WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, May 13, 2013

Allah, kenapa UniSZA?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada yang kata , setiap doa kita kepada Allah ada dua cara Allah akan beri samada secara langsung atau secara tidak langsung dan samada cepat atau lambat. Rahsia Allah 

Dulu aku tak faham 

Tapi sekarang, Aku dah faham 

Dah faham kenapa aku dipilih untuk menuntut ilmu di sini, di Unisza 

Dua hari lepas, Unisza jadi tuan rumah untuk pertandingan futsal antara IPT. Jadi, banyaklah wakil dari IPT yang datang samada dari utara, selatan dan dari KL pun ada. Futsal terbuka untuk lelaki dan perempuan, jadi maknanya wakil-wakil pemain futsal ni ada yang perempuan, ada yang lelaki. Nak cerita, masa turun kafe untuk makan malam ternampak lah segerombolan kumpulan wanita dari IPT mana entah duduk lepak kat salah satu meja makan di kafe tersebut. Aku jadi janggal tengok situasi tu, janggal sebab apa ? Sebab bebas sangat berpakaian mereka tu. Maksud aku bebas berpakaian ialah, dorang tak pakai tudung, pakai seluar pendek dan mereka islam. Kenapa aku janggal? Sebab, sepanjang aku belajar kat Unisza, tak pernah nampak perempuan yang mukanya melayu agamanya islam tak pakai tudung. Maaf, aku bukan nak memuji Unisza. Tapi memang aku puji pun. HAHAHAHA  Hmmmmm Allah dah bagi kat aku sesuatu yang aku pinta selama ni. Selalu aku mohon supaya Allah bimbing aku ke jalanNya. 

Ada segelintir mahasiswa UniSZA yang merungut, komplen cakap UniSZA dah tak amalkan environment islamik, mungkin dia seorang yang memang...........*bunyik cengkerik* Tapi bagi aku sendiri, ya UniSZA masih mengamalkan environment islamik tu, mungkin mereka tak rasa sebab benda yang aku alami mungkin bukan benda baru bagi mereka. Mungkinlah :) 

Dulu

Dia pilih aku, dan letak aku dalam Unisza. Aku mengeluh, aku merungut, aku benci, aku marah. Kenapa aku tak dipilih masuk Universiti yang ternama di bandar-bandar besar. Kenapa aku perlu duduk kat sini, yang cuma ada Mydin Mall dan Giant Mall. Kalau nak tengok wayang, kena tempuh 2 Jam perjalanan. Tapi bila aku berdoa, aku minta Dia bimbing aku ke jalanNya. Dan, termakbul. Mungkin

Aku masih kurang sempurna, aku masih hina, aku masih kotor, aku masih sosial. Ya 

Tapi aku selalu terfikir, sampai bila aku harus jadi macam ni. Bukankah Mati itu pasti, dan macam mana kalau aku mati dalam kehinaan. Sungguh aku takut 

''Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri''

InsyAllah, suatu hari nanti......:)

Entahlah

Aku masih dalam pembelajaran, belajar apa ? Hehehehe adalah

Allah, kuatkan hati ini ya ! :)

Oh by the way, ada orang request suruh aku ceritakan dan tunjuk gambar2 pemandangan sekitar UniSZA. Hehehehe InsyAllah 

Ini kawan-kawan aku....Hehehehe 

Ada yang menyampah baca entry ni? Alaaa maaflah :( 

27 komen:

boni kacak said...

sesuatu yang terjadi tu adalah aturan DIA yang terbaik buat setiap hambaNYA. percayalah. mungkin dengan aturan tu, ko akan terpelihara daripada melakukan dosa. dan, kelemahan bagi seorang lelaki adalah perempuan. Dan perempuan mampu merosakkan lelaki yang baik :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya....

alhamdulillah bersyukur sebab diberikan peluang untuk kamu dan kamu antara yang terpilih

naz.naziatul said...

hmm, kalau uitm perlis tu takyah cakap la. dengan masalah pengkidnya. haihh. tapi, alif dok uniSZA. untung Aliff. budak melayu kat uniSZA masih terjaga agamanya(:

Cik Tetra said...

eh serius ke tempat haikal mmg takde yang tak pakai tudung? mostly eh? wahhh bagusnyaaa.

