THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, April 20, 2013

INGAT PENYAKIT BIASA,RUPANYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama rasanya tak menulis kan, sorry sebab sibuk dengan belajar. Sibuk satu hal, yang kedua nya tak ada idea. Stress tau duduk depan laptop nak update blog tapi idea tak datang. Mengalahkan stress nak siapkan assignment. Hehee 

Baru-baru ni, aku cuti mid-sem. So cuti seminggu tu, haruslah kena balik rumah tercinta. Jumpa mak, jumpa ayah, jumpa kakak, jumpa abang, jumpa adik-adik dan paling penting jumpa kucing-kucing tercinta. Hehe 

Sebulan yang lepas, rasanya dalam tiga minggu sebelum nak cuti lah, tangan aku, kaki aku semuanya gatal-gatal. Bila aku garu, memanglah gatal tu hilang tapi yang tak bestnya bila jadi luka. So nak taknak, aku terpaksa garu jugak sebab gatal sangat. Tapi tu yang terpaksa tahan sakitnya luka sebab garu tu. Agak lama jugak aku alami gatal-gatal ni. Aku ingatkan gatal biasa je, so aku pun buat biasa jelah. Then teringat dulu-dulu mak aku pernah cakap kalau nak hilangkan rasa gatal sapu dengan garam. Then aku pun gigihlah pergi cari garam kat kafeteria U aku. Setiap malam sebelum tidur aku tenyeh dengan garam sampai rasa lega. Pedih tu jangan cakap, menitis air mata tahan pedih kena garam. HAHA tapi nak buat macam mana kan, nak taknak kena lah tahan. 


Mula-mula guna garam tu, agak menjadi lah sebab gatal pun dah kurang. Tapi yang pelik, gatal tu tak hilang. Asyik gatal je eventho dah pakai garam. Aku tak ambil pusing sangat, asal gatal je aku tenyeh dengan garam. Asal gatal je aku tenyeh dengan garam. Then kawan aku tetiba bagi petua kalau nak hilangkan rasa gatal rendam tangan dan kaki dalam air suam. Aku pun ikut lah cara dia, jerang air sampai panas lepastu campur dengan air sejuk. Gila kau tak pedih tangan aku bila rendam dengan air suam. Sabar jelah kan kata nak sembuh. Benda yang sama jugak, mula-mula je rasa okay tapi tetap gatal tak hilang. Aku dah stress ni sebab kesan dari aku garu habis tangan dengan kaki sampai luka tu meninggalkan kesan luka. Kesannya kaki dengan tangan aku jadi hodoh kau tahu. HAHA -.-

Bila semua cara aku buat tak menjadi, aku dah redha dah. 

Masa balik cuti haritu, kakak aku tegur kenapa tangan dengan kaki aku nampak teruk. Then aku pun mengadu kat dia semua benda. Kakak aku ni salah seorang staff kat klinik so kalau aku mengadu kat dia memang dia dah dapat agak lah sebenarnya aku ni kenapa. Huhu

Kakak aku suruh aku check kat klinik yang dia kerja, mula-mula aku malas tapi bila kakak aku dah ugut cakap nanti kaki aku makin teruk nak taknak aku kena lah pergi check.

Apa yang kakak aku cakap memang betul, doktor pun cakap benda yang sama. Rupanya aku bukan kena gatal biasa, tapi kena kudis buta. Sebut je pun aku rasa macam arghhhhhhhh tidakkk !

Antara tanda-tanda seseorang kena kudis buta adalah gatal di sekitar tangan, kaki, peha dan celah-celah mana yang patut. Gatal pulak sehingga boleh menyebabkan luka. Sebab-sebab boleh kenanya penyakit kudis buta ni satunya adalah dari tilam kita sendiri, cara pemakaian kita. Mostly yang selalu kena penyakit kudis buta ni adalah budak-budak asrama, macam aku ni. So kepada yang duduk asrama tu, rajin-rajinlah jemur atau bersihkan tilam/bantal/bantal peluk korang.

Lepas dah kena bebel dengan kakak, mak aku semua, terpaksa lah aku disiplinkan diri lepas ni untuk sentiasa bersihkan tilam/bantal/bantal peluk semua. Taknak dah kena penyakit kudis buta ni. Huhu

Alhamdulillah lepas dah guna ubat anti kudis buta, gatal-gatal aku semuanya dah beransur pulih. Sekarang ni aku kena rajin sapukan losyen kat bahagian-bahagian parut luka tu. HAHA korang jangan gelak ok !

So nasihat aku kepada korang kat luar sana, kalau korang rasa korang kena simptom-simptom macam aku yang gatal taknak hilang tu, better korang pergi check kat klinik atau hospital. Takut-takut korang kena penyakit kudis buta especially budak asrama. OK? 



