THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, January 27, 2012

THE OLD ONE'S MORE CLASSIC

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

pernah tak sambil berjalan-jalan tetiba dengar henset berdering , dengan harapan korang ingat tu henpon korang yang sedang berdering tapi rupanya henpon budak kecik yang berselisih dengan korang , lepas tu sambil tengok budak kecik tu on call korang tersenyum sambil teringat zaman dahulu kala . pernah tak ? jangan tipu , nanti kena potong lidah :p haha

semalam waktu sembahyang jumaat , waktu khutbah nak bermula tetiba ada ringtone omputih berdering dalam masjid , dengan kelam kabutnya seorang budak berumur dalam lingkungan 8-9 tahun mematikan henpon dia . aku tengok cuma mampu senyum je sebab

' waktu dulu nak pegang henpon pun susah , lagi-lagi waktu kecik macam tu '

ni yang menyebabkan memori dahulu kala gedik seumpama pita movie yang galak memainkan cerita . teringat zaman - zaman kegemilangan dahulu yang tak lah gemilang sangat . haha perbezaan henpon sekarang dengan henpon dulu-dulu sangat berbeza , eh maklumlah zaman sekarang dah berbeza dengan zaman dulu . orang zaman sekarang pun dah berbeza dengan zaman sekarang =,=

dulu , kalau pakai henpon nokia tiga sekupang tu dah kira kaya uolss . lagi-lagi waktu hujung tahun persekolahan , siapa yang bawak henpon memang di-cop anak orang kaya lah eventho dia keluarkan henpon tiga sekupang . haaa waktu tu lah nak berlagak depan member yang lain sambil taip-taip kejadah tah kat henpon tu padahal waktu tu bodoh-bodoh kot . perniagaan TAIP ON GAME ke 32333 ataupun TAIP ON CHINTA ke 32311 sangat laris di kalangan bebudak sekolah yang bawak henpon pergi sekolah , ape je yang dorang boleh buat selain tu . harharhar :D

aku paling berani pun bawak henpon pergi sekolah waktu aku form 1 , akhir tahun . waktu tu henpon share dengan abang , so diam-diam matikan henpon bawak masuk beg dengan muka tak bersalah blah pergi sekolah .tiba-tiba henpon berdering pulak , memang mati ah kantoi dengan cikgu . muka tak boleh habis merah waktu tu sambil buat muka bajet ada henpon , padahal dah kena kantoi dengan cikgu . mati lah aku . lepas tu bila dah upgrade sikit , pakai pulak henpon yang ada lampu kat atas tu , henpon apa tah dah lupa . haha . biasalah budak sekolah kan , nak bajet bagus je kat sekolah tu , akhir tahun je konon tayang ada henpon sambil bermain mesej padahal main mesej dengan jiran sebelah meja je , yelah dah masing-masing bawak henpon lepas tu taktahu nak buat apa , main mesej berdua je lah . that the real weh :D

tapi sekarang ni , bila pakai henpon tiga sekupang ke henpon lampu picit kat atas ke , orang dah tak pandang , di-cop miskin pun ada . ishh sadisnya hidup . betapa tak berharga nya henpon macam tu kat generasi sekarang . kalau boleh lagi canggih lagi nak menayang . kalau takde yang touch screen , yang slide pun jadi lah asalkan nampak mewah . kalau pakai henpon tiga sekupang sebolehnya nak sorok dalam poket kalau boleh main mesej pun dalam poket . ish ish ish . aku watlek je pakai henpon lampu picit , bangga lagi tayang kat kawan-kawan . mana taknya , henpon klasik kot , mana nak dapat , susah ooo . budak umur setahun jagung pun mak ayah dah bagi henpon , betapa tak up to date sekarang , nak tak nak bebudak kecik pegang i-phone . whoaaaa TIADA YANG LAMA TIADALAH YANG BARU



dulu friendster , lepas tu myspace , up sikit main facebook sekarang , tapi twitter sedang bersaing dengan facebook . kesian mayspace dengan friendster dah berkubur . tak pernah online dah weh . guwa layan pesebuk je sekarang , nak layan twitter ? guwa bukan artis ! haha :D

thanks reading . like sikit ;)

Tuesday, January 24, 2012

SWEET ENEMY


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

pernah tengok situasi seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan bergaduh besar sampai bermusuhan dan akhirnya dorang menjadi sepasang kekasih , yang romantis pulak tu . pernah ? err macam dalam drama tu , banyak .

kenapa orang yang bergaduh besar sampai kan tengok muka pun tak hingin boleh jadi couple ? kenapa ek ? kadang-kadang pelik jugak , waktu bergaduh bukan main lagi sampai kan tengok batang hidung pun dah naik menyampah . tapi last-last boleh jadi couple . haha aku ada beberapa cadangan jawapan yang bila aku fikir-fikirkan , ada betul jugak . jom bacaaa

bila bergaduh , mesti dalam fikiran kita akan berfikir pasal orang tu je . macam mana nak hindarkan diri lah , macam mana nak kena kan dia lah , pendek kata kita akan sentiasa ingat kan dia (sweet enemy). so tak mustahil lah kalau dah setiap hari terfikir kan dia , secara tak langsung hati pun macam ' eh setiap hari apesal aku teringat kat dia ek ' . kannnn ? HAHA


kalau dah setiap hari bergaduh , tiba-tiba sehari tu tak bergaduh langsung . tak rasa macam pelik ke , and jangan tipu kalau kita mula rindu nak bergaduh dengan dia . haaaa mula lah rasa sunyi , rasa tak senang nak duduk fikir ' kenapa minah/mamat ni tak cari gaduh dengan aku ek ' . so perasaan rindu pun mula bercambah secara tak langsung mencambahkan bunga-bunga hati . kann ?


lelaki kalau bergaduh dengan perempuan , kitorang tak lah sampai nak bertumbuk or nak buat something yang macam bergaduh dengan lelaki . dayus namanya tu . so bila lelaki gaduh dengan perempuan , dorang akan gunakan cara yang sweet-sweet je nak kenakan minah tu , letak cicak dalam beg lah , letak katak dalam kasut lah , letak tikus bawah kaki lah . lepas minah tu dah terkena and tiba-tiba dia menangis , tak ke gelabah si lelaki tu . ha dari situ baru dia tau yang perempuan dia dok gaduh tu sebenarnya hatinya lembut , entah-entah dengan cara tu dapat melembutkan hati lelaki tu . kan ??


orang cakap , jangan gaduh-gaduh nanti kahwin baru tau . ada jugak orang cakap marah tandanya sayang . ada jugak yang cakap mula-mula gaduh lama-lama akan menjadi sayang . memang betul , kawan-kawan aku dah ramai yang macam ni , ecehh memula gaduh perang mulut , tapi bila dah lama tak jumpa and jumpa kat tepi jalan rupanya dorang dah couple . haha syosyweett kan :D


so kepada anda di luar sana , berhati-hati bila bergaduh dengan perempuan . takut-takut over sangat bergaduh last-last jadi suami/isteri . apa-apa pun memang sweet . sweet enemy ! :D TAPI ada jugak jenis yang memang gaduh , gaduh betul-betul . bertahun tak tegur . takmoh lah macam ni ye , okayy :) apa-apa pun jodoh pertemuan di tangan Tuhan


Monday, January 23, 2012

TERUSKAN MENYOKONG (y)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

siapa dapat teka berapa lama dah aku berkecimpung dalam dunia blogging ni? cepat siapa dapat jawab aku bagi kiss . ops over . maaf ==' aku menghargai lah sangat-sangat kalau ada yang tahu berapa lama dah aku berkecimpung dalam blogging ni , maaflah aku bukan nya nama besar dalam dunia blogging macam sesetengah orang tu , aku berpijak pada nama EKAL DUDE yang maybe ada orang kenal or maybe ada yang terpinga-pinga siapa tu . HEHE :) or maybe ada yang kenal dengan nama HENCEK HAIKAL . ecehh nama nak gempak habis . maaf lah kalau ada yang ter-muntah or geli dengan nama samaran aku ni , tak berniat pun :/

aku bersyukur , syukur sangat-sangat sebab selama nak hampir dua tahun aku blogging ni , blog aku akhirnya dapat diterima oleh semua sesetengah orang . banyak jugak lah yang beri maklum balas positif yang cakap pasal blog aku . thanks :) tapi aku nak mintak maaf bebanyak jugak kepada reader(s) aku yang tanya aku pasal camne nak hias blog lawa , nak hias blog nampak simple . aku bukannya taknak ajar , pleasure . tapi aku edit blog aku pun atas dasar ' on the spot ' punya edit . tak sangka pulak tangan keras tak berseni ni mampu hias blog kecik macam ni , orang cakap cantik . yeke ?==, so aku memang tak dapat nak tolong sangat tapi aku boleh ajar benda yang simple je sebagai contoh cara nak bagi blog nampak simple adalah background blog jangan ambil warna yang gelap-gelap . nak tau lebih ? jom kita google search tips-tips nak bagi blog menarik . hehe


ini screen shot yang aku ambil kat stats , aku terkejut kenapa entry pasal marshanda menjadi top ranking sampaikan 600+ pageview(s) . haa terkejut kan ? haha bukan terkejut apa , terkejut tak sangka , ada jugak orang nak review pasal post marshanda tu . harapnya ada lah marshanda review sikit pasal post tu . eleh berangan je lebih , over lettewww .
entry pasal blogger-blogger terkenal pulak menduduki carta hati stats yang kedua tertinggi , ohsemmm tak silap berapa bulan je aku update pasal entry tu tak sangka mendadak naik . memang terbukti populariti orang-orang yang aku entry-kan tu serious mencanak ! ohmaigucci
setelah berhemas pulas sampai tergeliat jari menaip entry , akhirnya dapat jugak merasa follower beriban . boleh lah feeling-feeling artis sikit . amboi motif sangat . ehh tak lah gurau je , bukan apa , kau ingat senang nak dapat follower beribu ni ? nak dapat seribu pun susah apatah lagi nak berbelas ribu kan . bersyukur dengan apa yang aku dapat . alhamdulillah . thanks kepada yang sudi follow blog kecik ni , kalau rajin panggil-panggil lah rakan blogger anda follow blog ni . sambil menyelam makan ikan , sedap nyeeee >,< teruskan bersama blog aku yeeeeeee . teheeeeeeeee :)
ape yang seribu tiga ratus tujuh puluh ni ? cuba tanya , cuba tanya . taknak bagitau lah kalau takde siapa yang tanya . jom tanya kat entry form . HAHA gedik :/

ehhh tak muntah lagi ke ? okay , memang hati anda semua ni sangat cekal ye ! baguss ^,^


aku taktahu macam mana nak cakap jutaan terima kasih kepada penyumbang traffic tertinggi ni . hari tu tergerak hati nak cek traffic sources and terperanjat macam beruk dapat minum cool blog bila adik aku ( aida shafiena ) adalah penyumbang terbesar traffic ke blog aku . wohooo cepat bangga aida , cepatttt :p . so dengan rendah hati dan hati yang berbunga den pun post kat wall facebook dia ucap jutaan terima kasih . eh aku mengenang budi okay ==,
thanks juga kepada penyumbang yang lain , ni yang sayang lebih ni . itew tayang awak temua tetat-tetat .


