WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, December 30, 2011

SERONOK HARI INI , TIDAK MENJAMIN SERONOK MASA DEPAN

AT FIRST

THEN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

kita mulakan post entry dengan statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak bertanggung jawab dalam hal ini , statistik yang akan membuatkan ramai membuntangkan mata mereka . ohmenn

' bilangan anak luar nikah di malaysia dari 2005 sehingga 2009 yang dicatatkan telah mencecah 70K untuk yang telah direkodkan oleh pihak-pihak bertanggungjawab '


okay masing-masing dah boleh tutup mulut tu , kelipkan mata dan terima lah hakikat serta kenyataan ini . jangan pulak buat rusuhan kat aku sebab tak boleh terima statik ni =='. so apa yang anda dan anda di luar sana rasa sekarang ? rasa marah ? rasa sedih ? kecewa ? nak menangis ? nak menjerit ? nak apa lagi yang boleh nak . aku rasa tak perlu nak buat semua tu sebab tak dek guna , nasi dah jadi nasi minyak . okay nasik minyak pun sedap jugak kalau makan . phehhh gua melalut

di saat aku mendengar statik ni masa kat khutbah jumaat tadi , aku rasa sedih . sedih sangat kenapa lah terlalu ramai anak-anak luar nikah yang dilahirkan di malaysia ni . seolah malaysia ni bukan negara islam yang mengharamkan perlakuan zina . astagfirullah hal azim

lelaki dan perempuan bersetubuh tanpa ikatan yang sah adalah HARAM dan berdosa besar . dosa yang sangat besar kerana Allah sangat murka hambaNya melakukan penzinaan sebelum menikah . kenapa susah sangat nak ikut ? kenapa nak ikut jugak hawa nafsu syaitan tu , apa susahnya kalau dah tak tahan nak mendayung di lautan , ajak si wanita tu kahwin , mintak restu mak ayah , baru lah halal untuk bersetubuh . ini tak , dengan cara berzina jugak dipilih . kenapa tak fikir kan masa depan ? kenapa nak fikirkan keseronokan je , tak tahu ke kesan yang akan timbul suatu hari nanti .

1. apabila anak yang dihamilkan tu dibuang secara kejam . nak jadi ustaz kejap boleh ? anak yang dikandungkan tu tak bersalah , tiada satu dosa pun yang melekat walaupun dia tu adalah anak luar nikah . tapi kenapa anak yang sekecil tapak tangan tu dibuang merata-rata ? kenapa sanggup biarkan jasad sekecil tu melawan gigitan semut-semut kecil yang hinggap . ya Allah kejamnya manusia sekarang , terbiar seorang bayi didalam tong sampah . ingat bayi tu barbie doll ke nak buang-buang ? tahu tak apabila seorang bayi dibuang oleh ibu bapa dia , di akhirat nanti JANGAN menangis merayu bila anak tu menuntut korang di akhirat dan jangan menangis jika seorang bayi yang dibuang masa kecilnya menjadi penunggu korang di neraka untuk diseksa . wallahualam . bayi tak berdosa dibuang macam sampah . sedih tau!

2. anak luar nikah mempersoalkan kedudukan di dalam keluarga . ingat senang ke nak terima hakikat bahawa kita ni sebenarnya anak luar nikah . terpanah arjuna hati seorang anak mengetahui kebenaran ni . itu kalau dia dapat terima . KALAU . tak ramai yang dapat terima kenyataan ni . silap-silap hari bulan bunuh diri anak tu siapa nak tanggung ? tapi itu lah yang terjadi dalam dunia sekarang . anak luar nikah membunuh ibunya sendiri . sebab apa ? sebab terlalu malu dan sakit hati dengan perangai ibunya sendiri . see akibatnya ? tapi takboleh nak buat apa . nasi dah jadi bubur , takboleh nak masak buat nasi balik .

