WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, April 30, 2011

PILIHAN SAYA

ASSALAMMUALAIKUM..

baiklah guys , seperti yang telah diberitahu oleh aku
aku telah memilih matrikulasi sebagai tempat untuk aku sambung study
HAHA
bukan main gembira orang-orang yang pernah brainwash aku -,-
actually aku pun tak sabar nak masuk matrikulasi
tapi dalam masa yang sama aku rasa macam ' betul ke pilihan aku ni '
aku rasa ini adalah pilihan terbaik aku inshALLAH

haaaaa , 2 MAY 2011 dah boleh semak kemasukan ke form6
as u know , aku hanya akan senyum bila dapat tahu aku terpilih
nak buat macam mana dah pilih matrikulasi kan
and kalau aku dapat IPTA pun aku akan lihat , senyum , dan menangis kot . HAHA

aku takut ;'(

Friday, April 29, 2011

SAYA TAHU SAYA BOLEH ! :)

entry tentang MATRIKULASI lagi
sila jangan boring bila baca
kalau boring juga , terima kasih sudi baca tajuk entry ini :)

aku sudah buat keputusan
aku akan pergi MATRIKULASI !
plisss , jangan ada lagi suara-suara cakap ' matriks susah weyh'
aku tahu aku boleh buat
tolong jangan down kan semangat aku :)
tarikh nak mendaftar 23.MAY.2011 so maybe aku bertolak 21.MAY.2011
singgah rumah makcik aku dulu kat penang untuk sesi ' brainwash ' HUHU

Sila buat pengesahan terima (1) sebelum mencetak dokumen di bawah.
Bawa SEMUA DOKUMEN pada hari pendaftaran di kolej.
1. Pengesahan Terima Tawaran ( DONE )
2. Surat Tawaran ( DONE )
3. Dokumen Peribadi Pelajar ( ON THE WAY )
4. Surat Perjanjian ( ON THE WAY )
5. Panduan ( DONE )

SALAM SAYANG DARI BAKAL PELAJAR MATRIKS :)

Thursday, April 28, 2011

BAKAL BUDAK MATRIKS ?


aku semakin rasa bahangnya asmara dengan perkataan ' pilihan '
okay korang semua tahu kan aku terpilih untuk masuk matrikulasi
sekarang ni ramai orang sedang berkata
'kau pergi je matrikulasi tu , peluang keemasan !'
sampaikan boss tempat kerja aku boleh cakap
'aku cakap kau bodoh kalau kau tolak matrikulasi'
see ?
kepala otak aku dah makin bingung plus plus plus
debaran hati tak berhenti-henti nak berdebar
sengal betul
nak pilih antara dua ni yang susah weh
MATRIKULASI atau UNIVERSITI
sangat bingung ! -,-

saya sedang melihat tempat BAKAL saya belajar
saya cakap BAKAL bukan saya cakap AKAN


selepas itu aku melihat pula jadual untuk pendaftaran pelajar baru

and the worst part is . HAHAHA

baiklah !
cakap panjang-panjang pun tak guna sepak pun tak kena
doakan yang terbaik untuk aku sudaaaaaaa ;)
salam sayang dari BAKAL BUDAK MATRIKULASI -,-'

Wednesday, April 27, 2011

PERMULAAN !

guys, i get it
mula-mula aku tak terfikir tau nak check matrikulasi ni malam-malam buta macam ni
but ramai kawan aku dah mesej kat fb tanya aku dapat kat mana matrikulasi
so agak blur sebab tak ingat yang hari ni dah 28.4.2011 ( tarikh check matrikulasi)
so apa lagi terus click kat link yang kawan aku bagi untuk check nya


so dengan sepantas kura-kura berlari aku terus click
agak berdebar nak tunggu semakan nya
aku taktahu kenapa aku macam teruja sangat bila dapat tahu terpilih -,-
padahal aku tak aim pun nak masuk matrikulasi
kau tahuuuuu parents aku yang tengok aku dapat terpilih terus bahagia
ayah aku siap cakap ' esok bapak pergi beli dakwat printer , hang print dokumen-dokumen yang perlu tu '
okay di situ aku dapat lihat ayah aku sangat berharap aku masuk matrikulasi
tapi aku cakap ' NAK TUNGGU IPTA LAH '
then he said ' okay , we see it '
doakan aku dapat IPTA tauuuuuuuu ! inshaALLAh
tapi kann tapi kannn
kalau tak dapat IPTA memang penghujungnya aku dekat matriks
taknak masuk form6 sebab takde akaun. HUHU
ehh lupa yang sepupu aku dekat united kingdom suruh aku amik matrikulasi
aku tahu lah dia nak aku ikut jejak dia sampai dah belajar kat UK youuu
tapi apakan daya , saya tidak sehebat dia ;'(

doakan saya tau awak-awak . ILYSM :D

Monday, April 25, 2011

TIPU LAH KALAU KAU TAK AMALKAN

masa kecil-kecil dulu, mak ayah aku selalu bagitau kat aku pantang larang yang aku kena ikut
atuk nenek aku pun sama bagitau tiap kali aku nak buat something
tapi releven ke pantang larang semua tu kat dunia moden sekarang ?
bagi aku relevan kot sebab benda-benda ( pantang larang) ni actually disampaikan oleh nenek-nenek atuk-atuk kita yang dah makan garam dulu dari kita kannnn..
aku nak share sikit kat korang pantang larang yang aku ingat lahh . HAHA
yang mak ayah nenek atuk aku selalu ingatkan bila buat sesuatu

