THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, March 26, 2012

JALAN-JALAN DI PULAU PINANG , TERJUMPA BLOGGER HEBAT . AWESOME !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

dengan harapan yang sangat tinggi menggunung . walau apa pun rintangan yang melanda , aku nak jugak tekan button publish tu . tak sanggup dah nak tengok entry ni lama-lama terperap dalam draft . nanti cerita ni pun dah lapuk takde sorang pun nak baca . namo namo namo >,<

okay let me stroy , sabtu yang lepas , kolej aku ada buat lawatan sambil melencong melancong ke pulau pinang . after dah inform menatang ni , aku pun berdoa lah moga-moga ada lah jugak lawatan ke kolej matrikulasi pulau pinang . hek hek hek . alhamdulillah , keajaiban berlaku ! tetiba dengan berita pulak yang kitorang akan bermalam di kmpp . siapa tak bahagia weh ? over maaf =='

then lepas dah tahu semua tu , aku lah insan yang paling bahagia . tak sabar dah terus aku mesej someone

' 24/3 ade kat kmpp tak ? '
' ade '

okay bahagia senyum sampai ke lutut dah . hehe !

apasal aku bahagia sangat ni ? kmpp je pun .

actually , actually kan . malu pulak nak cakap :p

kat kmpp tu , terdapat seorang belogger yang terperuk dalam tu . seorang belogger sepenuh masa yang senasib dengan aku . menjadi pelajar tahanan asrama . agak sadis kot aku cakap camni , habis kena saman aku taktahu lewww .

okayokay . siapa kenal jejakakaula.blogspot.com ? sila angkat kaki anda

jangan lah bebuat taktahu wahai anak-anak sekalian , blogger tiptop tu , belogger terkenal dengan word ' PRIVACY NO MORE ! ' hehe

ini lah sebab dan musabab nya kenapa aku jadi manusia yang begitu bahagia lepas dapat tau yang rombongan kolej akan menginap kat kmpp . sebab aku memang teringin pun nak jumpa dengan tuan belogger ni . mengada kan ;p so awal-awal lagi dah mesej tanya dia ada tak time tu , nasib baik lah dia tak balik selangor , kalau tak memang aku lah insan paling kecewa

dipendekkan cerita yang memang orang dah penat baca kat atas tu , maka bertemulah dua pasang mata di depan tasik kmpp yang serba indah . wehuu dah macam cerita korea dah ni =='
masa mula-mula tu agak segan gila kot . yelah , bila face to face rupanya zharif azis ni seorang yang tinggi . kalau tinggi okay lah lagi , tapi beliau amatlah PUTIH . cisss sangat berbeza dengan kulit hitam-gula-gula aliff haikal ni .

ayat pertama yang keluar dari mulut aku

' zarep , wow tingginya '

haha aku sangat malu . lepas tu bersembang sekejap dengan dia . tapi tak lama mana , sebab aku ada program lagi . so decide nak lepak dengan zharif nanti malam . lepak-lepak sambil tengok cerekarama . oh syosyweettt . #muntah

malam tu , macam-macam cerita yang kitorang bongkarkan . tak sangka pulak yang zharif ni pendiam . hek hek hek tapi bila dah selesa bercakap , dia pulak yang banyak mulut =,= then si zharif ni pun bukak lah cerita pasal kisah-kisah misteri kat kmpp . katanya ada cik puan natasha lah , makcik karipap basi lah . macam-macam . aku ingatkan versi cerita makcik karipap basi tu cerita mitos lagenda bebudak zaman sekarang , rupanya benda tu memang betul-betul wujud . seram pulak lepas zharif cerita sebab aku tidur menghadap tingkap kat bilik kmpp tu . kot benda tu nak kenal , mai ketuk tingkat sapa nak jawab ? haa jawab sendiri lah ye .

