WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, May 13, 2012

KISAH KURSI ALLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

kisah ini adalah kisah benar . Terpulang kepada korang kalau nak percaya atau tak . aku tak menagih simpati korang untuk percaya , tapi ketahuliah bahawa Allah Maha Besar :) . kita mulakan cerita ye . Maaf cerita agak panjang sebab ini kisah benar . So diharap korang tak skip mana-mana part ye . InsyaAllah :)

Cerita ni terjadi hari ini , tanggal 12 Mei 2012 . 

Aku bergerak dari rumah untuk ke tempat kerja agak lambat hari ni . Masuk sepatutnya pukul 2petang , tapi aku boleh pulak gerak dari rumah pukul 1.45 petang . Jarak antara rumah dengan tempat kerja boleh tahan setengah jam ditambah dengan keadaan hujung minggu yang memang sure-sure kereta berlambak kat pusat bandar tu . Tapi aku endahkan semua tu , yang pasti aku kena sampai awal . So aku terus pecut dari rumah ala-ala macam rempit jugak ah tapi aku ni perempit sopan , aku tak pandai ah nak cilok-cilok lepastu press minyak kuat-kuat . sungguh aku tak reti , yang aku reti bawak motor macam lelaki melayu terakhir . okay aku tipu je >,< haha kelajuan dalam 80Km/j hingga 100Km/j . Alhamdulillah aku sampai ke tempat kerja lebih kurang pukul 2.10 . memang dah lambat sangat masa ni . 

Macam biasa aku cari parking dulu , and damn semua parking dah penuh , terpaksa aku cari parking kat bahagian hujung-hujung yang memang aku pun takut actually nak parking . Tapi sebab dah lambat , aku bedal aje janji aku tak lambat snagat sampai . hehe Aku ingat pesan abang aku , dia kata  
' Jaga-jaga , kat tempat parking tu dah banyak sangat motor hilang , kunci elok-elok motor tu ' 
so aku pun iye kan jelah pesanan abang aku tu tapi dalam hati aku takut jugak . 

Sebab kan takut terjadi apa-apa kan , so aku pun recite bacaan Ayat Kursi sebelum aku tinggalkan motor tu . Sebabkan kelam kabut sangat , aku letak helmet-> aku capai beg-> aku kunci motor guna mangga-> aku blah terus masuk Lif-> terus pergi kedai tempat aku kerja . Memang dah lambat sangat masa tu , tapi nasib baik boss takde :D Alhamdulillah lah 

Dipendekkan cerita , aku pun bercerita lah pulak dengan kakak tempat aku kerja tentang fenomena motor hilang kat mall tu . eh lupa nak cakap yang aku kerja dalam mall kfine . Lepastu kakak tu pun iyekan lah aku macam aku iyekan kat abang aku and dia ingatkan aku 
' Habis motor Aliff dah kunci ? tak takut hilang ke ? ' 
. Aku cakap 
' insyaAlllah akak selamat motor Aliff tu , Aliff sempat baca Ayat Kursi before tinggalkan motor tu hehehe ' and kitorang pun teruskan buat kerja sambil bersembang . Masa tu aku memang tak risaukan keadaan motor aku sebab seingat aku aku dah kunci aku dah mangga semua. aku cuma percayakan kuasa Allah .

Nak dijadikan cerita 

waktu dah habis kerja pukul 10 malam , aku pun gerak lah dengan senang lenangnya nak pergi ke motor . Aku letak makanan aku dalam raga motor , aku tarik nafas sat . lepastu aku pun geledah dalam beg nak cari kunci motor . 

Percubaan Pertama : GAGAL . aku naik pelik

Percubaan Kedua : GAGAL JUGAK !

aku dah gelabah . serious aku gelabah

aku keluarkan semua barang yang ada dalam beg . aku periksa semua poket beg yang ada . GAGAL jugak . Aku terpandang something pelik kat kunci mangga aku . Mana tak hairan , petang tadi tak silap aku , aku kunci guna satu mangga je , ni apakedehal tetiba ada dua mangga ni . Aku naik panik , takkan ada orang nak prank aku time-time cemni . Ya Allah waktu tu berpeluh-peluh aku .

Aku berlari naik semula kat kedai tempat kerja aku , aku geledah cari kunci motor aku kot-kot terjatuh kat situ . Tapi GAGAL jugak . Hampir nak menangis aku , aku terbayang kata-kata abang aku , kata-kata akak tempat kerja aku . Waktu tu aku cuma mampu cakap ' MasyaAllah dugaan apa Kau beri kepadaku ni '

aku call kakak aku , aku terangkan kat dia apa yang berlaku . Last-last aku yang kena marah balik =.= tapi aku tak kisah time tu , aku suruh kakak aku datang bawak kunci spare dengan kunci mangga aku . Tapi macam mana nak bukak kunci satu lagi  tu . Arghh aku naik serabut . Sumpah time tu aku serabut,gelabah dan panik .