pengunjung blog sepanjang setahun and nak dekat dua-tahun mencecah 30k . satu stastitik yang sangat memberangsangkan sampai terangsang anak biji mata tengok . besar kot jumlahnya . tapi maybe korang-korang lagi banyak kan dari blog aku ni . takpe lah , bersyukur dengan apa yang kita dapat lebih baik kannn . hehe :) thanks jugak lah kepada yang tak jemu-jemu singgah ke blog aku sampaikan jumlah pageviews untuk setiap minggu mencecah 100_ . thanks banyak-banyak . TAYANG AWAK TEMUAAAAAA MUAH . gedik(s) . XD

lepas ni aku akan lebih berdedikasi untuk update blog . aku takkan sia-sia kan perjuangan yang telah lama aku lakukan ni . okay ayat sangat kamus dewan . haha kepada sesiapa yang berkecimpung dalam dunia blogging ni , jangan pernah putus asa kalau kita dikecam , di hina , di hack , di spam or anything , kuatkan semangat . biasa lah orang bukan senang nak tengok orang lain senang , kan ? so keep it up berblogging . ikut cara saya . hahaha

terima kasih sudi baca . TAYANG TEMUAAAA NYEWWWWW =,=

Sunday, January 22, 2012

KIRI DAN KANAN SETIA MENULIS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

kita selalu nampak orang suka mengutuk , mengumpat , mengeji orang lain . apa yang salah dijadikan cerita , bahan usikan . tapi kebaikan yang dia nampak dibutakan mata seolah jahat je seseorang tu buat . kenapa ada manusia yang macam ni lagi kat muka bumi ni ? oh lupa dunia akhir zaman , semua orang nak jadi jahat , berapa orang je nak jadi baik . kalau tegur cakap kita tak open minded . cakap kuno . wal hal nanti kat akhirat kita boleh tengok yang open minded atau yang tak open minded tu akan masuk neraka dulu .

tolong lah . jangan terlalu nak nampakkan yang kita ni baik sampai kan kita terpaksa berbohong dengan orang seolah kita baik orang lain jahat . yang di kiri dan kanan kita sentiasa menulis segala benda tanpa escape . jangan terlalu ikut kan nafsu .

entry hari ni sangat pendek dan simple . selamat membaca ^^

Thursday, January 19, 2012

MENGHILANG KE ? TAK LAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ramai yang tanya ' aliff bila nak update blog ? ' ' haikal mana cerita baru ? '
maaf for the long time i've been missing . bukan sebab merajuk ke apa , tapi sebab sedang bertapa dalam bilik ditemani lampu kalimantang bersama roomates tershayang memulun settle kan segala kerja yang perlu di hantar ikut due date . bayangkan dalam satu hari , nak kena fikir macam mana nak bahagikan empat kerja dalam satu hari dengan harapan bila dah di bahagikan masa segala kerja siap . tapi hampeh sebab perancangan yang rapi hanya di mulut sahaja . itu lah aliff haikal yang korang kenal =='

aku taktahu samada aku yang lambat buat kerja or cikgu yang terlalu banyak bagi kerja . pening kepala bila tiap hari ada je kerja yang nak kena di siapkan . baru buat setengah subjek bisnes , mai pulak kerja ekonomi nak kena siapkan sampaikan last nya bisnes entah ke mana , ekonomi entah kemana . sejak naik semester dua ni , segala benda jadi kelam kabut , semua benda nak di siapkan dalam satu masa , semua benda nak kena buat ! dengan kerja tutorialnya , dengan aktiviti kolejnya , dengan sukannya and dengan masalah-masalah peribadinya . kenapa ? kenapa ?

kerja-kerja tutorial yang berlambak ditambah dengan soalan-soalan persediaan nak menghadapi mid term . aku bukan nak merungut , tapi kadang-kadang aku rasa cikgu tak patut lah bagi soalan hari ni dia nak jawapan esok . cuba lah faham di samping kerja dia , ada kerja subjek lain yang perlu diuruskan . ini belum lagi ditambah dengan kerja kursus english , kerja kursus agama . semua nak hujung minggu ni , nak tak nak kena korbankan masa untuk bersengkang mata siapkan kerja . bila dah rasa stress sangat , aku tidur je dengan membiarkan kerja-kerja terbengkalai tu atas meja . pedulik ? siapa suruh bagi aliff haikal banyak kerja .

aktivit-aktiviti kolej pun tak kurang hebatnya nak bersama meraikan kesibukan aku . hari tu join koir peringkat matriks , bukan nak sangat pun masuk cuma nak sedekah kan markah koko kat kawan sekelas , tapi apa jadi ? haru biru nak buat latihan koir lah , nak study lah , nak siapkan tutorial lah . macam-macam hal . tapi alhamdulillah semua nya dah setel . koir tak menang . titik

berbekalkan esok untuk aku memerah kepala hotak , menahan panahan mata melihat buku-buku atas meja before kembali ke pangkuan keluarga yang tercinta , hip hip horray . esok bermula 4petang dah start cuti untuk pelajar matrikulasi seluruh malaysia . dengan bekalan baucar buku rm200 , terasa sangat bermakna balik rumah kali ni , dengan harapan nak pergi kedai buku beli buku , takut harapan tinggal harapan je . HAHA terima kasih kerajaan atas sumbangan baucar buku rm200 ni $.$

naik cuti je seminggu , terus periksa . bafak lah , aku rasa cuti aku kali ni akan ditemani buku-buku tercinta KALAU aku rajin nak bawak balik dorang . itu lah , siapa suruh buat periksa selepas cuti , tak enjoy langsung T_T . kat perlis nak kena belajar , kalau balik johor mesti lah kena belajar weh . arghhh tak sukanyaaaa . heh
takpe-takpe , dengan berbekalkan semangat kental nak four flat , segala alasan akan ku tepis kan . cewahh ayat kamus dewan =,=

dahlah nak kemas baju , nak angkut buku-buku , nak menangis , nak semua benda lah . masalah peribadi tak setel lagi . haru . ok bai assalamualaikum

