WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, February 1, 2013

MISTERI LEGOLAND MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Ada sesiapa kat sini yang pernah pergi Legoland Malaysia ? 

1..2..3..4..5..6..7..8..9 okay okay macam ramai yang dah pergi. Hehe And aku nak tanya, adakah korang tahu apakah misteri yang terdapat di Legoland ? 

Meh nak story

23.01.2013 aku dengan kawan ex-matrik  seramai lima orang pergi lah kat tapak Legoland yang terletak kat Nusajaya, Johor tu. Mula-mula pergi kitorang nampak suasana lengang gila, kitorang pun endahkan lah situasi lengang tu kan. So, kawan aku pun drive la kereta nak pergi cari parking, memang kat tempat parking pun cakap kau takde kereta langsung. Terlintas kat minda kami takkan kitorang dah salah masuk tempat ni. Takpe, positifkan minda. So dah dapat parking kitorang pun pergi lah nak masuk dalam Legoland tu, tengok kiri kanan takde orang lalu lalang langsung. 'Aik, takkan orang dah jemu nak masuk Legoland kot' itu ayat yang terkeluar dari bibir aku. Kitorang still tak ambil kisah pasal tu, kitorang pun terus lah masuk kawasan Legoland tu. Kedai bukak, semua kedai bukak. Ada Tutti Frutti, ada KFC, macam-macam. Then terus kitorang pergi ke kaunter ticket Legoland. KOSONG! Takde orang langsung. Semakin menjadi-jadi pelik, takkan hari ni semua orang boikot Legoland kot. Takpe kitorang still tak puas hati, nampak makcik cleaner dalam Legoland tu, kitorang tanya makcik tu

''Makcik, kenapa takde tiket dijual ni makcik?''
''Dik, hari rabu memang Legoland ni TUTUP''




Maka itu lah misteri Legoland yang aku nak ceritakan kat korang hari ini. Hehehe Suspen tak ? 

Bytheway, kalau nak pergi Legoland, pergi lah hari lain selain hari rabu, sebab kalau pergi hari rabu korang cuma dapat bergambar depan signboard Legoland je macam kitorang. Sedih kot T____T

So hari tu jugak, kitorang decide pergi tempat lain sekitar Johor ni, kawan aku teringin nak pergi Zoo Johor, so kitorang pun pergi lah zoo . hihi Lepastu pergi Danga bay sampai lewat malam lepak tepi laut tengok Singapura dari jauh. Haaa lepasni kitorang plan nak pergi USS pulak. So kena standby duit dan passport! HAHAHA

Gambar depan Zoo Johor


Gambar ni kat City Square, JB 


Lepak kat Danga Bay sambil main-main basikal. Syiok wooo! hehehehe

24.01.2013 (khamis) Kami berlima tak puas hati selagi tak masuk Legoland kami taknak balik! Hak bermain hak kami! Gitu sekali kan. haha. So kami decided hari khamis tu kami berlima pergi Legoland Malaysia ni. Alhamdulillah hari khamis nasib baik bukak, kalau tutup jugak memang kitorang bakar Legoland tu. Takut tak? =D

Apa yang boleh aku cakap, Legoland Malaysia ni best. Tapi dengar cerita Waterpark masih dalam proses penyiapan, so insyAllah kalau dah lengkap semua dah Legoland ni, kami pakat nak pergi lagi Legoland ni. Maybe bilangan orang akan bertambah, sebab ? Sebab nanti kan tengok gambar, gambar akan ceritakan segalanya. Ceh =D Bytheway, time kitorang pergi ni ada promosi 35% OFF per tiket sebab ada voucher yang boleh didapati kat pek bungkusan Mamee/Corntoz dll :)

 Kami berlima pakat pakai baju sama. Hehe 


Pintu masuk Legoland. Memang ramai lah orang time ni. HAHA














 Takpayah sesusah nak pergi KL nak bergambar depan Menara berkembar. HEHE Legoland semua ada!





 Roller coaster ni menggerunkan. Terjerit-jerit kitorang naik. HAHA 








 Tak dapat main waterpark, main benda yang ala-ala berair pun boleh. Takde lah lencun mana main benda ni -,-'








 Sumpah ngeri! :O


 Pakai cermin mata 3D sebab nak tengok cerita 4D Hehe


 Legoland Best!!!! ^^

Alhamdulillah dapat jugak merasa pergi Legoland ni. Korang? Tunggu apa lagi? Sementara tengah ada promosi 35% Off per Voucher ni, ramai-ramai pergilah berseronok ! ^^ Dari tiket RM140 boleh dapat RM91 je. Hehe 

Terima kasih sudi baca, Assalamualaikum :)



36 komen:

Noor Adibah said...

hehe. pndai buat cerita suspen ni apesal? cehh. tutup rupenya legoland tuu. wah2.. beronok2 haikal ngan kawan2. ehh knape x bawak kak ibah sekali pegi sana? huhu..

