THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, January 10, 2011

DUNIA BARU AKU !

whoa ! akhirnya dapat jugak aku membelai blog kesayangan aku ni
dah lama gila aku tak update entry kankan :D
ada orang kisah ke aku update ke tak ,bukan blog meletup pon kan . HAHA
hari ni aku happy sangat sebab dapat tau yang esok dengan lusa aku cuti!
bukan cuti umum okay , nak pulak tempat aku bagi cuti even cuti umum ! --'
kelasss gitu kan dapat cuti dua hari . HAHAHA
okay dah dah tu je nak bagitahu, so boleh lah rilekskan badan dua hari ni
tak payah fikir pasal kerja :)

cerita pasal tempat kerja aku ni kan
aku ingat zaman 'budak budak' gedik dah takde semenjak aku habis sekolah ni
tapi lagi parah !dah lah standard mak mak bini orang --'
sangat gedik you all ! naik menyirap aku dengan perangai dua ekor beruk dusun ni
tak reti reti nak faham dengan status dorang
yang seorang kerja nak menegur kesalahan orang je, diri sediri tak betul ada hati nak menegur , tau lah pangkat tinggi ! kononnya lah kan
yang seorang lagi jenis menggedik sumpah nauzubillah . naik menyampah aku tengok, dengan suara macam apa tah.
euwww! sumpah annoying gila
dulu punya lah aku respect menggunung dua ekor beruk dusun ni
tapi sekarang , sorry to say lah !
ada aku kisah perlu respect kau ke tak kan
kalau kau tak reti nak respect orang lain
lagi lagi masa aku tengah buat kerja, ada je nak cari kesalahan aku. memang aku rasa macam nak tenyeh taik anjing belakang rumah makcik senah je kat muka dia
tu lah manusia , bila dah dapat pangkat tinggi dunia bawah tapak kaki pun tak pandang
orang tua tua cakap 'lupa daratan' kan
biar kan dua ekor beruk dusun ni dengan dunia dorang
ada aku kisah ! memang aku maki kalau aku nak berhenti nanti. HAHA
dah niat awal awal ni :p
lain cerita pulak ,time ni kasi reda sikit bahang api kemarahan aku tu XD
kat tempat kerja aku tu memang gila best ah dengan staff staff kat situ
sporting then memang gelak gelak ah aku kat situ
promoter pun ada yang sporting ada yang tak , kalau jenis yang hagham sombong memang sungguh annoying
tapi staff yang kat sini memang best gila ! HAHA
ada je benda yang diketawakan,sampai terserlah kehodohan ketawa aku :D
SUPERB lah ! tak macam dua ekor beruk dusun tu yang gila pangkat je lebih
HAHA
pedas sungguh ayat ayat aku tu kan
yelah semenjak dah masuk 18 tahun ni. HAHA :P

dengar dengar cerita facebook nak tutup kaunter march ni? gila !
memang tempah maut ah zuckerbeg kalau ada rusuhan kat luar rumah dia . HAHA
semoga dia berubah fikiran lah ek . ;)

0 ribu orang sayang aku: