back the person who gave you the award.
THANK YOU lawa award ni ^^
2) Share 7 things about yourself.
-lelaki-
-baik-
-tak hensem-
-suka bercakap-
-suka ketawa-
-suka gosip-
-suka HAHA HAHAHA HAHAHA-
3) Pass it along to 7 blogs you've recently discovered and enjoy.
akan diterjah !
4) Leave your recipients a note, telling them about the award.
XD
second award from lebly. thank you. kamsahamnida !
soalan dia sama dengan first award. HAHA
so malas nak taip bebanyak ^^
eh eh comel la minnie tu XD
ke-third award ni di beri oleh sys farah comot :P
sebab aku follow blog dia yang comel comel tu
hehe ^^ and thanks yah !

Sunday, December 5, 2010

ambil masa dan baca ini !

  • jangan bosan ketika membacanya ! WALLAHUALAM
  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahu.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
    ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
  • 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  • Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
    ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
    ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
    ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
    (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

  • Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
  • sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
    ① Sedekah/amal jariahnya.
    ② Doa anak²nya yang soleh.
    ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber : my Airul
+ AMAL IBADAT. - MAKSIAT. X DOA n TAWAKAL.
supaya boleh tersenyum di akhirat kelak
amin :)