WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, February 25, 2011

FACEBLOG !


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

p/s: aku dah join. kau orang bila lagi nak join ? ! :)

Thursday, February 24, 2011

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011


TAG TO : AROL DAN CEJA

p/s: aku taktahu pula kalau blog aku ni hensem macam tuan dia. HAHA !

Wednesday, February 23, 2011

MIMPI MAINAN TIDUR,KADANG KADANG BOLEH JADI BETUL

petang tadi aku tidur
biasalah dah tak pernah dapat peluang tidur petang sejak kerja ni kan
punya lah nyenyak tidur sampai ke dalam mimpi
okay guest what aku dapat mimpi apa ?

aku mimpi pasal result spm aku
fuhhh punya lah excited nak ambil result sampaikan terbawa dalam mimpi
dalam mimpi tu kannn
aku dapat 3A[ 2A , 1A-] B+[mathematic] D[additional mathematic]
subjek lain aku dah lupa
dalam mimpi tu aku menangis bila dapat result macam ni
mana taknya aku tak percaya yang aku dapat B+ mathematic T_T
aku score A+ mathematic tu
tapiii addmath tu aku doa doa lah dapat lebih tinggi dari mimpi tu . AMIN
memang cuak lah beb sementara nak tunggu result keluar ni
KEMENTERIA PELAJARAN MALAYSIA bila nak tetapka tarikh ni ??
dengar cerita 28 FEBRUARI 2011 ni
so harap harap la
guys ! doakan aku dapat score minimum 5A okay ! aminnnnn ;')

Sunday, February 20, 2011

BILA NEGERI DIA LEBIH BAGUS,NEGERI KORANG TAK BAGUS KE ?

pernah jumpa orang yang terlalu bersifat kenegerian?
jap jap tak faham apa tu kenegerian?

okay kenegerian tu bermaksud terlalu-lalu banggakan negeri dia sendiri
ohhkay ! faham ?
kalau tak faham , sila sepak muka sendiri laju laju
HAHA ! :P

okay aku sangat tidak faham kenapa perlu banggakan negeri sendiri sampai terlebih sangat
kalau biasa biasa tu aku boleh terima sebab kadang kadang aku pun macam tu
tapi kes budak ni dia terrrrlalu membanggakan negeri dia
macam negeri dia banyak benda yang kat negeri aku takde
ohh kau bayangkan bila dia cerita, dia fikir negeri dia je yang ada
sedangkan benda tu bersepah kat negeri aku
thenn dia suka cakap yang negeri dia LEBIH bagus dari negeri kat malaysia ni
sebab semua ada..
haihhh agak annoying juga bila dia mula start cerita pasal tu
rasa macam nak lari jauh jauh dari dia !
dulu masa dia start kerja aku tak kisah bila dia asyik cerita pasal negeri dia tu
tapi bila dah lama lama dia asyik mengagungkan negeri dia aku makin rimas
lagi lagi benda yang memang ada kat negeri aku tapi sengaja di tiada kan dia konon negeri dia lebih bagus lah
ouhh ! sangat annoying

okay cuba kau bayangkan eh macam ni lah lebih kurang
kawan kau ada pakwe/makwe
kau pun ada pakwe/makwe
then bila korang jumpa dia asyik ceritakan pasal pakwe/makwe dia kat korang
mula mula tu korang boleh lah terima kan cerita dia
tapi bila dia asyik cerita pasal pakwe/makwe dia kat korang then dia buat kan yang korang ni macam takde pakwe/makwe, padahal pakwe/makwe korang ada macam yang dia cerita kan
agak agak annoying tak bila dia asyik cakap pakwe/makwe dia je yang bagus macam pakwe/makwe korang tak bagus
okay macam tu lah keadaan dia
kalau tak faham sila terjun dari KLCC laju laju ! --'

macam mana perasaan ?
rasa macam nak tenyeh je mulut dia tu dengan cili bagi tak payah cakap lagi kan
jenis bila buka suara cerita pasal kelebihan negeri dia tuuu sangat bagus
--' gila ah beb
aku asyik senyum sinis je bila dia mula berceriita
sebab aku tahu dia akan mula mendabik dada masa tu
haiyooo
manusia ouhh manusia ! :D

