THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Tuesday, January 24, 2012

SWEET ENEMY


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

pernah tengok situasi seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan bergaduh besar sampai bermusuhan dan akhirnya dorang menjadi sepasang kekasih , yang romantis pulak tu . pernah ? err macam dalam drama tu , banyak .

kenapa orang yang bergaduh besar sampai kan tengok muka pun tak hingin boleh jadi couple ? kenapa ek ? kadang-kadang pelik jugak , waktu bergaduh bukan main lagi sampai kan tengok batang hidung pun dah naik menyampah . tapi last-last boleh jadi couple . haha aku ada beberapa cadangan jawapan yang bila aku fikir-fikirkan , ada betul jugak . jom bacaaa

bila bergaduh , mesti dalam fikiran kita akan berfikir pasal orang tu je . macam mana nak hindarkan diri lah , macam mana nak kena kan dia lah , pendek kata kita akan sentiasa ingat kan dia (sweet enemy). so tak mustahil lah kalau dah setiap hari terfikir kan dia , secara tak langsung hati pun macam ' eh setiap hari apesal aku teringat kat dia ek ' . kannnn ? HAHA


kalau dah setiap hari bergaduh , tiba-tiba sehari tu tak bergaduh langsung . tak rasa macam pelik ke , and jangan tipu kalau kita mula rindu nak bergaduh dengan dia . haaaa mula lah rasa sunyi , rasa tak senang nak duduk fikir ' kenapa minah/mamat ni tak cari gaduh dengan aku ek ' . so perasaan rindu pun mula bercambah secara tak langsung mencambahkan bunga-bunga hati . kann ?


lelaki kalau bergaduh dengan perempuan , kitorang tak lah sampai nak bertumbuk or nak buat something yang macam bergaduh dengan lelaki . dayus namanya tu . so bila lelaki gaduh dengan perempuan , dorang akan gunakan cara yang sweet-sweet je nak kenakan minah tu , letak cicak dalam beg lah , letak katak dalam kasut lah , letak tikus bawah kaki lah . lepas minah tu dah terkena and tiba-tiba dia menangis , tak ke gelabah si lelaki tu . ha dari situ baru dia tau yang perempuan dia dok gaduh tu sebenarnya hatinya lembut , entah-entah dengan cara tu dapat melembutkan hati lelaki tu . kan ??


orang cakap , jangan gaduh-gaduh nanti kahwin baru tau . ada jugak orang cakap marah tandanya sayang . ada jugak yang cakap mula-mula gaduh lama-lama akan menjadi sayang . memang betul , kawan-kawan aku dah ramai yang macam ni , ecehh memula gaduh perang mulut , tapi bila dah lama tak jumpa and jumpa kat tepi jalan rupanya dorang dah couple . haha syosyweett kan :D


so kepada anda di luar sana , berhati-hati bila bergaduh dengan perempuan . takut-takut over sangat bergaduh last-last jadi suami/isteri . apa-apa pun memang sweet . sweet enemy ! :D TAPI ada jugak jenis yang memang gaduh , gaduh betul-betul . bertahun tak tegur . takmoh lah macam ni ye , okayy :) apa-apa pun jodoh pertemuan di tangan Tuhan


12 ribu orang sayang aku:

Cik Pensil said...

Hencek Hailak penah jadi macam ni ?
haha :DD

cik hana nasir said...

sy pernah jadi mcm ni . alhamdulilah hingga skrang . permulaanya, hari2 gadoh .. kadang2 naik serabut gk . tp bile x gadoh, rindu :)

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil pernah act , tp tak sampai couple . hahaha comel

Aliff Haikal said...

@cik hana nasir sweet kann :)

noor nabilla fattin said...

biar aku buka rahsia , haaha aku couple 4 kali dulu and kesemua nya hasil dari gaduh dulu kah2 , malu2 *blushing kejap hahah

amy syahirah said...

sweet..hencik haikal pernah ke ada pengalaman?? ;)

Nurul Aida Shafiena said...

haha, aida SEDANG kene, nama dia..., dia suka sgt cri gaduh, kekadang aida pelik kenapa orang lain dia tak gaduh. sehari tak gaduh, hari macam tak lengkap je. haha, penah ternangis psl dia, tak lembut pun hati dia -.-

kenape ehh post kita mcm ada sangkut je? padahal aida taktahu ekal post ape haha, ehemm :p

Aliff Haikal said...

@noor nabilla fattinsweetnya diewwww

Aliff Haikal said...

@amy syahirah tapi tak sampai kapel . just jdi besfwen je . hehe

Aliff Haikal said...

jangan berhenti bergaduh . :p

Izya Zieya said...

yeke???
sooo...lepas ni cheq tak leh lah nak gadoh2 dengan 'dia' kannn??? haha.. :)

Aliff Haikal said...

@Izya Zieya Hehehe :p