WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, May 31, 2012

SAYA SAYANG AWAK,AWAK SAYANG SAYA?


Satu yang ku pinta dari hati seorang wanita 
Terima daku seadanya 
Aku tidak mampu memberikan kekayaan setanding billionaire
aku tidak mampu menyediakan sebuah kediaman setanding bunggalow
Aku tidak mampu membelikan kenderaan seperti ferarri 
Tapi
Aku  mampu memberikan kasih dan sayang yang tidak ada tandingannya 
Jadilah tulang rusuk kiri ku wahai hawa :")
-Bersama tatkala susah , Berdamping tatkala senang-

Written original by Aliff Haikal .

Tuesday, May 29, 2012

INI YANG MAMPU SAYA PEROLEHI *senyum*

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahai sekalian makhluk Allah yang disayangi sekalian . Masih kah anda ingat pada ENTRY ini ? Mari lah selongkar entry tersebut jika korang pun mempunyai tahap amnesia yang tinggi seperti aku . HAHA :p

Masa result untuk final exam semester satu , aku asyik-asyik menangis . menangis dan menangis . bukan apa , sebab aku rasa sedih . Aku target nak dapat 4flat , tapi Allah dah tentukan yang aku cuma mampu dapat 3.68 . Mula-mula agak susah nak terima hakikat , tapi-tapi lama kelamaan lepas aku tengok ada kawan-kawan aku yang lebih rendah dari aku , aku mula muhasabah diri , aku kena terima hakikat ni . Allah dah takdirkan untuk aku , kalau aku menangis pun bukan result tu boleh bertukar . ye dak ? hehe Tapi tu cerita dah lepas , masa aku punya final semester 1 . 

Sekarang , nak cerita pulak macam mana reaksi bila dapat tahu pointer untuk final semester dua . Agak-agak lagi sadis ke tak ek dari kisah sem 1 ? HAHA 

Malam masa nak check tu , rasa debar gila babeng kot . Aku balik dari kerja pun rasa menggigil sikit sebab terlalu takut plus excited . err macam mengada je kan :p Tapi balik je rumah , aku tak terus check lagi nak bagi cool dulu . so aku online facebook , online twitter dulu . Mostly status kat facebook semua pasal result matrik , Oh lupa kawan aku mestilah ramai budak matrik . Mai ketuk kepala sikit . HAHA so aku baca pun naik cuak jugak , ada yang happy ada yang sedih . Aku yang tak check lagi ni komen lah suruh bersabar bagai , kalau yang four flat aku wish tahniah . 

Then turn aku pulak nak check result aku , jeng-jeng-jeng 


ceitt ini result final semester satu , cer tengok satu-satu gred tu sebab nanti nak suruh korang bandingkan dengan result final semester dua pulak . Dah habis tengok ? 


Okay guys , ini baru lah result semester dua aku . Aku dah tempek besar-besar ni . Mari lah tengok ramai-ramai . Okay what can u define from this ? What What ? cakap cepat ! hahaha :p . Dah malas nak cerita sedih ke tak ke , malas nak orang baca -.-'

Okaylah aku nak buat conclusion sikit untuk semua subjek . Harap sudi baca :)

Perakaunan : Since masuk matrik , keyakinan aku terhadap subjek ni sangat tinggi . Aku dah mula minat pada akaun , Alhamdulillah start dari Mid-term semester 1 sampai final semester dua aku dapat maintain kan gred . Aku memang confident dah lepas ni nak further dengan akaun . Cita-cita nak jadi akauntan , Yes doakan aku ye kawan-kawan :")

Ekonomi : Lahai sedih pulak nak cerita pasal subjek ni , tengok jelah gred kat atas tu T.T macam mana lah boleh sesat sampai dapat B+ ni ? Okay maybe sebab kurangnya latihan . Redha jelah kan :) Aku pun minat gila babeng dah dengan ekonomi ni . Mula-mula masuk je pun lecturer aku dah mula buat aku jatuh hati kat ekonomi . hehe Tapi untuk final sem dua ni , aku mampu dapat B+ je , Alhamdulillah . Takde benda perlu dikesalkan . Setakat ni je kemampuan aku kan . haha 

Pengurusan Perniagaan : Haaaa ni yang Ohmak terkejut . Bulatkan mata sebesar alam aku tengok gred final sem dua aku ni . Cuba korang tengok aku dapat apa . adakah itu A yang tertera 4 ? Ohmak terkejut ! Umum tahu kot yang aku ni memang anti gila babeng dengan bisnes . Asyik kutuk je bisnes ni . Bisnes susah , bisnes tak best , aku tak suka bisnes * Habislah kalau lecturer aku dapat tahu hehe * aku memang condamn gila babeng ah dengan bisnes ni . Tapi tup-tup result aku boleh dapat A . errr sila jelaskan kenapa ? :o Alhamdulillah benda yang aku fikir tak boleh dapat A , akhirnya aku capai jugak . kepada yang suka condamn result bisnes aku tu , mesti terbungtangkan mata korang :p sekian 