Thursday, February 17, 2011

MEREKA BERTUDUNG,TAPI MEREKA SEKSI


baik lah. sila tutup mulut kamu wahai kaum lelaki setelah melihat gambar di sebalah kanan tu
wahh hari ini topik yang aku nak kedepankan ialah 'BERTUDUNG TAPI SEKSI'

FOA , aku nak tanya lah kan
kaum wanita ni bertudung atas AGAMA atau sekadar MENGABURI mata-mata orang kat luar sana
zaman sekarang, susah sangat aku nak tengok perempuan yang bertudung litup
paling koman pun kan dia bertudung semua tutup tapi bila tengok pakaian nauzubillah ketat nak mampus !
ni belum lagi yang jenis pakai tudung tapi berlengan pendek macam gambar di atas
kadang kadang masa aku tengah kerja terserempak dengan spesies macam ni, geleng kepala je lah tengok gelagat diorang ni
tahu pakai tudung, tapi still belum menutup aurat sepenuhnya
baik tak payah pakai terus tudung tu kalau lengan kau yang bertompok tu masih terdedah
kann ??
memalukan agama sendiri lah kat mata agama lain

kes yang pakai tudung tapi seluar ketat AKA legging
ohhh kau berjaya tutup rambut kau , tapi kau gagal tutup anggota tubuh badan kau
kau boleh lah bangga kan kau pakai tudung kann
tapi kaki kau yang keding tu kau bangga ke dapat tayang ?
lepas tu jalan lenggang lenggok terkepit sana terkepit sini
si mata keranjang suka ah dapat free show
last last pahala yang kau nak, dosa yang kau dapat kannn perempuan
ohh masih tak nak insaf lagi ?

kes pakai tudung baju seluar semua complete macam muslimah sejati
tapii ! trend tudung yang dipakai tu ha
sekarang kan famous letak broach belakang leher bagi nampak leher kau yang gedabak tuu
ini satu hal yang maybe mereka terlepas pandang M A Y B E
tahu tak biarawati gereja pakai 'tudung' mereka macam mana ?
okay search google sekarang GAYA BIARAWATI ehh takpelah aku dah bagi ni ha :D

paham tak apa yang aku cuba cakapkan ni ?
selalu nampak kan perempuan bertudung macam bahagian kanan picture kat atas ni
alahaiii bersepah lah !
tipu ah kalau cakap TAK PERNAH nampak
diorang ni buat buat tak tahu ke atau memang tak tahu ek
haih malas lah nak leter panjang panjang
dah besar panjang, dosa pahala tanggung sendiri kann ;')
BARANG SIAPA YANG MENYERUPAI SESUATU KAUM ITU,MAKA IA TERGOLONG DALAM GOLONGAN KAUM ITU
belum habis lagi lah ! :P
percaya tak ORANG YANG TIDAK BERTUDUNG ITU LEBIH BAIK DARI ORANG YANG BERTUDUNG ?
kalau percaya sila comment di comment form eh :)

okay lah . kalau cakap panjang panjang pun tak guna kalau post ni dipandang sepi kann
baik tanam anggur depan rumah tunggu berbuah ;p
kalau yang terbaca post ni then terasa dia macam tu, berubahlah ye walau sedikit demi sedikit
:)
ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU MENGUBAHNYA

Wednesday, February 16, 2011

suggestion is caring

hello hello !
rindu sama post aku tak ??

what?! tak rindu ??
pang ! HAHA
padan muka kan dah kena pang sekali . :P

first off all (FOA) aku nak ucapkan salam maulidur rasul kepada semua umat muslimin dan muslimat seluruh dunia kalau ada lah orang luar negara baca blog aku. HAHA !
then nak ucapkan tahniah kepada semua orang yang terlibat dalam ops VALENTINE seluruh malaysia
mari kita ganyang pemaksiat di luar sana
hehe :D

okay lah weh
aku nak straight to the point sebenarnya ni
aku ada terrrrfikir macam nak buat contest lahh
HAHA
asyik aku je join contest walau tak menang kann contest tuu
tapi ada lah satu GIVEAWAY aku menang :')
okayokay ! tapi aku takde idea lah nak buat contest apa
HAHA
soo dengan kuasa hikmat kau orang kankan
suggest kan lah apa apa contest kat aku yang aku boleh buat
mana lah tahu aku tibatiba terminat dekat suggestion korang tu
HAHA :P

that all lah bebeh !
;')