Zharif Azis said...

kat UPSI nie lagi lah xde apa-apa haikal , mall pon xde . apatah lagi pawagam . tp for me , pawagam xde bukan satu masalah sbb mmg xpernh gi pawagam pon .

kat sini nie ibarat mcm satu hutan yang diteroka untuk dibina satu universiti . so keliling upsi baru nie mmg kosong . xde apa-apa . yg ada jalan raya . mydin pon baru nak di bina . entah bila nak siap pon xtau lah .

ingat an haikal happy dapat unisza tu ,rupanya ada benda disebaliknya tu . oke baru tau .

btw , belajar apa ? jadi penasaran ingin tahu . hikhikk =)

Cikpijaaa said...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah. Allah dah letak yang terbaik buat Alif & kita semua. Jaga iman. Hihi. Btw, gud luck ya adek ! :D

BieLa NaBiLaH said...

tumpang singgah..

dekat mana pun blajar ,yg penting ilmu yang kita dpt tu..

http://misszbiela.blogspot.com/

*_*

~ MaRiA~ said...

Salam..Maaf nk tmpang komen...Tp unisza tmpt yg tenang suasananya... Masjid unisza pn cantik mlm2..

~ MaRiA~ said...

Salam..Maaf nk tmpang komen...Tp unisza tmpt yg tenang suasananya... Masjid unisza pn cantik mlm2..

aina izati said...

Waalaikumussalam :)
Walaupun sudah terlambat utk mengucapkannya,tetapi, agaknya belkum terlambat lagi :P
Ehem,TAHNIAH sebab dapat masuk UniSZA. Hihi :))

Iya,
''Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri'' :))

Unknown said...

kat mana-mana pun sama aje.. kat mana pun tercampak tu semua perancangan Allah...yang penting niat kita...betul tak???

Teena Tna said...

Sy pernah mgalami situasi yg paling sy tak suka : dapat sesuatu yg kita x inginkan..

Tp sy redha & tawakal, percaya dgn ketentuanNya, alhamdulillah skang dah boleh terima tp take time jugaklah..

Aliff Haikal said...

@boni kacak setuju dgn kata2 boni kacak ! hehee

Aliff Haikal said...

Betul apa yg @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr cakap. Semuaada hikmahnya, cuma cepat atau lambat je utk kita sedar :)

Aliff Haikal said...

@naz.naziatul Semua U ada masalah dan isu tersendiri. Tapi nak buat camne, Unisza still ok pada pandangan luaran. Dalaman? Wallahualam :)

Aliff Haikal said...

@Cik Tetra Hehe yupp. melainkan non-muslim .

Aliff Haikal said...

@Zharif Azis Ya Allah, lg dashat rupanya Upsi. Hmmm Hmmm sabar ea Zharif :)

Belajar apa ? Jeng Jeng Jeng hehehe

Aliff Haikal said...

@Cik Fiza Comel Baik kak ! :)

Aliff Haikal said...

@BieLa NaBiLaH Betul tu ;)

Aliff Haikal said...

@~ MaRiA~ Alhamdulillah :) Dan ramai pelajar UMT selalu ke masjid Unisza, hehee

Aliff Haikal said...

@aina izati Thanks walau dah habis sem 2 hehehehe

Aliff Haikal said...

@misz sheyla Nawaitu kena set awal-awal ;)

Aliff Haikal said...

@Teena Tna betul tu. Benda ni ambil time. So nak taknak, kita kena kuat :)

Cik Aza said...

seyes,sy pda awalnya agak menyesal x pilih matrik tapi pilih uia, but then, sem lepas, Allah opens my eyes. I realize many things :) Alhamdulillah. come back to Allah... never regret something b4 we find the hikmah behind :)

Unknown said...

Salam..thanks for this info. Usefull sangt. Sbb sekarang saya tgh survey uniza untuk further study nanti. Blan 6lpas msuk uitm chendering kat kuala trngganu. I took diploma sains. N trpikir nak tukar kos. Dan trpaksa tarik dri (pelik dengan cara pertukaran kos) ada sedikit tawar hati. So, insyallah. Nanti dapat blajar uniza!!! Aminn. Thanks

Aliff Haikal said...

@MaWaR RinDu Tiada yg sia-sia pada aturan Allah :)

Unknown said...

pndpt sy.kita blja di mna pun,fktor prsekitaran mmg pnting.klau prsekitaran eloklah kita cmtu jgk sebaliknya..tp yg pnting.kukuhkan faktor diri sendiri.sndiri kena kuat..cabaran dr ALLAH dtgkn suasana yg brbeza2 utk uji iman kita.In Shaa Allah.moga kuat hendaknya:)
#btw,sje singgah blog2 students unisza..in 2 weeks nk check in msuk kt unisza.^_^