THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, February 8, 2017

PENGALAMAN MENGHADIRI TEMUDUGA PUBLIC BANK BERHAD

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman menghadiri temuduga Public Bank Berhad untuk position "Management Trainee". Jawatan ni aku apply dalam jobstreet, masa tu main hantar je sebab tengok Public Bank ni ada open vacancy, so hantar lah resume dalam jobstreet tu. 

Esoknya, tiba-tiba dapat call dari Public Bank (HQ), menggigil jugak nak jawab masa tu sebab tak sangka dapat call dari Public Bank. Hihi Drama lebih je sebenarnya. So lepas dia call, dia tanya boleh datang interview tak? Lepas cakap boleh datang, dia terus hantar email untuk detail temuduga. 


Jantung dah dup dap dup dap masa ni. First time weh ! 

On that day, aku pun gerak lah dari Johor pergi KL. Gerak dari Johor dalam pukul 8 pagi dan sampai KL alhamdulillah dalam pukul 12 tengahari. Sebab aku ni jarang pergi KL, so berpandukan pada GPS je lah. Yang nak tergelak, 45 minit jugak lah aku nak cari menara public bank ni sebab ada tersesat masuk jalan mana entah. Dengan jammed nya lagi. Sabar jelah . And Alhamdulillah pukul 1 petang dah sampai kat Menara Public Bank tu. So sejam awal sebelum temuduga. 

Aku sangat nervous sebab first time temuduga kat syarikat besar. Tapi Alhamdulillah aku dapat managed aku punya nervous tu. Masa masuk menara public bank tu, kagum sangat sebab besar dan tinggi. Nak masuk kena daftar dulu kat kaunter depan untuk ambil access card. Hanya aku je boleh masuk untuk ke tingkat atas, if bawa parents atau sesiapa, security tak bagi masuk and kena tunggu kat bawah. So parents aku just tunggu kat bawah je sebab tak boleh naik ke atas. Mak aih makin cuak lah aku ! 

Sampai je kat 11th floor tu, terus pergi kat kaunter pendaftaran untuk serah Resume, sijil-sijil dan borang-borang yang diperlukan. Lepas dah siap semua tu, kena tunggu untuk dipanggil temuduga. Masa aku datang tu, dah ramai jugak lah and mostly semua muka confident habis. Aku je gelabah lebih hahahaha. Dia akan bagi kertas untuk kita isi sebelum temuduga dan kertas tu perlu diberi sekali dengan sijil-sijil asal kepada penemuduga nanti. Dalam kertas tu dia suruh nyatakan 

1) Kenapa nak kerja dengan public bank ? (Soalan in english sebenarnya, tapi aku translate lah) 
2) Apa kelebihan yang ada pada diri anda ?
3) Kenapa Public Bank harus memilih kamu untuk bekerja dengan Public Bank?

Jawapan harus jawab dalam english ya. Not in bahasa ! 

Sampai lah nama aku dipanggil untuk masuk dalam bilik temuduga. 

Dup dap dup dap dup dap 

Lepas dah ketuk pintu, Aku pun masuk dan duduk (selepas dipersilakan duduk)

Ada dua orang penemuduga di situ, dua perempuan chinese. Baik!

Mula-mula dia suruh perkenalkan diri dulu, so aku perkenalkan nama, umur, tinggal di mana, lulusan apa dan belajar di Universiti mana. Lepas dah cerita semua tu, dia start tanya kenapa nak kerja dengan public bank ? So aku pun explained lah dengan sebaik mungkin. Bla bla bla bla 

Dipendekkan cerita, antara soalan yang dia tanya kat aku masatu 

1) Masa kat Universiti, belajar apa ? Apa penglibatan sepanjang di Universiti ? 
2) Tahu tak apa position yang aku apply ni ?
3) Kalau tahu, terangkan sikit apa tugas untuk position ni?
4) Kalau diberi pilihan antara department, aku nak department apa?
5) Kenapa pilih department tu?
6) Terangkan sedikit tentang skop kerja yang dipilih?
7) Sanggup untuk hadapi tekanan ?
8) Jika diberi pilihan negeri untuk berkhidmat, apakah pilihan negeri?
9) Kalau ditempatkan di mana-mana negeri bukan pilihan, sanggup tak?
10) Ada pengangkutan tak?

semua soalan akan ditanya dalam bahasa inggeris, so sila jawab dalam bahasa inggeris dengan confident ya ! Hehe 

Aku pun tak ada lah perfect sangat jawab masatu, ada jugak sangkut-sangkut sebab nervous and aku berpeluh okay dalam tu. Hahahaha  Tapi Alhamdulillah aku dapat jawab lah semua soalan-soalan yang ditanya walaupun ada sesetengah jawapan aku tu membuatkan penemuduga tu berkerut dahi. Tak kisah janji confident je lah jawab even aku tahu aku sebenarnya jawab merapu. Hahahaha 

Almost half an hour jugak lah sesi temuduga tu. 

Lepas dah habis jawab, aku pun tanya lah keputusan temuduga ni nanti macam mana ya ? Dorang cakap nanti akan call dalam masa 2 atau 3 minggu kalau lulus temuduga. Aku pun okay and cakap Thank you. Terus keluar dari bilik temuduga tu setelah setengah jam menganggung azab. 

Aku memang dalam hati dah tahu memang tak dapat punya lah kerja ni sebab jawab tadi pun macam haram tunggang langgang. Aku dah redha masa tu and lega sebab dah habis. So aku pun teruskan lah hidup sebagai penganggur yang berjaya kat rumah sambil tunggu keputusan temuduga. 

Tiba-tiba 

Selang 3 minggu aku dapat call dari Public Bank menyatakan aku lulus temuduga dan dipilih untuk bekerja di Johor Bahru. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi :) 

So kat sini aku nak share sikit tips temuduga untuk sesiapa yang dapat panggilan untuk bekerja di Public Bank (atau di mana-mana pun)

1) Berpakaian kemas. Bagi lelaki haruslah memakai kemeja dan berseluar slack serta berkasut. Perempuan pulak pakai lah baju yang sopan seperti office attire. Kalau yang melayu pakai lah baju kurung dan berkasut. 

2) Datang awal sebelum masa temuduga

3) Bawa pen ! 

4) Salinan Sijil-sijil masukkan dalam file atau envelope 

5) Pastikan minum air sebelum masuk temuduga untuk elakkan bibir kita kering masa bercakap.

6) Pastikan ketuk pintu dulu sebelum masuk dan ucap salam kepada penemuduga

7) Pastikan posture badan sesuai dan buat eye contact dengan penemuduga.

8) Be prepare and Be confident ! 

Acah-acah bagi tips pulak aku. Hahahahaha Yang selebihnya korang boleh google lah ya. Tapi pastikan point no (3) tu jangan diabaikan ! Sila bawa pen kalau tidak mereput lah kat situ nak isi form macam mana. 

Apa-apa pun berdoalah sepanjang proses temuduga tu supaya Allah permudahkan urusan korang sepanjang ditemuduga. Jangan lupa baca doa. 

Apa-apa pun semoga maju jaya pada yang nak pergi interview kerja ya ! 







THANK YOU PUBLIC BANK ! :)

Sunday, February 5, 2017

PENGALAMAN PERCUTIAN KE SOLO & YOGJAKARTA, INDONESIA

Assalamualaikum wbt 


Post kali ni aku nak share itinerary perjalan sepanjang 8 hari dan 7 malam di Yogjakarta, Indonesia. Kalau sesiapa yang teringin untuk travel ke Yogjakarta, boleh lah rujuk pada post aku ni, sedikit sebanyak boleh bantu korang semua yang nak ke Yogjakarta. Yogjakarta sangat best ! Hehe =D

By the way, itinerary ni untuk 8 hari 7 malam, means that kalau korang plan untuk pergi tak lama maybe dalam 3 hari 2 malam ke, aku ada prefer tempat yang memang wajib korang pergi. Dan bajet yang aku sertakan ni, untuk kos selama 8 hari tu. So kalau korang pergi sekejap je, tak banyak pun sebenarnya bajet yang korang akan keluarkan. 

And plus aku pergi dua (2) tempat iaitu Solo & Yogjakarta. First two days, aku pergi Solo and the rest days aku pergi Yogjakarta. Solo & Yogjakarta tu tempat yang berbeza ya . Hehe =D

Lets read ! *sediakan pen dan kertas untuk tulis*

Itinerary Solo & Yogjakarta (8 days 7 night) 

=17/8/2016-24/8/2016=



Member trip kali ni, dan dia seorang blogger travel jugak ! Boleh tengok blog dia DI SINI  =p

Day-1 
1) Arrived at Adisucipto International Airport, Yogjakarta
2) Ambil train untuk ke Solo di Terminal A (Tiket Rp8,000)
3) Jalan-jalan sekitar Solo sebab baru sampai


Terminal keretapi untuk ke Solo.  