Saturday, February 12, 2011

MELAYU MUDAH LUPA !

aku tak faham lah kenapa sesetengah orang melayu mudah lupa diri bila dapat pangkat yang besar
bongkak ! sombong ! angkuh !
suka menindas orang bawahan
tapi diorang tak fikir ke semua nikmat tu atas izin Allah?
bila dah dapat pangkat besar, sepatutnya kena bersyukur
buat baik kat orang bawah
bukan nya menggunakan ke-besar-an pangkat semata mata untuk memanipulasi keadaan
bila dah mula sombong . bongkak . memang tak lama lah kau punya kerja tu

ni cerita pasal dua orang 'besar' kat tempat kerja aku
yes ! aku faham diorang tu BERPANGKAT kat situ
tapi tak boleh suka suka hati manipulasi kan keadaan macam orang bawahan diorang tu boneka
boleh dibuat sesuka hati, dibuang sesuka hati
bila orang dah mula benci, memang tak berkat hidup
lepas tu angkuh.sombong !
bila orang senyum cuba lah balas senyuman orang tu
bukan nya buta kan mata seolah takde orang berselisih dengan dia
hey fu*ke* !
sedar lah diri kau tu
dulu sebelum kau dapat pangkat tu
kat mana situasi kau?
tapi bila dah berpangkat, berkuasa , kau mendongak tinggi kepala kau
it okay. teruskan dengan perangai kau berdua
orang melayu MUDAH LUPA !

ingat lagi lagu EZLYN 'HYE HYE BYE BYE'->>

Mula ku kau kenali, gunung sanggup didaki
Setelah hati dicuri, telefon pun tak sudi
Ingatkah siapa membawa senyuman tika duka

Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa

Tuesday, February 8, 2011

TREND LANKNATULLAH !

TIADA KENA MENGENA DENGAN ORANG DI ATAS*
terkejut tak kau bila tiba tiba budak kecil umur dalam lingkungan 10 tahun bertindik kat telinga
kalau perempuan aku tak kisah sangat
ni lelaki . L E L A K I
what ? fashion ?
haiyoooOo~ sedangkan budak kecil pun dah pandai menindik telinga
apatah lagi budak yang dah besar kan
betapa runtuhnya akhlak budak budak sekarang
dorang fikir stylo sangat ke bertindik telinga ni
pemikiran cetek !
aku sempat menemuramah budak tu tadi . haha

AKU : dik,umur berapa ?
BUDAK: err.. darjah 6, *kawan dia cakap darjah 4* (taktahu mana betul)
AKU : mana satu betul ni ?
BUDAK: darjah 6 lah . *serious badan kecik gila !*
AKU: dik, tak sakit ke tindik telinga tu ?
BUDAK: tak sakit pun
AKU: tindik kat clinic ke ?
BUDAK: ehhh ! kat clinic apa. kat tempat jual subang lah
AKU: sekolah lagi ?
BUDAK: haah, sekolah lagi . kenapa ?
AKU: tak kantoi ke kat sekolah tindik telinga?
BUDAK: tak lah. masa sekolah cabut lah subang ni
AKU: lahh. takkan takde bekas kot ?
BUDAK: adaa. tapi kecik jee
AKU: mak ayah tahu?
BUDAK: tauu
AKU: okayyyy

*banyak lagi aku berbual,tapi topik lain* HAHA

see ?
nak salah kan siapa dalam hal ni ?
kanak kanak tu atau ibu bapa dorang atauuuu trend sekarang ??
kalau bagi aku first yang salah adalah trend !
then ibu bapa dia sebab tak tegur anak dia
lastly kanak kanak tu sebab terlalu mengikut trend ni
apa nak jadi lah kan dua puluh tahun nanti
aku rasa islam pada nama bukan pada diri sendiri
we see and look okay ! :)

then antara kesan buruk yang sangat sangat kepada kaum lelaki yang beragama islam bertindik
  1. tidak LAYAK menjadi imam
  2. tidak LAYAK mengazankan anak yang baru lahir
  3. tidak LAYAK menjadi wali
selagi lubang tindik itu tidak bercantum , banyak perkara yang membuatkan mereka TIDAK LAYAK !
so fikir fikirkan lah . jangan lah mati sebelum sempat mencabut tindik tu
memang tak diterima bumi. wallahualam :)

ehh ! ada lagi lahhhhh
lelaki bertindik menunjukkan dia adalah orang GAY .