tak sah kalau dah berjumpa tak bergambar kan ? tapi yang kelakarnya , lepas masing-masing dah balik bilik baru lah masing-masing hantar mesej ' terlupa nak ambil gambar lah ' . kesian zharif terpaksa turun balik dari bilik dia semata-mata nak bergambar dengan aku . feeling-feeling artis sat . siapa kisah ? :p thanks zharif

akhirnya dapat jugak berjumpa dengan seorang belogger yang aku kagumi . cewah . mana taknya , kenal pun dalam blog , facebook . nak jugak sekali jumpa face to face kan . akhirnya doa dimakbulkan jugak . mana lah tahu kan lepas ni , dapat jumpa yuyu zulaikha , ben ashaari , lyssa faizureen , maria elena ke . who's know kan ? haha . amin

last but not least , thanks zharif azis sebab sudi kongsi cerita dengan itew pasal kolej awak tu . tapi apa-apa pun , saya tetap sayang kolej matrikulasi perlis . titik . haha :D

sajikan mata-mata anda dengan gambar dua mamat hensem bebeh ni . kalau nak muntah , jangan sampai terkena screen laptop . nanti rosak beratus pulak kena bayar . tak gituu :p

bytheway . boleh lah follow twitter aku . baru buat je ni :p [ ALIFF HAIKAL AWESOME ]

ZHARIF TINGGI ! ZHARIF PUTIH ! tapi ALIFF HAIKAL LAGI HENSEM ! :P


ZHARIF BUAT MUKA PELIK


ZHARIF BUAT BUAT MUKA BILA TENGOK MUKA AKU CEMNI . AMBOII
*tekun bercerita




KAMI WARGA KMP MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK KMPP


DESTINASI TERAKHIR ROMBONGAN . JANGAN MUNTAH TENGOK GAMBAR NI TAU . hehe !



thanks baca . kalau suka boleh lah like :)



23 ribu orang sayang aku:

shiema sufian said...

Shiema dah jumpa YUYU, hehehe (:

Zharif Azis said...

tersengih sorang2 baca bende nie ;) thanx aliff haikal .

ada budak tu mesra gila habes , peramah sangat2 , segan >__<

eh shiema sufian dah jumpa yuyu ye ? saya dah jumpa aliff haikal =) lagi hebat .

tapi nak jugak cakap , saya siap dah berbuka puasa sekali dengan maria elena taun lepas =) hahahha

miss secret said...

wah wah wah...

Cik Pensil said...

tak nak jumpa ngan saya pulak ke lepas nih? haha :D

Aliff Haikal said...

@shiema sufian jmpe kat mane ?? bestnye :)

Aliff Haikal said...

@miss secret ZAREP lagi gempak dpt berbuka puasa dengan maria elena . superb ! :D

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil boleh je . jommmmm :D

kina said...

hahhaha..aku bace je kmpp aku dah tahu sape...
hebat x aku...
hahaah

kina said...

hahhaha..aku bace je kmpp aku dah tahu sape...
hebat x aku...
hahaah

Aliff Haikal said...

@kinahebat gila kau . tepuk tangan sikit . hew hew hew

kak mah said...

Seronok ye...dapat bergambar mat n minah saleh.

Lyssa Faizureen said...

Waaaaa . Dah sampai Penang tu , kenapa tak singgah rumah Lyssa sekali ???

Waaaa . merajuk-2 . ahaaa~~

Aliff Haikal said...

@kak mah tak best tak best . haha :p

Aliff Haikal said...

@Lyssa Faizureen kite dah sampai depan rumah akak , dah nak masuk dah . tapi malangnya bila bas kite nak gerak awal . terpaksa batalkan niat tu . ahaaa rumah akak kat mana ?? :D

Anonymous said...

may i have the url for ben ashhaari's blog? tq. XD

Aliff Haikal said...

@Anonymous for sure :) http://www.benashaari.com/

Aliff Haikal said...

@Anonymous for sure :) http://www.benashaari.com/

Lyssa Faizureen said...

Ahaaa . Area pulauu :P

Aliff Haikal said...

@Lyssa Faizureen area pualu ? balik pulau ? permatang pauh ? batu feringgi ? hahaha

NIZAM said...

makcik jual karipap? asal pemes sgt wei. aku rase sume budak2 hostel tau kot pasal tu.

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

bila kau nak pergi melaka jumpa aku? hahahahaha

Aliff Haikal said...

@NIZAM makcik karipap seksi kot . heheheeee

Aliff Haikal said...

@NiGhTiNaNgLe_FARA pspm around the corner :p