THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, July 6, 2013

SIAPA CAKAP AKU BUDAK PANDAI?

Siapa cakap aku budak pandai ? Puji sana sini, cakap aku pandai lah, bijak lah, pelajar cemerlang lah. Wuuuu tak pernah aku impikan pujian macam tu, tapi terima kasih pada yang memuji. Pujian korang, satu doa :)

Tapi, aku ni budak pandai ke ? 

Bila aku duduk termenung, baca komen kawan-kawan kat facebook, twitter, instagram ada lah beberapa orang puji aku ni budak pandai, then aku teringat waktu dulu siapa sebenarnya aku. Rasanya, aku nak cerita lah kat korang sebenarnya, aku ni siapa dulu. Gila macam retis kau nak story kisah silam. Kisah? :p

Aku ni anak seorang askar, biasalah kan kalau dah nama askar kalau tak berpindah randah memang bukan askar. Aku lahir kat pulau pinang, tapi aku membesar kat sabah sebab dari kecik ayah aku dah dipostingkan ke sabah sampailah aku darjah 2. Masa sekolah kat sabah, aku bukanlah jenis pelajar cemerlang. Aku bergaul dengan budak-budak yang suka main-main. Waktu rehat je mesti aku takkan pergi kantin sebab aku dengan kawan-kawan aku akan pergi lari-lari kat padang lah, sekitar sekolah lah, kacau budak lah dan sebagainya. Jadi, pelajaran aku memang kelaut. Aku tak pandai, selalu kena denda sebab banyak fail, tak siap kerja sekolah, gaduh dengan kawan kelas. Hehehe nakal jugak aku dulu kan. Pernah aku paksa kawan aku jilat gam air yang kita guna untuk tampal-tampal kertas tu, bila dia jilat habis aku kena ligan sebab aku cakap gam tu sedap macam gula-gula. HAHA dahlah yang aku kenakan tu perempuan, habis kena ligan satu kelas last-last aku dengan dia kena berdiri atas kerusi sebab buat kelas kecoh. 8 tahun jugak aku duduk sabah, 8 tahun tu jugak lah ulang alik balik semenanjung kalau time raya. Rindu nak naik kapal terbang :")

Masa umur aku 9 tahun, ayah aku kena posting ke Perak pulak. Bila dah lama duduk sabah, tiba-tiba kena pindah perak, memang janggal dan rasa tak seronok time tu. Kalau kat sabah duduk dalam kem, tapi kat perak kena duduk kat taman. Taman apa entah dah lupa nama. Hehe . Masa sekolah kat perak, aku pun bukanlah budak pandai, exam pun ada kantoi jugak. Lagi-lagi jadi mangsa buli kat sana, yelah badan dahlah kecik masuk kelas belakang-belakang yang rata-rata budak nakal. memang kena buli lah kan. Ingat lagi waktu pendidikan seni, kelas aku time tu kena buat lukisan guna gam uhu dan batang mancis. Dah cantik-cantik aku buat rumah, pokok kelapa, gunung tiba-tiba ada budak rampas lukisan aku tu then pijak then dia rosakkan lukisan aku. Masa tu, aku sorang dorang ramai. Taktahu nak buat apa, diam jelah sampai lah cikgu datang cikgu tengok lukisan aku tak siap lagi then kena lah denda. Kena berdiri depan kelas pulak tu, bapak diaaaa bengang pulak time tu. Hahaa Konghaja kau pembuli, sekarang aku dah besar kalau aku dapat korang aku lenyek-lenyek korang. Hahaa Tapi aku baik, tak dendam (evil laugh) Aku pernah tak datang sekolah 2 bulan sebab aku kena penyakit misteri sampai kan pelajaran aku memang terjejas teruk. Haritu, masa aku balik dari sekolah tiba-tiba aku terbau sesuatu yang wangi, bila sampai rumah aku jadi pening dan terus demam. Sebulan jugak demam aku tak baik-baik, dan 2 hari aku kena masukkan dalam wad. Masa aku dalam wad, ada kejadian misteri berlaku kat aku. Arwah Nenek yang jaga aku, satu malam tu aku tidur atas katil tapi esoknya bila aku bangun aku ada kat tempat lain. Puas nenek aku cari, tiba-tiba ada nurse hantar aku kat nenek aku, sampai sekarang benda tu masih misteri. Masuk wad pun masih tak okay demam aku, lastly mak aku bawak aku balik penang dan bawak pergi berubat. Bila bawak berubat, sebenarnya memang ada sesuatu yang kacau aku. 2 bulan beb aku kena kacau, 2 bulan tu jugak pelajaran aku terganggu. Takpe, itu semua takdir Allah. Tak lama aku duduk perak, tak sampai setahun kena pindah pulak ke Johor, sampailah sekarang.