SHARING IS CARING

Sunday, February 6, 2011

BILA RESULT KELUAR ?

walaweyh !
panas panas panas !
mai cek nak habaq sat kat hangpa semua nah
toksah dok wat terkejut tergempaq ngat haih ! :P

okay kita guna bahasa melayu semula. hehe
kecoh sekarang kat mukabuku yang result spm keluar akhir bulan dua
ada yang cakap 24 februari 2011
so aku dengan excited nya nak bagi nervous budak budak ni siap buat EVENT kat mukabuku dengan tajuk 'MAYBE ambil result spm!'
hambik kau !
terverak terkencing budak budak nih tahu
hehe
actually aku dengar dengar khabar angin yang result spm keluar akhir bulan 2
ada yang cakap keluar awal bulan 3
aku taktahu nak percaya mana satu
kita tunggu kerajaan umumkan eh
kasi semua terkencing terverak kat depan tv . ;'P

lagi satu
kalau dapat result akhir bulan 2 atau awal bulan 3
rasa rasanya tak ada function kot sebab ambilan ke IPTA pun bulan 9
bafak lama sial !
aku punya semangat berkobar kobar ni nak masuk IPTA inshaALLAH
tapi macam tu lah gamaknya
kena kerja kat neraka parkson lah selama beberapa bulan ni --'
sabar !
chayok chayok ! ^^


Saturday, February 5, 2011

SHUSHI DALAM PERUT






first time makan shushi !
oh mai God
HAAHA
jakun sikit bila tengok rail shushi tu bergerak macam tempat bagasi kat airport tuu --'
hehe

aku hari ni cuti kerja
so decide dengan kawan yang baru balik plkn pergi hang out kat bandar
sambil nak rasa shushi
dah lama kot mengidam nak makan
haha !
so tadi tertunai gak hajat aku nak makan shushi
ketawa ketawa lagi kitorang berdua kat sana sebab first time makan shushi
aku lagi lah, dah lah nak kena makan pakai chopstick
jadah kau nak pakai tangan, buat malu jee --' HAHA
nasib baik kawan aku yang aku ajak ni pandai guna kan chopstick
so dia yang ajarkan aku
ohhh malu sikit kot sebab baru nak belajar
hehehe
last last boleh lah pakai even tersasul sikit chopstick dia
HAHA biasalah !
lepas tu tengok lah kat landasan yang bergerak tu apa jenis shushi yang ada
mula mula kitorang nak cari yang pinggan warna biru sebab murah!
last last pinggan tu tak nampak langsung --'
ada orang lebih cepat dari kami
HAHAHA
last last ambil je yang mana mana asal nampak sedap
memang tak salah pilih la sebab memang puas gila !
hehe
aku berhabis rm20+ makan shushi tuu
terima kasih FAZIL sudi teman aku makan benda tu
hehehe

then pergi macd dengan dia
sebab dia nak connect internet kat situ
hah kau nak tahu tak apa modal kitorang pakai semata mata nak pergi ber-connect kat situ?
hehe
just beli ice creamm then menghabiskan dua jam kat situ
bergelak ketawa . tengok profile kawan kat facebook . bergosip .
lepas tu bateri lappy dia nak habis
terpaksa tutup lappy then keluar dari macd tuu

eh eh belum habiss lagi ! :P
lepas tu pergi tempat kerja aku pergi cuci mata tengok baju and seluar skinny kat situ
wah ! i'm love seluar skinny ! hehe
tapi mahal lahh . tak cukup duit nak beli
so decide dapat gaji kedua nak tong tong beli seluar skinny
nekad !
hehehe

okay itu lah kerja aku bila off day
bukan rehat kat rumah, pergi jalan jalan kat bandar memenatkan badan
HAHA
tapi seronok sangat !
once again! thank you FAZIL and semoga seronok di plkn nanti okay ! :P
wait wait ! thanks kat amierul sebab layan kitorang tadi walau sekejap je kan ! :P
suka dengar kau cakap'IRRAISHAMASSE ' tapi aku dengar macam washi mashi. HAHA kerja elok elok :)
p/s : dah lupa nama semua shushi yang dimakan. susah noh nak sebut . HAHA