Matematik : uwaaaaaaaa uwaaaaaaa nak nangis . nak nangis Dapat A- tuuuu . Ini subjek paling aku confident nak score . Tapi dapat A- . okay okay Alhamdulillah . Memang susah kot paper math hari tu , sumpah susah ! and Alhamdulillah aku tak dapat B . hehe :) 

Bahasa Inggeris : NO COMMENT . wukakakakakaka ! XD

so secara keseluruhannya , Alhamdulillah . still dapat 3.5 ke atas . Kalau lah ada anugerah dekan kat matrik ni , mesti aku dah senyum lebar atas pentas sambil pegang scroll kan .. Eh gurau je gurau je :/ 

Tahniah kepada semua pelajar matrikulasi :)

Thanks kepada semua lecturer yang mengajar aku . Pn fariza bt Idris (Matematik) , Pn Zohratul Akma (Ekonomi) , Pn Hajar (Akaun) , Encik Zamri (Bisnes) , Pn Hasyidah , Encik Rizal , Pn Kartina dan Pn Shammila . eh eh serta Pn Salmi (English) . hehe :) Terima kasih cikgu !




So far . So far . So far 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang ucap tahniah kat aku tu . Aku hargai . InsyaAllah SEE U GUYS di IPTA bulan 9 :)

Nota kaki dan tangan pengulas belog ini :


Klik Like kalau suka :)

Sunday, May 27, 2012

CERITA DI LUAR NEGERI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Di hari yang berbahagia ini , mood mesti mau ceria beb ! so dengan terlebih cerianya , aku nak update blog dengan cerita yang sememangnya sungguh ceria . Kalau tak ceria , korang bebuat ceria lah . Aku tak tanggung ye :p

Baiklah

Pada hari selasa bersamaan 22.5.2012 , aku sendirian telah bertolak pergi ke Kuala Lumpur . Sebab utama nak pergi KL pun lepas kawan baik aku Fazil ajak celebrate birthday dia pada 23 May , kebetulan waktu tarikh tu dia ada Last Paper exam , so dia terpaksa pergi awal ke KL then aku lambat sehari . Aku menumpang tidur kat rumah sewa dia , so terpaksa lah menjaga adab dan tatasusila ketika berada di rumah orang lain ye hadek-hadek sekalin . okay lawak haha 

Lepas tu , aku pulak fikir yang turun KL ni pun aku bukan selalu , sekali sekala . Time ada duit ni lah boleh berjalan sikit . So at last aku decide nak jumpa dengan kawan matrik aku yang stay KL . Actually perancangan ni dah buat lama kalau aku turun KL aku kena jumpa dnegan dorang . Then tetiba member ajak pergi KL , bagai pucuk dicita ulam mendatang lah yeee haha . Then 23 May tu aku pun berjumpalah dengan kawan matrik aku . Kesian Fazil sebab sambut birthday dia tanpa aku T.T padahal dia ajak aku datang KL pun suruh teman pergi celebrate dengan someone . HAHA Maaf Fazil >,< Tapi takpe sebab beliau dah kena tepung kat rumah sewa beliau malam birthday pada pukul 00.00 23 May . padan muka ! ;p

Okay lah malas nak taip panjang-panjang . mari hiburkan hati anda dengan gambar-gambar yang disediakan . Cehhh macam lah terhibur kan . hahaaa

Kami cuma mampu plessing depan poster jee ! cerita tak keluar lagi ni haaa ! HAHAA bersama Khairul Azwan :)


Kau mampu buat muka comel macam ni ? kau mampu ? kau hado ? HAHA sila gelak ramai-ramai :p
Bersama Khairul Azwan dan Diana 


Anda dihadapkan lagi dengan muka comel yang tak boleh belah ni . Awas kepada ibu-ibu yang tengah sarat mengandung tu , kalau nak muka anak hensem macam ni , sila simpan gambar ni dalam purse anda . sekian . hahaa


Lagi ! :p


Geng Budak matrik yang sempat aku jumpa Alhamdulillah :)
Khairul Azwan , Diana , Ain , Nana , Ku 

Haha nak jadi ketua . Mengada duduk tengah :p


Muka-muka lepas keluar panggung cerita dark shadows yang penuh dengan adegan sex melampau . hahahahaha >.< kitorang main sebat je tengok sebab macam best je tengok poster dia . Last-last hamekau Diana tu dah lah Budak UIA . maaf diana :D


Bahagia gila muka Khairul . 


