ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
pernah tak sambil berjalan-jalan tetiba dengar henset berdering , dengan harapan korang ingat tu henpon korang yang sedang berdering tapi rupanya henpon budak kecik yang berselisih dengan korang , lepas tu sambil tengok budak kecik tu on call korang tersenyum sambil teringat zaman dahulu kala . pernah tak ? jangan tipu , nanti kena potong lidah :p haha
semalam waktu sembahyang jumaat , waktu khutbah nak bermula tetiba ada ringtone omputih berdering dalam masjid , dengan kelam kabutnya seorang budak berumur dalam lingkungan 8-9 tahun mematikan henpon dia . aku tengok cuma mampu senyum je sebab
' waktu dulu nak pegang henpon pun susah , lagi-lagi waktu kecik macam tu '
ni yang menyebabkan memori dahulu kala gedik seumpama pita movie yang galak memainkan cerita . teringat zaman - zaman kegemilangan dahulu yang tak lah gemilang sangat . haha perbezaan henpon sekarang dengan henpon dulu-dulu sangat berbeza , eh maklumlah zaman sekarang dah berbeza dengan zaman dulu . orang zaman sekarang pun dah berbeza dengan zaman sekarang =,=
dulu , kalau pakai henpon nokia tiga sekupang tu dah kira kaya uolss . lagi-lagi waktu hujung tahun persekolahan , siapa yang bawak henpon memang di-cop anak orang kaya lah eventho dia keluarkan henpon tiga sekupang . haaa waktu tu lah nak berlagak depan member yang lain sambil taip-taip kejadah tah kat henpon tu padahal waktu tu bodoh-bodoh kot . perniagaan TAIP ON GAME ke 32333 ataupun TAIP ON CHINTA ke 32311 sangat laris di kalangan bebudak sekolah yang bawak henpon pergi sekolah , ape je yang dorang boleh buat selain tu . harharhar :D
aku paling berani pun bawak henpon pergi sekolah waktu aku form 1 , akhir tahun . waktu tu henpon share dengan abang , so diam-diam matikan henpon bawak masuk beg dengan muka tak bersalah blah pergi sekolah .tiba-tiba henpon berdering pulak , memang mati ah kantoi dengan cikgu . muka tak boleh habis merah waktu tu sambil buat muka bajet ada henpon , padahal dah kena kantoi dengan cikgu . mati lah aku . lepas tu bila dah upgrade sikit , pakai pulak henpon yang ada lampu kat atas tu , henpon apa tah dah lupa . haha . biasalah budak sekolah kan , nak bajet bagus je kat sekolah tu , akhir tahun je konon tayang ada henpon sambil bermain mesej padahal main mesej dengan jiran sebelah meja je , yelah dah masing-masing bawak henpon lepas tu taktahu nak buat apa , main mesej berdua je lah . that the real weh :D
tapi sekarang ni , bila pakai henpon tiga sekupang ke henpon lampu picit kat atas ke , orang dah tak pandang , di-cop miskin pun ada . ishh sadisnya hidup . betapa tak berharga nya henpon macam tu kat generasi sekarang . kalau boleh lagi canggih lagi nak menayang . kalau takde yang touch screen , yang slide pun jadi lah asalkan nampak mewah . kalau pakai henpon tiga sekupang sebolehnya nak sorok dalam poket kalau boleh main mesej pun dalam poket . ish ish ish . aku watlek je pakai henpon lampu picit , bangga lagi tayang kat kawan-kawan . mana taknya , henpon klasik kot , mana nak dapat , susah ooo . budak umur setahun jagung pun mak ayah dah bagi henpon , betapa tak up to date sekarang , nak tak nak bebudak kecik pegang i-phone . whoaaaa TIADA YANG LAMA TIADALAH YANG BARU
dulu friendster , lepas tu myspace , up sikit main facebook sekarang , tapi twitter sedang bersaing dengan facebook . kesian mayspace dengan friendster dah berkubur . tak pernah online dah weh . guwa layan pesebuk je sekarang , nak layan twitter ? guwa bukan artis ! haha :D
thanks reading . like sikit ;)