WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, March 1, 2012

TANGGAPAN MADAH BETRHELAH ( JUST A THOUGHT )

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

subjek paling dimencik sekali semasa form four dan four five sudah pasti-pastilah matematik tambahan . matematik biasa pun belum sampai ke tahap cerebellum tiba-tiba kena ambil pula subjek matematik tambahan . mau tercekik medulla oblongata bila belajar masa kat sekolah . kalau boleh setiap kali kelas matematik tambahan je nak mintak excuse pergi tandas , selang sepuluh minit lagi mintak excuse lagi . tapi apa kan daya , cikgu dah awal-awal kunci pintu utama bilik PPSMI , mesti dah tahu taktik hencek haikal yang popular tu . mencik mencik >,<

so nak taknak kena lah menghadap buku teks yang memang sejak azali lagi tebal-tebal . tolong lah . berat mata membaca , berat lagi bahu nak menjinjing beg . sungguh sedih waktu tu , otak ni dah macam terlalu tepu dan bengap untuk menerima apa yang aku belajar subjek tu . kalau faham pun , sekejap je faham sebab lama-lama makin meleret-leret pulak soalan dia . nak-nak bila cikgu mengajar umpama mencurah air sirap ke daun keladi . T_T

waktu form four adalah waktu kegelapan bagi aku . wuhooo zaman penjajahan syaiton-syaiton nirojim menyekat saraf cerebellum dan cerebrum dari berfikir sejenak kenapa macam tu kenapa macam ni . last-last bila persoalan tiada jawapan walaupun diberi penjelasan yang jitu oleh cikgu , bendera putih dinaikkan menandakan surrender . akhirnya , markah-markah untuk segala ujian berkaitan matematik tambahan tak pernah nak mencecah 20/100 . waktu dapat markah rasa nak gelak guling-guling je ' eh macam mana boleh dapat 20 ni ' . sampailah ke final exam form four , ke-lambatan-otak-ber-fikir menyebabkan gred G melekat menyala kat penyata rekod peperiksaan sekolah . oh bila tengok balik , tak pernah nak tukar kaler pun setiap ruangan markah untuk matematik tambahan . haha

sehingga lah naik form five , tahap kebodohan masih melekat setia kat urat saraf tunjang serta saraf-saraf yang berkaitan . tetapi satu keajaiban berlaku . keajaiban yang tak pernah diterima akal . haha kejam nya . actually form five , cikgu yang mengajar subjek ni pun bertukar . and secara tak langsungnya , tahap kefaham naik begitu mendadak . sehinggakan aku menjadi pelajar lelaki pilihan untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan =,= . sangat sesuatu penghargaan tak terhingga . hew hew hew . lepas tu , ujian pertama , boleh dikatakan aku menjadi pelajar yang di kuarantin kan untuk menjawab soalan ujian kali kedua ( faham tak ? ) haha . bukan nak berbangga mahupun nak kembangkan bontot sendiri , tapi tu semua fakta yang dah jadi sejarah . TAPI setinggi-tinggi burung bebas terbang di awan , kalau dah kena tembak kat sayap maka dia akan jatuh jua ke atas bumi . maka begitulah nasib yang menimpa diri ini . masuk je chapter dua tiga dah seterusnya , otak berat dah . maka tercurah lah air sirap tadi ke daun keladi seperti yang terjadi di form four . lama-lama semakin aku tak faham apa yang aku belajar dan akhirnya , ranking gred G menakluki dunia guwa kembali. gelak sikit . tapi tapi tapi tak sangka *buat muka terkejut beruk sikit , result spm tak lah teruk sangat . dapat C+ kot . Alhamdulillah . dah-dahlah buat muka terkejut beruk anda tu , hehehe