Kenapa bang ? sakit mata ye ? haha


Agak-agak bila korang boleh couple ? Okay just a joke  ! just a joke ! haha nanti spekulasi pulak kat UIA pasal hal ni ye diana :p


Tak sah kalau turun KL tak pergi Pavillion ye dak ? Hehe setakat pergi dan tengok , itu je kami mampu buat . nak beli baik pergi pasar malam , dapat lah memurah . haha 


DSLR pinjam >.<


Muka teruja dapat masuk Pavi . what the hell ? lol



Tengah-tengah jalan ada abang belon , suruh Diana tolong ambil kan gambar . cehh feeling macam nak buat love story tale dengan Khairul . hehe :p


Tudiaaaa Fazil yang pakai baju biru tu . haha nak kenal dengan dia ? :p
Ni sorang tu Daniel Aschraff , budak facebook , beria nak jumpa sangat . haha jumpa kat TBS je :)

k
TAMAT

sekian sahaja .Like lah kalau suka :3

Monday, May 21, 2012

BLACK-OUT STORY TALE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

tengah syok-syok layan twitter.com dan facebook.com sambil ushar-ushar blogspot.com tiba-tiba pandangan aku menjadi gulap gulita , seluruh rumah menjadi gelap . Komputer sah-sah mati , terus terbantut niat nak menghabiskan masa dengan online . Cuba cari phone nokia yang ada lampu suluh kat atas dia , lepas tu suluh kat jam . Sengal waktu dah nak tengah malam ni lah elektrik nak buat hal . Waktu tu dalam pukul 11.30 malam kami satu keluarga , ehhh satu taman bergelap gelita . Dengan bermodalkan dua batang lilin yang panjang dan baru keluar dari kotak kami satu keluarga berkumpul kat ruang tamu . Mana taknya semua belum tidur lagi waktu tu sebab tengah layan cerita kat atsro.com . Then masa black-out tu adik perempuan aku paling over me njerit padahal dia kat ruang tamu lainlah kalau dia ada kat belakang rumah ke dalam bilik air ke watlek jugak aku dengar dia menjerit . budak perempuan kan =.=

Maka semasa black-out tu suasana menjadi sunyi sepi , nak bukak astro.com takboleh , nak online facebook.com twitter.com dan sebagainya memang langsung tak boleh . So tiba-tiba kami sekeluarga mula bercerita pasal salasilah keluarga kitorang . Aku tak ingat macam mana cerita pasal salasilah keluarga ni boleh start , tapi apa yang pasti , aku terkejut besar kot bila dapat tahu actually mak dan ayah aku ni mempunyai kerabat yang ramai . Ramaiii sangat ! 

so mak dengan ayah aku pun bercerita yang sebenarnya kampung aku kat pulau pinang tu kalau ikutkan semua penghuni kat kampung tu ada pertalian saudara . Ada yang terikat dengan sepupu atuk aku , ada yang terikat dengan adik atuk aku , ada yang terikat dengan anak abang atuk aku . Actually aku sendiri naik pening bila mak dengan ayah aku cerita . So aku pun tanya lah banyak-banyak and aku dapat tahu eventho sebelah rumah nenek aku tu pun adalah anak kepada sepupu atuk lelaki aku . Bingong aku mendengarnya . Mak aku cakap dari start memula rumah orang first kat kampung tu sampai rumah hujung sekali adalah saudara mara aku sendiri cuma bukan saudara rapat tapi ada kaitan darah . Memula aku macam ' Ohyeke ? ' then mak aku cerita lagi kalau bahagian sebelah Sungai Ara pulak penuh dengan belah nenek perempuan aku . Lagi ah aku naik pening , bila mak aku cerita yang tu atuk saudara aku , yang ni makcik sepupu atuk saudara aku , yang tu sepupu nenek aku last-last aku jadi blank . Adoi ramainya sangkut paut . HAHA last-last kesimpulan yang mak aku bagi SATU PULAU PINANG NI PENUH DENGAN SAUDARA MARA KITA JE . HAHA aku naik kagum , wow ramai jugak kerabat aku ni :3

Then lepas dah cerita pasal bahagian keluarga , aku tanya pulak macam mana mak dengan ayah aku boleh kenal . HEHE nak mengorek cerita . Korang nak tahu tak sebenarnya hubungan mak dan ayah aku ni actually adalah tiga pupu . Benda ni dah lama aku tahu cuma aku nak tanya pasal hubungan percintaan dorang . HAHA ayah aku cakap mak aku yang nak ngorat ayah aku , tapi mak aku cepat-cepat cakap yang ayah aku ngorat mak aku . Lepastu kakak aku pulak menyelit cakap cemni ' Hang tau dak dulu mak rajin naik beskal ulang-alik tepi sungai semata nak tengok bapak . Nak ngorat lah tu ' aku apa lagi naik tergelak ah dengar akak aku cakap macam tu , mak aku dah malu-malu . Mak aku pulak cakap yang dulu ayah aku ni degil , nakal suka main tepi sungai , selalu kena hambat dengan atuk aku . Tapi ayah aku cakap pulak degil-degil ayah aku , ada orang suka jugak . HAHA aku apa lagi pecah ah ketawa aku bila dengar . Romantik gila waktu muda-muda dulu mak dengan ayah aku ni . Yelah orang kampung kan , main sungai naik basikal . hehe

