THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, January 8, 2012

BEBUDAK KECIK SEKARANG TAKUT HANTU .


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

korang perasan tak dewasa ini , terlalu banyak sangat filem seram yang dipertontonkan kat masyarakat kita . bukan satu dua , kalau boleh dalam sebulan tu nak ada sepuluh filem hantu je kat pawagam tu . sedikit sebanyak memang lah naik rating filem tu , sebab rakyat kita memang suka tengok hantu-hantu ni , tapi kita tak terfikir ke kesan sampingan yang akan berlaku dalam masyarakat kita ? kalau banyak sangat hantu muncul dalam tv , dalam pawagam sampaikan penonton yang tengok pun dah macam hantu .

aku bukan tak minat tengok cerita-cerita seram ni , aku minat sangat-sangat . tapi aku terfikir , kalau budak-budak kecik yang tengok cerita macam ni , apa lah efek nya kat bebudak ni , nak cakap dorang berani ? hampeh . haha so korang tak rasa ke lebih banyak cerita hantu ditontonkan kat bebudak , makin banyak kesan negatip yang muncul .

1.nak pergi tandas dalam rumah pun suruh berteman . ini tak pelik lah sangat , ade je budak kecik yang tandas sebelah bilik pun seboleh nak berteman masuk bilik air . kena tinggal sikit menangis tak ingat hentak-hentak pintu bilik air . sangat tak lawak . lepas tu kalau boleh bila mandi , nak bukak pintu tandas seluas alam sampai air terpercik kena lantai rumah , bila marah menangis . haihh

2.bila tidur taknak lampu bilik dipadam kan . mana tak nya , dalam cerita hantu semuanya muncul bila lampu bilik dipadam , bila bukak lampu hamikau hantu depan mata . mana taknya bebudak kecik takut nak padam lampu bila tidur . lepas tu kalau blackout sikit dorang lah yang lebih .

3.terbayang hantu bila tiba-tiba terdengar something bunyi kat luar rumah waktu-waktu malam . adik-adik aku selalu macam ni , dok syiok layan cartoon network dorang boleh kacau line suruh aku ushar ada apa kat luar rumah sebab terdengar bunyik bising . nak taknak kena lah jugak ushar kalau tak membebel je kerja dorang , lagi-lagi yang kecik tu , disepak-sepaknya aku ==' ...tapi kadang-kadang aku pun takut jugak , semua ni sebab pengaruh cerita hantu lah ! heh

budak-budak lebih banyak kesannya sekarang . dulu rileks ayam je main kat luar rumah sampai pukul 12 malam , tapi sekarang ? masing-masing dah dimomokkan dengan pontianak lah , pocong lah , bermacam . memang ah benda semua ni wujud , tapi sebagai manusia , tak payah takut sangat kat benda macam ni , kalau kita kuat , dorang yang takut dengan kita . faham ? bagus . aku boleh tahan lagi kalau cerita yang berunsurkan hantu komedi , tapi kalau yang berat-berat ni takut jugak kat budak-budak sekarang tak berani dah nak buat segala benda semua nya suruh berteman . kan ? last-last kita yang susah , semua kerja tak siap .

boleh kira tak setahun berapa banyak cerita hantu dikeluarkan ? lepas tu cuba tengok jalan cerita semua nya nak sama je . HAHA
tapi aku tabik lah cerita MISTERI JALAN LAMA , mula-mula ingat cerita seram , tapi bila tengok rupanya cerita seram komedi fiksyen . errr takde lah komedi sangat sebab bagi aku macam bila tengok cerita tu boleh tergelak kot eventho takde lawak sangat . HIHI

thanks baca , thanks like . assalamualaikum :)

4 ribu orang sayang aku:

Cik Pensil said...

waalaikumsalm ..

adik2 saya tak takut dgn hantu , diorang kata kalau hantu tu muncul depan diorang hantu tu yg akan lari dulu sebab adik2 saya menjerit lagi kuat dari hantu tu -_-'

haha

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil hahahahaha serious lawak , mesti terkejut gila hantu tu :p

Ckin Kembaq said...

tawu tak pa...1 dari critera macam ni.satu lagi abg2 suka usik..ada hantu kat luar..jadinya, dah besar baru hilang rasa takut smua..tp mash ada baki.. hehe

hamzah ian said...

serius aku pernah jumpa hantu..