THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, July 6, 2013

SIAPA CAKAP AKU BUDAK PANDAI?

Siapa cakap aku budak pandai ? Puji sana sini, cakap aku pandai lah, bijak lah, pelajar cemerlang lah. Wuuuu tak pernah aku impikan pujian macam tu, tapi terima kasih pada yang memuji. Pujian korang, satu doa :)

Tapi, aku ni budak pandai ke ? 

Bila aku duduk termenung, baca komen kawan-kawan kat facebook, twitter, instagram ada lah beberapa orang puji aku ni budak pandai, then aku teringat waktu dulu siapa sebenarnya aku. Rasanya, aku nak cerita lah kat korang sebenarnya, aku ni siapa dulu. Gila macam retis kau nak story kisah silam. Kisah? :p

Aku ni anak seorang askar, biasalah kan kalau dah nama askar kalau tak berpindah randah memang bukan askar. Aku lahir kat pulau pinang, tapi aku membesar kat sabah sebab dari kecik ayah aku dah dipostingkan ke sabah sampailah aku darjah 2. Masa sekolah kat sabah, aku bukanlah jenis pelajar cemerlang. Aku bergaul dengan budak-budak yang suka main-main. Waktu rehat je mesti aku takkan pergi kantin sebab aku dengan kawan-kawan aku akan pergi lari-lari kat padang lah, sekitar sekolah lah, kacau budak lah dan sebagainya. Jadi, pelajaran aku memang kelaut. Aku tak pandai, selalu kena denda sebab banyak fail, tak siap kerja sekolah, gaduh dengan kawan kelas. Hehehe nakal jugak aku dulu kan. Pernah aku paksa kawan aku jilat gam air yang kita guna untuk tampal-tampal kertas tu, bila dia jilat habis aku kena ligan sebab aku cakap gam tu sedap macam gula-gula. HAHA dahlah yang aku kenakan tu perempuan, habis kena ligan satu kelas last-last aku dengan dia kena berdiri atas kerusi sebab buat kelas kecoh. 8 tahun jugak aku duduk sabah, 8 tahun tu jugak lah ulang alik balik semenanjung kalau time raya. Rindu nak naik kapal terbang :")

Masa umur aku 9 tahun, ayah aku kena posting ke Perak pulak. Bila dah lama duduk sabah, tiba-tiba kena pindah perak, memang janggal dan rasa tak seronok time tu. Kalau kat sabah duduk dalam kem, tapi kat perak kena duduk kat taman. Taman apa entah dah lupa nama. Hehe . Masa sekolah kat perak, aku pun bukanlah budak pandai, exam pun ada kantoi jugak. Lagi-lagi jadi mangsa buli kat sana, yelah badan dahlah kecik masuk kelas belakang-belakang yang rata-rata budak nakal. memang kena buli lah kan. Ingat lagi waktu pendidikan seni, kelas aku time tu kena buat lukisan guna gam uhu dan batang mancis. Dah cantik-cantik aku buat rumah, pokok kelapa, gunung tiba-tiba ada budak rampas lukisan aku tu then pijak then dia rosakkan lukisan aku. Masa tu, aku sorang dorang ramai. Taktahu nak buat apa, diam jelah sampai lah cikgu datang cikgu tengok lukisan aku tak siap lagi then kena lah denda. Kena berdiri depan kelas pulak tu, bapak diaaaa bengang pulak time tu. Hahaa Konghaja kau pembuli, sekarang aku dah besar kalau aku dapat korang aku lenyek-lenyek korang. Hahaa Tapi aku baik, tak dendam (evil laugh) Aku pernah tak datang sekolah 2 bulan sebab aku kena penyakit misteri sampai kan pelajaran aku memang terjejas teruk. Haritu, masa aku balik dari sekolah tiba-tiba aku terbau sesuatu yang wangi, bila sampai rumah aku jadi pening dan terus demam. Sebulan jugak demam aku tak baik-baik, dan 2 hari aku kena masukkan dalam wad. Masa aku dalam wad, ada kejadian misteri berlaku kat aku. Arwah Nenek yang jaga aku, satu malam tu aku tidur atas katil tapi esoknya bila aku bangun aku ada kat tempat lain. Puas nenek aku cari, tiba-tiba ada nurse hantar aku kat nenek aku, sampai sekarang benda tu masih misteri. Masuk wad pun masih tak okay demam aku, lastly mak aku bawak aku balik penang dan bawak pergi berubat. Bila bawak berubat, sebenarnya memang ada sesuatu yang kacau aku. 2 bulan beb aku kena kacau, 2 bulan tu jugak pelajaran aku terganggu. Takpe, itu semua takdir Allah. Tak lama aku duduk perak, tak sampai setahun kena pindah pulak ke Johor, sampailah sekarang.

Sekolah rendah kat Johor ni, darjah 6 aku kelas yang terakhir. Aku kelas yang ke-6 dari 6 kelas. Hahaa gempak tak ? Aku dah biasa dengan perangai segelintir manusia yang pandang rendah kat budak-budak kelas belakang, termasuk cikgu sendiri. Result UPSR aku pun cukup-cukup makan je, aku memang tak menaruh harapan yang tinggi pun untuk pelajaran aku sebab aku sedar aku siapa. Zaman kanak-kanak aku pun banyak sangat aku main-main, so terima jelah kan.









Sekolah kebangsaan aku sebelah je dengan sekolah menengah yang aku sekolah, bukak tingkap kelas nampak sekolah rendah, terkenang zaman sekolah. Hahaa 

Aku pandai ke ? Aku selalu tanya benda ni kat diri sendiri. Kadang-kadang aku tak pernah nak percaya apa yang aku miliki sekarang. Itu lah, rezeki Allah :)