And now , aku dah kat matrik . nak tahu tak ? semua yang aku belajar kat sekolah dulu tentang subjek matematik tambahan , dipraktikkan kat sini . guess what on my mind bila dapat tahu syllibus dia sama matematik tambahan kat sekolah . terkejut beruk mok ! sungguh tak ku pinta , lahir ke dunia T_T .
tapi apa yang terjadi , sangat di luar jangkaan . aku dapat catch up everything yang aku belajar kat sekolah dulu . differentiation , integration , logarithm , graph , probability and so on . aku tak sangka jugak , sebenarnya apa yang aku belajar kat matrik ni sama dengan apa yang aku belajar kat sekolah , tapi aku taktahu kenapa waktu sekolah dulu susah benor nak catch up . kat sini aku siap dapat ajar orang lagi . hew hew hew *telah dimentionkan bahawa,bukan nak membangga diri

and lepas aku dah buat research , tanya pendapat kawan-kawan yang lain .ada sebab rupanya why a student can't catch up matematik tambahan kat sekolah .

1) keadaan persekitaran ; keadaan ibu-bapa,keadaan rakan-rakan,keadaan persekolahan,kedaan masyarakat dan keadaan guru yang mengajar . kalau kat matrik , semua student kiranya pandai-pandai , so senang bila tak faham boleh tanya member sebelah . kalau kat sekolah , kiri kanan depan belakang tak faham , maka tak faham lah jua aku .
2) kurangnya latih tubi yang berterusan ; jujur aku cakap , bila cikgu bagi kerja sekolah untuk dibuat kat rumah , berapa orang je yang boleh buat . sepatutnya in this case,cikgu kena bimbing sampai student tu paham apa kehendak soalan .
3) tiada penerangan secara terperinci tentang sesuatu chapter ; kat matrik , lecturer siap bagi lagi kenapa dan mengapa sesuatu formula tu boleh terbentuk seperti yang kita lihat . apa rasionalnya and siapa yang mencipta formula tu . kat sekolah so far yang aku ingat , takde penerangan secara terperinci , tetapi pelajar disaran menghafal formula . :/

beberapa sebab kenapa result pelajar sekolah sangat teruk dalam subjek matematik tambahan . bila aku belajar kat matrik ni and faham apa yang aku belajar , rasa macam nak balik ke sekolah lepastu ambil spm balik untuk subjek matematik tambahan je . HAHA confirm A . rupanya bila faham , senang jugak math ni . hehe :) sekarang minat aku lebih kepada pengiraan . and i loikeee math very much muahmuahmuah , haha



form four dan form five
-
-

matrikulasi

notes*

differentiation : pengurangan kuasa bagi nilai x . nilai kuasa yang terdapat pada x akan didarabkan dengan huruf constant dihadapannya jika ada manakala nilai kuasa x akan berkurangan 1 . dan begitulah seterusnya sehingga nilai x menjadi kosong .

integration : penambahan kuasa bagi nilai x . nilai kuasa yang terdapat pada x akan ditambah 1 , manakala nilai tambahan itu akan diletakkan sebagai pembahagi nilai x tersebut .

29 komen:

Belog Budak Steady said...

Math memang hebat...! (^_^)Y

Diyana Azmi said...

sy pon bgitu jua mse zaman skola dlu . tp since msuk u ni dah boley paham sket add math . btw , entry ni mmg best gila . hee~

Unknown said...

macam tu ye..
sekarang ni saya pun tak bapa faham sangat add math.. tapi kan.. bila dah faham tu rasa seronok sangat nak buat banyak2 lagi soalan hehe.

Isnin ni saya dah nak tukar ke kelas akaun dari kelas sains, sebab.. Fizik dgn kimia tak boleh nak faham langsung >_< bila tanya cikgu pun tak faham jugak apa yg cikgu cakap..

Harap2 nanti kelas akaun tak ada masalah..

Aliff Haikal said...

@Mohd Ridwanmemang terbaik lahh :)

Aliff Haikal said...

@Diyana Azmi sebab maybe kt U atau kt matriks ni kita belajar lebih kott . hehe

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil teruskan berusaha memahami addmath . jangan givap >,<

kelas akaun superb <3 :)

move yah said...

haha :) same la kite kat zmn skolah !

