THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, November 13, 2011

AKU SEDAR AKU SIAPA



ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA

perlu ke kita nak bermegah dengan kekayaan , dengan harta benda , dengan benda-benda yang menampakkan kita ni perfect pada pandangan orang sedangkan benda tu takdek kat kita pun.
lepas tuh canang dekat semua orang yang kita ada tu ada ni and lepastuh rasa bangga .
perlu ke semua tu ? perlu ke kita buat semua tu semata-mata nak cari perhatian orang ,nak buat orang suka berkawan dengan kita sebab kita ada semuanya ?
entah , aku tak faham kenapa orang perlu bermegah dengan benda yang dia ada dan orang lain takdek , tapi kalau benda tu memang hasil usaha dia hasil keringat dia , aku tak kisah langsung tapi yang ni dari orang lain contoh dari mak ayah .
aku sedar aku ni siapa , apa je aku nak bermegah kat semua orang
nak aku bermegah yang aku ada i-phone , i-pad , dslr , padahal aku tak pernah ada benda semua ni , yeah seriously aku ni bukan lah anak orang kaya , aku cuma anak bekas tentera yang cuma pencem ayah dia RM1000+ , nak sara anak-anak dia 7 orang termasuk aku .
aku sedar diri , yes aku sedar diri aku , aku tak pernah nak berbangga yang aku ada tu yang aku ada ni sebab aku tau betapa susahnya nak dapat sesuatu benda tu and betapa sedihnya bila kita tau orang tu ada benda yang kita nak tapi kita tak dapat nak rasa benda tu .
hidup aku bukan lah penuh dengan ' kehidupan duit ' , tapi aku bersyukur dapat life yang macam ni , life yang ajar aku erti kesusahan , erti kehidupan sebenarnya .


talk about life aku kat matriks , memang ramai anak orang kaya , yess memang ramai :)
pernah satu hari tu ada budak kaya cakap macam ni kat aku ' eh kau ni miskinnya '
apa yang korang rasa masa tu ? rasa macam nak tumbuk je muka mamat bajet kaya ni , rasa nak tampar bagi bengkak mulut dia or rasa nak bagi ceramah agama kat dia
aku pilih diam , yes lepas dia cakap macam tu aku terus diam
aku tak tahu nak cakap apa kat dia , aku speechless sebab dia cuma tengok luaran aku and yes luaran aku tak lah menampakkan yang aku ni kaya , tapi bila dia cakap pasal miskin aku pun terfikir yang sebenarnya kalau ikutkan dia tu miskin jugak . aku malas nak cakap balik sebab aku tau orang kaya memang suka bangga diri :)
yes dia miskin , sebab ? sebab yang kaya cuma lah mak ayah dia , cuma dia punya kerabat
kalau mak ayah dia tak kaya , korang rasa dia akan cakap macam tu kat aku ke ?
yeahh manusia cepat lupa diri
kalau lah dia tahu betapa susahnya mak ayah dia cari rezeki sampai dia boleh hidup mewah macam tu korang rasa dia berani nak cakap about miskin ?
walaupun aku ni tak kaya , tapi at least aku tau macam mana susah cari duit . :)
memang selalu kawan-kawan ajak keluar outing hujung minggu , tapi aku join pun kadang-kadang je sebab aku takde benda nak beli pun . hehe
sebab aku sedar aku siapa .

HAHA aku tak suka orang yang kaya tapi berlagak sebab in fact dorang tak tahu pun apa tu SUSAH , kalau dorang tahu susahnya nak jadi kaya dorang takkan bangga punya lah .
aku tabik orang yang kaya tapi pakaian dia suka beli yang cap ayam , kata-kata dia seindah bicara, berkawan dengan semua orang . nice kan kalau semua anak-anak orang kaya macam ni . HIHI

kita kena sedar diri kita sebenarnya , kalau kita anak orang kaya , kita kena tahu yang bukan semua orang tu orang kaya and kita tahu yang harta tu adalah milik Allah , bila-bila je Dia boleh tarik . kalau kita bukan anak orang kaya sekalipun , kita sedar lah diri kita , be yourself , jangan bangga diri sangat jangan admit kita kaya sedangkan mak ayah kita susah payah nak bagi sesuap nasi kat kita . tahu tak kekayaan seseorang tu dilihat pada cara dia menghargai kehidupan ini , harta tu boleh habis , tapi bila kita kaya budi bahasa , kita kaya ilmu , kekal selamanyaaaaa :) and aku boleh berbangga dengan kejayaan aku je . haha

life is nice rite ? please and please grateful for what you have today :)


11 ribu orang sayang aku:

noor nabilla fattin said...

kau bagi sup kaki je lain kali haha ilekk je bro , xke mana pun org mcm tu :)

Aliff Haikal said...

@noor nabilla fattin haha kaya budi bahasa :O

Shazali said...

salamun a'laikum =)

all praises to Allah, diz one iz really inspirin.thumbs up+toe touch from me >_0

sama3 kita doakan mereka3 itu tidak kekal sebegitu...


fi aman Allah,
L.N


psss...kdg3 suka juga dicap ank org kaya hehe xD

Aliff Haikal said...

@Shazalibiarlah dorang , kita dengan hidup kita . ahaks :P

cehh suka dicap anak org kaya ekhh :P

Naufal Aqli said...

Naufal Aqli like this . LOL

Fatin Najwa said...

cite nie~berlaku kat aku jugak..tapi yang cakap uh seorang cikgu..haa..time sek rendah ar..rasa hina kot..memang parents aku ajar aku hidup susah even dyeorang mampu..fone aku yang pertama kali aku dapat lepas spm bro,kau caye x?.duit belanja aku un,toksah nak cakap le..memang malu nak ngaku at kelas..tapi rasa bersyukur sangat parents didik aku mcm tu sebab bawu aku tahu appreciate hidup aku sekarang ni..+ pandai manage duit aku sendiri at matriks!
.Bukan apa,ramai kot member2 aku ngadu duit dyeorang tak cukup at matriks,aku guna cukup jek,siap berlebih ag..panjang pulak aku komen...=)

Hizami Rahim said...

hehe. sabo je la. orang mcm ni memang nak kena lempang lima belas kali baru sedar.

Aliff Haikal said...

@Naufal Aqli thankss ahaks

Aliff Haikal said...

@Fatin Najwa :)

Aliff Haikal said...

@Hizami Rahim hahakss biarlah , tatau nak cakap apa dah :)

kim heeruul said...

pehal mamat tu blagak gila..
nasib baik lu seorg yg penyabar