Form 1, aku masih aku. Masuk kelas ketiga dari lima kelas sebab result UPSR aku tak hebat. Form 1, aku kena lantik jadi ketua kelas. Tak ke haruuu masa tu, aku jadi ketua kelas ??! Hahaha Tapi alhamdulillah, aku laksanakan tanggungjawab dengan jayanya. Masa sekolah menengah ni, aku dapat nampak peningkatan sedikit demi sedikit dari segi pelajaran aku. Sebab mak aku dah warning, aku takboleh ponteng sekolah kalau takde apa-apa alasan yang boleh buat aku kena ponteng kelas. Tapi satu habit aku, aku suka pergi sekolah lambat, muka aku memang famous dengan muka datang lambat. Bukan sengaja aku datang lambat, tapi aku terbangun lambat. Kadang-kadang aku betah jugak cikgu yang marah aku kenapa datang lambat, at least aku datang cuma lambat je. Hahaa berani kau dulu lawan cikgu. Naik form 2, aku dapat masuk kelas kedua, taktahu mungkin sebab aku dapat jadi ketua kelas yang baik kot ? :p Masa tu aku dah kenal ramai orang, dulu aku bergaul dengan budak-budak kelas belakang, tapi bila naik form 2 aku mula bergaul dengan budak-budak kelas depan. Takde beza pun kelas depan, kelas belakang cuma perangai dan sikap. Form 2 zaman aku pandai menganjing cikgu dan yang selalu kena adalah cikgu BI aku, kalau dia masuk kelas aku dengan kawan-kawan aku akan start ejek dia sampai dia akan marah kitorang, dia marah kitorang bukan takut tapi kitorang ketawa. Jahat tau aku dulu ejek cikgu Hahaa. Form 2 aku dah start keluar malam, merayap hujung minggu, berfesyen kononnya, jiwa remaja yang memberontak. Pelajaran pun masa tu dah entah kemana, nama je budak kelas kedua tapi belajar pun hampeh. Naik form 3, korang nak tahu aku masuk kelas apa ? Sampai sekarang, aku still takboleh percaya yang aku pernah masuk kelas pertama. Hahaaaaaaaa Masa form 3 aku dapat masuk kelas yang pertama youalls ! Start dari form 3 tu, aku dah start belajar betul-betul, dapat aku rasakan perbezaan pemikiran pelajar kelas pertama. Masa tu, aku perlu bersaing dengan budak-budak pandai. Mula-mula aku tak dapat follow cara dorang belajar, tapi lama-lama bila dorang bantu aku dapat jugak aku manage cara pembelajaran aku dengan baik. Form 3 jugak, aku mula tunjukkan minat nak belajar. Result peperiksaan aku pun, mula menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Masa tu pulun nak study untuk PMR and result PMR aku bukanlah result yang boleh dibanggakan oleh orang lain, tapi bagi aku sendiri bagi family aku sendiri keputusan tu suatu kebanggaan bagi mereka. Nak nangis masa tu tak sangka PMR aku  tak ada pun subjek yang fail :") Sungguh, Alhamdulillah 

Form4, dah kena start pilih untuk masuk aliran apa, since masa form3 aku budak kelas pertama rata-rata kawan aku dapat masuk kelas sains. Mulanya aku pun harap dapat masuk kelas sains, tapi untuk nama yang terakhir dipanggil masih bukan nama aku. Bila nama aku disebut, rupanya aku kena masuk kelas perakaunan. Masa tu, Allah je tahu betapa kecewanya aku tak dapat masuk kelas sains. Tapi aku kena berpijak pada bumi yang nyata, dengan result PMR sains dapat C, layak ke aku masuk kelas sains. 

Mula-mula, aku benci akaun. Tak pernah subjek akaun aku lulus sebab jiwa aku masih pada sains. Aku block diri aku dari menerima kenyataan aku tak layak masuk sains. Pelajaran aku merosot masa tu, tapi Allah tu maha mengetahui lebih dari aku. Sepanjang form 4, subjek akaun, add math dengan sejarah aku dapat warna merah. Dari awal tahun sampai akhir tahun aku tak pernah lulus tiga subjek tu. Hahaa 

Naik form 5, macam-macam usaha cikgu-cikgu aku buat untuk pastikan aku lulus semua subjek. Pernah kena denda atas kerusi sebab akaun gagal, pernah kena rotan sebab akaun gagal, pernah kena ulang jawab soalan addmath sebab gagal. Tapi Alhamdulillah, usaha yang cikgu-cikgu aku buat masa tu, menjadikan siapa aku sekarang. Start form 5, aku dah minat akaun. Aku belajar untuk faham apa tu perakaunan, add math dengan sejarah pun tak kurang hebatnya. Cuma satu kelemahan aku, aku tak suka membaca. Bila aku kenang balik kelemahan aku, rupanya hikmah aku masuk kelas akaun. Masa percubaan SPM, akaun aku lulus tapi addmath dengan sejarah masih gagal. Usaha dan terus usaha, bila aku ambil result SPM tahun 2010, aku menangis sebab aku berjaya kotakan janji aku untuk lulus semua subjek. 

Tahun 2011, aku dipilih masuk matrikulasi, ramai cakap aku pandai.... Hmm pandai ke aku ?




Sekarang, aku belajar kat UniSZA dan orang masih memuji aku pandai.... Hmm pandai ke aku ? 

Pada aku, pandai adalah suatu perkara subjektif. Aku bukan pandai dari kecik, masa kecik aku bodoh,pemalas,suka main-main. Mak ayah aku pun bukan orang yang masuk U, sekolah pun tak tinggi. Ada orang dari kecik dah pandai sebab ada yang mak ayah dia memang orang pandai-pandai. Pandai, bergantung kepada usaha. Kelebihan bagi yang dah pandai dari kecik, sebab tak semua dilahirkan pandai. Kadang-kadang kita kena fikir, apa matlamat kita bila besar nanti. Bila kita dah tersedar dari lamunan, cepat-cepat pasang niat dan usaha untuk berjaya. Ingat, tak pandai sekarang bukan bermakna kita akan kekal tak pandai, usaha dan rezeki dari Allah adalah pengubah segalanya. Tapi kalau kita sendiri malas berusaha, kekallah dalam kebodohan yang kita sendiri taknak ubah. Ingat, takde siapa boleh ubah diri kita lebih hebat dari kita sendiri yang ubah. Percayalah, sinar itu ada untuk semua orang cuma pintu mana untuk mencari sinar je berlainan bagi setiap orang. InsyAllah semoga berjaya rakanku :)

Terima kasih sebab sudi baca nukilan panjang ni. Hehee :)

Saturday, June 22, 2013

ORANG PERTAMA AWAK AKAN JUMPA DI UNISZA


Selamat Datang ke Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu!!

Dan sayalah yang akan anda jumpa sebelum melangkah masuk ke dalam UniSZA Kampus Gong Badak. Hehehe (Kalau kenal aku lah kan =B)


LOKASI: Pintu masuk UniSZA 




Malu pulak aku

Have a nice day

Friday, June 21, 2013

MAKA TERSEBUTLAH AL-KISAH...TOYYIB

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pejam celik pejam celik, wah dah habis semester II aku sekarang ni. Macam cepat yaa masa berjalan, ah pedulik apa aku cepat ke lambat ke janji aku dah habiskan dua sem dan tinggal 6 sem lagi. Dua sem ni pun dah buat rasa macam-macam dah. Penat pun ada. Tapi aku kena tekadkan semangat, kena habiskan jugak sampai ke penghujungnya, sebab takde jalan mudah untuk berjaya. So goodluck to meee =D

Kalau nak jadi pelajar akaun, semangat kena kental. Bukan jenis yang mudah putus asa dan paling penting kena kuat berusaha. Bila aku sendiri dah merasa dua sem dalam bidang perakaunan ni, boleh aku cakap bidang ni suatu bidang yang sangat tough. Kau kena kuat dan pasti sekali minat. 