1. jangan nyanyi masa tengah memasak kat dapur nanti dapat suami/isteri tua
2. jangan angkat kaki masa tengah meniarap sebab nanti mak ayah kita akan mati
3. jangan asah pensil sampai pendek macam jari kelingking nanti mak kita akan mati
4. kalau masuk hutan , minta kebenaran dari penjaga hutan macam ' nek , cu tumpang lalu '
5. jangan menunding jari telunjuk kat pelangi nanti jari kudung
6. jangan cakap ' kau aku ' dengan ahli keluarga
7. jangan pukul sesiapa pun dengan batang penyapu nanti orang tu tak kahwin
8. jangan kencing berdiri nanti syaitan akan melahirkan anak
9. jangan langkah orang sebab nanti dia terbantut
10. jangan ketuk kepala seseorang nanti dia pun terbantut
11. kalau nampak ular, halau dengan batang buluh

walaweyh aku lupa lahh , padahal banyak lagi
HAHA
kalau korang rasa korang ada pantang larang yang korang still amalkan sampai sekarang
sharing-sharing ah kat comment aku
nak tahu juga kannnn :)

Sunday, April 24, 2011

Segmen | Kalau aku ada bakat aku nak jadi


  • kalau aku ada bakat aku nak jadi PELAKON
ingat lagi dulu masa sekolah menengah kan ada subjek KOMSAS
dalam tu kan ada SAJAK,PANTUN,CERPEN dan DRAMA
bila tiba waktu kelas BM aku paling eksited sangat lagi-lagi kalau minggu komsas
guess what ?
aku suka bila part drama tuuuuu
aku selalu volunteer bila cikgu tanya siapa nak melakonkan watak tu watak ni
masa tu muka memang tak tahu malu langsung
kisah apa aku ? HAHA
pernah sekali tuuu cikgu puji lakonan aku paling menjadi even yang lain suam-suam kuku
ehh ehh bukan sekali , dua tiga empat kali tahuuu
masa tu ayat aku nak balas balik pujian cikgu aku ' err mana ada cikgu'
nampak beno nak cover bangga . HAHA
tapi sekarang aku nak sangat berlakon ! haha
psssstt ada ke orang nak ambil aku berlakon ? -,-

  • kalau aku ada bakat aku nak jadi MODEL
walaweyyhh ! model lah siak . HAHA
well aku tak pernah nak imagine aku dapat jadi model betul-betul
aku cuma layak jadi model di kamera sendiri je lah kan
aku tengok semua model kat malaysia ni ada pakej . hensem/tinggi/fotogenik
well aku ni bukannya tinggi sangat cuma serdang serdang je ketinggiannya . HUHU
so aku rasa siapa nak ambil aku jadi model ? mesti diorang fikir dua tiga puluh kali nak ambil aku
HAHA

  • kalau aku ada bakat aku nak jadi PENYANYI ANTARABANGSA
macam justin bieber ? errr dia orang kanada kan ?
hello hello aku ni pun english terabur ada hati nak jadi penyanyi antarabangsa
HAHA
hanya dalam mimpi je lah kannn
tapi tak salah kan berangan , nak jadi macam bruno mars bolehhh ? :P
ehh ehh suara aku sumbang mambang lahh
takde power lansung cuma layak menyanyi kat karaoke jamban je
takpun kalau nak glemer sangat record kat camera then upload kat youtube.com
lepas tu tebalkan mata dan mulut membaca komen penonton
menanahhhhh ! tu pun kalau ada yang sudi tengok lah . HAHA !

  • kalau aku ada bakat aku nak jadi PEMAIN ALAT MUZIK YANG SERBA BOLEH
aku pernah mengidam nak ada piano sendiri
aku pernah cakap kat ayah aku suruh belikan
tapi kau tahu kan bukannya DUA SERINGGIT piano tu , ayah aku cuma gelak bila aku cakap macam tu , HUHU
aku pernah ngidam nak main gitar , but aku takde bakat langsung !
lagipun siapa sudi nak ajar aku main gitar ??
so dalam mimpi juga lah ye semua tuuuu . HUHU


Friday, April 22, 2011

PENGALAMAN MEMATANGKAN DIRI KITA

cikgu aku selalu cakap
'bersedia menghadapi dunia luar bila dah habis sekolah nanti tau , lagi banyak dugaan dan cabaran yang awak semua akan hadapi , dari situ awak akan belajar erti kehidupan yang sebenarnya'

baru aku tahu maksud sebenar cikgu aku selalu cakap macam tu masa kat sekolah dulu
yelah cikgu kan lebih awal makan garam,gula,asam dan cuka dari aku
so awal-awal dia dah ingatkan kat aku pasal dunia luar
sepanjang aku start hadapi dunia luar ni
aku dah mula belajar erti sebenar kehidupan
pergi kerja cari duit memang memenatkan
dapat rasa macam mana ayah aku susah penat kerja cari duit nak sara kehidupan kami sekeluarga
terima kasih bapak ! :)
bila tengah poket kering masa tu baru tahu macam mana perasaan orang yang tengah takde duit nak makan , nak beli keperluan diri
nasib baik aku still ada duit dari mak ayah aku bila aku tengah takde duit

macam-macam jenis manusia aku boleh tengok bila start hidup di luar
pernah sekali masa aku tengah kerja , sekumpulan mak nyah dengan berpakaian macam perempuan tengah shopping nak beli barang perempuan
masa tu aku boleh ketawa tengok dorang ( ish ish ish jahatnya aku )
lepas tu aku nampak sepasang gay tengah shopping beli barang
huhu sweet jek aku tengok dorang berdua :D
lagi satu pengkid ! walaweyhhhh bukan main berkepit dengan girlfriend diorang
gaya macam jantan sei !
HAHA

sebenarnya banyak lagi dugaan dan pengalaman yang aku tempuhi
macam-macam !
dulu masa sekolah konon hebat ah dalam sekolah
padahal kat luar sana banyak lagi orang yang lebih hebat dari kita
so kepada budak-budak sekolah , janganlah perasan diri tu hebat sangat okayyyy ;)
tapi segala dugaan dan pengalaman yang aku lalui mematangkan diri aku
mana tahu suatu hari nanti aku jadi pemimpin korang ?
HAHA !
tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu ? TUHAN sahaja

salam sayang dari aku ;'*

Thursday, April 21, 2011

BILA HALAL HARAM DAH DI LUPAKAN


ASTAGFIRULLAH-AL-AZIM

baru bernikah sebulan yang lalu tapi dah hamil 4bulan
apa maksudnya tu ?
maksudnyaaaa si krisdayanti ni menghamilkan anak luar nikah atau bahasa kurang ajar nya anak haram
walaweyh gilaaaaaaa memang gilaaaaaaaaaaa
ya ALLAH apa nak jadi dengan si krisdayanti ni sampai sanggup buat macam tu ?
tahu lah tengah hangat bercinta tapi sampai takboleh fikir halal haram
dia fikir dia dah menikah dengan raul ni boleh tutup semua ni?
nauzubillah min zalik !
siap boleh canang satu dunia yang dia hamil 4bulan even baru kahwin sebulan jek
nampak kan kebodohan yang terlampau si krisdayanti ni
elok-elok je dia melahirkan anak halal dengan si anang tapi bila dapat dekat si raul ni habis kena ganyang kau sebelum menikah
kesian nasib anak dia nanti kan , walaupun dia artis hidup dalam glamour tak semestinya hukuman Tuhan dia tak dapat
berzina sebelum kahwin adalah dosa BESAR !
ini lah kawan baik dato' siti nurhaliza
mesti geleng kepala siti dibuatnya !
ehhh , no wonder lah BALA TUHAN asyik timpa indonesia,
halal haram dah ditolak ke tepi , hanya tahu keseronokan duniawi je
tak hairan lah kalau tiba-tiba tsunami paling dashat hempas indonesia
kuasa Tuhan
WALLAHUALAM :)

Wednesday, April 20, 2011

IT'S MY B'DAY !

it's your b'day ?
yes . today is my b'day , heyyy BAD DAY no BIRTHDAY
-,-'
tak sangka pagi-pagi lagi dah dapat rasa yang hari ni memang bad day aku
tak macam biasa , hari ni aku TERbangun awal pukul 7pagi
shit !
padahal kalau hari-hari sebelum ni dateline aku bangun mesti matahari dah terpacak tegak atas bumbung rumahh . * tahu kan perangai aku buruk. yucks ! AAK? *
tapi hari ni pulaks TERbangun awal pagi sangaaaaaaaaaaat
ni semua gara-gara pekikan kakak aku yang macam meroyan tu nak kejutkan adik aku yang umur 5tahun pergi tadika
kau tahu kan budak kecik memang liat nak bangun awal kalau dah malam sebelum tu dia tidur lambat . -,-
memang rasa nak tercabut telinga aku dengar yang kakak aku tak habis-habis paksa adik aku bangun sambil yang si kecik tu menangis nak tidur balik
haishhh sabar je lahhh
agak-agak dah reda sikit sebab adik aku tu pun TERPAKSA bangun sambil menangis masuk bilik air mandi , aku pun sambung lah tidur balik
tapi , aku cuba lelapkan mata , takboleh-boleh nak lelap
sudahhh !
aku pusing sana , pusing sini . paksa gak mata aku tutup
last-last hamikk kau luas je dia buka macam tak kasi aku tidur balik
kuajaaaaaq ! >,<'
then aku keluar lah dari bilik aku sambil menuju ke ruang tamu
terserempak dengan mak aku sambil cakap ' TAK BOLEH TIDUR' , mak aku ketawa . -,-
aku pun baca lah paper-paper yang tak sempat nak baca sebab busy dengan kerja
then agak-agak lima belas minit baca paper aku punya mata tahu plak nak tutup !
then menuju ke bilik terus beradu ! walaweyhh . HAHA