Thanks reading and have a nice day :)

21 ribu orang sayang aku:

Noratisa Nasir said...

Bagos. Disiplin kan diri tu penting untuk jaga diri kita dengan kebersihan ni. Kebesrsihan tu penting k :) Jom singgah blog :D

Carl Lesmana said...

saya pernah kena. tahun lepas. time tu nak dekat spm dalam november gitu. masa exam pun still gatal-gatal. effect terkena jangkitan kuman masa pergi kem topten dipaksa berenang dalam tasik , awal bulan mac lepas baru tamat riwayat gatal-gatal lepas jumpa doktor,bayangkan berbulan-bulan, haha dulu asal gatal je sapu ubat then sapu ubat kejap hilang kejap ada,sadis rasanya , kenangan pahit. haha. harap lepas ni tak de dah . mintak jauh.

Ana Syazwana said...

oit kblkngan ni aku slalu gatal2 gak, takut gak ni.. tp mujur ah x sampai lg tahap luka2..
kat skolah ana pon skrg ni ramai gak yg tgh gatal2, esp bdk2 asrama.. pelik, wabak kee?

P#eoniX said...

dulu mase kecik-kecik penah kene lah sbb akuh neh aktif giler hiper kat luar...then jadik macam simtom yang ko ckp tuh....but,akuh dah lambat sampai tinggalkan parut yang susah nak ilang...so,skunk neh parut tuh beransur pulih dah...siksa btol...n'way,jangan sampai mende tuh melarat k...buat pemeriksaan dokter adalah jalan yang terbaek!!!syabas....

Maisarah Ismail said...

lah saya ingat kalau kudis buta tu tak boleh hilang dan boleh berjangkit..
So lepasni saya sendiri pon kene disiplin kan diri supaya bersih2 lah.. sebab rasenye semua pun boleh kene.. :)

Asyiqin Saharudin said...

Tu gambar ubat kutu kan? Eh!

Fieyqa Adelova said...

wuuu. hahaha. lepas ni kau kena jadi pembersih sikit okay? kui kui xD

Aliff Haikal said...

@Noratisa Nasir betul apa cik adik katakan. Hehehe jum

Aliff Haikal said...

@Carl Lesmana kena pergi buat check kat klinik tuu. Jangan lah dibiarkan . k ?

Aliff Haikal said...

@Ana Syazwana dia bukan wabak, cuma kesan dr hama-hama dari tilam dan pakaian kita semua tu. Huhu

Aliff Haikal said...

@Phoenix so kesimpulannya, apapun yg tjadi, jumpa doktor ! heheee

Aliff Haikal said...

@Maisarah Ismail Boleh berjangkit jugak, tapi peratusan tak banyak lah kena tgok gak. Haah semua org boleh kena. hehee

Aliff Haikal said...

@Asyiqin Saharudin banyaklah awak. ''Ubat anti kudis buta''

Aliff Haikal said...

@Fieyqa Adelova =.= bukanlah pengotor sgt aku ni, cuma aku malas nak jemur tilam. tu yg jadi mcmni hehehehe

hafiz hafizol said...

apa taknyee... baju pun pakai main campak2 gitu je dalam almari.. haha

Hakimy Zamri said...

Aliff sama laa situasi kita sekarang. tapi aku bukan kudis buta. taktau laa apa benda gatai jadi kat kaki aku ni. gatai gilos. garu memang sedap tapi merana derita laa sakit dia. anyway semoga cepat sembuh dan sihat balik tau :)

Azwar Syuhada said...

Perkara biasalah tu, tapi belum sampai tahap kena kudis butalah..gila, kencang baca entry ni...haha.. xD Lepas ni, kena rajin disiplinkan dirilah ye.. :)

fahmi.aziz said...

gatal nak dapat duit.

Masliyana said...

Kalau sesape kene kurap, telan la pil nizoral. Gerenti kurap lari. sesape yg ade masalah kesehtn kalau nk gune pil nizoral kene mintk nasiht doktor. Sb pil ni ubt t'kawal.

#nk buat biznetwork prabayar? Call/sms/wechat 01115419454#

Masliyana said...

Kalau sesape kene kurap, telan la pil nizoral. Gerenti kurap lari. sesape yg ade masalah kesehtn kalau nk gune pil nizoral kene mintk nasiht doktor. Sb pil ni ubt t'kawal.

#nk buat biznetwork prabayar? Call/sms/wechat 01115419454#

Amira Zura said...

Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

Salam admin. Tumpang Iklan:-

Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
Wanita cantik bermula dari diri :)

[BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]