WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, May 21, 2012

BLACK-OUT STORY TALE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

tengah syok-syok layan twitter.com dan facebook.com sambil ushar-ushar blogspot.com tiba-tiba pandangan aku menjadi gulap gulita , seluruh rumah menjadi gelap . Komputer sah-sah mati , terus terbantut niat nak menghabiskan masa dengan online . Cuba cari phone nokia yang ada lampu suluh kat atas dia , lepas tu suluh kat jam . Sengal waktu dah nak tengah malam ni lah elektrik nak buat hal . Waktu tu dalam pukul 11.30 malam kami satu keluarga , ehhh satu taman bergelap gelita . Dengan bermodalkan dua batang lilin yang panjang dan baru keluar dari kotak kami satu keluarga berkumpul kat ruang tamu . Mana taknya semua belum tidur lagi waktu tu sebab tengah layan cerita kat atsro.com . Then masa black-out tu adik perempuan aku paling over me njerit padahal dia kat ruang tamu lainlah kalau dia ada kat belakang rumah ke dalam bilik air ke watlek jugak aku dengar dia menjerit . budak perempuan kan =.=

Maka semasa black-out tu suasana menjadi sunyi sepi , nak bukak astro.com takboleh , nak online facebook.com twitter.com dan sebagainya memang langsung tak boleh . So tiba-tiba kami sekeluarga mula bercerita pasal salasilah keluarga kitorang . Aku tak ingat macam mana cerita pasal salasilah keluarga ni boleh start , tapi apa yang pasti , aku terkejut besar kot bila dapat tahu actually mak dan ayah aku ni mempunyai kerabat yang ramai . Ramaiii sangat ! 

so mak dengan ayah aku pun bercerita yang sebenarnya kampung aku kat pulau pinang tu kalau ikutkan semua penghuni kat kampung tu ada pertalian saudara . Ada yang terikat dengan sepupu atuk aku , ada yang terikat dengan adik atuk aku , ada yang terikat dengan anak abang atuk aku . Actually aku sendiri naik pening bila mak dengan ayah aku cerita . So aku pun tanya lah banyak-banyak and aku dapat tahu eventho sebelah rumah nenek aku tu pun adalah anak kepada sepupu atuk lelaki aku . Bingong aku mendengarnya . Mak aku cakap dari start memula rumah orang first kat kampung tu sampai rumah hujung sekali adalah saudara mara aku sendiri cuma bukan saudara rapat tapi ada kaitan darah . Memula aku macam ' Ohyeke ? ' then mak aku cerita lagi kalau bahagian sebelah Sungai Ara pulak penuh dengan belah nenek perempuan aku . Lagi ah aku naik pening , bila mak aku cerita yang tu atuk saudara aku , yang ni makcik sepupu atuk saudara aku , yang tu sepupu nenek aku last-last aku jadi blank . Adoi ramainya sangkut paut . HAHA last-last kesimpulan yang mak aku bagi SATU PULAU PINANG NI PENUH DENGAN SAUDARA MARA KITA JE . HAHA aku naik kagum , wow ramai jugak kerabat aku ni :3

Then lepas dah cerita pasal bahagian keluarga , aku tanya pulak macam mana mak dengan ayah aku boleh kenal . HEHE nak mengorek cerita . Korang nak tahu tak sebenarnya hubungan mak dan ayah aku ni actually adalah tiga pupu . Benda ni dah lama aku tahu cuma aku nak tanya pasal hubungan percintaan dorang . HAHA ayah aku cakap mak aku yang nak ngorat ayah aku , tapi mak aku cepat-cepat cakap yang ayah aku ngorat mak aku . Lepastu kakak aku pulak menyelit cakap cemni ' Hang tau dak dulu mak rajin naik beskal ulang-alik tepi sungai semata nak tengok bapak . Nak ngorat lah tu ' aku apa lagi naik tergelak ah dengar akak aku cakap macam tu , mak aku dah malu-malu . Mak aku pulak cakap yang dulu ayah aku ni degil , nakal suka main tepi sungai , selalu kena hambat dengan atuk aku . Tapi ayah aku cakap pulak degil-degil ayah aku , ada orang suka jugak . HAHA aku apa lagi pecah ah ketawa aku bila dengar . Romantik gila waktu muda-muda dulu mak dengan ayah aku ni . Yelah orang kampung kan , main sungai naik basikal . hehe