Aku: so bapak dengan mak ni dari kecik dah kenal lah ek 
Ayah: ya Allah , kalau nak ikutkan dari masa mak dengan bapak dalam perut lagi kami dah kenal
Aku: awat ?
Ayah: masa Tok saadiah hang beranakkan bapak,Tok Aisyah mai tengok . Masa Tok Aisyah beranakkan mak hang , Tok Saadiah mai tengok 
Aku: lah lagu tu ka . haha kenai dari baby lagi 
(perbualan dalam bahasa penang )

Itu lah jodoh pertemuan mak dan ayah aku . Takperlu nak cari jauh-jauh , memang dah ditakdirkan di Luh Mahfus jodoh antara mak dan ayah aku . Dari kecil lagi dah kenal , so no wonder lah terpikat . HAHA tapi serious kot kalau ikutkan dah berpuluh tahun mak dengan ayah aku kenal , tapi siapa dapat mengelak takdir Allah kan :)

Itu lah serba sedikit cerita yang aku kupas semasa keadaan rumah gelap gelita . At least , aku dapat tahu yang sebenarnya keluarga aku bukan yang ada kat rumah ni je , tapi ramai . Serata tempat ada . Yes i'm not alone haha .

tahu tak korang , waktu tiada bekalan elektrik , baru kita tahu betapa pentingnya elektrik tu kat kita . Tapi bila ada elektrik sesuka hati je orang nak membazir kan elektrik . kan ? Hargailah elektrik yang ada , kalau tak kita sendiri yang merana nanti :)

suka ? boleh lah Like sikit ;3

Friday, May 18, 2012

TENGOK TU , BANYAKNYA NAK GUNA DUIT

Wahai kaum wanita , 
wahai kaum ibu dan bapa,
bukan kami (kaum lelaki) taknak kawin awal , tapi 
*anda kena habiskan baca kisah di bawah*

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
sumber: Iluvislam

kalau suka boleh lah like ? kalau tak suka pun like jelah :p

Wednesday, May 16, 2012

KORANG KENAL CIK NANI TAK ?


Bila bukak blog Nani ni , aku rasa macam nak bergoyang  inul sambil nyanyi lagu ' Merah membara oh jantung,berdegup tak bertaluu ' haha joke je sebab merah sangat blog cik adik manis ni . okay aku mengampu , sila bagi sekotak Ferorre Rocher *hentam je eja* :p

Hari ni mari kita teruskan meng-Review blog peserta segmen dari blog aku dan hari ni giliran Nani pulak selepas blog AmerCorner [ click sini nak baca ] dah di Review oleh aku . Maaflah kalau tak bawak banyak sangat Traffic dalam blog ye :p

Okay dengan bertemakan Heart Book pada header beliau yang membawa maksud Hati Buku , yang bermandikan warna merah (sewaktu di-update) dengan setempeknya gambar beliau di atas header tersebut sudah mampu membuatkan sesiapa sahaja tergodas,tercairs dan tergugats bila terjah blog beliau . Malahan ada yang mungkin terkejut beruk bila masuk . HAHA

Mana taknya , dah lah merah menyala sekali hamekauuuuu tuan blog dok tersenyum sinis depan screen lappy dengaq hampa mengata blog dia . mampuih lah hampa semua . hehehe tetiba utagha cheq mai dah . maaf maaf

Actually Nani ni adalah pemenang segmen blog aku, dan beliau telah memenangi seutas jam tangan yang diterbangkan khas dari peghancis untuk beliau *tolong percaya* so nak ucap tahniah lah kepada beliau atas faktor memenangi segmen tersebut , so kalau lepas ni ada apa-apa segmen yang saya anjurkan , sudi-sudi lah hendaknya nak meng-join ye :') bythway , hari tu ada add facebook Cik Nani ni and you know what ?! Nani ni rupanya satu daerah dengan Aku . HAHA hamekauuu terkejut beruk bila dia bagi alamat rumah dia and tertera perkataan KLUANG di alamat tersebut . cehh orang KLUANG rupanya . so Nani mari lah kita jadi satu gang . HAHA

Pada blog Cik Nani , look simple and nice . Tak terlalu crowded dengan gadget-gadget yang banyak , cara post entry pun santai sambil selitkan beberapa info yang berguna . and keep it up girl ! :)

Cuma nak cakap , sidebar tu kalau boleh Nani susun sikit lah , bagi nampak kemas . baru ah style gittewwww :3 apa-apa pun memang comel lah blog Nani ni .