Unknown said...

kalau kos yg aku amik ni dalam pre calculus..bygkan kene sampai calclus 4..n further to math engineering..takleh dah nak buat muka mcm tu..ahahahha

Unknown said...

btw..dah lama tak jumpe cikgu arb'ayah....rindu kot

atika alias said...

setuju giler ngan entry ko..tp aq still x kedit add math ase spm..btw bace entry ko naikkan semangat aq nak dpat A untuk math..
nnti kirim salam kat cikgu arbayah tau..

Wafa Awla said...

TAK SUKA KIRA-KIRA ! BENCI ! TAPI TERPAKSA AMBIL AKAUN ... NGEH3..CAM NE LA RESULT SPM NANTI..HUHU TAKUT

AM said...

Wah, dah lama rasanya tak dengar perkataan "add math"! Add math, add math, macam best jek! Hehe. Aku pun masa 1st exam Form 4 jek lulus. Lepas tue, asyik gagal memanjang. Nasib baik masa SPM credit. ;D

Aliff Haikal said...

@Nia zahirah :) majoriti mcm ni . haha

Aliff Haikal said...

@Abdul Rahman haha kalau addmath sekolah tu nampak senang lah skrg sbb kita study benda yang mendalam lagi . taktahu lah kalau kat U nnt cemane . nak amik akaun ni .

Aliff Haikal said...

@atika alias goodluck kawan ! aku doakan kau berjaya :) haaa aku pun tak jumpa cikgu arba'ayah dah . ni gambar tahun tahun lepas . hehe

Aliff Haikal said...

@... Wafa Awla ... minat membaca dan mengingat ke ? :3 gutlak spm ! :)

Aliff Haikal said...

@Arol Mubin kat sini panggil matematik jerk . tak main dah tambah-tambah ni . hew hew hew

Unknown said...

Oh demm. Aku sampai hari ni masih lagi taksukakan +Maths w/pun aku tepakse. :|

Unknown said...

bile menginjak usia dan pengalaman, bende yg kite rase susah dulu-dulu, akan senang je kemudian... pengalaman dan pengetahuan tu mendewasakan.... mase sekolah dulu pun, sy ni kire bangang math.. tapi bile masuk U... mudah plak.. tu normal la... janji kene tekun...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/wajah-2012.html

harap sudi2 lah menjenguk kembali... komen la seadanya... mengharap sokongan rakan2 lain..

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)

Unknown said...

mmg macam tu.........
zaman spm punya la susah...
tapi bila masa kat matrik,
tetibe je terus jadi pandai kan

NIZAM said...

hehe. normal la tu, zmn skolah mn ada orang nak paksa ke ape ke. test fail pun relax je. ce zmn u wat camtu, c u next sem le jwbnye. hehe. gudluck wei. smoga menjadi akauntan berjaya.

:))

Aliff Haikal said...

@Maya kenapa ? kenapa ? T_T

Aliff Haikal said...

@Sam Banjamin setuju :) pengalaman mematangkan kitaaa :)

Aliff Haikal said...

@Ahmad Haziq Azlan bekas student matrik mengiyakan . waaaa hehee

Aliff Haikal said...

@NIZAM salah satu reason jugak tuuu :) thanks :3 amin ya rabbal alamin

Anonymous said...

If you have scrapebox you probably spend hours in scrapping and building Blog list.

For you:

- 267030 Main Auto Approve Blog List
- 1566 .EDU Auto Approve List
- 1510 DoFollow List
- 7514 High PR Blog List
- 5973 Unique Auto Approve Domains

Download here: [url=http://www.mediafire.com/?44e4ufs8ljfc7bw]mediafire.com/?44e4ufs8ljfc7bw[/url]

Happy Link Building [url=http://myseofiverr.com/][img]http://myseofiverr.com/seo-service.gif[/img][/url]

miss secret said...

comey pic tu :)

AMYCYRUS said...

sangat setuju yang ni :-
"bila aku belajar kat matrik ni and faham apa yang aku belajar, rasa macam nak balik sekolah lepas tu ambil spm balik untuk subjek matematik tambahan je. HAHA confirm A."

kita berfikiran yang sama :)

Aliff Haikal said...

@AMYCYRUS yesss thankssss :)