Sunday, January 15, 2012

PERIHAL DALAM FACEBOOK . =='

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

balik kelas dengan penat lelah nya tiba-tiba hati yang suci murni sejuk bak eskem soda menggelegak umpama air yang mendidih di dalam periuk atas dapur . it about facebook der , entah lah sampai bila tah facebook ni akan menjadi medan perang-perang antara manusia aku taktahu . ==' this incident happen just now . bukak-bukak je facebook terus rasa nak baling je bantal kat dinding .

kalau tak suka orang komen status kita kat facebook , takpayah lah update status , atau pun buat je status tu ' only me ' . takdenye orang nak komen status kita . ini lah jadinya bila tak suka orang komen status , tiba-tiba nak melalak . bukannya ada unsur 18sg pun aku komen , biasa je . pelik dengan manusia macam ni =='


aku komen biasa je , aku taktahu lah kalau dia ni jenis emo ke ape ke , aku rasa takde masalah kot kalau aku komen macam tu , yelah aku tengok takde orang pun nak komen , aku drop lah comment aku . tiba-tiba nak melalak pulak . ohsemmm pelik pelik :/
dia cakap aku keling sebab tengok muka aku macam keling . ohmai . bertambah tak faham aku =='



after a few , keluar newsfeed facebook aku status dia macam ni , for sure lah aku terasa and aku taktahu apa motif dia nak menge-post pasal ni . sakit hati tu ada lah , tapi aku watlekk je .



mana boleh angin belah selatan je meniup , sesekali angin utara nak meniup jugak . tapi tak lah sekencang angin selatan ni . dia masih cakap ' keling ' kat aku . ayoooo hati makin membara . tapi aku watlek je . perlu ke amik port bagai ? nak kutuk , kutuk lah . tak kisahh pongggg :D

updated status . dapat tak ? dalam beberapa minit dia mampu update status yang ditujukan kat aku . aku watlek je . tak nak lah lebih-lebih sebab budak cemni kalau kita makin angin , makin ribut lah menjadi-jadi . haha gelak sikit :D


aku update macam ni je , aku tahu ' mengutuk ciptaan Allah sama je mengutuk Allah ' . perlu ke aku balas balik ? tak kot . okay dah update sini rasa lega sikit .

aku tak cakap aku ni baik sangat , tapi kalau dah mengutuk - mengutuk ni , aku tak rasa tu satu benda yang baik . kalau kau kutuk-kutuk aku , then tiba-tiba Allah tarik balik nikmat muka hensem kau tu macam mana ? cuba lah fikir before nak mengata . pisss ^^
kalau taknak orang comment status , tak payah buat status . dah ! tak lah penuh newsfeed aku . okay ?

p/s : entry ni ditaip secara spontan , so entry ini maybe akan spontan hilang kot . HAHA kbai
sorry lah tak sensor-kan segalam gambar di atas . (Y)





Thursday, January 12, 2012

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST RESULT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hari ni bermula tepat jam 00.00 berpusu-pusu budak matriks nak check keputusan MUET dorang. tak terkecuali aku lah , nasib baik roomate terchinta bagitau suruh check , dengan penuh debaran dan dup-dap-dup-dap , aku pun try lah check guna sms . serious kot cuak sebab muet ni salah satu keputusan exam yang dapat menentukan samada kita layak atau tak nak masuk U nanti . kalau nak masuk universiti malaya kena lah muet band 4 ke atas . ok ? hehe

kepada adik-adik sekolah yang taktahu apa tu muet , muet adalahMALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST yang semua students nak masuk U kena ambil by hook or by crook . dah dah takpayah fikir sangat , fokus spm dulu .



STEP 1

AFTER A FEW MINUTES ,

ALHAMDULILLAH :)



THE FULL RESULT .


ramai students matrik aku dapat band 2 untuk muet dorang , majoriti aku rasanya . tahniah kepada yang dapat band six . jumpa anda di pintu kejayaan . ecehhh . kepada yang dapat band 1 dgn band 2 , jangan give up okayyyy . teruskan usaha korang lagi . this is not korang punya ending . ok ?

tolong baca pasal ni . kalau berminat boleh lah click kat link yang aku bagi :)

It’s always better to be safe than sorry especially when we hear stories about cars getting broken into, windows smashed and you are left with the damages.

Protect your car today with the 2-in-1 solar tinting from 1 World Tinting. Your car will receive tinting using 2-in-1 solar film and you have 3 colors to choose from. It’s also an anti-theft and anti-burst tint so you can now worry less about break-ins or any damages to your windscreens.

KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI !

Monday, January 9, 2012

KACHING KACHING $_$

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hari tu ada lah sorang kawan aku cakap kat aku macam ni .

' Aliff , kau tak rasa boring ke dengan blog ni ? bukan nya boleh datang duit pun '

so aku pun jawab

' eh mana kau tau blog ni tak mendatangkan duit ? '

aku pantang betul kalau ada orang mempersoalkan tentang kesetiaan aku terhadap blog aku yang tercinta ni . siapa kata aku boring dengan kau sayangku , setiap saat setiap detik aku merinduimu . cewahhh . feeling ombak rindu sat . okok actually aku tak pernah boring pun dengan berblogging , but bagi aku dengan berblogging aku dapat meluangkan masa , aku dapat ramai kawan and aku dapat kongsikan cerita-cerita aku . best what berblogging ni , takde nya aku nak boring-boring . andddd nak tahu tak ? dengan berblogging ni , actually kita pun boleh menjana duit . macam tak percaya ? jangan tak percaya , ini betul-betul punya cilita . okay kita teruskan dengan agenda misi entry ini ! :)