agak-agak dah tengahari bangun lagi sebab petang tu nak pergi kerja
ishh teruk sey perangai aku . HAHA :P
tapi sebelum nak mandi pergi kerja , awan kat luar dah mendung semacam je kan
damn! jangan lahhh hujan
aku punya doa tak diterima ahhh , hujan pun turun dengan selebat-lebatnyaaaa
so aku nak pergi kerja pun takboleh sebab hujan . paham ?
agak-agak hujan dah berhenti sikit , aku pun nekad nak lenjan je hujan tu
kalau tak memang tak pergi kerja ah aku kan
dah dalam on the way nak pergi tiba-tiba kat depan satu tempat
hujan turun balik lah ! demmmmmmmmmmmmmmm ini memang gila lebat macam pfttt
aku punya berdoa lah supaya bagi aku tempat berteduh dulu sebelum nak lebat pun
habis lencun aku weh ! sumpah memang aku rasa dah takde ruang kering kat pakaian aku
then berhenti kat busten berdekatan . masa tu aku dah lencun . maluuu gila >,<'
punya ah lama nak tunggu hujan tu berhenti , aku NEKAD sekali lagi nak lenjan !
ALANG-ALANG DAH LENCUN , BAGI LENCUN HABISSSSSSSSSS
aku punya rempit bawak motor sampai lah kat tempat kerja
seriously masa tu kasut,baju,seluar,sweater dan yang dalam-dalam semua basah . HAHA
heavennn !
aku masuk tempat kerja , kena ketawa kan dengan budak-budak tu
mana taknya memang habis basah
last-last pinjam duit kat boss pergi beli baju nak tukar dengan yang lencun ni
kan dah kena tolak duit gaji nak bayar balik pinjaman tu . haishhhh
then mula ah aku selsema
dugaan oooo dugaan

NEKAD lepas ni kalau hujan benda yang perlu ada dalam beg
  • BAJU dan SELUAR HUJAN
  • BAJU,SELUAR,KASUT, dan DALAMAN-DALAMAN spare
  • TISU!
HAHAHAHAHA !

Tuesday, April 19, 2011

HARAPAN SAYA TINGGI SANGAT ;')


tak sabar nak tunggu FIRST WEEK OF MAY
sekarang ni berdebar-debar nak tau samada dapat ke tak dapat
korang doakan aku dapat okayyy !
amin ;)

why aku tunggu FIRST WEEK OF IPTA ?


dah tahu kan ?
itu lah yang aku tunggu-tunggukan sekarang ni
rasa berdebar sangat !
tapi aku akan check dulu samada dapat tak matrikulasi
kalau dapat kannnnnnnnnn
aku taknak masuk ;')
please dont ask why . HAHA letih awok menjawab :P
lepas tu kannn kannn
aku ada interview lecturer dengan students kat UITM
aku tanya lah uitm buat intake untuk budak diploma bila
diorang jawab maybe akhir bulan 5 , so siapa yang dah check dapat masuk UITM
bolehlah buat apa-apa preparation yang patut untuk masuk U
tak sabar ni ! . HAHA

HOPE SANGAT-SANGAT DAPAT ;')

Saturday, April 16, 2011

SAYA GILA CAMERA , KISAH APA AWAK ?








