WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, November 9, 2011

I TALK ABOUT PEMAKAIAN TUDUNG


ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA :)

kenapa awak bertudung ek ?
awak nampak cantik sangat bila awak bertudung , saya suka awak bertudung
oh em gee :D

weh siapa tak suka weh perempuan yang bertudung
aku sendiri pun suka kalau dapat girlfie yang bertudung
lagipun aku nak kahwin nanti mesti bakal isteri aku seorang yang bertudung .
hiho dah talk-talk pasal kahwin ni . kihkih
hari ni aku nak cakap pasal tudung . boleh ?
bytheway semua ni cuma aku punya pendapat
yeahh kita berpegang pada prinsip
' lain orang lain pendapat ' ==,

SAYA BERTUDUNG SEBAB TUNTUTAN AGAMA
Allah alhamdulillah sejuk hati aku bila perempuan jawab macam ni
yeah kaum hawa bertudung bukan kerana fesyen,paksaan atau pun saje-saje tapi disebabkan tuntutan agama yang mewajibkan umat islam berjantina perempuan untuk menutup auratnya iaitu seluruh tubun badan kecuali muka dan tapak tangan . so dari sini kita dah dapat tau yang pakai tudung tu wajib kan , tapi kalau dah pakai tudung tu kena lah sesuaikan juga dengan pakaian awak tu , kalau pakai je tudung tapi baju lengan pendek , seluar skinny sampai nampak bentuk burger awak tu ,saya tak rasa awak pakai tudung sebab tuntutan agama :) fikir-fikirkan lah ye .
so siapa yang berani melawan tuntutan agama ni ?
maybe dia ada alasan lain nak cakap kenapa perempuan kena pakai tudung , ohh ada ke ? :O

SAYA BERTUDUNG SEBAB NAK JAGA MARUAH DIRI
SubhanaALLAH , sungguh mulia perempuan yang memegang alasan ini kalau ditanyakan kenapa dia bertudung .
sebagai perempuan , korang semua senang tau nak kena fitnah
cukup lah pakai baju adik kichi kalau keluar , sure satu taman kecoh bila nampak kau .
tapi bila korang pakai tudung , tutup aurat , siapa je yang berani nak menabur fitnah ?
kalau ada pun i think dia gila !
perlu ke nak menabur fitnah kat perempuan yang bertudung litup sedangkan benda tu tak betul . wallahualam :)
kalau dah bertudung , dah tutup aurat nescaya maruah diri korang pun terpelihara
untungnya lelaki yang memilik korang sebab maruah korang masih belum tercemar :)
tapi as human , kita tak sempurna kan , mungkin ada yang pakai tudung lepas maruah diri nya tercalar , tapi kita tak berhak nak menghukum diorang, mungkin Allah dah turunkan hidayah untuk mereka . wallahualam :)

SAYA PAKAI TUDUNG SEBAB SAYA NAK JAGA NAMA BAIK DIRI DAN KELUARGA
korang kena sedar , yang korang ada keluarga , korang ada ibu bapa
apa perasaan korang bila mak ayah korang dengar orang cakap
' mak ayah dotdotdot tu tak reti nak bagi kain ke kat anak dia , aku tengok mashaALLAH macam tak cukup kain ! '
yes , mesti sakit perit bila mak ayah korang dengar macam ni ,
walaupun dorang mungkin dah masak dengan perangai korang , mungkin bagi korang mak ayah korang dah tahu siapa anak dia macam mana anak dia
tapi aku sure di sudut lubuk hati mereka , forsure dorang sedih sangat-sangat
anak itu adalah tanggungjawab ibu-bapa kan ? tanggungjawab untuk mendidik , tapi bila macam ni , bukankah dorang fikir yang dorang dah gagal didik anak dorang .
renungkan :)

SAYA BERTUDUNG SEBAB SAYA TAKNAK TAMBAH DOSA SAYA DAN ORANG LAIN
tengok aurat seseorang dengan sekali pandang tanpa sengaja itu dikira tak berdosa
tapi bila dah sekali pandang and terus pandang lagi , itu baru dosa
tahu tak bila korang free hair , show aurat sana sini secara tak langsung menambah dosa korang dan orang yang melihatnya
mungkin korang akan cakap
' siapa suruh tengok ? lainkali takpayah tengok '
korang boleh cakap macam tu , tapi takkan nak biarkan kami-kami golongan adam ni kena langgar kereta , terlanggar tiang lampu sebab tutup mata taknak tengok dosa
ohmaii , mana boleh dong , so korang tak rasa bersalah ke ? masih tak rasa bersalah ?
banyakkanlah amalan . wallahualam :)

AURAT SAYA , RAMBUT SAYA HANYA LAH UNTUK SUAMI SAYA
untungnya suami korang kalau dapat isteri macam ni
tutup aurat tutup rambut dan hanya akan dibuka untuk tatapan suami sahaja
wahhhh bahagianyaaaa hidupp ! HAHA

ALHAMDULILLAH , ALLAH DAH BAGI HIDAYAH KAT SAYA
bukan senang dan hanya insan terpilih sahaja yang bertuah lah senang kata
Allah hanya akan turunkan hidayah nya kepada orang yang terpilih sahaja
dan semua orang tak terkecuali
mungkin dulu dia seorang pelacur , mungkin dia seorang gro , tapi dengan hidayah Allah yang indah tu , mungkin insan-insan macam ni boleh berubah
yeahh manusia boleh berubah . BOLEH cuma depends pada that person samada nak jadi baik atau jahat . wallahualam :)

'SAYA BERTUDUNG SELEPAS SAYA DAPAT MIMPI.MUNGKIN INI HIDAYAH ALLAH'

sebenarnya kan , nak jadi baik tidak sesenang nak jadi jahat
cuma kita perlukan hati yang kuat , semangat yang kental dan iman yang mantap
bila kita dah betul-betul kuat , baru kita akan semangat nak melawan segala anasir jahat yang datang .
mari lah kita berdoa supaya perempuan yang masih mendedahkan aurat mereka mempunyai kesedaran tentang dosa yang telah dorang kumpulkan . wallahualam
tapi terkadang aku terfikir , seseorang tu pakai tudung , cantik
tapi dia pakai baju lengan pendek , seluar ketat , baju ketat sampai nampak aset yang perlu dipelihara tu , dalam hati terfikir jugak sebenarnya dorang ni nak tutup apa ?
let's think together :)


kalau saya silap , tolong betulkan kesilapan saya . ini cuma pandangan saya
yeahhh ' lain orang lain pendapat kan ? ' :)

17 komen:

Shyrazrul said...

waaaa...stuju meyh dengan inchik Alip nihh...harap-harap ramai sedar, InsyaAllah ^_^

aliya atina said...

moral of tha story ... jgn letak gambo yang bukan2 kat FB. betul dak ?

Aliff Haikal said...

@Sang Pemerhati inshaALLAH . hihi

Aliff Haikal said...

@aliya atina bukan , pakai lah tudung kerana ALLAH :)

fa, said...

Yes betul tu, wahai alif (; letak gambar bertudung dkt fb pun tak boleh kan? Sbb lelaki boleh tatap lama lama dkt tmpat yg tak sepatutnya, eh apa aku merepek ni ;D

Orang Kita said...

nice entry~~ ^^

Jom Makan said...

Aq x suke sngat pmpuan bertdung..aq lbih suke pmpuan berjubah..x sme ke?ahh lantak lah..huahaha

Aliff Haikal said...

@syapapap tapi letak lah gambar bertudung yang tutup dada . tapi at least tak nampak aurat . islam tu kan mudah . hihi :)

shamyheart said...

terbaik.

kadang2 rasa menyampah juga tengok orang free hair ni. kalau cantik tak pe juga tapi menggediks je lebih.

Aliff Haikal said...

@SpeakerSekolah perempuan berjubah yang tak pakai tudung ke ? hahahahaha . :P

NURUL NAJWA said...

auwwww.. haaa,dats rite la aliff.. ^^
nice entri..

Primadona said...

Nais one.Entri yang agak mantap!Pakai tudung niat kerana Allah untuk mendapat redhanya.Apa-apa pekerjaan sekalipun lakukan dengan menyebut asmanya.

Kau boleh pergi lebih jauh daripada sekarang.Ingat.Semua orang boleh menulis tapi tak semua dikurniakan bakat untuk menulis. Chow.Assalamualaikum =)

SITI SORFIENA SYASHA said...

like this :)

miss nina said...

very nice entry aliff. semoga dpt ciri2 isteri yg diidamkan. papepun,,belajar dulu...hihi

Ada Sya said...

entry mcm ni la baru best! suka!

Aliff Haikal said...

@miss nina haha yess nak belajar tinggi2 lepastuh cari isteri . :P

Aliff Haikal said...

@NURUL NAJWA Thanksssssss !:)