3.merosakkan institusi kekeluargaan atau warisan keluarga . si ayah dah melupakan kisah silamnya dan berkahwin secara halal dengan wanita lain . tiba-tiba anak hasil dari perhubungan haram si suami tiba2 muncul dan menuntut hak dia dan akhirnya si isteri sah tu tahu dan menyebabkan penceraian . see ? bukan ke itu merosakkan hubungan kekelurgaan sekaligus menyebabkan warisan keluarga kita berpecah belah . kalau anak luar nikah kita bercinta dengan anak kandung kita dan kalau mereka berkahwin , lagi rumit ! so tolong lah aku merayu , berzina tu menyebabkan banyak masalah akan timbul masa hadapan .

4.menerima azab di akhirat . ini adalah suatu perkara yang telah dijanjikan oleh Allah untuk umatNya yang melakukan zina dan tidak bertaubat . sedangkan Allah melarang mendekati zina , apetah lagi melakukan zina . nauzubillah min zalik . seksaan Allah untuk penzina sangat seksa . errr sangat sangat sangat sangat .

2011 akan meninggalkan kita , 2012 akan datang tak lama lagi . so ? mari lah kita sama-sama berubah menjadikan 2012 lebih baik dari 2011 . mari lah . mari lah . mari lah . berubah . tinggalkan perbuatan yang dilaknat Allah dan bersujudlah kepada Allah . bertaubat . Allah sangat menyukai hambaNya yang bertaubat , insyaALLAH dosa-dosa akan diampunkan . berzina tu suatu perkara yang haram . ingat tu :) kepada wanita , perliharalah dara anda dan kepada si lelaki , jaga lah teruna anda . okayy

'KESERONOKAN HARI INI , TIDAK MENJAMIN UNTUK KESERONOKAN HARI ESOK '
' TANDA - TANDA KIAMAT IALAH , TERLALU RAMAI ANAK LUAR NIKAH DARI ANAK YANG HALAL '





Thursday, December 29, 2011

SPEECHLESS THURSDAY


nantikan entry panjang selepas 31.disember.2011 ( 1.1.2012) haha bai

Monday, December 26, 2011

MIDDLE FINGER

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


apa khabar semua ? ada sihat , kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat dan semoga cepat sihat yeeee , ewahh baik betul hencek haikal menanyakan khabar berita yang tak pernah-pernah nak ditanya . haha ala sekali dua je entry tanye khabar lepas tu senyap ah dengan dunia sendiri . oh dah sedia maklum .

aku selalu tengok dalam facebook gambar-gambar remaja berposing sambil menunjuk middle finger . tahu tak apa itu middle finger ? apa tak tahuuu ? errr jari hantu tahu ? kalau taktahu jugak memang sah-sah duduk dalam gua ! haha okay straight takmo belok-belok dah , suka tunjuk kan gambar F to U to C to K . sila eja dengan perlahan takut kena pelangkung kena mak ayah bagi budak-budak sekolah . so dah faham kan apa yang aku cuba maksudkan.

apa nak dibangga sangat dengan posing sambil ber-middle finger bagai ? lepas tu upload dalam facebook siap mention lagi ' suka-suka posing ' . ewahhh bukan main senang-senang kacang goreng asam laksa kau nak cakap suka-suka buat middle finger . lepas tu dah lah buat middle finger , terjelir-jelir lidah macam dog kehausan . apekehenye yeoop ?

aku boleh tahan lagi kalau yang jenis macam ni budak-budak rempit ke , yang rambut kaler warna warni , sebab mereka memang seperti kurang didikan agama , #ini satu amarah , kisah?# tapi yang aku rasa sedih tahap nak cabut bulu mata bila tengok anak-anak gadis yang bertudung , yang muka suci buat posing macam ni . ya Allah istigfar aku tengok budak-budak macam ni , bertudung pun taknak kalah jugak siap buat jelir-jelir lidah . lagi teruk siap pakai baju sekolah lagi . T_T

ketawa berdekah-dekah orang bukan islam kat luar sana tengok gejala anak muda-mudi islam sekarang , makin dorang rasa islam akan musnah lah bila tengok macam tu . makin gelak besar lah kalau yang bertudung pun ikut sama . tolong lahhh tolong lahhhhh , apa nak dibangga sangat dengan middle finger tuu ? dah lah lucah , pleaseeee

kalau anda rasa anda bertanggunjawab menunjukkan contoh yang terbaik sebagai umat islam , tunjukkan sekarang , jangan sampai islam ditindas :)

assalamualaikum <3


HAHA COMEL KAN ? ada otak lu orang fikir , ada mata lu orang tengok , ada mulut lu orang cakap , ada telinga lu orang dengar , ada akal ? lu pikir lah sendiri .