Jemputlah singgah ke blog beliau ye kawan-kawan :)

Sudi baca ? Like lah :)

Monday, May 14, 2012

Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

saya telah ditag oleh cik Hanamiko Sakura untuk join segmen ni . Serious berani mati beliau tag aku sebab aku ni blogger hot ke ? HAHA ini namanya naik lif kena tekan button sendiri lah kan . hot ke ? HAHA


korang rasa aku blogger hot ? ehh aku tak cakap aku hot , aku cuma mintak jawapan dari korang . HAHA so doakanlah aku dapat 5 Hadiah Misteri yang dijanjikan oleh Encik Blogger ini ye >.<

eh ByTheWay , dia suruh aku paksa tiga blogger hot yang lain join , eh padahal ramai tau yang hot-hot kat sini , meh aku nak tag korang . HAHA 



berani ke nak join ? ni segmen berani mati tekan lif naik sendiri tau . haha k joking 


Sunday, May 13, 2012

KISAH KURSI ALLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

kisah ini adalah kisah benar . Terpulang kepada korang kalau nak percaya atau tak . aku tak menagih simpati korang untuk percaya , tapi ketahuliah bahawa Allah Maha Besar :) . kita mulakan cerita ye . Maaf cerita agak panjang sebab ini kisah benar . So diharap korang tak skip mana-mana part ye . InsyaAllah :)

Cerita ni terjadi hari ini , tanggal 12 Mei 2012 . 

Aku bergerak dari rumah untuk ke tempat kerja agak lambat hari ni . Masuk sepatutnya pukul 2petang , tapi aku boleh pulak gerak dari rumah pukul 1.45 petang . Jarak antara rumah dengan tempat kerja boleh tahan setengah jam ditambah dengan keadaan hujung minggu yang memang sure-sure kereta berlambak kat pusat bandar tu . Tapi aku endahkan semua tu , yang pasti aku kena sampai awal . So aku terus pecut dari rumah ala-ala macam rempit jugak ah tapi aku ni perempit sopan , aku tak pandai ah nak cilok-cilok lepastu press minyak kuat-kuat . sungguh aku tak reti , yang aku reti bawak motor macam lelaki melayu terakhir . okay aku tipu je >,< haha kelajuan dalam 80Km/j hingga 100Km/j . Alhamdulillah aku sampai ke tempat kerja lebih kurang pukul 2.10 . memang dah lambat sangat masa ni . 

Macam biasa aku cari parking dulu , and damn semua parking dah penuh , terpaksa aku cari parking kat bahagian hujung-hujung yang memang aku pun takut actually nak parking . Tapi sebab dah lambat , aku bedal aje janji aku tak lambat snagat sampai . hehe Aku ingat pesan abang aku , dia kata  
' Jaga-jaga , kat tempat parking tu dah banyak sangat motor hilang , kunci elok-elok motor tu ' 
so aku pun iye kan jelah pesanan abang aku tu tapi dalam hati aku takut jugak . 

Sebab kan takut terjadi apa-apa kan , so aku pun recite bacaan Ayat Kursi sebelum aku tinggalkan motor tu . Sebabkan kelam kabut sangat , aku letak helmet-> aku capai beg-> aku kunci motor guna mangga-> aku blah terus masuk Lif-> terus pergi kedai tempat aku kerja . Memang dah lambat sangat masa tu , tapi nasib baik boss takde :D Alhamdulillah lah 

Dipendekkan cerita , aku pun bercerita lah pulak dengan kakak tempat aku kerja tentang fenomena motor hilang kat mall tu . eh lupa nak cakap yang aku kerja dalam mall kfine . Lepastu kakak tu pun iyekan lah aku macam aku iyekan kat abang aku and dia ingatkan aku 
' Habis motor Aliff dah kunci ? tak takut hilang ke ? ' 
. Aku cakap 
' insyaAlllah akak selamat motor Aliff tu , Aliff sempat baca Ayat Kursi before tinggalkan motor tu hehehe ' and kitorang pun teruskan buat kerja sambil bersembang . Masa tu aku memang tak risaukan keadaan motor aku sebab seingat aku aku dah kunci aku dah mangga semua. aku cuma percayakan kuasa Allah .

Nak dijadikan cerita 

waktu dah habis kerja pukul 10 malam , aku pun gerak lah dengan senang lenangnya nak pergi ke motor . Aku letak makanan aku dalam raga motor , aku tarik nafas sat . lepastu aku pun geledah dalam beg nak cari kunci motor . 