Sampai je kat Solo, terus pergi cari bakso !  


Sekali termasuk dalam kedai batik yang mahal kat Solo ni ! Hahahaha 


Dari kiri Jang (Hafizan), Zuwairi, Me & Liche (btw Liche ni orang Solo dan dia yang bawak kami semua jalan-jalan di Solo ni) Hehe Terima kasih Liche ! 

Get ready nak nyanyi lagu Negaraku . lols 
Typical pengunjung ! Kahkahkahkahkah Semua benda nak bergambar. 


Day-2
1) Candi Sukuh, Solo (Entrance fees Rp7,000) - Lokal 
2) Taman Wisata Alam Grojogan Sewu (Entr fees Rp10,000)


Nak masuk ke candi sukuh, kena pakai "loket" ni. Actually dia kain sebenarnya.  


Sekitar candi sukuh, banyak monumen yang berkaitan dengan sejarah ada kat sini. Tapi since aku ni bukan jenis minat sejarah, aku cuma tertarik dengan kesenian yang ada kat sini. luls 


sekitar candi sukuh, 



 Singgah sekejap di Universitas Sebelas Marit, tempat Liche mengajar. Masa ni tengah ada orientasi pelajar baru, dapat lah jugak tengok macam mana culture student universiti kat Indonesia. Curlass pakai blazer engko ! hahaha




 Sekitar taman wisata . Air terjun tinggi sangat ! 



Lepas dah habis jalan-jalan, tersinggah sekejap kat Sawah Padi bertingkat. Seingat aku, last belajar pasal ni masa subjek Geografi tingkatan 3 . Hahahaha 


Day-3
1) Ambil train ke Yogjakarta (Tiket Rp8,000)
2) Pantai Siong, Yogjakarta (WAJIB PERGI)
- Entrance fee Rp5,000
- Parking fee Rp2,000
- Hiking bukit tinggi Rp2,000
- Cantik sangat view dia ! Recommended 
3) Pantai Timang, Yogjakarta (WAJIB PERGI)
- Naik gondola Rp200,000
- Nak ke sana kena naik motor (Upah Rp40,000)
- Memang cantik sangat view, angin ombak kuat dan best. Boleh tengok sunset jugak.

Sebelum bertolak balik ke Yogjakarta, Liche bawak kami semua merasa pengalaman breakfast tepi jalan di Solo. Selamat tinggal solo !

View of Pantai Siong.  


Tinggi nak mati. Gayat rasa masa hiking ke atas bukit Pantai Siong ni .  


View pantai siong guna Panorama

Kalau sesiapa rasa nak bunuh diri, boleh lah terjun kat pantai siong ni . hahahaha 


 Pantai Timang, yang ada Gondola tuuu. 



Boleh tengok sunset kat sini ! 








Day-4
1) Bukit Puthuk Setumbu (Sunrise moment)
- Entrance fees Rp30,000
- Parking fees Rp10,000
- Better pergi awal untuk parking sebab nanti penuh 
2) Candi Borobudur (WAJIB PERGI)
- Rp130,000 (student) / Rp260,000 (non-student)
- Parking fee Rp10,000
- Wajib bawa student card, 50% less 
3) Gunung Berapi Merapi (WAJIB PERGI)
- Entrance fees + Sewa jeep 1(h)1/2 Rp350,000
- Parking fees Rp5,000
- Dapat tengok dengan jelas gunung berapi yang masih aktif. 
4) Bukit Kalibiru (WAJIB PERGI)
- Entrance fees Rp10,000
- Parking fees Rp5,000
- Cantik untuk bergambar, ada banyak station untuk bergambar dan setiap station perlu bayar (Starting dari Rp10,000)

Sunrise moment. Ramai betul orang kat sini, so better pergi awal supaya ada parking. 

 Finally aku sampai jugak kat sini !





 Travel buddies : Jang (Hafizan), Pak Don (Fairuz), Fitri, Zuwairi & Aku. 