Tiba-tiba aku terjumpa kawan aku Sabri yang kebetulan balik lambat , aku cakap kat dia masalah aku , dia pun naik angin bila tengok tetiba ada dua mangga . Dia ingat ada orang nak prank aku , so dia suruh aku jumpa pakgad je masa tu . 

Aku apa lagi , pergi kat tempat pakgad mall and tanya pasal hal ni . Hampir nak nangis aku bila pakgad tu cakap kunci motor aku ada dengan diorang . Ikuti perbualan aku dengan pakgad tu 

Pakgad: Kunci motor awak ada kat sini 
Aku: ya Allah ye ke pakcik ?! 
Pakgad: ye . kawan pakcik terjumpa tadi
Aku: Alhamdulillah Alhamdulillah , kunci tu ada kat mana sebenarnya pakcik ?
Pakgad: awak ni cuai , awak letak kunci motor kat motor siapa suruh ? 
Aku: Ya Allah pakcik , betul ke ? Saya ingat saya dah amik kunci motor tu .
Pakgad: itu lah awak, Lalai lagi , nasib baik Kami yang jumpa kunci motor awak , kalau orang lain jumpa memang dah sebat motor awak tu 
Aku: pakcik , betul pakcik . saya cuai sangat . saya mintak maaf pakcik *smabil buat muka nak nangis*

Lepas tu aku dengan pakgad tu pun pergi lah kat motor aku sebab nak bukak mangga pendua tu


Pakgad: wow ! cantiknya motor . baru beli ke ?
Aku: Motor ayah , haah baru beli .
Pakgad: ini kalau orang lain dah jumpa , confirm-confirm dorang sebat . Motor kat sini dah banyak hilang dik oi . Yang berkunci mangga pun kena sebat . Kau ni kira untung lah , siap bagi kunci free-free lagi . memang kalau orang lain nampak dia sebat . cantik motor siapa taknak
Aku: Itulah pakcik , syukur Alhamdulillah kunci saya takde siapa yang nampak , terima kasih pakcik terima kasih . Lain kali saya takkan lalai lagi . 


Aku fikir , memang ini semua kuasa Allah . Kan aku cakap tadi before aku tinggalkan motor , aku recite doa ayat kursi . MasyaAllah , memang Allah jaga motor aku , memang Allah lindungi motor aku . Allah Maha Besar . Aku waktu tu mampu ucap Alhamdulillah je . aku memang sangat sangat sangat terkejut . Bayangkan kunci motor memang dah ada kat motor , taktahu untuk berapa lama and tempat tu agak terbuka . Tapi takde siapa yang perasan , cuma Pakgad and Pakgad tu yang simpankan . Subhanallah . 

aku teringat kisah Ustazah aku :

' Sebelum keluar rumah , Ustazah selalu baca ayat kursi dan mintak dilindungi rumah dari apa-apa bahaya atau malapetaka . Suatu hari , rumah ustazah dipecah masuk . Waktu tu Ustazah takde di rumah dan rumah tu kosong . Waktu ustazah balik , ustazah tengok rumah ustazah bersepah , ustazah terus masuk bilik dan keadaan dalam bilik bersepah teruk . Ustazah cepat-cepat periksa barang peribadi dan berharga ustazah dalam salah satu laci yang digeledah oleh perompak tersebut . Alangkah terkejutnya Ustazah bila tengok barang peribadi dan berharga ustazah tak disentuh langsung walau sekeliling nya bersepah . Sungguh ustazah Yakin dengan amalan ustazah membaca ayat kursi sebelum meninggalkan rumah membuatkan Allah melindungi barang peribadi dan berharga ustazah . Alhamdulillah '

Aku kini yakin mukjizatnya Kursi Allah ini . Hafal dan amalkan dalam kehidupan seharian kita . Aku dah merasai nya . korang ?


ALLAH MENGETAHUI APA-APA YANG DIHADAPAN MEREKA DAN DI BELAKANG MEREKA

sungguh Besar kekuasaan Dia . Allahuakbar !
cerita ni benar belaka , aku memang lepas ni serik nak naik motor pergi kerja . Aku ni mudah lalai , tapi Alhamduliilah Allah bersama aku . Aku taktahu pulak benda ni betul-betul nak terjadi kat aku , baru je berseloroh dengan kakak tempat kerja , last-last memang betul aku kena . HAHA tapi syukur sangat-sangat .Motor aku selamat :)

Like kalau dah habis baca and suka dengan entry ni :)




31 komen:

Cikpijaaa said...