Mieza S said...

bengong kal alip ekal. sentap jantung mak dengor tajok ctew hot kaw ni -_-

//untunglah dapat berseronok sampai lebam >.<

Anonymous said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh:D
best!!! nak pergi jugakkkkk :D

Hafiz Hafizol said...

x panas ke tu pakai sweater ?? kehkeh

Unknown said...

haha. dapat juga pg kan .

Anonymous said...

sembang kencang misteri ape nye? jgn nak sbb cari publisiti, ko sanggup buat tajuk gempak.

Aliff Haikal said...

@Anonymous hahaha cik anon ni pengecut la. log in encik anon. nak tahu jugak sape ni. hehe encik anon jangan marah tau ^^

Hakimy Zamri said...

Pergh tak ajak. Hahahaha. best siot. teringin nak pegi tapi taktau bila masa yg sesuai. maybe cuti sem nanti kot. hehe.

Gambaq semua best. eksaited :D

Fieyqa Adelova said...

untunglah budak tu dah pergi legoland :D

Zharif Azis said...

wahhh best nya >__< teringin gila kot nak pergi . boleh tahan lah harga tiketnya .

AM said...

Kahkahkahkah! Memang misteri sangat! Memang mudah betul aku tertipu. *kesat air mata* Eh? Hari tue aku ada beli Corntoz! Dah buang plastiknya. Rugiiiii. :'(

boni kacak said...

misteri betul..hahaha.. siot.. ingatkan misteri apa la tu..hahaha..rupanya hari rabu tutup..

best jugak.. aku nak pergi sana jauh tu..

siti zulaikha said...

wahhh.. bestnye.. nak pegi jugak.. huhu.. tapi belom tercapai lg.. mahai tak??

Badrina Ibtisam said...

hahah suspen sungguh!! ><

Aliff Haikal said...

@Noor Adibah hehe kak Ibah , nanti kalau ada rezeki dan masa kita gi sesama eh . hehehe tak lari legoland dikejar ;D

Aliff Haikal said...

@kekapas berceloteh sesorry >.<

Aliff Haikal said...

@Sheila Eiman Nanti kita buat rombongan sekolah eh sheila =D

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol TAK ! HAHAHAHAHA

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil Alhamdulillah ^^

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri HAHA kimy busy >.<

Aliff Haikal said...

@Fieyqa Adelova ALhamdulillah hehehe

Lady ★ Hanna said...

laaaaa.. best nyeee pergi jln2 kt legoland. hahaa. lps nie nak pergi jugak la.. dah lama terngin nak pergi .

Elie Lily said...

Belanja kak pegi Legoland, kak jadi tourist guide korg kat USS! Deal? hahha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wah seronok adik ngan kawan2 dapat pegi Legoland

Aliff Haikal said...

@Zharif Azis zharifff kena pergi !!!! hehehehehe

Aliff Haikal said...

@Arol Mubin huhu misteri lah. datang pepayah tetiba kata rabu tutup, kita ni tatau pape mampuss. hahaha alaaaa pergi cari cepat !

Aliff Haikal said...

@boni kacak hehehe misteri lah boni, dalam tivi tak bgtw pun rabu tutup >.<

Aliff Haikal said...

@siti zulaikha mahal tak tu taktahu depend on kewangan seseorang huhu rm91 lepas diskaun

Aliff Haikal said...

@Badrina Ibtisam hahaha maafkan sayaaa :D

Aliff Haikal said...

@вʋввℓɛ ρσρƨ yeah kena pergi. sure best ! ^^

Aliff Haikal said...

@Elie Lily amboihh , ini melebih hehehehehe =B

Anonymous said...

cerita bodoh

Sharina Hakeem said...

overall best tak legoland?

Aisyah Az said...

hahaha... sampai dua kali pi legoland =) xboleh jadi ni , nak heret diri ni gi legoland jgak..someday ;p

Faridzuan said...

Mahal lah tiketnya. Aiya, rasanya baik pergi Pizza Hut ajak bakal mentua makan. Hehehe. XD

gadisBunga™ said...

baguslah korang suma had fun kat situ! bukannya apa..sebab ada je komen yang buruk2 pasal legoland kan? tapi memasing punye personal faveret lah kan? :D