Sekolah rendah kat Johor ni, darjah 6 aku kelas yang terakhir. Aku kelas yang ke-6 dari 6 kelas. Hahaa gempak tak ? Aku dah biasa dengan perangai segelintir manusia yang pandang rendah kat budak-budak kelas belakang, termasuk cikgu sendiri. Result UPSR aku pun cukup-cukup makan je, aku memang tak menaruh harapan yang tinggi pun untuk pelajaran aku sebab aku sedar aku siapa. Zaman kanak-kanak aku pun banyak sangat aku main-main, so terima jelah kan.









Sekolah kebangsaan aku sebelah je dengan sekolah menengah yang aku sekolah, bukak tingkap kelas nampak sekolah rendah, terkenang zaman sekolah. Hahaa 

Aku pandai ke ? Aku selalu tanya benda ni kat diri sendiri. Kadang-kadang aku tak pernah nak percaya apa yang aku miliki sekarang. Itu lah, rezeki Allah :)

Form 1, aku masih aku. Masuk kelas ketiga dari lima kelas sebab result UPSR aku tak hebat. Form 1, aku kena lantik jadi ketua kelas. Tak ke haruuu masa tu, aku jadi ketua kelas ??! Hahaha Tapi alhamdulillah, aku laksanakan tanggungjawab dengan jayanya. Masa sekolah menengah ni, aku dapat nampak peningkatan sedikit demi sedikit dari segi pelajaran aku. Sebab mak aku dah warning, aku takboleh ponteng sekolah kalau takde apa-apa alasan yang boleh buat aku kena ponteng kelas. Tapi satu habit aku, aku suka pergi sekolah lambat, muka aku memang famous dengan muka datang lambat. Bukan sengaja aku datang lambat, tapi aku terbangun lambat. Kadang-kadang aku betah jugak cikgu yang marah aku kenapa datang lambat, at least aku datang cuma lambat je. Hahaa berani kau dulu lawan cikgu. Naik form 2, aku dapat masuk kelas kedua, taktahu mungkin sebab aku dapat jadi ketua kelas yang baik kot ? :p Masa tu aku dah kenal ramai orang, dulu aku bergaul dengan budak-budak kelas belakang, tapi bila naik form 2 aku mula bergaul dengan budak-budak kelas depan. Takde beza pun kelas depan, kelas belakang cuma perangai dan sikap. Form 2 zaman aku pandai menganjing cikgu dan yang selalu kena adalah cikgu BI aku, kalau dia masuk kelas aku dengan kawan-kawan aku akan start ejek dia sampai dia akan marah kitorang, dia marah kitorang bukan takut tapi kitorang ketawa. Jahat tau aku dulu ejek cikgu Hahaa. Form 2 aku dah start keluar malam, merayap hujung minggu, berfesyen kononnya, jiwa remaja yang memberontak. Pelajaran pun masa tu dah entah kemana, nama je budak kelas kedua tapi belajar pun hampeh. Naik form 3, korang nak tahu aku masuk kelas apa ? Sampai sekarang, aku still takboleh percaya yang aku pernah masuk kelas pertama. Hahaaaaaaaa Masa form 3 aku dapat masuk kelas yang pertama youalls ! Start dari form 3 tu, aku dah start belajar betul-betul, dapat aku rasakan perbezaan pemikiran pelajar kelas pertama. Masa tu, aku perlu bersaing dengan budak-budak pandai. Mula-mula aku tak dapat follow cara dorang belajar, tapi lama-lama bila dorang bantu aku dapat jugak aku manage cara pembelajaran aku dengan baik. Form 3 jugak, aku mula tunjukkan minat nak belajar. Result peperiksaan aku pun, mula menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Masa tu pulun nak study untuk PMR and result PMR aku bukanlah result yang boleh dibanggakan oleh orang lain, tapi bagi aku sendiri bagi family aku sendiri keputusan tu suatu kebanggaan bagi mereka. Nak nangis masa tu tak sangka PMR aku  tak ada pun subjek yang fail :") Sungguh, Alhamdulillah 

Form4, dah kena start pilih untuk masuk aliran apa, since masa form3 aku budak kelas pertama rata-rata kawan aku dapat masuk kelas sains. Mulanya aku pun harap dapat masuk kelas sains, tapi untuk nama yang terakhir dipanggil masih bukan nama aku. Bila nama aku disebut, rupanya aku kena masuk kelas perakaunan. Masa tu, Allah je tahu betapa kecewanya aku tak dapat masuk kelas sains. Tapi aku kena berpijak pada bumi yang nyata, dengan result PMR sains dapat C, layak ke aku masuk kelas sains. 

Mula-mula, aku benci akaun. Tak pernah subjek akaun aku lulus sebab jiwa aku masih pada sains. Aku block diri aku dari menerima kenyataan aku tak layak masuk sains. Pelajaran aku merosot masa tu, tapi Allah tu maha mengetahui lebih dari aku. Sepanjang form 4, subjek akaun, add math dengan sejarah aku dapat warna merah. Dari awal tahun sampai akhir tahun aku tak pernah lulus tiga subjek tu. Hahaa 

Naik form 5, macam-macam usaha cikgu-cikgu aku buat untuk pastikan aku lulus semua subjek. Pernah kena denda atas kerusi sebab akaun gagal, pernah kena rotan sebab akaun gagal, pernah kena ulang jawab soalan addmath sebab gagal. Tapi Alhamdulillah, usaha yang cikgu-cikgu aku buat masa tu, menjadikan siapa aku sekarang. Start form 5, aku dah minat akaun. Aku belajar untuk faham apa tu perakaunan, add math dengan sejarah pun tak kurang hebatnya. Cuma satu kelemahan aku, aku tak suka membaca. Bila aku kenang balik kelemahan aku, rupanya hikmah aku masuk kelas akaun. Masa percubaan SPM, akaun aku lulus tapi addmath dengan sejarah masih gagal. Usaha dan terus usaha, bila aku ambil result SPM tahun 2010, aku menangis sebab aku berjaya kotakan janji aku untuk lulus semua subjek. 

Tahun 2011, aku dipilih masuk matrikulasi, ramai cakap aku pandai.... Hmm pandai ke aku ?




Sekarang, aku belajar kat UniSZA dan orang masih memuji aku pandai.... Hmm pandai ke aku ? 

Pada aku, pandai adalah suatu perkara subjektif. Aku bukan pandai dari kecik, masa kecik aku bodoh,pemalas,suka main-main. Mak ayah aku pun bukan orang yang masuk U, sekolah pun tak tinggi. Ada orang dari kecik dah pandai sebab ada yang mak ayah dia memang orang pandai-pandai. Pandai, bergantung kepada usaha. Kelebihan bagi yang dah pandai dari kecik, sebab tak semua dilahirkan pandai. Kadang-kadang kita kena fikir, apa matlamat kita bila besar nanti. Bila kita dah tersedar dari lamunan, cepat-cepat pasang niat dan usaha untuk berjaya. Ingat, tak pandai sekarang bukan bermakna kita akan kekal tak pandai, usaha dan rezeki dari Allah adalah pengubah segalanya. Tapi kalau kita sendiri malas berusaha, kekallah dalam kebodohan yang kita sendiri taknak ubah. Ingat, takde siapa boleh ubah diri kita lebih hebat dari kita sendiri yang ubah. Percayalah, sinar itu ada untuk semua orang cuma pintu mana untuk mencari sinar je berlainan bagi setiap orang. InsyAllah semoga berjaya rakanku :)

Terima kasih sebab sudi baca nukilan panjang ni. Hehee :)

27 ribu orang sayang aku:

Teena Tna said...