InsyAllah, sekarang dah start cuti 3 bulan... Apa lagi, enjoy lah ! HAHA padahal cakap kat member katanya nak kerja lah konon padahal tak terdetik pun dalam hati nak bekerja, nak duduk rumah goyang kaki bangun tidur makan tengok tivi dan online. Like a boss gituhhh. Tapiiii awal-awal mak aku dah pesan 

''Nanti hang ambil tugas hantar dan amek budak-budak sekolah, mak nak rehat''

Jadi, mampukah untuk aku enjoy ? Hmmmmm 

Ahhh persetankan semua tu. Hahaa Dunia ini ahmad albab yang punya... *Gelak jin mata tuncit

Oh bytheway, nak share gambar-gambar sepanjang duduk Terengganu ni. Tak suka duduk diam-diam pergi makan popcorn layan runningman nuh...=p

First time merasa banjir dan first time banjir muncul dalam hidup dakuuuu! Kenangan paling takkan dilupakan, pergi kelas kena meredah banjir, nak pergi makan pun kena redah banjir. Will miss you encik Banjir. Haaaaha


Kalau nak pergi Jomheboh Johor, kena pergi JB dan perjalanan nak ke JB dahlah 2Jam. Tapi duduk terengganu, 20 Minit je dah sampai Jomheboh ni. Hehee Pengalaman pergi Jomheboh dengan classmates rasanya rindunya nak pergi lagi tahun depan. Jom tahun depan kita pergi ! =p

Sekayu Waterfall ! kelas kau nama omputih, kalau nama melayu dia Air Terjun Sekayu. Famous amous tempat ni dan memang jadi lokasi percutian mostly student macam aku dan kawan-kawan classmate, Boleh release stress woi. Korang kena datang. Best ! 

Rasanya macam aku tak pernah kenalkan roomate aku dalam asrama ni kat korang kan. Rasa macam belum..Rasanya lah. Hahaa Okay inilah roomate sepanjang semester 1 dan 2 aku kat UniSZA ni. Roomate paling baik, paling sporting, paling gila, suka buli aku, suka ejek rambut aku, stay night sama-sama tengok movie, suka kejut aku subuh, dan banyak lagi sukanya lah. Aku tak sangka, sekali lagi Allah kurniakan seorang roomate yang baik sama macam roomate masa kat matrik. Sungguh Allah nak jaga aku...:) Dan kepada dear roomates, sorry letak gambar kau dalam blog aku saje nak promote kau mana tahu boleh lekat jodoh ke. Hehee Thanks for everything ya and goodluck dalam pelajaran. Jumpa lagi sem 3 InsyAllah 

Masa ni lawatan ke USM sempena Accounting Professional Avenue, pergi dengan senior-senior dan masa tu betapa berharganya pengalaman ni sebab dapat timba macam-macam ilmu pasal dunia accounting. Semoga semuanya berjaya ! :_) Btw bukan dapat balik kampung sendiri pun masa ni sebab tak berkesempatan.. Sob Sob Sob T_T

Duduk Terengganu ni lah aku belajar makan Ikan Celup Tepung (ICT), Sotong Celup Tepung (SCT), Udang Celup Tepung (UCT), Keropok Losong, Ais Baju Jagung (ABJ), Nasi Kerabu kaw-kaw dan yang paling penting adalah Budu + Belacan !!! Ya Allah lapar pulak cakap pasal makanan. So kepada orang-orang luar Terengganu, come lah visit Terengganu dan pastikan anda merasa semua yang aku bagitahu ni. Hehee :)

Kelas aku dinamakan BAC 2, tapi ni adalah 1/3 Dari keseluruhan kelas sebab ramai tak turun masa photoshoot gambar kelas. Gerammmmmmmm! Tapi apa-apa pun benda dah lepas. Haahaa Sokay Sochill. Next sem ada lagi ... 

Pahit manis pengalaman, inilah yang akan mematangkan aku dalam segala tindak tanduk aku. Syukur Alhamdulillah :) Bytheway, korang nak tahu tak siapakah orang pertama yang korang akan jumpa kalau tiba-tiba korang pergi UniSZA kampus Gong Badak?? Nantikan entry akan datang =B 

Have a nice day 






Monday, May 13, 2013

Allah, kenapa UniSZA?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada yang kata , setiap doa kita kepada Allah ada dua cara Allah akan beri samada secara langsung atau secara tidak langsung dan samada cepat atau lambat. Rahsia Allah 

Dulu aku tak faham 

Tapi sekarang, Aku dah faham 

Dah faham kenapa aku dipilih untuk menuntut ilmu di sini, di Unisza 

Dua hari lepas, Unisza jadi tuan rumah untuk pertandingan futsal antara IPT. Jadi, banyaklah wakil dari IPT yang datang samada dari utara, selatan dan dari KL pun ada. Futsal terbuka untuk lelaki dan perempuan, jadi maknanya wakil-wakil pemain futsal ni ada yang perempuan, ada yang lelaki. Nak cerita, masa turun kafe untuk makan malam ternampak lah segerombolan kumpulan wanita dari IPT mana entah duduk lepak kat salah satu meja makan di kafe tersebut. Aku jadi janggal tengok situasi tu, janggal sebab apa ? Sebab bebas sangat berpakaian mereka tu. Maksud aku bebas berpakaian ialah, dorang tak pakai tudung, pakai seluar pendek dan mereka islam. Kenapa aku janggal? Sebab, sepanjang aku belajar kat Unisza, tak pernah nampak perempuan yang mukanya melayu agamanya islam tak pakai tudung. Maaf, aku bukan nak memuji Unisza. Tapi memang aku puji pun. HAHAHAHA  Hmmmmm Allah dah bagi kat aku sesuatu yang aku pinta selama ni. Selalu aku mohon supaya Allah bimbing aku ke jalanNya. 

Ada segelintir mahasiswa UniSZA yang merungut, komplen cakap UniSZA dah tak amalkan environment islamik, mungkin dia seorang yang memang...........*bunyik cengkerik* Tapi bagi aku sendiri, ya UniSZA masih mengamalkan environment islamik tu, mungkin mereka tak rasa sebab benda yang aku alami mungkin bukan benda baru bagi mereka. Mungkinlah :) 

Dulu

Dia pilih aku, dan letak aku dalam Unisza. Aku mengeluh, aku merungut, aku benci, aku marah. Kenapa aku tak dipilih masuk Universiti yang ternama di bandar-bandar besar. Kenapa aku perlu duduk kat sini, yang cuma ada Mydin Mall dan Giant Mall. Kalau nak tengok wayang, kena tempuh 2 Jam perjalanan. Tapi bila aku berdoa, aku minta Dia bimbing aku ke jalanNya. Dan, termakbul. Mungkin

Aku masih kurang sempurna, aku masih hina, aku masih kotor, aku masih sosial. Ya 

Tapi aku selalu terfikir, sampai bila aku harus jadi macam ni. Bukankah Mati itu pasti, dan macam mana kalau aku mati dalam kehinaan. Sungguh aku takut 

''Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri''

InsyAllah, suatu hari nanti......:)

Entahlah

Aku masih dalam pembelajaran, belajar apa ? Hehehehe adalah

Allah, kuatkan hati ini ya ! :)

Oh by the way, ada orang request suruh aku ceritakan dan tunjuk gambar2 pemandangan sekitar UniSZA. Hehehehe InsyAllah 

Ini kawan-kawan aku....Hehehehe 

Ada yang menyampah baca entry ni? Alaaa maaflah :( 

Friday, May 10, 2013

AHHH WHY U SO CUTE A ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada satu cermin, di balik tembok usang itu. Ada seseorang disitu, memandang tepat bayangan dirinya di dalam cermin tersebut. Tubuh badannya elok, rupa parasnya menawan, minda akal fikirannya waras. Dibelek-belek lagi tubuh badannya, tiba-tiba menitis air mata putih menyusuri halusan-halusan kulitnya. Lantas, diseka air mata itu dan terus dia bersyukur kepada Yang Maha Esa atas nikmat pemberianNya ini..

Jeleknya aku bermadah =P

Ya

Manusia itu tiada seorang pun yang sempurna


Alhamdulillah minggu lepas punya minggu punya lepas punya minggu, kelab ''We Care Malaysia Unisza'' yang dianggotai oleh aku telah berjaya buat lawatan ke rumah Kanak-Kanak Terencat Akal, Kuala Terengganu. Dengan sebuah bas Unisza dan 40+ orang, kitorang melawat kanak-kanak yang menghidap penyakit syndrom down kat Kuala Terengganu ni. Alhamdulillah Allah permudahkan 

Actually, waktu presiden kelab ni bagitau nak buat lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal dalam kepala otak aku dah terfikir budak-budak, yang comel-comel yang bagai semua tu. Tapi bila sampai je kat situ, aku agak sikit terkejut lah sebab bukan budak-budak yang ada kat situ, tapi yang dah berusia dan yang paling muda umur dia 18 Tahun. Actually, mula-mula tu aku macam agak kecewa sebab aku ingat budak-budak yang ada kat situ, tapi sebenarnya orang dewasa. Mula-mula lah . Tapi bila lama-lama kat situ, actually dorang ni walaupun dah dewasa perangai dorang masih macam kanak-kanak. Comeeeeel sangat dorang ni. Hehehehe. Melayan kerenah dorang boleh buat kita khayal tau. Betapa comelnya dorang ni :)

Walaupun dorang ni dewasa, perangai dorang macam kanak-kanak. Dorang bermain dengan dunia dorang je. Kita boleh nak berkomunikasi dengan dorang,tapi jangan expect dorang akan faham apa yang kita cuba sampaikan sebab dorang akan faham mengikut cara dorang :_)


Nama dia Emi, dia ni sporting tau. Dia ni suka menari dan menyanyi. Mula-mula dia malu, tapi lepas kami bukak muzik, dengan tiba-tiba dia bangun dan menari. Hehehe Kelakar pun ada jugak sebab dia akan cuba menari macam apa yang kita tunjuk. Kalau kita buat menari cucuk bulan, nanti dia buat lah menari cucuk bulan. Hehehehe

Aku lupa nama dia apa sebab dia tak berapa nak layan kitorang sangat, tapi aku cuba untuk buat dia respon apa yang kitorang buat. Dia suka gelak, bila kitorang main dengan kawan-kawan dia, tiba-tiba dia akan gelak. Hehehe taktahu apa yang lucu tapi dengar je dia gelak, kitorang pun apa lagi gelak sama-sama lah. Masa Emi menari, entah tiba-tiba dia bangun join Emi menari sama. Tapi tak lama lepastu dia duduk balik. Malu ! :p



Yang baju hijau putih ni aku pun lupaaa dah nama dia Hehehehe. Masa first kami sampai pintu pagar rumah ni, dia nampak and dia terus lari pergi ke pintu pagar. Dia nak sapa kami mungkin, oh so sweet tau bila datang-datang ada penyambut tetamu. Hehehe Dia tak pandai nak bagi reaksi muka, reaksi muka dia cuma satu je and kadang-kadang confuse jugak dia nak apa sebenarnya ni. Hehehe BTW dia kuat makan. Penjaga rumah ni cakap kalau ada makanan pesakit lain yang tak habis, dia lah yang akan habiskan. Masa kami tolong penjaga rumah ni masak, tiba-tiba dia datang dapur sambil ketuk perut dia tanda dia lapar lah tu. Tak senang duduk kehulu kehilir cari makanan. Comel sungguh tengok gelagat dia :D Dia makan je apa yang kita suap. Macam kanak-kanak kan? 


Masa kitorang tengah main dengan yang lain, Udin tak campur. Dia dengan dunia puzzle dia. Kitorang ajak dia bersembang pun dia tak nak layan. Kitorang usik dia pun dia taknak layan. Kitorang taktahu nak buat apa, kitorang just biarkan dia dengan puzzle dia. And then lepas habis waktu makan, tiba-tiba Udin duduk dengan kitorang kat ruang tamu. Masatu, gaya dia macam nak berkomunikasi and memang betul pun dia nak main dengan kitorang gak. Hehehehe Dan sebenarnya kenapa si Udin pada mulanya taknak layan kitorang sebab dia malu. Ishh Udin ni, buat apa lah nak malu dengan kitorang.




Dalam ramai-ramai yang ada, aku paling suka layan dia ni. Sebab dia comel. Hhehe Nama dia Ahmoi, mula-mula dia duduk je main dengan bahan binaan apatah nama nya tu. Tak layan orang gak. Tapi lama-lama dia macam boring, dia suruh kitorang simpan barang mainan dia tu. Masa ni lah aku duduk sebelah dia. Aku bersembang dengan dia. Hehehe Dia takboleh nak cakap bahasa melayu sangat sebab dia ni chinese. Aku suka sebut perkataan ''Comel'' then dia akan ikut cakap benda yang sama. Ahhhhhhh why so cute ahmoi ? Hehehehe

Keadaan “Down Syndrome” terjadi bila kromosom (baka) dalam tiap-tiap pecahan sel tidak sempurna.. Pada kebiasaannya, setelah telur disuburi (bergabung), terjadilah pecahan sel di mana tiap-tiap sel mengandungi 23 pasangan kromosom (46 kromosom). Sel-sel ini terus berlipat ganda dan menyerupai sifat-sifat sel yang terdahulu daripadanya. Dalam “Down Syndrome”, kromosom-kromosom dalam tiap-tiap pecahan sel dari awal lagi tidak berpasangan dengan sempurna. Ada kecacatan dalam pecahan sel ini. Ada tiga jenis “Down Syndrome” yang boleh berlaku.  

Kanak-kanak syndrome down ni bukanlah golongan yang harus disisihkan, kita yang normal ni lah yang patut beri kasih sayang, perhatian untuk dorang. Tak banyak, curahkan kasih sayang kat mereka. Kepada yang ada ahli keluarga syndrome down, kalau mampu untuk jaga kenapa perlu hantar mereka ke pusat jagaan ? Mereka juga ada perasaan, ada rasa ingin disayangi. Allah ciptakan mereka istimewa, seharusnya dijaga dengan baik mungkin. Tapi takpelah kat Malaysia ni banyak pusat jagaan untuk kanak-kanak istimewa ni, harapannya agar kita menghulurkan bantuan supaya dapat meringankan beban mereka. InsyAllah :)



Thanks for reading ! :")



Friday, April 26, 2013

LUAS PELUANG KERJA PELAJAR AKAUN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jam menunjukkan 3 Pagi waktu Malaysia, dan daku masih berdiri tegak

Menghadap laptop

Kosong

Mencari idea

Nak update apa ni?

Tapp!