pernah dengar pasal CHURP-CHURP ? kepada bloggers mesti familiar kan dengan CHURP-CHURP ni . sebab dengan CHURP-CHURP ni kita boleh menjana duit dengan konsep ' anda iklankan , mereka bagi ganjaran ' . okay aku cipta sendiri :D
still tak tahu macam mana nak daftar CHURP-CHURP ni ? or macam samar-samar apekemende CHURP-CHURP ni ? okay let me explain okayyyh

dari apa yang aku faham . CHURP-CHURP ni adalah satu agensi pengiklanan dalam malaysia yang serupa macam nuffnang , heartbeat . tapi CC ni kira macam seangkatan dengan nuffnang lah , tak silap aku CC ni ada kaitan dengan nuffnang . so bila kita iklankan produk yang di-iklankan oleh CC ni , secara tak langsung bila berlakunya interaksi jual beli barang atau perkhidmatan , kita akan dapat pendapatan melalui akaun yang kita create . so best kan bila tiba-tiba check akaun CC ada rm100+ . HAHA tak mustahil okay . korang jangan takut kalau korang fikir dah ada nuffnang takboleh buat CC , sebab macam aku cakap kat atas tu . lagi rajin korang iklankan iklan tu , lagi banyak duit yang akan korang dapat .

tertarik kan ? jom JOIN . ajak kawan-kawan blogger korang yang tak join lagi tu join sekarang . sambil-sambil online , duit masuk okay jugak kan ? :) . ikut step-step yang aku buat kat bawah ni , jangan sampai sesat ye . kalau sesat pakai google map :p

1. arahkan mouse anda dan klik LINK INI untuk mendaftar
2. bila dah masuk page CC ni , korang tengok ada ' SIGN IN WITH FACEBOOK ' atau ' SIGN IN WITH TWITTER ' kan ? aku prefer korang daftar guna facebook , sebab MUDAH . semua dah ada facebook kan . hehe
3. lepas tu dia akan suruh korang LOG IN facebook korang dulu , okay dah sampai step ini ?
4. ' you are now logged in ' , application ni akan suruh korang recognize facebook korang , so korang jangan ragu-ragu klik ' ALLOW '
5. maka ter-create lah CC korang . hehe senang kan nak register ? macam makan ABC .

langkah seterusnya

6. korang klik pada ' SETTING ' . nampak kan ???
7. isi korang punya ' PROFILE ' tu secara JUJUR dan TELUS ! jangn tipu-tipu sebab nanti dia akan efek pada cara pengeluaran duit korang .
8. isi pulak pada ' SURVEY ' , yang ni korang isi lah seikut hati korang nak isi apa

maka siaplah akaun CC korang semudah ABC ! tepuk tangan * hahaha

' macam mana nak earn duit pulak ? takkan sekali klik je terus dapat duit ? '

aku taktahu macam mana caranya CC ni bagi earn kat kita , tapi apa yang aku buat selama ni alhamdulillah CC tak lupa kat aku , hehe dia bagi earning jugak setimpal dengan usaha aku sibuk mempromosi iklan-iklan mereka . ALHAMDULILLAH

rahsia - rahsia nak bagi duit CC kita melimpah ruah :

kalau korang nak iklankan iklan korang , pergi kat ' REWARDS ' then korang tengok apa yang CC bagi untuk korang iklankan . jangan malas ! lepas dah tengok , so korang klik pada iklan yang diberi dan korang kena baca secara detail ! . jangan mem-pig-blind promote iklan sendiri padahal taktahu apekemende entah iklan tu cakap . rajinkan diri sikit ye :) lepas dah baca then mesti rasa teruja nak iklankan kannnn ? scroll bawah sikit sampai korang nampak link untuk iklan korang . so TERUS COPY link tu .

macam mana nak iklankan pulak ?

1.korang boleh iklankan dalam FACEBOOK KORANG SENDIRI .
2. iklankan dalam TWITTER KORANG SENDIRI dan;
3. entry-kan iklan tu sambil merayu pembaca klik link korang , mana tahu tup-tup dapat earning . aku pernah buat satu entry pasal YUNA punya iklan , alhamdulillah banyak jugak dapat . hehe so korang mesti boleh punya . jangan malas . tu je .

maka berakhirlah misi menyampai berita baik untuk blogger-blogger yang suka berblogging dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan . so cepat cepat kita join CHURP-CHURP ! ^^

p/s : kalau ada sebarang pertanyaan , jangan segan silu tanya lah aku . insyaALLAH aku bantu . sharing is caring. hehe






Sunday, January 8, 2012

BEBUDAK KECIK SEKARANG TAKUT HANTU .


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

korang perasan tak dewasa ini , terlalu banyak sangat filem seram yang dipertontonkan kat masyarakat kita . bukan satu dua , kalau boleh dalam sebulan tu nak ada sepuluh filem hantu je kat pawagam tu . sedikit sebanyak memang lah naik rating filem tu , sebab rakyat kita memang suka tengok hantu-hantu ni , tapi kita tak terfikir ke kesan sampingan yang akan berlaku dalam masyarakat kita ? kalau banyak sangat hantu muncul dalam tv , dalam pawagam sampaikan penonton yang tengok pun dah macam hantu .

aku bukan tak minat tengok cerita-cerita seram ni , aku minat sangat-sangat . tapi aku terfikir , kalau budak-budak kecik yang tengok cerita macam ni , apa lah efek nya kat bebudak ni , nak cakap dorang berani ? hampeh . haha so korang tak rasa ke lebih banyak cerita hantu ditontonkan kat bebudak , makin banyak kesan negatip yang muncul .