Percubaan Pertama : GAGAL . aku naik pelik

Percubaan Kedua : GAGAL JUGAK !

aku dah gelabah . serious aku gelabah

aku keluarkan semua barang yang ada dalam beg . aku periksa semua poket beg yang ada . GAGAL jugak . Aku terpandang something pelik kat kunci mangga aku . Mana tak hairan , petang tadi tak silap aku , aku kunci guna satu mangga je , ni apakedehal tetiba ada dua mangga ni . Aku naik panik , takkan ada orang nak prank aku time-time cemni . Ya Allah waktu tu berpeluh-peluh aku .

Aku berlari naik semula kat kedai tempat kerja aku , aku geledah cari kunci motor aku kot-kot terjatuh kat situ . Tapi GAGAL jugak . Hampir nak menangis aku , aku terbayang kata-kata abang aku , kata-kata akak tempat kerja aku . Waktu tu aku cuma mampu cakap ' MasyaAllah dugaan apa Kau beri kepadaku ni '

aku call kakak aku , aku terangkan kat dia apa yang berlaku . Last-last aku yang kena marah balik =.= tapi aku tak kisah time tu , aku suruh kakak aku datang bawak kunci spare dengan kunci mangga aku . Tapi macam mana nak bukak kunci satu lagi  tu . Arghh aku naik serabut . Sumpah time tu aku serabut,gelabah dan panik .

Tiba-tiba aku terjumpa kawan aku Sabri yang kebetulan balik lambat , aku cakap kat dia masalah aku , dia pun naik angin bila tengok tetiba ada dua mangga . Dia ingat ada orang nak prank aku , so dia suruh aku jumpa pakgad je masa tu . 

Aku apa lagi , pergi kat tempat pakgad mall and tanya pasal hal ni . Hampir nak nangis aku bila pakgad tu cakap kunci motor aku ada dengan diorang . Ikuti perbualan aku dengan pakgad tu 

Pakgad: Kunci motor awak ada kat sini 
Aku: ya Allah ye ke pakcik ?! 
Pakgad: ye . kawan pakcik terjumpa tadi
Aku: Alhamdulillah Alhamdulillah , kunci tu ada kat mana sebenarnya pakcik ?
Pakgad: awak ni cuai , awak letak kunci motor kat motor siapa suruh ? 
Aku: Ya Allah pakcik , betul ke ? Saya ingat saya dah amik kunci motor tu .
Pakgad: itu lah awak, Lalai lagi , nasib baik Kami yang jumpa kunci motor awak , kalau orang lain jumpa memang dah sebat motor awak tu 
Aku: pakcik , betul pakcik . saya cuai sangat . saya mintak maaf pakcik *smabil buat muka nak nangis*

Lepas tu aku dengan pakgad tu pun pergi lah kat motor aku sebab nak bukak mangga pendua tu


Pakgad: wow ! cantiknya motor . baru beli ke ?
Aku: Motor ayah , haah baru beli .
Pakgad: ini kalau orang lain dah jumpa , confirm-confirm dorang sebat . Motor kat sini dah banyak hilang dik oi . Yang berkunci mangga pun kena sebat . Kau ni kira untung lah , siap bagi kunci free-free lagi . memang kalau orang lain nampak dia sebat . cantik motor siapa taknak
Aku: Itulah pakcik , syukur Alhamdulillah kunci saya takde siapa yang nampak , terima kasih pakcik terima kasih . Lain kali saya takkan lalai lagi . 


Aku fikir , memang ini semua kuasa Allah . Kan aku cakap tadi before aku tinggalkan motor , aku recite doa ayat kursi . MasyaAllah , memang Allah jaga motor aku , memang Allah lindungi motor aku . Allah Maha Besar . Aku waktu tu mampu ucap Alhamdulillah je . aku memang sangat sangat sangat terkejut . Bayangkan kunci motor memang dah ada kat motor , taktahu untuk berapa lama and tempat tu agak terbuka . Tapi takde siapa yang perasan , cuma Pakgad and Pakgad tu yang simpankan . Subhanallah . 

aku teringat kisah Ustazah aku :

' Sebelum keluar rumah , Ustazah selalu baca ayat kursi dan mintak dilindungi rumah dari apa-apa bahaya atau malapetaka . Suatu hari , rumah ustazah dipecah masuk . Waktu tu Ustazah takde di rumah dan rumah tu kosong . Waktu ustazah balik , ustazah tengok rumah ustazah bersepah , ustazah terus masuk bilik dan keadaan dalam bilik bersepah teruk . Ustazah cepat-cepat periksa barang peribadi dan berharga ustazah dalam salah satu laci yang digeledah oleh perompak tersebut . Alangkah terkejutnya Ustazah bila tengok barang peribadi dan berharga ustazah tak disentuh langsung walau sekeliling nya bersepah . Sungguh ustazah Yakin dengan amalan ustazah membaca ayat kursi sebelum meninggalkan rumah membuatkan Allah melindungi barang peribadi dan berharga ustazah . Alhamdulillah '

Aku kini yakin mukjizatnya Kursi Allah ini . Hafal dan amalkan dalam kehidupan seharian kita . Aku dah merasai nya . korang ?