Lupa

Haritu, nak update sesuatu

Okay happy reading entry tak seberapa ni 

Idea kering lah. Hehehe

Sewaktu, sakan main twitter, ada seorang kawan ni tiba-tiba tanya kat aku, kalau ambil bidang akaun ni, boleh jadi apa je? Di sini, soalan dia adalah macam kalau ambil kursus perakaunan, cuma boleh jadi akauntan je ke? Rasanya macam itu lah kot soalan yang sebenar-benarnya dia nak tanya. Takpe. Dia tanya, kita jawab. hehe

Alang-alang orang dah tanya kan, so kita pun kena lah bukak kitab sikit. Kena lah revise balik apa yang lecturer dah cakap. Kena lah search kat google dan sebagainya. Takut tersalah bagi info, naiya kena jawab 

Menurut buku bertajuk ''Fundamental Accounting Principles'' terbitan Mc-Graw-Hills dalam halaman muka surat 7 menyatakan bahawa seorang pelajar kursus perakaunan bukan sahaja boleh jadi seorang akauntan, malahan boleh jadi macam-macam. Buku tu cakap lah, bukan aku yang cakap sebab aku masih ikut skema buku :p

Dalam bidang perakaunan, peluang untuk kerja sangat luas. Kita boleh kerja dalam bahagian kewangan, pengurusan, cukai dan sebagainya yang berkaitan dengan perakaunan. Senang cerita aku ringkaskan lah ek 

Financial (Kewangan)
  • Preparation Finance Statement
  • Analysis Finance
  • Auditing
  • Regulatory
  • Consulting
  • Planning
  • Criminal Investigation
Managerial (Pengurusan)
  • General Accounting
  • Cost Accounting
  • Budgeting
  • Internal Auditing
  • Consulting
  • Controller
  • Treasurer
Taxation (Cukai)
  • Preparation 
  • Planning
  • Regulatory
  • Investigations
  • Consulting
  • Enforcement
  • Legal services
  • Estate plans
Accounting-Related
  • Lenders
  • Consultants
  • Analysis 
  • Traders
  • Directors
  • Underwriters
  • Planners
  • Appraisers
  • FBI Investigators
  • Market researchers
  • System designers
  • Merger services
  • Business valuation
  • Forensic Accounting
  • Litigation support
  • Entrepreneurs 


Menjadi seorang pelajar perakaunan, kitorang bukan sahaje diajar tentang akaun, tapi kitorang diajar ilmu ekonomi, ilmu dalam bisnes, ilmu dalam matematik dan ilmu agama. Jadi sebab tu lah selain menjadi akauntan, kami boleh jadi macam-macam. Hehe macam iklan dalam astro MACAM-MACAM ADA

Aku sendiri, actually dah ada perancangan tersendiri lepas dah habis belajar ni. InsyAllah kalau dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dengan redha Allah dengan redha mak ayah :) Nak dapatkan gelaran chartered accountant k :p

Okaylah kalau ada apa-apa soalan yang berkaitan, boleh lah tinggalkan komen korang kat ruangan komen sebab aku sendiri dah taktahu nak taip apa ni. HAHAHA InsyAllah, aku akan jawab segala pertanyaan korang tu. 

Selamat membaca, Assalamualaikum :)

Saturday, April 20, 2013

INGAT PENYAKIT BIASA,RUPANYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama rasanya tak menulis kan, sorry sebab sibuk dengan belajar. Sibuk satu hal, yang kedua nya tak ada idea. Stress tau duduk depan laptop nak update blog tapi idea tak datang. Mengalahkan stress nak siapkan assignment. Hehee 

Baru-baru ni, aku cuti mid-sem. So cuti seminggu tu, haruslah kena balik rumah tercinta. Jumpa mak, jumpa ayah, jumpa kakak, jumpa abang, jumpa adik-adik dan paling penting jumpa kucing-kucing tercinta. Hehe 

Sebulan yang lepas, rasanya dalam tiga minggu sebelum nak cuti lah, tangan aku, kaki aku semuanya gatal-gatal. Bila aku garu, memanglah gatal tu hilang tapi yang tak bestnya bila jadi luka. So nak taknak, aku terpaksa garu jugak sebab gatal sangat. Tapi tu yang terpaksa tahan sakitnya luka sebab garu tu. Agak lama jugak aku alami gatal-gatal ni. Aku ingatkan gatal biasa je, so aku pun buat biasa jelah. Then teringat dulu-dulu mak aku pernah cakap kalau nak hilangkan rasa gatal sapu dengan garam. Then aku pun gigihlah pergi cari garam kat kafeteria U aku. Setiap malam sebelum tidur aku tenyeh dengan garam sampai rasa lega. Pedih tu jangan cakap, menitis air mata tahan pedih kena garam. HAHA tapi nak buat macam mana kan, nak taknak kena lah tahan. 


Mula-mula guna garam tu, agak menjadi lah sebab gatal pun dah kurang. Tapi yang pelik, gatal tu tak hilang. Asyik gatal je eventho dah pakai garam. Aku tak ambil pusing sangat, asal gatal je aku tenyeh dengan garam. Asal gatal je aku tenyeh dengan garam. Then kawan aku tetiba bagi petua kalau nak hilangkan rasa gatal rendam tangan dan kaki dalam air suam. Aku pun ikut lah cara dia, jerang air sampai panas lepastu campur dengan air sejuk. Gila kau tak pedih tangan aku bila rendam dengan air suam. Sabar jelah kan kata nak sembuh. Benda yang sama jugak, mula-mula je rasa okay tapi tetap gatal tak hilang. Aku dah stress ni sebab kesan dari aku garu habis tangan dengan kaki sampai luka tu meninggalkan kesan luka. Kesannya kaki dengan tangan aku jadi hodoh kau tahu. HAHA -.-

Bila semua cara aku buat tak menjadi, aku dah redha dah. 

Masa balik cuti haritu, kakak aku tegur kenapa tangan dengan kaki aku nampak teruk. Then aku pun mengadu kat dia semua benda. Kakak aku ni salah seorang staff kat klinik so kalau aku mengadu kat dia memang dia dah dapat agak lah sebenarnya aku ni kenapa. Huhu

Kakak aku suruh aku check kat klinik yang dia kerja, mula-mula aku malas tapi bila kakak aku dah ugut cakap nanti kaki aku makin teruk nak taknak aku kena lah pergi check.

Apa yang kakak aku cakap memang betul, doktor pun cakap benda yang sama. Rupanya aku bukan kena gatal biasa, tapi kena kudis buta. Sebut je pun aku rasa macam arghhhhhhhh tidakkk !

Antara tanda-tanda seseorang kena kudis buta adalah gatal di sekitar tangan, kaki, peha dan celah-celah mana yang patut. Gatal pulak sehingga boleh menyebabkan luka. Sebab-sebab boleh kenanya penyakit kudis buta ni satunya adalah dari tilam kita sendiri, cara pemakaian kita. Mostly yang selalu kena penyakit kudis buta ni adalah budak-budak asrama, macam aku ni. So kepada yang duduk asrama tu, rajin-rajinlah jemur atau bersihkan tilam/bantal/bantal peluk korang.

