WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, May 27, 2012

CERITA DI LUAR NEGERI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Di hari yang berbahagia ini , mood mesti mau ceria beb ! so dengan terlebih cerianya , aku nak update blog dengan cerita yang sememangnya sungguh ceria . Kalau tak ceria , korang bebuat ceria lah . Aku tak tanggung ye :p

Baiklah

Pada hari selasa bersamaan 22.5.2012 , aku sendirian telah bertolak pergi ke Kuala Lumpur . Sebab utama nak pergi KL pun lepas kawan baik aku Fazil ajak celebrate birthday dia pada 23 May , kebetulan waktu tarikh tu dia ada Last Paper exam , so dia terpaksa pergi awal ke KL then aku lambat sehari . Aku menumpang tidur kat rumah sewa dia , so terpaksa lah menjaga adab dan tatasusila ketika berada di rumah orang lain ye hadek-hadek sekalin . okay lawak haha 

Lepas tu , aku pulak fikir yang turun KL ni pun aku bukan selalu , sekali sekala . Time ada duit ni lah boleh berjalan sikit . So at last aku decide nak jumpa dengan kawan matrik aku yang stay KL . Actually perancangan ni dah buat lama kalau aku turun KL aku kena jumpa dnegan dorang . Then tetiba member ajak pergi KL , bagai pucuk dicita ulam mendatang lah yeee haha . Then 23 May tu aku pun berjumpalah dengan kawan matrik aku . Kesian Fazil sebab sambut birthday dia tanpa aku T.T padahal dia ajak aku datang KL pun suruh teman pergi celebrate dengan someone . HAHA Maaf Fazil >,< Tapi takpe sebab beliau dah kena tepung kat rumah sewa beliau malam birthday pada pukul 00.00 23 May . padan muka ! ;p

Okay lah malas nak taip panjang-panjang . mari hiburkan hati anda dengan gambar-gambar yang disediakan . Cehhh macam lah terhibur kan . hahaaa

Kami cuma mampu plessing depan poster jee ! cerita tak keluar lagi ni haaa ! HAHAA bersama Khairul Azwan :)


Kau mampu buat muka comel macam ni ? kau mampu ? kau hado ? HAHA sila gelak ramai-ramai :p
Bersama Khairul Azwan dan Diana 


Anda dihadapkan lagi dengan muka comel yang tak boleh belah ni . Awas kepada ibu-ibu yang tengah sarat mengandung tu , kalau nak muka anak hensem macam ni , sila simpan gambar ni dalam purse anda . sekian . hahaa


Lagi ! :p


Geng Budak matrik yang sempat aku jumpa Alhamdulillah :)
Khairul Azwan , Diana , Ain , Nana , Ku 

Haha nak jadi ketua . Mengada duduk tengah :p


Muka-muka lepas keluar panggung cerita dark shadows yang penuh dengan adegan sex melampau . hahahahaha >.< kitorang main sebat je tengok sebab macam best je tengok poster dia . Last-last hamekau Diana tu dah lah Budak UIA . maaf diana :D


Bahagia gila muka Khairul . 


Kenapa bang ? sakit mata ye ? haha


Agak-agak bila korang boleh couple ? Okay just a joke  ! just a joke ! haha nanti spekulasi pulak kat UIA pasal hal ni ye diana :p


Tak sah kalau turun KL tak pergi Pavillion ye dak ? Hehe setakat pergi dan tengok , itu je kami mampu buat . nak beli baik pergi pasar malam , dapat lah memurah . haha 


DSLR pinjam >.<


Muka teruja dapat masuk Pavi . what the hell ? lol



Tengah-tengah jalan ada abang belon , suruh Diana tolong ambil kan gambar . cehh feeling macam nak buat love story tale dengan Khairul . hehe :p


Tudiaaaa Fazil yang pakai baju biru tu . haha nak kenal dengan dia ? :p
Ni sorang tu Daniel Aschraff , budak facebook , beria nak jumpa sangat . haha jumpa kat TBS je :)

k
TAMAT

sekian sahaja .Like lah kalau suka :3

15 komen:

Zharif Azis said...

jumpa jugak akhirnya dengan daniel tu yer =)

ziera ramli said...

fuyyoOoo ~ syioOok gle . hukhuk. itu je yg mampu aku ckap. haha

Jenny Pa-un said...

kalau hangout ngan member sure best hehe :)

_Anaaaaa said...

Bajet handsome eh semua hekhek K joke ;P

Anonymous said...

cakap dgn diana aku kirim salam. cis, kening dia sangat cantik and so do her.

Elie Lily said...

dah lama gila tak pergi Pavi! adik tak ajak punnn! T_T

Unknown said...

wah2 bestnya keluar ngan kawan2

yang baju belang putih tu sape pulak?kirim salam kat dia ek :D

Aliff Haikal said...

@Zharif Azis HAHA tahu takpe :)

Aliff Haikal said...

@ziera ramli Ziera next trip kita jumpa pulak ye :p

Aliff Haikal said...

@BellaJane lagi2 member lama yang dah berbulan tak jumpa . haha ekceli baru sebulan tak jumpa hahaa

Aliff Haikal said...

@❖ Syaa ❖ pergi KL kena lah bajet-bajet hensem hahaha :p

Aliff Haikal said...

@Munirah Shamsudin Dianaaaaaaa! munirah kirim salam ! hahaa . ehh kenal diana mehh ?

Aliff Haikal said...

@Elie Lily err tak tahu pulak akak nak join kalau adik ajak . nanti nanti >,<

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil Baju belang putih yang hemsem tu ehhh ? :p

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

penat aku tengok muka kau je...hikhok