today is my holiday day !
horrayyyy . HAHA
hari sabtu cuti setiap minggu
motif ? nak tengok AF :p
mula-mula ramai yang cakap ' wahhh kau cuti sabtu , best nye!'
then aku cakap ah ' cuti pun nak tengok AF '
orang-orang tu pun balas balik ' hek eleh, semata-mata . motif sangat '
HAHA
kisah apa aku ? :P
hari ni aku hang out lagii
hoho
sesi menghabiskan duit pun berjalan dan terus berjalan
hari ni keluar lagi dengan FAZIL dan akan ada perkataan ' lagi ' itu
macam biasa lokasi wajib dalam list tempat lepak-lepak
apa lagi macdonald lah ! :D
tapi hari ni kami ( cewahhh kami lah siot ) ditemani oleh sekuntum bunga
tak dapat dikenal pasti bunga apa . HAHA
so memang kecoh gila nak mampus dengan masing-masing nak ambil gambar
choppp choppp lupa nak cakap aktiviti kami yang wajib ialah photoshoot even kami bukan model mahupun artis . terima kasih
sambung balik , then memang kecoh gila even hanya ada tiga mulut -,-
sampai kan budak perempuan bertudung kat belakang kitorang boleh ketawa-ketawa sinis tengok gelagat kitorang yang macam beruk jumpa camera . HAHA
tapi seriously makcik kat depan meja kitorang pun macam nak interframe ambil gambar sekali tapi disebabkan malu dia pun hanya melihat sambil menelan air liur -__-' HAHA !
gurau jerk ! tak de lah sampai menelan air liur . haishh percaya sangat ! :P
beb ! lupa nak bagitau
beg domo dah menjadi kepunyaan aku . LALALALALALALALA~

P/S: shopping beg jalan yang vogue nak bawak pergi KL buat plessing kat PAVI -,-' . sila muntah hijau sekarang !

Friday, April 15, 2011

SEDIKIT INFO JIKA PENING NAK PILIH

Actually, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita. Selebihnya adalah dari ini inisiatif kita termasuklah 'nasib'. Kalau usaha plus nasib plus minat plus rezeki kita tu baik, maka, gempak lah result kita. Kalau tak, memang tak ah.

Secara simplenya, Pra-Universiti = Tamhidi = Asasi = Foundation = Matrikulasi = Form 6. Most of them adalah A level yang kita mungkin tak boleh guna langsung untuk dapatkan pekerjaan. So, macam mana nak bezakan antara mereka semua? Senang je:

Matrix

1.Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7.Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation

1.Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma

1.Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3.Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

Tahmidi (USIM)

1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

Form 6

1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7.STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

Sijil

1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
5.Aku tak rekomen korang ambil Sijil


from blog the other khairul

Tuesday, April 12, 2011

MUSUH AKHIRNYA JADI KAWAN

'jangan gaduh lama-lama , nanti jadi kawan baik suatu hari nanti '

pernah dengar tak sesiapa ah yang cakap ayat macam kat atas tu
tak kisah lah parents korang ke , kawan korang ke , adik beradik korang ke
pernah tak ?
haiyaaa mesti pernah kannn ? :P
okay di sini aku dengan sukarela dan tiada paksaan dari mana-mana pihak
mengesahkan bahawa ayat di atas tu adalah 100% betul !
*clap-clap*

kenapa aku cakap benda ni 100% betul ?
meh aku nak story kat korang something
HAHA
tahun lepas kan aku spm
aku ada ambil satu kelas tuisyen untuk subjek addmath
dalam kelas tuisyen tu campur-campur au dia punya student dari variety school
pendekkan cerita aku ada gaduh dengan sekumpulan budak dari satu sekolah ni
fight mulut ah setiap kali jumpa sampai kan aku blah dari class tu
sampai lah habis spm kitorang tak pernah jumpa lagi and aku pun tak hingin nak jumpa
ditakdirkan sekarang kan aku kerja kat gerai makanan jual macam-macam makanan
tiba-tiba satu hari tu boss aku perkenalkan kat aku pekerja baru
yang kelakarnya kan !
budak baru tu ahli kumpulan budak yang aku gaduh masa kat tuisyen
ya ALLAH kecilnya dunia ni ! :D
mula-mula tu memang lah tak bertegur sangat kan
tapi nak buat macam mana bila dah kerja satu tempat
pergi kiri jumpa dia , pergi kanan jumpa dia juga
last-last kitorang sekarang dah jadi kawan baik !
HAHAHA ! kelakar lah weh
aku tak menipu ah pasal ayat kat atas tu
so korang kena berhati-hati lah lepas ni
kalau gaduh-gaduh dengan seseorang
jangan terkejut kalau tiba-tiba orang tu lah kawan baik korang , takpun maybe suami/isteri korang . HAHA!
nothing impossible !

Monday, April 11, 2011

SEGMEN: DIY!

10 fakta tentang diri saya.
-NAMA YANG DIBERIKAN OLEH ORANG TUA IALAH ALIFF HAIKAL
-BERUMUR 18TAHUN , MASIH BUJANG TRANG TANGTANG
-SEORANG LELAKI YANG TELAH DISAHKAN JANTINANYA -,- haha
-MASIH TINGGAL BERSAMA IBU BAPA
-ANAK WARGANEGARA MALAYSIA !
-MEMPUNYAI TEMAN LELAKI YANG CUTE SANGAT ! ^^
-SUKA KAN PADA KEKEMASAN WALAU DIRI TAK SEKEMAS MANA :P
-HOBI MESTI AH FACEBOOK-ing DAN BLOG-ing
-TAKSUKA ORANG PUJI AKU CUTE WALAU BENDA TU MEMANG FAKTA , haha!
-KUAT GOSIP | FASHION | SHOPPING | MAKAN :)
*banyak lagi , tapi limit 10 je*