Lepas dah kena bebel dengan kakak, mak aku semua, terpaksa lah aku disiplinkan diri lepas ni untuk sentiasa bersihkan tilam/bantal/bantal peluk semua. Taknak dah kena penyakit kudis buta ni. Huhu

Alhamdulillah lepas dah guna ubat anti kudis buta, gatal-gatal aku semuanya dah beransur pulih. Sekarang ni aku kena rajin sapukan losyen kat bahagian-bahagian parut luka tu. HAHA korang jangan gelak ok !

So nasihat aku kepada korang kat luar sana, kalau korang rasa korang kena simptom-simptom macam aku yang gatal taknak hilang tu, better korang pergi check kat klinik atau hospital. Takut-takut korang kena penyakit kudis buta especially budak asrama. OK? 



Thanks reading and have a nice day :)

Tuesday, April 9, 2013

KETUA TINGKATAN DIBELASAH TERUK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Dapat je video ni terus aku nak update blog, bagi aku ini bukan isu remeh temeh, tapi dah masuk kes berat. Lepas tengok video ni, rasa geram kat budak-budak yang belasah ketua kelas ni. Apa dorang ingat sampai nak belasah ketua kelas ni? *marah*





Aku sebagai bekas ketua tingkatan kat sekolah dulu, eh promote diri pulak hehe actually faham situasi yang berlaku ni. Mungkin student ni tak puas hati dengan ketua dia sebab ketua dia report apa-apa yang yang berkaitan salah laku budak ni kat guru disiplin, atau mungkin handphone dia kena rampas dengan pengawas lepas diadu oleh ketua kelas dia, atau rokok yang dia bawak kantoi dengan guru disiplin lepas ketua dia report atau dendam lama kat ketua kelas dia ni. Tapi, walau apapun alasan yang ada, tak sepatutnya kau belasah ketua kelas kau !

Apa yang ketua kau buat, adalah untuk kebaikan kau. Kau bawak rokok, haruslah ketua kau report, kau ponteng kelas haruslah ketua kau report, kau buat salah haruslah ketua kau report. Sebab apa? Sebab ini semua tanggungjawab dia ! Tanggungjawab seorang ketua kelas. 

Tapi aku respek ketua kelas dia, sebab apa ? Sebab tak melawan. Bukan tak melawan sebab lemah, lembik, pengecut tapi tak lawan sebab taknak benda ni jadi makin keruh. Kau nampak tak dalam situasi tu dia berapa orang? Si pembelasah ni berapa orang? Kalau dia balas balik, sah-sah makin teruk. And the worst is, mesti bila dia balik dari sekolah lagi teruk kena belasah. 

Takpe, jangan risau. Pihak Polis Diraja Malaysia dah pun minta kita semua beri kerjasama untuk pihak PDRM tangkap samseng-samseng kecil ni. Orang datang sekolah untuk belajar jadi orang yang berguna, bukan untuk jadi samseng yang pukul ketua kelas. 


One more thing lah kan, lepas kau dah habis sekolah masa tu kau baru sedar benda yang kau buat semua ni hanyalah benda bodoh dan sia-sia selama kau datang sekolah. Dan tak mustahil, suatu hari nanti kau akan kenang balik semua ni dan rasa menyesal dengan apa yang kau dah buat. Percayalah :)

Share semoga semua samseng-samseng ni ditangkap polis. Amin


Thursday, April 4, 2013

SOME TIPS UNTUK LEPASAN SPM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ramai yang tanya kenapa dah lama tak update, kenapa blog takde entri baru, kenapa dah tak rancak dalam dunia blogging, kenapa dah jarang komen, kenapa dah jarang blogwalking dan kenapa handsome sangat? *krik krik krik* :p

Menjawab persoalan semua tu, sebenarnya diri ni masih je aktif seperti biasa, cuma bukan melalui medium blog ni tapi aktif dalam twitter dan instagram je. Hehe Retis dah sekarang ni main instagram je katakauu ( Follow lah HencekHaikal yeeee ). Demi melunaskann segala rindu yang bersarang di hati korang, nah kemunculan kembali hencek haikal mewarnai hidup anda . Katakauuu lagi. HAHA

Untuk pengetahuan semua orang, sekarang ni aku pun dah masuk semester II dan tahap kebizian pulak semakin berganda ganda ganda gandaaa. Kadang-kadang aku terfikir jugak, apa yang aku bizi sangat sampai tak ingat dunia ni ? Itulah kawan-kawan, sejak dah dilantik sebagai representative class ni tahap busy tu terlampau sangat nak nak tambah aku aktif dalam satu kelab ni dan jadi exco, mahu tidak bertambah busy =P

Alhamdulillah, result semester I pun dah buat aku tersenyum so untuk semester II ni aku kena struggle sikit untuk pastikan result nanti maintain je. Semoga tak jatuh aminnn 

Haritu, ada kawan ni lepasan SPM dan dia tanya kat aku mana lagi bagus ye samada ambil Matrikulasi? Asasi? Tingkatan 6? ataupun Diploma? Confirm-confirm lah kalau korang tanya aku memang aku jawab lah matrikulasi. Hehe :p Tapi actually tak jugak. 

Okay first sekali, korang kena set up hala tuju pembelajaran korang. Adakah korang nak sambung belajar hingga Degree? Master? atau setakat nak dapatkan Diploma je? Semua peringkat samada matrikulasi,asasi, Form 6 ataupun diploma semuanya boleh untuk korang terus sambung hingga peringkat yang lebih tinggi, cuma bezanya tempoh masa.   Kedua, kena ikut minat. Korang minat apa? Minat bidang masakan? minat bidang perakaunan? Minat bidang perubatan atau minat bidang kesenian? Cari sesuatu bidang yang korang nak belajar tu berdasarkan minat dan ofcourse lah sekali dengan kelayakan SPM korang. Hehe Untuk pengetahuan korang Matrikulasi cuma menawarkan bidang sains perubatan dan kejuruteraan serta bidang perakaunan sahaja. Ketiga, pilih bidang yang korang minat tu berdasarkan peluang pekerjaan yang korang rasa meluas pasarannya. Ini sebab untuk elakkan korang belajar dalam bidang yang memang korang minat tapi peluang pekerjaan sangat tipis dalam dunia ni. Cari bidang yang boleh memberi peluang pekerjaan yang bermacam-macam bukan tertumpu pada satu pekerjaan saja. Dan keempat, jangan lupa minta restu dan pandangan dari ibu bapa untuk bidang yang korang akan ceburi nanti samada dalam peringkat Matrikulasi, Asasi ataupun Diploma ;)

Taktahu lah kalau tips ni agak membantu korang buat keputusan, Huhu tapi jangan segan silu kalau ada apa-apa permasalahan atau pertanyaan nak tanya, boleh je direct tanya insyaAllah aku akan jawab dengan penuh hemahnya :p

Seriously, aku tak pernah terfikir langsung akan boleh sampai ke tahap ni. Dulu aku tak pandai dan aku langsung tak fikir pasal study. Tapi tengoklah sekarang. Huhu Alhamdulillah ;)


 InsyAllah akauntan suatu hari nanti :)


Sebahagian dari classmate yang bakal menjadi akauntan, InsyAllah :) 



Oppa Gangnam Style !!!

Thanks for reading, have a nice day ! ^^ Assalamualaikum

Friday, March 15, 2013

RESULT SPM NAK KELUAR DAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hello evelibadi !!!!!