Friday, December 23, 2011

GOOD NEWS FOR YUNA'S FANS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

menaip dengan penuh eksaited sebab nak bagitau korang semua something ni . cepat tinggalkan segala benda yang sedang dilakukan tu dan baca lah entryy niiiiiii . eksaited kan eksaited kannn ? :)

okay aku baru bukak akaun churp-churp aku tadi then ternampak tambahan dua iklan , aku pun click lah then macam ohmaiiiiiiiii it's YUNA !

kenapa dengan yuna ? kenapa kenapa kenapa ?? sat , tarik nafas panjang-panjang dan hembussss . bagus :)

yuna sedang mencari tajuk lagu yang sesuai untuk dijadikan tajuk lagu inggeris terbaru dia , nampak best kan ? sebab bukan ramai artis yang buat benda macam ni , asking fans letak tajuk lagu yang sesuai untuk lagu terbaru dia , tup-tup kalau korang yang letak tajuk lagu tu and then korang punya tajuk dipilih bukankah cukup membuatkan korang berbangga sangat-sangat sampai senyum sampai ke telinga ? haha so apa lagi , benda ni senang je ! tak perlu nak keluarkan apa-apa pun cuma keluarkan idea je .

CLICK SINI TEKAN SINI PUSH HERE


dah tekan ? bagus , mula-mula korang klik dulu pada menu yang terletak kat sebelah kiri tu , klik ' listen to new single ' then dengar and hayati lirik dia sebab dalam bahasa inggeris . hehe
dah ? wahh bagusnyaa , okay lepas tu back to ' name the new single ' and letak lah korang punya suggestion lirik lagu tuuu . wah senang kacang kan ? letak lah tajuk lagu yang kreatif dan kena dengan lagu tuu . jangan letak yang merepek sudah . haha okay.

belum habis lagi sebenarnya iklan pasal yuna ni , and aku pun ter-eksaited sekali wehh . poyo je kan . okayokay sekarang yuna nak cari pulak beberapa orang fans dia untuk dijadikan collaboration dalam klip video terbaru dia . wohooooo menarik kann ? boleh jadik glemer sekelip mata ni . haha gurau je ,
so kepada sesiapa yang rasa diri dia berbakat tu , apa kata dari korang online facebook duapuluhempatjam baik korang rakam video nyanyi korang then submit dekat diorang , kalau ada rezeki maybe korang akan terpilih . who's know rite ? :)

BOLEH KLIK SINI PERGI SINI GO HERE


dah klik jugak ? good good . baca lah info-info dia betul-betul jangan skip walau satu . hehe ini lah peluang keemasan orang tua kata , bukan senang nak dapat , so apa lagi . jom grab semua peluang ni !

thanks reading . bye :)

Thursday, December 22, 2011

PENING PENING TAPI NAK PERGI JUGAK ^^

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



dengan penuh semangat pasang lagu sudirman ' balik kampung ' sambil tangan gigih siapkan assigment dengan penuh rianghatisukarela . dengan berbekalkan kalendar bulan dua belas dua ribu sebelas yang bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi dan akan digantikan dengan kalendar dua ribu dua bulas dan di sini bermulanya satu countdown ! whoaa panjang betul mukadimah ye hencek haikal . ohsemmm :)

tak lama lagi , TAK LAMA LAGI cuti pertengahan semester akan muncul
walaweyhh tak sabar nya nak mencium mendakap ibu bapa tercinta . ini tipu kot
tapi tiba-tiba dapat mesej dari member yang seolah macam tahu-tahu je aku nak cuti sem =='