Alhamdulillah selamat je moto tuh~ Kuasa Allah :)

Laen kali beringat ya ! Jangan cuai2 lagi tau ^^

Unknown said...

sesungguhnya Allah tu Maha Besar kan..

move yah said...

Yakin percaya ! :)

move yah said...

Yakin percaya ! :)

shakira said...

Ayat kursi Allah tak pernah menghampakan umatnya .begitu juga Allah SWT .patut hafal .

miss secret said...

Penyakit Amnesia kuat sgt awk ney..
btw cntek moto:)

Bunda Ali said...

Aku pun pernah alami juga benda ni , masa pergi JUSCO taman U dengan kawan-2 aku , tapi bukan kunci je takde , MOTOR pun hilang xde . semua bingung masa tu , setengah jam juga teliti satu satu motor , takde pun motor dia , kunci pun takde pada dia , so kitorang pun syak dh ada orang rembat lah kan . then tiba-tiba tergerak hati nak tanya pak guard . betul lah , kunci tertinggal kat motor , nasib baik guard tu round masa tu , nampak dan terus bawa motor tu pergi pondok keselamatan tu , PENGAJARAN habis weyh

Its Aainaa said...

sentap kejap baca cerita nih. haha len kali hati2, motor cabuk pun orang suke kebas, apatah lagi motor cun mcam gambar tuh. tc :)

CikUna said...

yup.. Una percaya sangat2.. kuasa Allah & ayat2 suci Allah it.. sesungguhnya apa yang berlaku tu ada hikmahnya kan.. and ia juga salah satu cara Allah nak bagi peringatan pada hambanya.. apapun syukur Alhamdulillah semuanya selamat..

Hakimy Zamri said...

nasib baik moto tak hilang. dah laa baru beli. kalau aku laa kan, serius cuak gila dah time tu. menangis dah kot. KAHKAH!

p/S : ayat kursi memang hebat. Subhanallah !!!

Myra Azraff said...

Subhanallah dgn kuasa Tuhan..:)

ppergghh..kalau aku dah masuk wad kot sebab panik yg terlampau..haha..dahla aku ni cuak tahap kuasa 56..kahkah

Unknown said...

lawa moto..

esok bawak 2 hadiah, apa-apa ja, bagi kat pakgad tu, sebagai terima kasih.
nanti mesti dia akan ingat hencek haikal ni baik, pandai kenang jasa org, so hari2 dia akan tolong tgkkan moto hencek haikal :D

Saya cadang saja ^_^

Aliff Haikal said...

@CiK FizA Baiklah :):)

Aliff Haikal said...

@Biela Undefined SUNGGUH :)

Aliff Haikal said...

@Nia zahirah :) yahhhh :)

Aliff Haikal said...

@shakira Allah tak pernah hampakan kita , tapi kita yang selalu Hampakan Dia :"(

Aliff Haikal said...

@miss secret amnesia terus :p

Aliff Haikal said...

@noor nabilla fattin pengajaran weh . serious takut kot . dah ada kat kunci motor ada road tax :3

Aliff Haikal said...

@Miss Aainaa :) HAHAHA baiklahh :) memang pun . motor cabuk pun orang kebas haha

Aliff Haikal said...

@CikUna Alhamdulillah :")

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri kalaulah motor tu takde kat pakgad . memang aku dah nangis gilaaa kat situ jugak . hahaa

Aliff Haikal said...

@Myra Azraff HAHAHA aku tak sempat nak fikir pengsan kot kalau camni :p

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil great idea ^..^ insyaAllah cik pensil :3

P#eoniX said...

moto dah cantek,silap aribulan mau kene rembat....naseb baik lah x jadi pape...haku pon cam ko gak mudah ter'lupa'...tuh pasal sblom pegi memane aku prepare dulu barang siap-siap@aku check dulu mangga dah berkunci ke blom...tripple check pon x per...hehehh...ayat kursi elok ntok diamalkan...

phreak-id said...

Alhamdulillah selamat. Memang kena jadikan amalan perkara yang baik2 ni..

Mieza S said...

kuasa ALLAH memang hebat :). tadew sape mampu menandingi kehebatannya

Aliff Haikal said...

@PHoenix bukan setakat triple , pasang alarm terus suruh ingatkan . hehe weh memang betul ahh . bagus diamalkan :)

Aliff Haikal said...

@phreak-id betul tu :)

Aliff Haikal said...

@kekapas berceloteh betul :)

Anonymous said...

aku penah alaminya!! tapi bukan pasal moto,pasal keselamatan aku.masa balik malam,berjalan kat kawasan gelap -.-'

Anonymous said...

Anjing , kucing, hamster , ikan, burung beo - siapa yang Anda pilih? Atau mungkin apa yang tidak asli hewan - ular, buaya, kadal, monyet ?