ALLAH MENGETAHUI APA-APA YANG DIHADAPAN MEREKA DAN DI BELAKANG MEREKA

sungguh Besar kekuasaan Dia . Allahuakbar !
cerita ni benar belaka , aku memang lepas ni serik nak naik motor pergi kerja . Aku ni mudah lalai , tapi Alhamduliilah Allah bersama aku . Aku taktahu pulak benda ni betul-betul nak terjadi kat aku , baru je berseloroh dengan kakak tempat kerja , last-last memang betul aku kena . HAHA tapi syukur sangat-sangat .Motor aku selamat :)

Like kalau dah habis baca and suka dengan entry ni :)




Saturday, May 12, 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny


Begitu banyak hadiah yang ditawarkan . katanya , katanya lah lebih dari RM100+ . wow ! so mari kita join GiveAway ni . jangan lambat sebab dah ramai sangat yang join . kalau ada rezeki insyaAllah tak kemana rezeki tu . ye dak ? :)

Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)

Friday, May 11, 2012

SAYA TIDAK BERSUBAHAT !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA




Korang dah tengok Video tentang penderaan Bayi yang kejam dalam facebook ?

Dalam paper pun dah tulis pasal kes ni . so kalau sesiapa yang still terpinga-pinga eh cerita apa ni better korang shut down laptop and pergi tidorrrr . hua hua hua

Apa perasaan lepas tengok video tu ? marah ? geram ? sedih ? rasa nak hempuk balik  ibu bayi tersebut sampai jadi arwah ? Actually tu adalah perasaan normal kita lepas tengok video tersebut , sungguh kejam bayi yang sekecil tu didera , dipukul , di sepak terajang tanpa belas kasihan . Memang aku tengok sendiri pun sedih , budak kecik tu menangis beb , takkanlah tangisan bayi tu tak dapat meredakan kemarahan ibu dia . sungguh kejam . ini namanya manusia bertopengkan syaitan . subhanaAllah . Actually ibu bayi tersebut mengalami masalah dalam hidup and dia jadikan anak dia sebagai tempat untuk melepaskan geram . sungguh tak patut . 

At first time without knowing anything , aku marah sebenarnya kat perakam video ni . aku naik hairan dan geram bila perakam video ni cuma cakap ' Ira , dah ira ! kau nak bunuh anak kau ke ?' tapi dia rakam jugak tanpa buat apa-apa . aku memang geram gila , and aku bukan geram sangat denganibu bayi tersebut,tapi perakam ni . yelah kita boleh fikir guna akal kan , apa salahnya dia tarik ibu bayi tersebut and bawak lari anak dia ke tempat lain . Tapi dia tak buat apa-apa , dia cuma rakam je . tu yang buat aku geram . 

Tapi

SAYA TAK SUBAHAT - AKAK PERAKAM
saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan  kepada pihak polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya.Jadi,jangan kata saya bersubahat atau tidak bertimbang rasa



lepas aku tengok video ni , aku jadi sebak and rasa bersalah . aku tuduh macam-macam kat akak ni , aku marah macam-macam kat akak ni . tapi rupanya dia ada sebab kenapa dia buat macam ni . Ya Allah , maafkan saya akak , saya dah buat tuduhan yang melulu kat akak . Semoga akak diberkati oleh Allah . amin

apa yang akak ni buat harus lah dipuji , memang betul kalau kita nak buat report kita kena ada bukti. Itu cara polis :_)

sekarang Ibu tersebut dah menjalani hukuman penjara selama 18bulan dan anak dia sekarang  dijaga oleh keluarga angkat dia . Bayi tersebut ceria bersama keluarga angkat beliau (sumber Harian Metro)

Semoga Allah membuka pintu hati ibu bayi tersebut dan menghargai setiap nyawa yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada dia . amin ya rabbal alamin . 

kalau nak tahu lebih lanjut kisah tentang pengakuan akak ni , boleh beli Harian Metro bertarikh 11 mei 2012 .sekian 

suka dengan entry ni , like lah and leave your comment :)

Thursday, May 10, 2012

AMER CORNER TU SIAPA EK ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



yey siapa kenal Amer Corner sila angkat tangan ! 