10 perkara/perkataan yang selalu saya sebut.
-ASSALAMMUALAIKUM
-HOYYYY!
-WEHHH
-BOLEH SAYA BANTU CIK? *kerja kat kedai makan*
-SELAMAT PAGI
-SELAMAT MALAM
-SELAMAT PETANG
-ARGH! PENATNYA
-NINIE ! *setiap hari aku panggil kucing aku. HAHA*
-BYE MAK BYE BAPAK
*poning-poning awok nak pikir , saborr jela~ *

10 perkara “pertama kali” dilakukan dalam hidup saya
-PERTAMA KALI hirup udara pada 8/12/1993
-PERTAMA KALI couple
-PERTAMA KALI tebalkan muka minta kerja
-PERTAMA KALI makan shushi lepastu ketagih sampai sekarang! HAHA
-PERTAMA KALI buat blog dapat follower sampai 700+
-PERTAMA KALI join benda alah macam ni dari nazim nasri(dato' siti)
-PERTAMA KALI tengok video 18sx *winkwiink*
-PERTAMA KALI mula bekerja
-PERTAMA KALI dapat pegang duit banyak-banyak-banyakkkkkk
-PERTAMA KALI ambil spm . HAHAHA !

Saturday, April 9, 2011

JANGAN FIKIR KAU ARTIS LAH

hey guys !
hari ini mahu kongsi rasa tidak puas hati aku kat korang semua
so first of all sila tebalkan hati masing-masing bila terbaca ayat superb dari aku
HAHA

suka tak bila korang buka facebook kan
lepas tu ada lah seorang kawan facebook korang post ayat maki-maki hamun
then korang pun endah tak endah je post kawan korang tu
yeah biasa lah :)
dah log out , then korang nak log in balik facebook korang
ternampak lagi post kawan korang yang tu pasal maki-maki
but this not like the first one
korang pun endah tak endah juga
then log in balik facebook esoknya tengok kat 'home' ada lagi post budak tu
tapi sekarang dia post pasal tengah hangat bercinta dengan si tut tut
sehari kemudian dia post lagi tapi pasal dia dah putus dengan tut tut
siap maki-maki lagi , FCUK,BOWDOWH lah macam-macam
esoknya IN A RELATIONSHIP balik dengan orang yang sama
lepas tu putus, post maki-maki
then post lagi tengah horny lah , sangap but tang lah

okay what u feel that time ?
rasa macam nak sound je kan budak tu
dia fikir ruang home korang tu untuk post dia seorang je ke ,
kalau post benda baik-baik okay lah
ni tak , mencarut je kerja dia duapuluhempatjam terpampang kat home korang
rasa annoying gila kann ?
hey , aku tak suka lah orang macam tu jadi list friend aku dalam facebook
i know lah it your privacy
but yang baca tu AKU
kau fikir kau artis nak heboh satu dunia kau benci kat orang
kau fikir kau bintang hollywood nak jaja cerita cinta kau
tak fikir ke perasaan orang lain bila baca post kau tu
yah i know semua orang yang comment kat post kau tu BAJET HOT STUFF macam kau
yuck ! hidung kempis ada hati nak jadi shah rukh khan
lepas tu lepas tu kannnn tak habis-habis nak mengutuk belakang orang
tapi kau tak fikir pula perangai kau yang membuatkan orang mengutuk kau
fuck sana fuck sini
makin tak faham aku dengan kau
ohhhh lupa BUDAK KL memang bajet HOT STUFF macam kauu kann
bangga dapat lepak depan PAVILLION kat kl tu
tu lah lesen kau kan nak memaki anak orang
ehhh lupa ! ORANG KL macam kau takde budi bahasa
then bangga bila kau maki-maki orang kawan-kawan hell kau pun sokong
macam bhabi tau kau and geng-geng kau
mengata orang tapi aku tengok diri kau macam tu beb
seriously !
kau memang dah meng-annoying-kan aku beb
malas nak mengutuk kau panjang lebar
kang kau hentam aku kat facebook kau , kawan-kawan hell kau pun hentam aku
ORANG BAJET HOT STUFF memang macam tu kannn ;)
L O S E R !
kepada kawan-kawan kau yang sokong kau dari belakang tu
TAK PERLU NAK BAJET COMEL SANGAT DOWHHHHH ! euwww ;)

selingan dari post-post di wall dia yang ' EUWWWWWWWWWW' :)

Friday, April 8, 2011

FACEBOOK VS USOPBOOK


popular betul mike eh USOP WILCHA
tahniah jo la udah ade USOPBOOK sendighi
sabor jela~

Thursday, April 7, 2011

'Saat Dayana AZ RAJIN untuk REVIEW'