Orang dah kata kita pandai, kita amin kan jer. Tapi kadang2 pelik jugak, result tak seberapa pun still org ckp pandai, harapan yg digalas rasa berat pulak.

Sheila Eiman said...

the best story form you...
taniah dan alhamdulillah... rezeki aliff haikal...semuanya sudah tertulis...sheila tunggu aliff haikal lulus dengan cemerlang lepas habis study at unisza!

buat yang terbaik!

Nur Azila Ismail said...

nice story.. semua org pandai. cuma kita yg kena bijak buat keputusan utk diri sendiri sama ada nak tingkatkan kepandaian tu ke tidak kan :) dan sape sangka kita mula daripada kosong and now dah jadi seseorg :) good luck in your study^^

Cik Chokie said...

Ya Allah agak tersentuh :') Samalah kita abang haikal . Miza masa sekolah rendah kelas belakang sekali . ingat lagi masa darjah 1 dan 2 kelas terakhir kelas Kretif dan 3 kelas Usaha tetap terakhir lepas tu kena rotan dengan ayah sebab turun . Allah . Tapi Alhamdulillah darjah 3 sampai 6 kelas ke dua . Naik sekolah menengah pula pun alhamdulillah dan kita juga sama selepas pmr agak kecewa sebab tak dapat kelas sains pure (kelas pertama) tapi kelas perakaunan . Tapi miza pure science + perakaunan .

Tak apa la bang , nampakkan Allah nak tunjuk maha berkuasanya dia ? :') Alhamdulillah abang sekarang jaadi manusia yang berguna . Semoga Allah mempermudahkan segala urusan abang dan menjadi insan yang berjaya didunia akhirat . Amin .

Btw , tak sangka abang ni orang Kluang dan sekolah dekat sini XD kihkih tak jauh rupanya :P

Miza Lee said...

semua org pandai..cuma tengok usha dia macam mana. :)

Rozalia Binti Alik said...

seriously , suka dengan cerita anda ! :) thumbs up ! tak pernah lagi baca cerita hidup seorang lelaki , dan lelaki yang akan cerita kisah2 hidupnya dari kecil sampai sekarang :') . teruskan ber-blog . insyaALLAH , saya akn jadi pembaca setia anda .

salam ramadhan .

btw , sabah dekat mana dulu? sebab saya orang sabah . hehe ^_^ :)

mira dila said...

awesome story :)
saya pun bukan orang pandai..cuma pendiam..teringat masa sye darjah 1..ada pembuli(gemuk)lelaki pulak tu..tumbuk saya..masa rehat..senyap2 saya selit kat orang ramai yg tgh beli..saya tumbuk dia kuat2! >.< haha..
tapi..mmg allah maha adil!..
saya dulu tak pernah masuk kelas kedua selain kelas pertama..paling teruk kelas ke3..tp?kwn2 sye dr kelas belakang result dia lagi gempak..hee..asalkan niat nak belajar ada lah kan? :)

P#eoniX said...

ader hikmah tuh!!!!n'way nice story!!!!selamat berpuasa!!!!

Khariatul Hakmah said...

salam kenal..saya khai n the latest follower...sy doa kan awak berjaya dunia akhirat..amin

niEynA said...

Seorang yg hebat!!!

suhadha atiqah said...

Stuju sangat2...tak smestinya gagal sekali akan gagal selamanya ... tahniah kerana berjaya ke menara gading :)

boni kacak said...

bro, ko kena kacau dengan apa ye??

aina izati said...