Friday, February 4, 2011

SESI PROMOTE BLOG !


motif join : pelawat dah makin kurang sejak busy bekerja mencari nafkah ni. hehe
so dengan tak malunya minta di promote blog eh :)

Thursday, February 3, 2011

ANNOYING --'

aku bengang sungguh lah
aku nak kerja cari duit bukan kerja nak cari musuh
okay aku cerita kat kau satu satu eh
jangan cakap apa apa sampai kau habis baca cerita aku ! :P


hari tu tak aku tengah susun susun album kat rak department aku
tengah aku susun album tu aku perasan ada dua SHE-MALE nak turun kat escalator
then dua SHE-MALE tu tengok aku then kenyit mata kat aku
ohhh no! aku ketawa je ah tengok gelagat dua SHE-MALE tu
then masa aku nak letak lebihan album dalam stor ada seorang perempuan jumpa aku then bagi satu nom telefon
aku tak syak apa apa lah kan masa tu
aku ambil lah nom telefon tu and perempuan tu blah tak cakap apa apa
aku try lah contact nom telefon tu
then si SHE-MALE ni boleh call aku ! cakap aku cute lah comel lah
oooomaigod ! kalau aku tahu aku tak try contact --'
then dia mesej mesej aku,call call aku,miscall lah
tengah malam pon dia kacau aku
aku tak layan dia call aku, ke mesej aku ke.. urgh ! so annoying !
bila aku sound dia jangan kacau, mula lah dia maki hamun aku
aku apa lagi, pantang orang maki hamun aku so aku maki hamun balik dia !
alih alih semalam dia datang kat department aku berlakon konon nak beli barang
lepas tu macam macam gaya dia buat depan aku
gaya PONDAN ! --'
aku ketawa dan terus ketawa je kat situ
lepas tu dia mesej aku 'berlagak'
pheh ! aku hangin je bila dia kata macam tu
dia fikir aku nak layan ke dia . dia pon ada apa yang aku ada
lepas tu dia maki aku lagi siap bagi warning nak datang department aku nak bagi malu aku
lepas tu dia ugut ugut aku nak buat tu lah ini lah
weii! cuak sei . lepas tu aku cakap kat dia, sekali lagi dia ugut aku,memang aku report polis
lepas tu dia mula mesej lembut kasi cair konon
pergi mati lah pondan , aku tak kira sekali lagi dia ugut memang siap lah dia
kes polis !

hamik kau . nak main dengan api sangat kan
hadoii. tak sangka sampai macam ni sekali kan aku punya story kat tempat kerja
hadoiiiii !

Tuesday, February 1, 2011

SAD SONG MAKE ME T_T

pernah rasa sedih bila dengar sesuatu lagu
lagi lagi kalau lagu tu memang kena tang hidung hang setepek !
memang rasa nak menangis je kan masa tu
cuba kau kuatkan volume gerenti meraung kat situ
hekhek aku saja je :)
aku admit memang pantang bila dengar lagu yang muzik dia genre sedih
memang dua tiga kali aku dengar sambil tangkap feeling
dahlah cinta second aku ni tak menjadi
terputus tengah jalan
memang sedihh T_T
bila aku kerja kan selalu aku nampak couple jalan jalan sama sama
bila aku tengok rasa jelous sei
aku pon nak macam tu gak. hehehe :P
tapi apa boleh buat,nasi dah jadi bubur
aku sendiri yang bodoh buat keputusan nak break
last last setepek kena tang hidung sendiri ! HAHA
takpe kena kuatkan semangat
jangan mengalah hanya kerana wanita ! kau mesti kuat aliff :)

eh eh aku sekarang dah nampak yang pengunjung blog aku makin berkurang --'
follower pon dah kurang bertambah
bila aku usha usha blog kawan aku yang dulu follower dia berpuluh je dah melepasi aku
cishhh! sangat jelous :P
tolong lah promotekan blog aku please kawan kawan ~
hehehe ;)