Ini price rate nak masuk Candi Borobudur. So better if ada Student Card,sila bawa ! Dapat 50% less.

Gunung Merapi yang still keluarkan asap. 











 Rumah peninggalan Mbah jurukunci gunung merapi yang meninggal masa gunung berapi ni meletus. Dikatakan ketika itu, Allahyarham meninggal dalam posisi bersujud. R.I.P   



Kesan daripada letusan Gunung Berapi Merapi.  




A moment to remember!

 Welcome to Kalibiru !



Day-5
1) Hutan Prinus (WAJIB PERGI)
- Free entrance 
- Suasana dalam hutan
- View yg cantik untuk ambil gambar 
2) Mangunan 
- Entrance fees Rp6,000
3) Candi Sambisari
- Entrance fees Rp2,000
- Parking fees Rp5,000
- Candi ni dijumpai oleh petani dalam tanah. 
4) Candi Ijo
- Entrance fees ( ikut ikhlas hati )
- Candi ni atas bukit. So boleh rasa sejuk angin bukit.

 Hutan Pinus. 


 Dua dari kanan tu Mas Endra, tourist guide sepanjang 8 hari kitorang kat sini. 



View of Mangunan. SubhanaAllah cantik !

 Candi Ijo


Candi Sambisari. Candi ni dijumpai oleh petani. Candi yang ditemui bawah tanah. Sebab tu nampak kedudukan candi ni turun ke bawah.

Day-6
- Shoppppppppppppppping di Malioboro 
- Shopping kat sekitar jalan utama 
- Harga boleh nego dengan semua peniaga.

Ramai betul manusia !

Day-7
1) Ratu Boko Palace (Sunset moment) (WAJIB PERGI)
- Entrance fees Rp110,000 
- Sunset price start dari pukul 3petang-5petang
- Kalau sebelum pukul 3, harga cuma Rp35,000
- Parking fees Rp10,000


















Day-8 
1) Siap-siap untuk balik Malaysia
2) Sewa kereta untuk ke airport Rp100,000 (negotiable)



THANK YOU YOGJAKARTA !



Add-ons (Tips):

1) Kami menginap 3 hotel sepanjang di Solo dan Yongjakarta 
- Hotel Bandar Narita, Solo (Rp279,000/night) - 2 single bed
- Hotel Kristina, Yogjakarta (Rp310,000/night) - Queen size 
- Whiz Hotel, Yogjakarta (Rp150,000/night) - 2 single bed
- Booking online untuk dapat harga lebih murah 
- Menginap di MALIOBORO sebab sangat strategik !
- Dekat dengan shopping mall dan pasar Beringharjo

2) Flight return KL-Yogja RM270.00 (booking 5 bulan awal)
- Masa balik je ambil luggage sebab banyak barang shopping

3) Sepanjang di Solo, tak sewa kereta sebab ada kenalan kawan kat sana =P tapi di Yogjakarta kena sewa kereta.
- Kereta Toyota Avanza (muat 6 orang) Rp400,000/day
- Minyak kereta Rp100,000/day
- Contact no: +62 812 28379889 (Mas Endra) - Recommended !

4) Since duduk 8 hari, kena beli simkad untuk online
- Simkad simPATI (Rp75,000)
- Boleh dapat lagi murah kat kawasan perkampungan
- Terus register and masuk phone. Perlukan passport untuk reg

5) Prefer pakai kasut jenis sport shoes sebab kat Yogja ni dia banyak tempat alam semulajadi. hehe

6) Kalau shopping tu tawar menawar je sebab mostly dorang okay je.

7) Sewa kereta Rp400,000 tu sekali dengan tourist guide. Sangat happening dan sempoi tourist guide kami. Kalau nak booking, boleh contact beliau kat no +62 812 28379889 (Mas Endra).

8) Download apps "Currency" kat appstore sebab mudah nak tahu harga dalam RM berapa.
- Currency exchange masa tu Rp1,000 = RM0.32

9) Total budget RM1,500.00 (exclude flight) untuk 8 hari 7 malam. Ada baki lebihan tak guna RM118.00

Special big thanks to travel buddies ( Jang, Pakdon, Zuwairi & Fitri) 
To Liche & Mas Endra, semoga ketemu lagi inshaAllah :)

Thank you!


Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh direct email karl_haikal08@yahoo.com :)