WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, March 4, 2012

TIDAK RELEVANKAH HUDUD ZAMAN SEKARANG?

Amni kelihatan begitu kusyuk baca buku.. Tiba-tiba:

Amni: Ayah, 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga', apa maksudnya?
Ramli: Ermmmm..... Maksudnya, 'kalau kulit tak cukup tebal, api neraka jangan diduga'...
Amni: Kalau 'bagai kacang lupakan kulit', apa maksudnya?
Ramli: Maksudnya, 'bagai anak Adam lupakan syurga'...
Amni: Betul ke ni ayah.. Kalau satu soalan 5 markah, cikgu akan bagi markah 10/10 ye, ayah?
Ramli: Sama ada Amni akan dapat markah 20/10 takpun 0/10.. Tengok nasiblah..

Amni: Ayah, hudud tu ape?
Ramli: Hudud tu hukuman atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah swt terhadap sesuatu kesalahan.

Amni: Kenapa negara kita tak mengamalkan hudud?
Ramli: Mungkin kerana pandangan serong terhadap hudud.. Asal sebut hudud je, ada yg kata kejam, asal sebut hudud je, ada yang kata habislah kudung tangan rakyat Malaysia..

Amni: Yang sebetulnya, hudud tu macamana ayah?
Ramli: Di zaman Nabi saw, ada seorang wanita telah jumpa Nabi saw.. Wanita tu bagitau, "saya telah berzina, ya Rasulullah". Nabi saw tanya, "apakah kamu bermimpi pada ketika tu?". Wanita tu jawab, "tidak". Nabi saw tanya lagi, "adakah kamu hanya bercumbu-cumbuan? Wanita tu jawab, "tidak". Sedaya upaya Nabi saw berfikir agar wanita tersebut boleh terlepas dari hukuman. Kemudian, apabila hukuman hendak dijalankan, didapati wanita tu mengandung. Nabi saw tangguhkan hukuman. Selepas melahirkan anak, Nabi saw tangguhkan lagi hukuman supaya wanita tersebut dapat menyusukan anaknya. Nampak kan, masih ada ehsan dan kasih sayang dalam pelaksanaan hukum hudud.. Ketika hukuman sebat dilaksanakan, baru separuh jalan, wanita tersebut melarikan diri. Nabi saw biarkan sahaja dengan anggapan wanita tersebut telah menarik kembali pengakuan zinanya..

Amni: Mesti sakit kan ayah, kalau kena sebat.
Ramli: Tukang sebat hendaklah melakukan sebatan seolah-olah sedang mengepit sesuatu di ketiaknya. Makna kata, tidaklah mengangkat tangan terlalu tinggi. Sakit tetap sakitlah.. Tapi taklah seteruk macam hukuman sebat kat penjara sekarang ni.. Sekali sebat, mau jugak tak berak seminggu.. Konsep sebat ni, mahu menimbulkan rasa keinsafan dan bukanlah mahu sebat dengan kejam.

Amni: Ooo, baru Amni faham..
Ramli: Itu belum cerita bab murtad yang mana bukan senang-senang nak jatuh hukuman. Perlu ada sesi kaunseling untuk mengenalpasti kenapa orang tersebut mahu keluar Islam. Kalau disebabkan kejahilan dia, maka boleh dilepaskan. Atau mungkin kalau dia mahu bertaubat, itupun boleh dilepaskan..

Amni: Senang kata, bukan senang-senang nak jatuhkan hukuman dalam hudud ye ayah.. Banyak perkara yang harus diambil kira.
Ramli: Iye.. Ia bukan hukuman semata-mata tapi ia lebih kepada mendidik hati manusia.

sharing from here
hudud bukanlah kekejaman , hudud adalah cara untuk menginsafkan hati manusia :) bukankah islam itu indah ?

suka baca ? like and comment :)

10 komen:

shakira said...

islam itu sungguh indah jika kita dapat hidayah :) dan cuba mengejar cinta Allah SWT

Aliff Haikal said...

@shakira BETUL :)

Unknown said...

statement PM sangat kelakar

Ckin Kembaq said...

doakan agar hadirnya pemimpin yg adil dapat melaksanakan hukum ini..inshaAllah.. ^_^

Aliff Haikal said...

@Ahmad Haziq Azlan mahathir belum lagi . =,= apa nak jadi

Aliff Haikal said...

@Ckin Kembaq amin :')

Belog Budak Steady said...

Thats right... Islam itu indah~

suzie rahman said...

salam aliff, sy pon share. sama lh kita sebarkn. insyallah moga hukum hudud terima pkai. sama2 kite berdoa. neway suke header. kreatif ! :)

Unknown said...

yeahh..betul tuuu . pelaksanaan hukum hudud lebih baik jika diamalkan di negara ini supaya ramai org takut buat salah

Unknown said...

kalau buat hukum hudud kat negara ni rasanya ada lagi tak jenyah kat negara ni?

jenayah takda, rasuah takda, orang pun takut nak buat maksiat, pemimpin berlaku adil, semua orang baik2 sebab takut dengan hukuman, mesti negara ni aman ^_^

sayangnya hukum takda kat negara ni..