Wahai kaum wanita ,
wahai kaum ibu dan bapa,
bukan kami (kaum lelaki) taknak kawin awal , tapi
*anda kena habiskan baca kisah di bawah*
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
sumber: Iluvislam
kalau suka boleh lah like ? kalau tak suka pun like jelah :p
kalau suka boleh lah like ? kalau tak suka pun like jelah :p
17 komen:
waaaaaaaaaaaaa... seram nya perkahwinan kalau x dirancang dengan betul HAHA.. so better focus on study nanti dpt kerja gaji besar2 dulu haha
lebih baik berkongsi je .... dah nama pun nanti nk berkongsi hidup kan! Berkongsi duit hantaran then mas kahwin tu je pihak lelaki keluarkan....okey tak cmtu?? Nak hidup bersama lama nie ...
nice entri ni..sedikit sebanyak membuka pintu hati aku..hehe..betui tu kalau nak kawin pon takpyh laa smpai mmbazir..lagipon yang penting adalah kebahagian rumah tangga..maybe masa kawin tu duit habis banyak..berhutang sana sini..lepas dah kawin lama sikit..mesti ada masalah kewangan punya..susah susah..hmm..
@BellaJane Kena kerja betul2 . lepastu kena simpan duit dah dari sekrg . Jangan joli sangat hgehe
@Cik Kamoo okay kalau bakal isteri tu bekerja :p
@Hakimy Zamri kita memang lah kalau boleh nak buat paling minimum yang mungkin . tapi atas faktor ibu bapa , sedara mara yang buatkan semuanya nak buat macam wedding of the year lol
Fuhhh peninggg! Kalau cmnie, dari sekarang lah kita kena pandai menyimpan dan rancang kewangan. Tapi wedding tue tak payahlah nak grand sangat. Yang penting, akad nikah. Kalau ade rezeki lebih, barulah buat yang lain2 tue. :)
haa. i love this entry adik! sometimes takut jugak bila rancang kemain, at the end, haprak! mintak simpang kalau perkahwinan satu ari nanti tak menjadi. kata orang, biar berpada2 saja. jgn lebeh2, takut nnt tak jadi apa. agreed?
simpanan ntok mase depan...ape pon bersederhana lagik baik...jimat kos(nampak benor kedekut haku neh...hakhakhak)
haa , macam drama melayu pulakk . kahwen grand gilaa , last2 cerai . hihiii :p
#hye tuan tanah , jemput singgah blog saya :)
sinopsis perkahwinan! menarik.... hahahaha... aku terbayang2 watak lelaki dalam entri nih.. GENTLEMEN! :D macam aku.. hihihi
@Arol Mubin aku pun fikir mcm tu . harap2 mak ayah aku tak lah nak buat grand-grand kan . Arol nanti kawin jangan lupa jemput :3
@Elie Lily betul akak ! yang nak bahagia nya kita bukan mak bapak . tapi in fact , mak bapak yang lebih . harap perkahwinan yang dirancang tu tak lah stop sebab duit kan :)
@PHoneix buat simpanan dalam akaun semasa :)
@ikaa sharin HAHA drama melayu sangat :)
hey Ika ! okay :)
waddda..
speechless sebasb fikiran aku still macam budak2 lagi..hewhewhew
Post a Comment