Aku: so bapak dengan mak ni dari kecik dah kenal lah ek 
Ayah: ya Allah , kalau nak ikutkan dari masa mak dengan bapak dalam perut lagi kami dah kenal
Aku: awat ?
Ayah: masa Tok saadiah hang beranakkan bapak,Tok Aisyah mai tengok . Masa Tok Aisyah beranakkan mak hang , Tok Saadiah mai tengok 
Aku: lah lagu tu ka . haha kenai dari baby lagi 
(perbualan dalam bahasa penang )

Itu lah jodoh pertemuan mak dan ayah aku . Takperlu nak cari jauh-jauh , memang dah ditakdirkan di Luh Mahfus jodoh antara mak dan ayah aku . Dari kecil lagi dah kenal , so no wonder lah terpikat . HAHA tapi serious kot kalau ikutkan dah berpuluh tahun mak dengan ayah aku kenal , tapi siapa dapat mengelak takdir Allah kan :)

Itu lah serba sedikit cerita yang aku kupas semasa keadaan rumah gelap gelita . At least , aku dapat tahu yang sebenarnya keluarga aku bukan yang ada kat rumah ni je , tapi ramai . Serata tempat ada . Yes i'm not alone haha .

tahu tak korang , waktu tiada bekalan elektrik , baru kita tahu betapa pentingnya elektrik tu kat kita . Tapi bila ada elektrik sesuka hati je orang nak membazir kan elektrik . kan ? Hargailah elektrik yang ada , kalau tak kita sendiri yang merana nanti :)

suka ? boleh lah Like sikit ;3

16 komen:

shakira said...

Terbaikk .hahahha.

Aliff Haikal said...

@shakira haha comel je :3

Ardini Izzati said...

Hebaklaa. Haha. Orang Penang rupanyaa. Bestlaa ada family besar. Family dinie kecik je. Raya jadi kurengg best. Papepon, jodoh pertemuan di tangan Allah SWT kan :)

Merah said...

hahaha ehh sama laaa , my parents pon tiga pupu !

Hakimy Zamri said...

hahaha. nice entri ni. weh aidil hang dah habis matrik kan ? so skang sambung belajar katne ?

-meeSUPERGIRL- said...

wah kemain lagiii .... hahahha !

Mieza S said...

hahaha, baik punya :)
kisah mereka INDAH :P

Myra Azraff said...

amboi..untungla blackout kan...semua cerita yg tak pernah tau semua dikasi tau...wakaka

Aliff Haikal said...

@Ardini Izzati Takpe dinie , janji ada keluarga . tak kisah kecik ke besar . hehe .

Aliff Haikal said...

@merah wow gimme five !!!!!!!!!! :3

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri haha Aidil ? siapa Aidil weh ?? aku ALiff lahhh HAHA
salah komen entry ehhh ? :p

Aliff Haikal said...

@-SUPERGIRL- HAHA kemain kan :p

Aliff Haikal said...

@kekapas berceloteh hehe thanks:)

Aliff Haikal said...

@Myra Azraff itulah pasal . takde benda nak disembangakn hahaa

Khairul Afandi said...

ohsem cerita masa gelap . hehe :)

Anonymous said...

sekolah aku black out hari khamis malam. kitaorg ada kem. blackout pulak dekat dewan.

betul lah tu. baru rasa seksa x de elektrik. lepas warden pun datang, bawak sebatang lilin. er, kira ok lah an?