SAYA NAK BLOG SAYA DIREVIEW OLEH DAYANA !
ngeee;)
http://www.herstoriie.com/2011/03/saat-dayana-az-rajin-untuk-review_28.html

tak berat punnn :):)

Tuesday, April 5, 2011

dialah SAHABAT dialah KAWAN

perkenalan kitorang masa sekolah rendah
masa tu masing-masing baru darjah 5
so no wonder lah masa tu tengah berlumba-lumba nak cari kawan
HAHA
aku dengan dia ditakdirkan satu kelas masa darjah 5 . *cewahhh ditakdirkan*
then masa tu lah aku kenal dia dan dia kenal aku
masa tu aku rasa dia lah kawan aku paling sporting gila babeng ! HAHA
kalau aku ada masalah , aku cerita kat dia macam tu lah sebaliknya
aku rasa dalam kelas tu dia ah paling rapat dengan aku
kawan dengan dia best sangat :D
aku sayang dia sebagai kawan baik aku yang sangatttt baik lah . HAHA:P
ingat lagi satu hari , kitorang gaduh besar atas sebab salah faham
masa tu gaduh dengan budak perempuan
perang mulut ah masing-masing
yang takboleh belah nya aku boleh menangis masa gaduh tu
HAHAHA !
tapi dia tak endah kan aku menangis . kejam kan dia ? :(
nak dekat seminggu kitorang bergaduh , tak tegur sapa
even sebelum tu kitorang rapat dalam kelas
aku masa tu terasa gak sunyi takde kawan rapat
so lastly aku mengalah and cuba minta maaf dekat dia
tapi dia keras hati masa tu !
tetap taknak maafkan aku even aku taktahu siapa yang sebenarnya salah
sampaikan ke sekolah agama aku cari dia nak minta maaf
aku kejar dia bila dia lari taknak jumpa aku
serious kelakar ! huhu
lama-lama dia pun maafkan aku and kitorang janji taknak bergaduh lagi
aku rasa tu lah kenangan manis and kelakar antara aku dengan dia
HAHA buatkan aku dengan dia still berkawan rapat
nak tahu tak ?
aku jeles dengan dia ni !
bila dalam kelas kannn , cikgu asyik puji tulisan dia cantik
yes aku jeles sangattt ! HAHA
then start hari cikgu puji tulisan dia cantik aku pun nak gak dapat pujian macam tu
aku tiru bulat-bulat tulisan dia sebab memang cantik tulisan dia
aku usaha punya usaha , lastly tetap tak dapat nak menang dengan dia T_T
tulisan dia tetap cantik dan dapat pujian dari cikgu
grrrrrr~ jeles . HAHA
tapi takpe , suatu hari nanti aku mesti dapat kalahkan dia . :)
and sekarang aku dapat matching dengan dia sebab tulisan aku pun agak cantik . :P
bila dah akhir tahun and periksa dah habis
tiba lah time cikgu nak bagitahu result periksa and nak bagi tau kelas masa darjah 6
tapi sadly , kitorang terpisah masa darjah 6
sedih sangat masa tu . aku rasa down gila
then kitorang sepakat ' kalau rehat sama-sama' ' balik pun sama-sama' okayy ?
awal-awal tahun tu kitorang macam tu , tapi dalam bulan 3-4 mula ah masing-masing dengan kawan masing-masing
HAHA
janji entah kemana , orang entah kemana
so funny . but kitorang still contact until now
tapi cuma bila dah naik tingkatan
masing-masing bawa haluan sendiri
dah tak serapat dulu lagiiii
bila dah naik form 4 , baru kitorang rapat sikit
yelah masa tu kan dah besar masing-masing , so agak busy dengan life masing-masing . HAHA
pertengahan form 4 dia kena pindah sekolah teknik
hish baru nak rapat dia dah blah dari sekolah tu
HAHA so jarang gila dapat jumpa budak sekolah teknik ni
tapi takpe , aku tak kisah sangat
and start form5 kitorang rapat balik bila dia pindah sekolah teknik yang dekat dengan rumah dia
so malam-malam kitorang pergi tuisyen sama-sama dekat rumah cikgu
and until now , kitorang rapat lagi
dia lah sahabat aku sampai mati !
8tahun kenal . and aku sayang dia sebagai seorang sahabat
bila dia ada masalah, dia cerita kat aku and macam tu lah sebaliknya
dia seorang pendengar setia . HAHAHA
thanks weh !
aku harap persahabatan kita ni akan kekal sampai akhir hayat even bulan 6 nanti masing-masing dah ikut haluan sendiri macam kita kat darjah 6 dulu . HAHA
takpe ., facebook kan adaaaa :P
weh ! aku sayang kau sebagai kawan ! HAHAHA
ops lupa lak nak bagitahu nama dia . :P
kawan sampai mati tau . :D:D
hidup mcd ! :)