Fuhhh,agak tersentuh dgn entry kali nie. :)
Semua yg berlaku ada hikmahnya kan :) Allah dh aturkan yg terbaik utk kita semua. So,kita jgn give up dgn dugaan yg menimpa kita. :)
Btw,saya pun amik Akaun jugak. Tahniah Aliff Haikal :)

Eh,nak tanya,abg Aliff dpt masuk matrik kos apa erk.? :)

Mieza Suhaini said...

menitis aku baca entri kau panjang panjang doe :'( . Terharu ada. Bangga ada. Tahniah ! kadang kadang kita elajar dari kesilapan untuk membuktikan dekat dunia siapa kita sekarang.

Arol Mubin said...

Suka entri nie! Memberikan inspirasi. Bagi aku, kau memang pandai. Pandai mengubah nasib diri. From zero to hero! Aku kagum dengan kau! :) Sebab aku ialah sebaliknya. Hahaha! Tapi sekarang dah kembali ke pangkal jalan. :D

"Sometimes people with the worst past, create the best future!". :)

P#eoniX said...

selamat hari raya maaf zhir dan batin...hehehe..

tenku butang said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.. heee..

hai.. salam kenal,
follower no.1755
done follow sini,
jom follow teman yea..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Syahmi Angah said...

Saya pelajar baru yg akan belajar di unisza dalam course akaun..hmm cmne subjek perakaunan disana??ok ta??cmne nk mahir bi untk blaja akaun??muet pon asyik band 2 jee..apakah persediaan yg perlu dilakukan untk bdak akaun di unisza..cmne kehidupan bdak akaun di unisza..maaf ye pnjang sgt..h

Syahmi Angah said...

cmne ae pendaftaran tntg pakaiannye pastu orentasi lagi pastu pakaian ke kuliah cmne lak??formal atau ta..takut + debar untuk mulakan hidup sebgai pelajar unisza..

Azwar Syuhada said...

Bila orang kita pandai, kita Amin kan sahaja. Tapi orang tak pernah kata saya pandai lagi, cuma sedang2 je. hahaha..Selagi kita usaha + rajin. Insyaallah balasannya mesti setimpal dengan apa yang kita usaha. Btw, tahniah! dah masuk u!! Orang dekat form 6 tengah habeskan sem 3 .. :)

boni kacak said...

setuju tu bro.. kalau nak pandai, kena usaha... kalau usaha kuat, makin pandai lah kita.. hehehe. otak pun macam pisau juga. makin diasah makin tajam.. :)

Awie Omar said...

Salam sejahtera. awieomar.blogspot dengan seikhlas hati nak menjemput anda sertai game top "BLOGGER" untuk musim yang ke 4. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1, 2 & 3 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri, hanya komen di mana mana entri blog Awie Omar dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 4 : SURVIVOR SERIES. SEGALA SYARAT DAN PERATURAN AKAN SAYA IKUTI".". Harap sudi la menyertainya. Ganjaran pasti ada untuk pemenang :) http://awieomar.blogspot.com/2013/01/blogger-4-survivor-series-pengenalan.html

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

EMYR ASHRAFF said...

wh! liku-liku kehidupan kan alep.. bukan senang nak senang.. dan x semua org yg pandai tu berjaya pon.. yg pnting usaha kita!

Aliff Haikal said...

@Teena Tna Kita pandang pada sudut positif :) Kita yakin pada diri sendiri Hee :)

Aliff Haikal said...

@Sheila Eiman Terima kasih untuk doanyaaa sheila ! ^^ InsyAllah

dian.dyan said...

kaka baru tau yg aliff ni penah tinggal kat Sabah.. hehee
nampak da perubahan adik dr dulu sampai skrg.. dulu nakal kemain, tp positive thinking tu daa ushar adik.. now alhamdulillah dah berubah ke arah yg lebih baik.. keep it up..


p/s : kak dtg stalk sbb adik yg suruh hahaa