WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, November 10, 2011

KENAPA AWAK BUAT BLOG ?



ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA

kenapa korang buat blog ? er kenapa ek aku buat blog ?
umum tahu sekarang ni blogger tempatan tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan
betul ke aku punya peribahasa ni ? =='
ramai gila kot blog-blog newborn sekarang kat blogspot
yelah benda percuma kan , cuma sign up and create your blog
so siapa yang taknak benda percuma kan . HARHAR
lambakan blogger muda sekarang membuatkan makin ramai yang try nak buat blog
so depends on your creativity nak create blog tu macam mana , nak design macam mana
and mana lah tahu dengan kreativiti korang tu membuatkan korang boleh terkenal macam sis maria elena , sis yuyu zulaikha , sis hanis zalikha , bro ben ashaari , bro daniel adie and so on
( polite kan aku. haha )
so hari ni aku nak bagi sikit ah pandangan aku terhadap kenapa orang nak buat blog. haha
let's check it out :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA SUKA MENAIP
maybe orang macam ni tak puas kot nak menaip , so dia pilih buat blog supaya dia dapat menaip apa-apa benda janji dia puas , biar lah melalut ke laut ke dia punya entry , janji dia dapat menaip dan memenuhi kepuasan dan kehendak dia . HUHU selalunya type macam ni entry dia memang panjang manjang ah sampai kita pun taktahu mana pangkal mana hujung dia . :O tapi orang yang suka menaip ni memang terrer ah dalam menaip laju and mungkin dalam sehari tu dia boleh update tiga empat entry . HUHU

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK BERCERITA TENTANG LIFE SAYA
orang yang macam ni selalunya adalah seorang yang memang life dia penuh dengan suka,duka,tawa,riang,sedih dan macam-macam lah . so setiap hari mungkin dia akan update blog tentang kehidupan seharian dia . truthly aku jenis suka baca blog yang selalu cerita pasal life dia , tentang dia bercuti maybe,tentang dia punya keluarga story maybe . kadang-kadang aku jeles kot bila baca pasal post someone yang cerita pasal kehidupan seharian dia yang bahagia tu ,

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK JADI GLEMER
HAHA ada je orang yang macam ni , jangan pelik . maybe lepas dia dah baca pasal kejayaan blogger-blogger tempatan kita yang berjaya dan glemer sebabkan blogspot , so dia pun pasang angan-angan nak buat blog so orang pun akan kenal dia and then dia pun akan terkenal . tapi kena ingat , kita takboleh nak paksa orang suka blog kita sebab tu depends pada pembaca blog kita sendiri , kalau story - story dalam blog kau best-best , jenis yang santai and pembaca pun have fun baca plus ada maklumat-maklumat penting maybe kau akan terkenal suatu hari nanti . tapi pliss lah jangan jadikan alasan nak glemer semata-mata penyebab kau create blog . okay :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA LUAHKAN PERASAAN SAYA
kita sebagai manusia memang kena akur dengan hukum alam , tak semua orang mengecapi hidup yang bahagia , mungkin dia ada masalah then sekeliling dia taknak dengar masalah dia . so thru blog dia boleh ekpresikan perasaan dia , so orang boleh baca and try untuk jadi pendengar . percaya tak , kawan alam maya lebih bagus menjadi seorang pendengar than kawan realiti ? aku percaya benda ni . seriously :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA JUAL PRODUK-PRODUK SAYA
memang ada orang yang jadikan dunia blogging ni sebagai tempat untuk berniaga. memang tak salah pun cara dia malah lagi bagus what sebab memanfaatkan dunia IT untuk mengembangkan perniagaan . so dari sini customer tak payah lah nak susah-susah pergi kat kedai dia untuk buat tempahan something , dari blogspot kita dapat tahu banyak maklumat yang ditulis . tentang produk tu produk ni . memang dah ramai yang buat macamni . congrats malaysian :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK BAJET YANG SAYA PUN ADA BLOG
haha aneh-aneh je jawapan kan , tapi that facts :) . ada je budak yang cakap macam ni kat aku bila aku tanya dia motif buat blog . yelah kawan-kawan dia semua ada blog plus ping blog kat wall facebook , so agak iri hati kat sini then dia pun create blog semacam kawan dia . haha .

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK RAMAI FOLLOWER
konsep ' i follow you , please follow me back , muahx ' memang tak asing lagi dalam dunia blogging ni kan . selalunya yang buat macam ni adalah blogger newbie yang baru nak up dalam dunia blogging. so dia meraih dan terus meraih follower sampai beratus yang follow lepas tu boleh lah tersenyum puas bila follower 1000+ tapi entry 0 comments . kan ? penerimaan orang terhadap sesuatu blog tu bukan pada follower dia sebenarnya tapi pada comments kat entry dia . makin banyak komen yang dapat dalam entry tu , aku dah boleh anggap dia berjaya dalam dunia blogging . :)

aku sendiri buat blog sebab aku nak story mory pasal life aku , pasal pendapat aku , pasal perasaan and pasal masalah aku sebab aku tahu yang tak ramai kawan aku nak dengar semua masalah aku . huhu
walaupun maybe ramai yang cakap ' kalau kau ada masalah , cerita ah kat aku weh '
lagi ah kalau nak tolong settlekan masalah kita . kan ?

so anda rasa anda dalam kategori yang mana satu ?
let's think together :)
kbai

9 komen:

Naufal Aqli said...

i'd always say
FOLLOW ME ONLY IF U INTERESTED

Apa yg penting adalah kualiti , bukan kuantiti . right ?

Miraro said...

Pada tahun 2008, kita berblog atas dasar suka suka je. Tengok orang ade blog, dya pun nak buat jugak. Yelah budak budak lagi kan. Now dah 2011, baru tahu ape itu kepuasan berblog even follower tak berapa nak ramai sebab tak berapa nak active. hukhuk.

Elie Lily said...

elie buat belog sebab boleh baca cerita kita balik! :)

Aliff Haikal said...

@Naufal Aqli betul . kualiti penulisan dalam blog tu yang penting :)

Aliff Haikal said...

@Miraro wow , dah lama berkecimpung dalam blogging . :)

Aliff Haikal said...

@Elie Lily betul ! :)

syuha zulkifli said...

Feedback yang positive sangat lah berharga untuk sesuatu entry yg kita hasilkan. :)

Aliff Haikal said...

@syuha zulkifli dan membuatkan kita lebih bersemangat nak buat entry . hihi

hafrawiey ozakawa said...

baguih btol entry u nh...sesuai dgn tarikh kramat 11.11.11...


p/s:done follow here..follow back