Dengar berita result spm dah nak keluar ? Eh betul ke?

Akhirnya, lama menanti, tak sabarnya nak dapat result spm ni ! hahaha mengada kan padahal umur dah tua bangka ada hati nak rasa diri ni muda. Ingat lagi 3 tahun yang lepas, debaran nak tunggu result keluar tu macam apa entah. Nak tidur payah, nak mandi lagi lah payah. Guling sana tak boleh tidur, guling sini tak boleh tidur, mandi nak jirus kepala terjirus kepala paip, nak jirus kaki terjirus kaki jamban. Hebat sangat lah penangan result spm ni sampai aku pun sanggup tipu korang yang kat atas tu. HAHA mana ada sampai macam tu sekali, lilek lilek sudah cuma memang berdebar tu tak tipu lah.

Waktu macam ni, dah kena redha dan pasrah untuk result yang kita akan dapat nanti. Nak berdoa memang taklah sebab dah tertulis berapa keputusan kita kat atas slip tu cuma mampu berdoa untuk Allah kuatkan hati kita waktu nak terima keputusan tu. 

3 Tahun yang lepas, sehari sebelum hari result diumumkan, aku watlek watkul online pesbuk sampai pukul 5 pagi then tidur then pukul 6:30 bangun then tidur kejap then 8:00 bangun then mandi then pergi sekolah. Taktahu kenapa, rasanya macam over excited pulak aku masa tu sebab yang datang pukul 8:00 pun berapa kerat je. Huhu Nampak tak muka straight A's nya disitu ? :p 

Apa-apa pun result yang kita perolehi nanti, redha pasrah dan bersyukur. Kita dapat apa yang kita telah usahakan, kalau usaha kita kuat maka result pun gempak lah. Kalau usaha kita pun suam-suam kuku, so result pun suam-suam kuku jugak lah :) 

Aku tak target langsung nak dapat straight A's, sebab memang tahu tak mampu nak dapat hihi Tapi Alhamdulillah dengan result yang macam tu akhirnya aku sekarang berada di Universiti. Tak perlu result SPM Straight A's untuk jejakkan kaki ke U, dengan berbekalkan 3A pun dah mampu masuk :p

Nasihat untuk adik-adik yang nak ambil result ni, kalau dapat apa yang ditarget jangan pernah lupa semua jasa semua pengorbanan guru,ibu bapa dan kawan-kawan. Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah atas result yang korang akan perolehi. Then, untuk yang mungkin dapat result tak seberapa tu, abang nak cakap jangan bersedih jangan berduka, sesungguhnya rezeki kita bukan terletak pada result SPM tapi terletak pada Allah. Jangan pernah berhenti berharap dan jangan berputus asa. Panjang lagi perjalanan korang ;)

So, apa-apa pun semoga maju jaya kat korang ! 

20 MARCH 2013

Untuk menghilang rasa debaran di hati korang, nah aku persembahkan gambar bajet comel yang telah disiapkan untuk tatapan korang. Kalau nak muntah, muntah jauh-jauh jangan muntah depan laptop nanti rosak taknak tanggung :p


Assalamualaikum :) Like kalau suka 

Sunday, March 10, 2013

"KENAPA YOU TAKNAK MASUK ISLAM?"

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

'' Alex, you tak teringin nak masuk Islam ke? ''

'' Tak ''

Tiga hari yang lepas, aku terdengar sedikit perbualan antara Alex (bukan nama sebenar) dan Farid (bukan nama sebenar) di sebuah cafe di mana Farid ni tiba-tiba tanya kat Alex tentang keinginan nak masuk Islam. Tapi Alex cakap taknak. 

Aku terfikir, 

Sungguh, dah lebih beratus-ratus tahun bumi dicipta, beratus tahun jugak islam telah disebarkan. Kenapa , di zaman ini masih ada yang tidak dapat menerima Islam sebagai agama yang benar. Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Ada je yang menentang islam, ada je yang nak musnahkan islam. Tapi segala usaha yang dorang buat, sia-sia. MasyaAllah 

Persoalan aku, dah terjawab sebenarnya dalam al-Quran. Sungguh

'' Sesungguhnya orang-orang yang kafir (ingkar) sama bagi mereka, engkau beri peringatan mereka atau tidak engkau beri peringatan, nescaya tidak juga beriman '' Surah Al-Baqarah : Ayat 6

'' Allah telah memeterai hati dan pendengaran mereka, dan di atas penglihatan mereka ada tutupan; dan untuk mereka itu seksaan yang besar '' Surah Al-Baqarah : Ayat 7

Hidayah itu milik Allah. Jika Allah kehendaki seseorang itu untuk menerimanya, maka insyAllah. Actually, kita sendiri kena tengok diri kita sebagai seorang islam. Cukup islam ke kita ? 

Contoh, kita pandang seorang pelacur yang setiap hari menjaja tubuhnya untuk diratah oleh manusia-manusia yang rakus sebagai seorang yang hina, jijik, kotor dan andai suatu hari Allah memberi hidayah kepada dia untuk berubah, nescaya taubatnya lebih diterima dari kita yang fikir diri kita ni islam yang sempurna. Nescaya, seorang pelacur yang dihina dicaci dimaki itu akan menjadi insan paling mulia di pandangan Allah dan para malaikatNya. Maha suci Allah 

Kita kena ubah diri kita dulu. Ubah pandangan kita, ubah mentaliliti kita. Tiada seorang manusia pun tahu apa perancangan Allah, apa rahsia yang disebalik takdir Allah. Kita minta, tapi Allah tak bagi sebab Allah lebih tahu apa yang kita perlu dari apa yang kita minta :)

Assalamualaikum....


Monday, February 25, 2013

NOTIS PEMBERITAHUAN : UPM GREEN TOUR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mari rapat-rapat sebab hari ni nak buat announcement sikit kat semua rakyat Malaysia, tak kira muda ataupun tua. Hehee



Sempena Putra Canselor Carnival 2013 '' We Are Young '' akan diadakan pertandingan '' UPM Green Tour '' iaitu larian sepanjang 10 kilometer bagi lelaki dan wanita di mana penyertaan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia meskipun warga emas berumur 80 tahun sekalipun. hihi Program ini adalah peringkat kebangsaan so tak rugi kalau join :) Kepada yang nak kumpul sijil, boleh lah join program ni sebab dapat sijil peringkat kebangsaan okay ! 

Berikut adalah maklumat yang lengkap tentang program

Anjuran: Majlis Tertinggi Malaysia Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia
Yuran: Rm10.00 ( dapat baju dan sijil )
Tempat bermula dan tamat larian: Padang Kawad Kolej Canselor
Tarikh: 16 Mac 2013
Masa: 7:30 pagi waktu Malaysia

Kepada sesiapa yang berminat ataupun ingin bertanya tentang program ini dengan lebih lanjut, boleh lah menghubungi terus ahli jawatankuasa yang incharge program ni iaitu

Fahmi: 017-9725339
Nor Amirah Jaludin: 017-7934459
Sharifah Izyan: 019-9665887
Noor Ain Mohd: 013-4576639

Selain dari program larian ini, terdapat pelbagai lagi program yang terdapat di dalam karnival ini. Untuk mendapat lagi lebih informasi, boleh lah korang semua pergi laman facebook dan laman web yang akan diberikan :)

Fb : PCC 2013 '' We Are Young ''
Laman web : Putra Canselor 2013
Email ( untuk sebarang pertanyaan )  : pcc2013_weareyoung@hotmail.com



HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!