1.nak pergi tandas dalam rumah pun suruh berteman . ini tak pelik lah sangat , ade je budak kecik yang tandas sebelah bilik pun seboleh nak berteman masuk bilik air . kena tinggal sikit menangis tak ingat hentak-hentak pintu bilik air . sangat tak lawak . lepas tu kalau boleh bila mandi , nak bukak pintu tandas seluas alam sampai air terpercik kena lantai rumah , bila marah menangis . haihh

2.bila tidur taknak lampu bilik dipadam kan . mana tak nya , dalam cerita hantu semuanya muncul bila lampu bilik dipadam , bila bukak lampu hamikau hantu depan mata . mana taknya bebudak kecik takut nak padam lampu bila tidur . lepas tu kalau blackout sikit dorang lah yang lebih .

3.terbayang hantu bila tiba-tiba terdengar something bunyi kat luar rumah waktu-waktu malam . adik-adik aku selalu macam ni , dok syiok layan cartoon network dorang boleh kacau line suruh aku ushar ada apa kat luar rumah sebab terdengar bunyik bising . nak taknak kena lah jugak ushar kalau tak membebel je kerja dorang , lagi-lagi yang kecik tu , disepak-sepaknya aku ==' ...tapi kadang-kadang aku pun takut jugak , semua ni sebab pengaruh cerita hantu lah ! heh

budak-budak lebih banyak kesannya sekarang . dulu rileks ayam je main kat luar rumah sampai pukul 12 malam , tapi sekarang ? masing-masing dah dimomokkan dengan pontianak lah , pocong lah , bermacam . memang ah benda semua ni wujud , tapi sebagai manusia , tak payah takut sangat kat benda macam ni , kalau kita kuat , dorang yang takut dengan kita . faham ? bagus . aku boleh tahan lagi kalau cerita yang berunsurkan hantu komedi , tapi kalau yang berat-berat ni takut jugak kat budak-budak sekarang tak berani dah nak buat segala benda semua nya suruh berteman . kan ? last-last kita yang susah , semua kerja tak siap .

boleh kira tak setahun berapa banyak cerita hantu dikeluarkan ? lepas tu cuba tengok jalan cerita semua nya nak sama je . HAHA
tapi aku tabik lah cerita MISTERI JALAN LAMA , mula-mula ingat cerita seram , tapi bila tengok rupanya cerita seram komedi fiksyen . errr takde lah komedi sangat sebab bagi aku macam bila tengok cerita tu boleh tergelak kot eventho takde lawak sangat . HIHI

thanks baca , thanks like . assalamualaikum :)

Friday, January 6, 2012

MOH LIKE NI , TAK RUGI PUN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

aku ni jenis bila orang add kat facebook , aku akan approve . aku tak kisah langsung gambar dia kartun ke , gambar dia perempuan seksi ke , gambar dia lelaki tak pakai baju ke , gambar masa kecik-kecik dulu ke . aku approve je , tuptup dok sibuk approve orang sangat , hamikau mark zuckerberg hantar surat cinta kat aku . rasa bangga kejap sebab orang ter-famous hantar surat cinta wehh , siapa tak suka . HAHAHA poyo ==' . okay ini tak lawak ! sangat tak lawak !

sekarang facebook aku dah tak kasi aku approve sesiapa yang hantar request or apa-apa sebab dah reach limit . apekemende lah nak ber-limit-limit bagai , nak berkawan pun nak kena limit ke ? sebabkan facebook dah buat kejam ke atas diri hamba , maka hamba memohon kepada rakan sekalian , apa kata like fanpage aku . errr FANPAGE ?

' kau ingat kau artis ? '
' kau ingat orang nak sangat add kau , podaaaa '

okay fine fine , bila aku buat status nak remove orang korang benci , bila aku remove ada yang marah , bila aku tak layan semua nak bising . so apa yang tak kena nya lagi ? buat fanpage ni pun atas saranan seseorang yang kata

' kau takpaya remove-remove orang weh , buat je fanpage , beribu orang boleh like nanti '

so aku ikutlah cakap dia , susah no ? kalau nak berkawan dengan aku tak susah kan ? :) kalau like kat fanpage aku , at least aku akan layan korang , takde limit kawan . so kan senang ? apa lagi , keep connecting dengan aku lahhhh . hahaha thanks lah


SAYANG MARK , NAK APPROVE PUN DAH TAKBOLEH . KESIAN DORANG TUNGGU T_T
: JOM LIKE :



AKU NAK ADD PUN DAH TAKBOLEH , SANGAT KEJAM . KESIAN FACEBOOKER YANG HENSEM-HENSEM LAWA-LAWA TU KALAU AKU TAK ADD . =='
: JOM LIKE :



SENANG KACANG GORENG MASAK CILI JE , PERGI LINK SINI LEPAS TU LIKE , KALAU RAJIN TINGGALKAN WALLPOST . TAK SUSAH KAN ? ^^


SUSAH SANGAT ? TEPI BLOG NI ADA FANPAGE BADGES , KLIK SITU DAN DIA AKAN BAWAK ANDA TERUS KE PAGE AKU , SO TERUS LAH : LIKE : . TAK SUSAH . SENANG JE . SESENANG MAKAN ABC . HEHE ;)

aku bukan nak cakap aku ni bajet retis ke , bajet orang hot ke , bajet glamour ke , bajet blogger terkenal ke . aku cuma nak ramai kawan , tu pun salah ke ? kalau rasa aku kategori macam yang aku list kat atas ni . aku tak kisah . orang kita memang suka judgemental . kalau terasa ? tepuk dahi tanya sakit ke tak . okay ?

thanks like , thanks baca , thanks meluat , assalamualaikum :)