nampaknya ramai yang angkat tangan , Kak Limah pun angkat tangan jugak ? amboi solley-solley nampak . hehe Baiklah hari ni kita nak review sikit pasal blogspot milik amer corner . nak corner kemana tu Amer ?  ;p

Yea beliau adalah seorang blogger . chop-chop Beliau ? okay ini adalah kata ganti nama  pertama  kedua , ye dak ? so maknanya anda adalah seorang yang sangat dihormati . *tepuk tangan* hew hew hew kita sambung cerita balik yew . Amer corner ni adalah seorang blogger dari sarawak , tengok kan Entry pertama beliau yang hari tu menunjukkan beliau adalah seorang anak jati serawak yang berbakat dalam menulis =.= *kes mengampu . Umur baru LapanBelasTahun, kira anda ni adik saya lah cehh bajet habang konon haha . lah umur sembilan belas , Amer update lah info sidebar tuuuu ! HAHA jangan nak menten sweet 8teen sangat :p

Start berblogging tahun 2008 , pheh cayalah bro ! senior guwa ni hahaha 

Amer , kau ni rajin ye join segmen,contest dan sebagainya ? bagus bagus . keep it up bro :3

Actually takde lah masalah sangat kat blog si AmerCorner ni , semuanya okay je and tak terlalu crowded . Lagipun dia ni kan lelaki , mana lah nak sangat letak widget-widget yang comel-momel-komel dalam blog , nampak tak gentle lah bro kan . hehe kgurau . 

cuma nak bagi cadangan boleh tak AmerCorner ? eh cadangan je tau , kalau rasa cadangan ni pun merapu merapan , takyah ikut ye :P * cehh cover hati terluka * .  letak background kat Blog Post Title dan Sidebar Title rasanya lagi smart lah, tak gitu ? HAHA boleh tengok kat blog Kak Lyssa http://www.lyssasecret.com/2010/12/tutorial-post-title-background.html

Amer pun ada buat segmen ! Segmen serious follow back . Nak kumpul follower dan mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers . Apa tunggu lagi ? terjah cepat Blog AmerCorner sekarang ! 

Apa-apa pun , blog AmerCorner ni memang awesome ! caya-lah :)




Tuesday, May 8, 2012

APA KAITAN MESSAGE DENGAN MOOD ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Ada Mood 



Bila Takde Mood

suka main mesej ? 

Tapi takkan setiap waktu kita ada mood kan nak main mesej . Ada kalanya waktu kita balik dari kerja,kita balik dari kelas , henfon berbunyi menandakan ada orang mesej,dengan badan yang still lemah and penat , kita pun balas acuh tak acuh . bila ditanya kenapa balas macam tu,kita pun cakap yang kita ni takde mood nak main mesej . Okay lah kalau yang jenis faham , kalau yang jenis tak faham , mau kita kena sound  and last-last kita pun naik angin . kan makin teruk . HAHA

actually , tak semua orang ni ada mood nak main mesej . Bukan setiap masa orang boleh layan kerenah kita , ada kalanya kita kena faham,kita kena set mind bila orang dah cakap takde mood , jangan lah terus menerus kita hantar mesej-mesej sentimental cakap tu cakap ni padahal orang tu takde mood je kot nak main mesej,bukannya dia cakap apa pun . so bagi lah masa,biar dia rest dulu , biar dia tenangkan fikiran . Orang yang dah takde mood , kalau kita pun terus-menerus damn dia , memang last-last dia baling henfon tu kat dinding , haaa last-last sampai habis takboleh dah main mesej . kan ? HAHA

Tapi bila orang dah ada mood , baru lah kita buat macam biasa , yelah mood tengah happy , baru lah kita boleh happy-happy jugak kan ? :)

Main point is , kalau seseorang dah cakap dia tengah takde mood , lebih baik anda stop hantar mesej dan suruh dia take rest. At least dia akan rasa lebih lega dan boleh tenangkan fikiran. Esok insyaAllah dia akan elok and korang pun tanyalah kenapa dia sampai takde mood . Jangan lah buat dia naik angin time dia tengah takde mood kan ? HEHE 

Jangan pulak korang call dia , memang habis lah kredit korang dengar bunyi cengkerik je 

dia bukannya taknak main mesej dah,dia cuma takde mood je :) 

so kalau ada orang balas mesej dengan perkataan 

' SAYA BARU BALIK KELAS '
'SAYA BARU BALIK KERJA '
' SAYA BARU LEPAS KENA MARAH DENGAN BOSS SAYA'
' SAYA TENGAH STRESS NI '
' SAYA TENGAH MENGIRA WAKTU NAK MATIKAN PHONE JE'

ketahuilah bahawa dia tengah takde mood tu . so buat lah apa yang patut jangan sampai dia naik angin :)

klah Assalamualaikum,kalau suka boleh lah like dan komen kalau nak bagi pendapat.