Wednesday, February 13, 2013

INSTAGRAM ON WEBSTAGRAM!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Berita baik untuk pengguna-pengguna INSTAGRAM di dalam phone, korang sekarang boleh surf akaun instagram korang di dalam laptop !! *teruja* 

Terkini, Instagram telah melancarkan sebuah laman web yang diberi nama WebStagram di mana semua pengguna instagram boleh melayari akaun mereka di dalam laptop. Okayh sekarang korang teruja tak macam aku teruja sekarang? HAHAHA mana taknya teruja, sesekali on facebook guna laptop, boleh lah sesekali jenguk apa jadi dalam Instagram kita, berapa banyak dah orang like gambar kita, kawan-kawan kita ada komen apa-apa tak. hehe

Ni gambaran WebStagram guna akaun aku, Korang boleh lah follow instagram (WebStagram) aku hehe


@HencekHaikal (sila follow ! hahaha)



Apa yang istimewanya webstagram ni? Actually sama je macam instagram cuma beza kita guna phone dengan laptop je :) 

Webstagram is the Best Instagram Web Viewer!
You can:
  • View photos of the people you follow
  • Like and Comment on photos
  • Follow and Unfollow other users
  • See your followers and following
  • Browse popular photos/tags/users
  • Get your RSS feeds
  • AND MANY OTHER STUNNING FEATURES...!
Selain itu, Webstagram juga menawarkan DMstagram di mana kita boleh hantar Direct Message kepada pengguna instagram yang lain melalui WebStagram. Wah ! ini gempak serious gempak hehe

Bagi pemilik blog-blog di Malaysia yang nak promote dorang punya akaun WebStagram/Instagram, boleh jugak letak '' Follow Me Button '' dalam blog supaya orang klik kat situ terus pergi ke akaun WebStagram kita, kat situ dorang boleh lah nak follow ke like ke komen ke kat gambar kita. Yang macam aku buat. hehe

Macam-macam features yang ditawarkan dalam WebStagram, apa tunggu lagi ! Cepat log in Webstagram guna akaun Instgram korang dan cepat-cepat follow aku ! hehehe Peace :)

Terima kasih sudi baca, like dan komen lah sikit =B

Friday, February 1, 2013

MISTERI LEGOLAND MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Ada sesiapa kat sini yang pernah pergi Legoland Malaysia ? 

1..2..3..4..5..6..7..8..9 okay okay macam ramai yang dah pergi. Hehe And aku nak tanya, adakah korang tahu apakah misteri yang terdapat di Legoland ? 

Meh nak story

23.01.2013 aku dengan kawan ex-matrik  seramai lima orang pergi lah kat tapak Legoland yang terletak kat Nusajaya, Johor tu. Mula-mula pergi kitorang nampak suasana lengang gila, kitorang pun endahkan lah situasi lengang tu kan. So, kawan aku pun drive la kereta nak pergi cari parking, memang kat tempat parking pun cakap kau takde kereta langsung. Terlintas kat minda kami takkan kitorang dah salah masuk tempat ni. Takpe, positifkan minda. So dah dapat parking kitorang pun pergi lah nak masuk dalam Legoland tu, tengok kiri kanan takde orang lalu lalang langsung. 'Aik, takkan orang dah jemu nak masuk Legoland kot' itu ayat yang terkeluar dari bibir aku. Kitorang still tak ambil kisah pasal tu, kitorang pun terus lah masuk kawasan Legoland tu. Kedai bukak, semua kedai bukak. Ada Tutti Frutti, ada KFC, macam-macam. Then terus kitorang pergi ke kaunter ticket Legoland. KOSONG! Takde orang langsung. Semakin menjadi-jadi pelik, takkan hari ni semua orang boikot Legoland kot. Takpe kitorang still tak puas hati, nampak makcik cleaner dalam Legoland tu, kitorang tanya makcik tu

''Makcik, kenapa takde tiket dijual ni makcik?''
''Dik, hari rabu memang Legoland ni TUTUP''




Maka itu lah misteri Legoland yang aku nak ceritakan kat korang hari ini. Hehehe Suspen tak ? 

Bytheway, kalau nak pergi Legoland, pergi lah hari lain selain hari rabu, sebab kalau pergi hari rabu korang cuma dapat bergambar depan signboard Legoland je macam kitorang. Sedih kot T____T

So hari tu jugak, kitorang decide pergi tempat lain sekitar Johor ni, kawan aku teringin nak pergi Zoo Johor, so kitorang pun pergi lah zoo . hihi Lepastu pergi Danga bay sampai lewat malam lepak tepi laut tengok Singapura dari jauh. Haaa lepasni kitorang plan nak pergi USS pulak. So kena standby duit dan passport! HAHAHA

Gambar depan Zoo Johor


Gambar ni kat City Square, JB 


Lepak kat Danga Bay sambil main-main basikal. Syiok wooo! hehehehe

24.01.2013 (khamis) Kami berlima tak puas hati selagi tak masuk Legoland kami taknak balik! Hak bermain hak kami! Gitu sekali kan. haha. So kami decided hari khamis tu kami berlima pergi Legoland Malaysia ni. Alhamdulillah hari khamis nasib baik bukak, kalau tutup jugak memang kitorang bakar Legoland tu. Takut tak? =D

Apa yang boleh aku cakap, Legoland Malaysia ni best. Tapi dengar cerita Waterpark masih dalam proses penyiapan, so insyAllah kalau dah lengkap semua dah Legoland ni, kami pakat nak pergi lagi Legoland ni. Maybe bilangan orang akan bertambah, sebab ? Sebab nanti kan tengok gambar, gambar akan ceritakan segalanya. Ceh =D Bytheway, time kitorang pergi ni ada promosi 35% OFF per tiket sebab ada voucher yang boleh didapati kat pek bungkusan Mamee/Corntoz dll :)

 Kami berlima pakat pakai baju sama. Hehe 


Pintu masuk Legoland. Memang ramai lah orang time ni. HAHA














 Takpayah sesusah nak pergi KL nak bergambar depan Menara berkembar. HEHE Legoland semua ada!





 Roller coaster ni menggerunkan. Terjerit-jerit kitorang naik. HAHA 








 Tak dapat main waterpark, main benda yang ala-ala berair pun boleh. Takde lah lencun mana main benda ni -,-'








 Sumpah ngeri! :O


 Pakai cermin mata 3D sebab nak tengok cerita 4D Hehe


 Legoland Best!!!! ^^

Alhamdulillah dapat jugak merasa pergi Legoland ni. Korang? Tunggu apa lagi? Sementara tengah ada promosi 35% Off per Voucher ni, ramai-ramai pergilah berseronok ! ^^ Dari tiket RM140 boleh dapat RM91 je. Hehe 

Terima kasih sudi baca, Assalamualaikum :)