Monday, April 4, 2011

SEJUTA CINTA ALIFF HAIKAL

akhirnya bintang pujaan aku dah berkahwin
HAHA
seriously siapa yang tak kenal dengan marshanda ni
chop chop BUKAN marsha milan londoh eh ini MARSHANDA
hoho
pelakon yang terkenal sekarang yang berlakon dalam sejuta cinta marshanda
kankankan ?
glamour kan dia
dan dan dia sangatt cantik ! ^^
suka sangat tengok dia berlakon ! siyesly . aku tak menipu
kalau dia berlakon , aku suka tengok bibir dia . HAHA
perasan kan kalau dia berlakon, dia suka buka mulut . XD
and and dia tetap cantik . HAHA
aku kenal and minat marshanda since dia berlakon dalam cerita BIDADARI kat aruna
since dari sinetron tu lah aku minat dia
masa tu dia kecil lagi and aku pun kecil lagi . HAHA dia comel sangat masa tu
tak silap aku sinetron dalam setahun lebih gak lah
sampai dia agak dah besar sikit and lastly cerita bidadari tu tukar pelakon nya
dia tukar pelakon sebab kononnya marshanda terkena acid kat muka then pergi singapura buat pembedahan plastik . heyy ! aku still ingat okayyy ! HAHA :)
then cerita tu tamat bila LALA dah dapat cinta dia . terima kasih IBU PERI . :D
antara cerita dia yang aku tengok BIDADARI,BIDADARI 2,HIKMAH 2,PUTERI YANG TERBUANG,SOLEHA,AQSO DAN MADINAH,SEJUTA CINTA MARSHANDA .BENCI BILANG CINTA...
lagu lagu dia pun best , haaa malas nak taip sila pergi ke youtube . HAHA
sekarang ni kan dia tengah hot kat tv3 cerita sejuta cinta marshanda
heyy ! cerita tu semakin melalut . tapi tengok sebab ada marshanda !
tapi sekarang dia dah berkahwin kann
ala dengan orang dalam cerita tu gak , ben kasyafani
ala yang muka innocent tu . HAHA
before ni dia couple dengan baim wong , but not least
takpe . jodoh di tangan Tuhan , maybe dia dapat yang lebih baik :):)
heyy ! even chacha dah kahwin
saya ALIFF HAIKAL tetap meminati dan menyokong anda marshanda !
goodluck okayyyyyy :D


Saturday, April 2, 2011

JANGAN LUPA TENGOK AF9 !

yeah ! AF9 telah pun buat show yang pertama dia
suka gila aku tengok bila paknil mengacara
HAHA !
sure lepas ni AF9 mesti malatop ! :D
ingat lagi kalau time penyingkiran , paknil pandai main dengan emosi penonton
sampaikan ada yang menangis , muka berdebar-debar , macam macam lagi lah
tabik springg lah paknil ! :)
*kan best kalau paknil baca entry ni , baru dia tahu aku minat gilaa kat dia* HAAHA
hanya harapan okayyyy :)

korang mesti dah tengok kan konsert yang pertama tu
err maksud aku tirai af lah
amacam dengan perfomance diorang ?
kalau bagi aku lah kan , belum hot lagi sebab baru tirai je kot
masing masing belum tunjukkan taring lagi ! HAHA
lepas tu kan af kali ni dia buat pembaharuan masa pelajar pelajar ni ada kelas
dia buat dalam cermin kaca
so senang orang awam boleh tengok macam mana diorang belajar
lepas tu macam macam drama lah boleh terjadi kannn ? HAHA
biasalah , bila dah jadi tumpuan umum , pijak semut pun tak mati
tak gitu kak limah ? :P
hope af kali ni MALATOP ! :)
sangat berharap kalau final ni semua bekas AF bergabung satu pentas
HAHA :D
okayyy aku listkan lah semua 12 pelajar AF9 tu

  1. AFIF
  2. AMIR (sebaya aku wei )
  3. AZRI
  4. ERUL ( muka dia jambu ! HAHA gila k-pop macam aku)
  5. KHAI ( adik diddy af4, hensem macam abang dia)
  6. RAQIB
  7. AIDA
  8. EKA
  9. LAIKA
  10. LENA
  11. MIZA ( muka dia macam orang afrika sikit, suara dia pun boleh tahan meh ! )
  12. NIERA

Friday, April 1, 2011

AFTER A FEW DAY

hello ! :)
i've get new job
hahaa
tak sabar nak mulakan hidup kat tempat baru
tempat baru aku ni bukan pusat beli belah macam parkson tu
tapi gerai yang jual makanan bergoreng
huyooo :) best lah siot
nanti dapat makan free . HAHA :P
seriously aku terkejut tau bila dapat gaji bulan 3 kat parskon
tak sangka gila macam mana boleh dapat sikit gila babeng !
huh penat aku kerja je , sikit je dapat
malas nak cakap panjang panjang , alhamdulillah je lah

argh ! takde cerita nak share
sorry entry membosankan ;'(