Wednesday, January 4, 2012

STUDY PUN ADA KESAN SAMPINGAN NYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

sejak kebelakangan ni , aku rasa aku makin sibuk dan makin sibuk . yelah sibuk dengan esemen , sibuk dengan tutorial , sibuk dengan aktiviti-aktiviti kolej dan sibuk dengan blog . nak jugak taipo .hahaha it's normal lah hidup sebagai pra-mahasiswa , kalau kat sekolah boleh lah bagi alasan tak siap kerja sekolah , tapi kat sini kalau kau bagi alasan apa pun tak siap esemen , by hook or by crook kena siapkan atau markah penilaian berterusan akan dipotong . secara tak langsung aim nak dapat 4flat akan musnah berkecai dan hancur luluh . cukup tragis belum ?

so dengan segigihnya aku pun sanggup bersengkang mata tahan tidur nak siapkan kerja-kerja yang tak siap , sanggup tahan tidur petang semata-mata semua ni ! tapi bila kerja dah siap hati pun rasa senang dan mula lah mengacau kawan-kawan seangkatan yang sama nasib dok pulun habis siapkan kerja . tapi sini aku nak cerita kesan-kesan sampingan dari aku dok pulun siapkan esemen-esemen yang berlambak dan kerja tutorial yang serupa tak kasi aku tidur petang dan malam . cukup tragis T_T

1.bila ada sms masuk time aku tengah buat kerja , secara tak langsung mulut akan mula menyumpah seranah tanpa terlebih dahulu bukak sms siapa yang hantar . kau tahu kenapa aku buat macam ni ? sebab time-time otak tengah serabut pulun , bayangkan henpon sayang kat tepi boleh menyanyi riang seolah tuan dia tengah bersuka ria padahal sms masuk jepun . apa lagi memang silap time nak tengok aku memuji . lagi-lagi kalau ada orang call time tu , sorry to say memang aku silent then aku biarkan dia membisu riang dalam laci meja study . bukan apa , kenapa time-time macam tu segala benda nak masuk dalam henpon , time aku bersuka ria bercanda tak nak pulak henpon tu berbunyi . sebagai tanda protes aku tak balas langsung sms yang dihantar selain kalau sms tu memang penting . ha menyanyi lah henpon tu dalam laci sambil mulut terkumat kamit . kadang-kadang dah habis buat semua kerja , kalau kudrat masih ada , aku bukak lah sms tu and baca . kalau kudrat ada lagi , aku balas lah walaupun dah lima jam mesej tu masuk . aku tak kejam , cuma tanda protes kenapa time aku tengah serabut kau nak hantar mesejj =='



2.bila jawapan tutorial salah dan jawapan akhir langsung tak sama dengan jawapan yang sedia ada, memang aku baran tak semena lah . bayangkan tengah gigih siapkan tutorial math dengan panjang lebarnya jalan kerja pusing sana pusing sini buat equation sana equation sini last-last jawapan SALAH . kau tak rasa macam nak kerenyok-kerenyok je kertas tu then buang dalam tong sampah sambil mulut memaki hamun kenapa jawapan salah last-last salahkan jawapan yang salah . itu kira okay lagi , tapi kalau pertengahan nya pun dah tak jumpa jalan macam mana pulak ? memang alamatnya aku kemas rapi-rapi soalan tu simpan dalam beg terus online . malas nak fikir dah serabut otak .

3. dah tensyen , aku mula jadi gila buat bising dalam bilik . yeah hell nak tahu dalam bilik aku kalau aku tensyen serabut kepala otak , aku akan bangun dari kerusi terus menari seolah orang gila sambil buat tarian palang dalam bilik . menjerit tak tentu hala menyanyi-nyanyi . kalau tak cukup lagi , aku pergi bilik sebelah kacau budak sebelah pulak yang sama dok pulun buat esemen . hambik kau , kiri kanan buat esemen , makin tensyen aku . last-last lepak luar main dengan kucing . miaw miaw .

4. give up , bukan notebook , mintak berukband kawan , terus online . itu baru aku


orang ada cakap dengan aku

' kawan , jangan study hard sangat , cuba study smart .'

aku rasa macam nak jawab

' kawan , nak study smart macam mana kalau dah siap esemen akaun , esemen math pulak menanti penuh sabar di dalam beg tu '

apa-apa pun , aku masih tak gila dan masih waras lagi . ala normal lah kalau esemen banyak , tutorial menimbun . sebab aku budak matriks bukan budak sekolah lagi ! and one more thing , kat U nanti lagi worst aku rasa . aja aja fighting !'



nak tahu, aku baru je tutup tutorial akaun sebab tak faham macam mana nak buat and terus update blog . HAHAHA bye


Monday, January 2, 2012

KEEP CONNECTING THRU POKED !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

saat menaip entry ni mata masih degil mahu berjaga walaupun besok ada kelas full whole day . so memang adegan-adegan menguak lentang dalam bilik kuliah akan terjadi dengan kerapnya . hehe

actually waktu pagi-pagi macam ni adalah waktu yang sesuai untuk mengulangkaji muka buku , errr maksud aku waktu-waktu macam ni aku lebih suka skodeng-skodeng facebook tengok noti situ tengok noti sana . then comment status tu comment status ni sebab tak ramai yang online and tak berserabut sangat otak aku nak layan semua benda yang akan keluar . kan ? so entah macam mana aku tergerak hati nak tengok page ' poked ' dalam facebook . seriously aku tak pernah pandang pun poked ni sebelum ni . entah kenapa tiba-tiba tergerak hati nak tengok .

