WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, March 10, 2013

"KENAPA YOU TAKNAK MASUK ISLAM?"

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

'' Alex, you tak teringin nak masuk Islam ke? ''

'' Tak ''

Tiga hari yang lepas, aku terdengar sedikit perbualan antara Alex (bukan nama sebenar) dan Farid (bukan nama sebenar) di sebuah cafe di mana Farid ni tiba-tiba tanya kat Alex tentang keinginan nak masuk Islam. Tapi Alex cakap taknak. 

Aku terfikir, 

Sungguh, dah lebih beratus-ratus tahun bumi dicipta, beratus tahun jugak islam telah disebarkan. Kenapa , di zaman ini masih ada yang tidak dapat menerima Islam sebagai agama yang benar. Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Ada je yang menentang islam, ada je yang nak musnahkan islam. Tapi segala usaha yang dorang buat, sia-sia. MasyaAllah 

Persoalan aku, dah terjawab sebenarnya dalam al-Quran. Sungguh

'' Sesungguhnya orang-orang yang kafir (ingkar) sama bagi mereka, engkau beri peringatan mereka atau tidak engkau beri peringatan, nescaya tidak juga beriman '' Surah Al-Baqarah : Ayat 6

'' Allah telah memeterai hati dan pendengaran mereka, dan di atas penglihatan mereka ada tutupan; dan untuk mereka itu seksaan yang besar '' Surah Al-Baqarah : Ayat 7

Hidayah itu milik Allah. Jika Allah kehendaki seseorang itu untuk menerimanya, maka insyAllah. Actually, kita sendiri kena tengok diri kita sebagai seorang islam. Cukup islam ke kita ? 

Contoh, kita pandang seorang pelacur yang setiap hari menjaja tubuhnya untuk diratah oleh manusia-manusia yang rakus sebagai seorang yang hina, jijik, kotor dan andai suatu hari Allah memberi hidayah kepada dia untuk berubah, nescaya taubatnya lebih diterima dari kita yang fikir diri kita ni islam yang sempurna. Nescaya, seorang pelacur yang dihina dicaci dimaki itu akan menjadi insan paling mulia di pandangan Allah dan para malaikatNya. Maha suci Allah 

Kita kena ubah diri kita dulu. Ubah pandangan kita, ubah mentaliliti kita. Tiada seorang manusia pun tahu apa perancangan Allah, apa rahsia yang disebalik takdir Allah. Kita minta, tapi Allah tak bagi sebab Allah lebih tahu apa yang kita perlu dari apa yang kita minta :)

Assalamualaikum....


15 komen:

Lady ★ Hanna said...

kerana blum sampai hidayah kpd nya ;) hanya Allah yg menntukan bila hidayah itu akan smpai ;)

Unknown said...

dia tak faham lagi dan tak dapat mendalami lagi kot. kita yang tahu kena terangkan selagi mampu :')

Faridzuan said...

Untunglah nama aku jadi watak dalam cerita ni. :) Hehehe. Moga mereka mendapat hidayah Tuhan.

Hakimy Zamri said...

Walaupun kebenaran sudah berada di depan mata tapi tanpa hidayah taufik dari Allah tak mungkin Alex nak masuk Islam. Em semoga dia diberi hidayah. :)

Mek Onie said...

MUNGKIN BAGI DIA(ALEX) ISLAM AGAMA YANG SUSAH?MANA TAHU...

Faziera said...

mungkin dia akn dpt hidayah nnti..insyaallah

boni kacak said...

aku sangat2 bersetuju dengan entri ni bro.hehe.. rindu aku. lama tak ke sini :)

Aliff Haikal said...

Betul tu :')

Aliff Haikal said...

Betul :')

Aliff Haikal said...

Hahahahhaa bangga tak?

Aliff Haikal said...

Amin :')

Aliff Haikal said...

Dr apa yg kita pertontonkan kt depan dia sbgi islam. Tgok jela skrg ni. Orang islam yg tak sempurna, tapi islam itu sempurna. Wallahualam

Aliff Haikal said...

Amin ya rabb

Aliff Haikal said...

Boni! Rindu kau jugak hahaha

Anonymous said...

I would liκe to thank уou fοr thе efforts уοu have
put in writing this blog. I am hoρing to check out the same high-graԁе content from you in
the future as well. In fact, your crеative writing аbilities has encouraged me tо get my own
sitе now ;)

Also visіt my weblog blogs.rediff.com