' beb , datang KL lah , bila lagi nak jumpa '

so dengan hati girang teringat kuah gulai mak , urutan kaki bapak , tiba-tiba hati aku gundah gulana , nak pergi kl ke taknak, nak pergi kl ke taknak . itulah padan muka kau hencek haikal siapa suruh berjanji nak pergi kl sangat , kan kau dah pening kepala T_T
so sehari dua ni aku tidur tak basah , mandi tak kenyang , makan tak lena memikirkan hal ni , apa entah yang teruknya semua ni , hey lebih lah hencek haikal ni tapi disebabkan cuti yang pendek macam mana guwa tak memikirkan pasal ni . huwaaa

so dengan berbekalkan semangat yang kental , dah buat keputusan nak pergi kl dua hari lepak rumah kawan terchinta before balik kluang peluk cium mak ayah tershayang , tipu lagi.

tapi sebenarnya hati ni tak sabar jugak nak pergi kl , hahaaa kan lebih kan kat atas tu :P
tak lah , lepas dah berkurun lamanya meng-abdikan diri di perlis indera kayangan ni , terasa macam dah lama tak enjoy-enjoy ni . hahahaa so maybe sebelum balik kluang dan mengabdikan diri membuat kerja-kerja rumah baik aku enjoy dulu , tak gitu?

tapi yang soDEMMMM nya , seminggu selepas cuti mid sem ni , mid exam pulak menggedikkan diri beliau nak menguji tahap kepandaian budak matrik ni . uwaaa uwaaa kenapa begitu sadis nasib kami semua yang terasa tak happening langsung cuti selama seminggu . dah lah tu balik rumah mesti lah kena study buat revision bagai semua tu , tapi adakah semua itu akan berlaku kepada diri aku ? itu yang aku takut-takutkan , takut buku entah ke mana , laptop entah ke mana , facebook pun entah kemana . hahaa

so ramai-ramai doakan semoga hencek haikal memiliki suatu kekuatan untuk membuka buku ketika berada di rumah dan belajar ! cepat semua amin.

cukup lah aku merungut , kang tak pasal-pasal kena bahan balik tak habis-habis nak merungut , dahlah dalam facebook kenmain baik gilaaa . hehe :P thanks membaca .

assalamualaikum

Tuesday, December 20, 2011

KEJAYAAN DALAM CINTA , TAK SUSAH TAK SENANG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


setiap orang yang berpasangan dalam dunia ni , menginginkan suatu perhubungan yang berkekalan hingga akhir hayat , sebuah percintaan muda mudi diakhiri dengan lafaz nikah dan seterusnya . Tapi cuba tengok berapa ramai yang berjaya jadikan inspirasi mereka tu menjadi kenyataan , that means kalau bercinta sampai berkahwin , dan hidup selamanya sehinggah akhir hayat . tapi berapa ramai pulak yang gagal dalam membuat perhubungan ? aku rasa dunia sekarang makin ramai orang bercerai berai dari yang kekal hingga akhir hayat , ada siapa yang tak setuju dengan aku ? sila beri pendapat anda . hehe :)
sebenarnya , dalam kehidupan berpasangan ni , tak lah susah sangat dan tak lah mudah sangat , kalau kita amalkan beberapa tips beberapa undang-undang dalam berhubungan , insyaAllah jodoh kita akan berkekalan . haaaa aku sebenarnya terfikir nak ulas pasal hal ni , HAHA eventho aku tak berapa pro nak cakap pasal hal ni , at least aku ada pengalaman and aku try cedok pengalaman orang lain jugak . C E D O K ? ohmaii sangat tak sopan ayat ekau eh aliff ! hehe

1. KESETIAAN DALAM PERHUBUNGAN
this is the most important to follow , sebenarnya dalam kita bercinta ni kesetiaan tu adalah satu kunci dalam kejayaan hubungan . kalau kita setia pada pasangan kita , insyaALLAH hubungan kita akan berkekalan . tapi tak guna kalau cuma sebelah pihak je yang setia sedangkan satu pihak lagi main kayu tiga , TAKKAN MENJADI ! ingat baik-baik . dalam bercinta , dua-dua pihak perlu memainkan peranan , please . kenapa nak mainkan perasaan orang yang setia kat kita , walaupun muka hensem , rupa cantik tapi kalau tak setia , tak guna. takde orang dalam dunia ni nak bercinta dengan playboy atau playgirl . so terapkan sifat setia dalam perhubungan ye :)