' wow ! ramainya yang poked aku , yang dah setahun lebih pun ada . hahaha'

okay nampak tak betapa malasnya nak bukak sampaikan kerja bertanggung banyak sangat . kesiannya aku tak layan dorang yang poked aku sedangkan dalam facebook dok canang suruh orang keep in touch dengan aku =='

sebenarnya kan , melainkan kita like status orang , kita comment status orang , kita ber-wall-to-wall dengan orang , cara lain nak keep in touch adalah dengan meng-poked orang. haa anda faham tak maksud saya ? err okay sini nak explain

bila ada orang poked kita dalam facebook , secara tak langsung sebenarnya dia dah bukak facebook kita and MAYBE dia macam takde benda nak bersembang dengan kita . so dengan cara dia poked kita dalam facebook , dia sedang keep in touch dengan kita . yeahh poked ni salah satu cara orang dalam facebook nak keep updating or keep connecting dengan kita . yeahh that's why mark zuckerberg buat benda alah poked ni .

anda masih tidak dapat membuka mata anda ? sila lah lihat senarai orang yang telah poked korang . see , apa kata korang poked dia balik and dia akan poked kita balik . so dari situ hubungan berkawan dalam facebook masih ada untuk dia tahu kita sedang berkawan dengan dia . so pergi lah cepattt poked kawan anda ! jangan buang masa . :)

heyy aku tengah main poked dengan budak-budak facebook ni . HAHA aku taktahu lah kalau dorang naik muak tengok aku poked back dorang . heyyy kita nak berconnecting dengan awak lah . jangan lah menyampah okay . best rupanya poked orang dalam facebook . hehe .





Sunday, January 1, 2012

DOING SOMETHING END OF THE YEAR . OHSEMM (ENTRI BERKAIT)


#sound isn't good . sorry ;')

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

anda masih ingat lagi entry ini ? oh masih ingat , bagus daya ingatan masih belum lemah . apa ? tak ingat ? errr okay pergi makan kismis banyak-banyak sikit ye . hehe

alhamdulillah akhirnya tahun 2011 telah pun melabuhkan skirtnya dan 2012 pun datang menjengah walaupun tak di undang . merepek# and aku finally dapat buat something special untuk tahun 2011 untuk di ingati sampai akhir hayat . ecehhhh kalau daya ingatan kuat lagi lah kalau makan kismis banyak-banyak . haha sepertimana yang anda telah menonton video di atas . THAT'S ME ! yeahhhh that's me lah ! yang hensem tu yang cute tu yang macho tuuu . hell yeah so annoying =='

nak cerita dulu lah macam mana entah tiba-tiba aku boleh terpilih untuk buat persembahan masa 31 disember ni . kalau tak cerita kang tak tahu pangkal usul asal . hari tu cikgu yang meng-handle untuk malas persembahan ni buat announcement untuk adakan ujibakat nyanyian untuk memilih siapa yang terpilih untuk buat persembahan malam 31 disember ( banyaknya UNTUK ) . then aku macam teruja , err sebenarnya sangat teruja nak mencuba nasib , yelah orang cakap belum cuba belum tahu kan . so aku decide nak cuba jugak walaupun macam errr aku boleh ke , terpilih ke . keyakinan sangat menguji diri aku ==' haha

berfikir jugak , tapi atas desakan naluri dan iri hati menyuruh ' pergi dan cuba lah , kau boleh ' so dengan atas suka rela mencuba . at first tengok contestant dia macam berbakat jugak , agak-agak rasa macam seriously ke aku nak mencuba ni . alang dah masuk dewan ujibakat takkan nak melangkah kaki keluar kan ? nak taknak kena isi form then kena lah submit . while tunggu masa nak dipanggil menyanyi , tengok lah nyanyian yang lain . superb . okay rasa sangat segan sebab suara kita tak lah semerdu mereka . tengah khusyuk melayan tiba-tiba nama kena panggil . haaa berderau darah nak naik atas stage menyanyi depan juri . gigihkan jugak hati ini . lagu yang aku nyanyi ' berdua bersatu by forteen ' . forteen anda harus berbangga dengan saya ! :p ( aku taktahu macam mana boleh ternyanyi lagu forteen sebab takde preparation lagsung ingat lagu akan diberi oleh juri )

then dalam dua hari menunggu tiba-tiba dapat mesej dari miss yusni tulis aku terpilih buat persembahan . nak kata bangga tu tak , cuma rasa teruja dan tertanya-tanya . HAHA lagu yang aku pilih untuk buat persembahan malam tu pulak sering saje ditukar-tukar ==' . bukan apa sebab tak jumpa minus one , nak main gitar guwa tak reti . agak penat jugak mencari minus one weh T_T . then last-last aku decide nak bawak lagu jangan nakal dengan luahan hati setelah berkali-kali tukar lagu .

masa malam persembahan aku taktahu kot nak pakai baju apa , seriously first time naik atas stage menyanyi depan orang ramai , nak cakap nervous berdiri depan kelas pun dah nervous ni apatah lagi beratus orang . memang aku pakai semalam serious simple habis . aku taktahu dah nak pakai apa . kalau korang tengok macam ' eeeii tak class nya pakaian dia ' so what ? tak kisah . ok :) tapi alhamdulillah tak sangat nervous atas stage . cuma aku boleh terlupa lirik time lagu luahan hati tu . grrrr rasa macam nak ulang balik je nyanyi . haha tapi biar lah , janji dapat cover balik nyanyi lagu tu sebab bantuan kawan dari bawah stage . haha tergelak aku bila teringat balik . okay it's over , the year is over :)

tapi masa dengar aku nyanyi , mesti korang perasan something kan ? okay taknak bagi korang tanya lebih or what . ekceli aku ni tak boleh sangat nak sebut perkataan R . ahh senang cerita aku pelat R lah . HAHA so dari situ nak sebut menarik aku akan sebut menaghik . jangan lah gelak ok . tak semua manusia sempurna . tapi at least aku mencuba kan ? hehe okaylah ramai yang puji suara aku sedap , tapi aku rasa biasa je kot sebab aku ni bukanlah artis sangat nak suara sedap kan .

so aku pun dah buat something menarik end of the year , korang pun ada buat ke ? sharing lah sikit . hehe .

selamat tahun baru semua . mood tahun baru tak habis lagi . haha :D