2. KEPERCAYAAN YANG TINGGI TERHADAP PASANGAN
kita kena percaya pada pasangan kita seratus peratus tanpa ada rasa ragu , sebenarnya dua-dua pihak kena percaya antara satu sama lain . jangan sembunyikan apa-apa dari pasangan kita , bila kita dah menaruh kepercayaan kat pasangan kita , secara tak langsung kita dah mencapai satu tahap kejayaan dalam berhubungan . kalau kita percaya pada pasangan kita , walau dilempar fitnah insyALLAH hubungan itu akan berkekalan . tapi jangan lah kita cemar tahap kepercayaan pasangan kita , once kita dah break kepercayaan dorang , jangan menangis kalau kita dah tak dipercayai lagi . susah oh nak dapat kepercayaan orang , so jaga lah elok-elok :)

3. SELESA BERSAMA PASANGAN SENDIRI
jujur , siapa yang suka hidupnya dikongkong oleh pasangan ? terlalu cemburu buta ? . mesti rimas kan ? walau ada yang cakap ' itu tanda dia sayang aku ' , mereka penipu ! heh marah betul aku . haha actually manusia ni tak pernah berhenti merungut , macam mana kalau hidup dikongkong buatkan kita selesa ? kalau kita dah selesa dengan pasangan kita , kita akan rasa seronok dalam menjalin perhubungan . kes-kes bercerai , kes-kes putus cinta sekarang ni selalunya disebabkan oleh pasangan sendiri terlalu cemburu sampaikan hidup dikongkong . kalau betul kita sayang seseorang tu , cuba selesakan diri dia , insyALLAH dia akan bersama kita . jangan terlalu merimaskan pasangan kita , kalau anda tak mahu anda ditinggalkan . cewahh okay ?

4. JUJUR WALAU IA MENYAKITKAN
jujur pada pasangan kita . wahhhh ini yang penting , kita kena jujur dengan pasangan kita . siapa beb yang suka diri dia ditipu ? macam tu jugak pasangan kita , macam mana perasaan kita bila ditipu macam tu jugak pasangan kita bila kita menipu dia . apa susahnya nak jujur dengan pasangan sendiri , lagi dia sayang ada lah kalau kita jujur dengan dia . jangan selindung-selindung , sebab lama kelamaan dorang akan tahu jugak . aku cukup hairan , kenapa ada orang yang sanggup tak setia (rujuk nom satu) lepas tu dia boleh menipu pasangan sendiri , konon cakap kat outstation padahal tengah meronggeng kat rumah giprenn , so secara tak langsung dah lah tak setia , menipu pulak tu . memang sah lah kita kena tinggal ! siapa suruh tak setia , kalau kita sayangkan seseorang tu , kita takkan sanggup untuk curang dan menipu . trust me :)

cukup dah lah empat tips yang boleh aku bagi untuk kekalkan hubungan dalam bercinta , sebenar-benarnya tips untuk kita berjaya dalam berhubungan ni terletak pada diri sendiri , kalau betul-betul kita sayangkan seseorang , kita akan jaga dia , sayang dia sepenuh hati umpama kita menyanyangi nyawa sendiri , cinta tu tak kejam cuma manusia yang tak pandai menghargainya . kepada pasangan yang tengah bercinta tu , jangan lama-lama sangat bercinta , seru lah untuk mengakhiri dengan pernikahan , lepas dah bernikah manja lah puas-puas , cinta lah puas-puas , sayang lah puas-puas , Allah tak marah , malah Allah bagi pahal lagi kat kita . bila dah berkahwin , semai lah rasa cinta tu sampai akhir hayat , . so conclusion is CINTA ITU INDAH KALAU KITA MENGHARGAINYA , MANUSIA DICIPTAKAN BERSAMA CINTA , CINTA KEPADA ALLAH ADALAH CINTA YANG TERAGUNG . pisss yoo :)

wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki untuk menjadi pendamping lelaki :)

p/s: nak tahu cara mudah membina website sendiri ? KLIK SINI ada segalanya and nak customize cover i_pad korang ? KLIK SINI


Saturday, December 17, 2011

FENOMENA HOT DI FACEBOOK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

sekarang ni orang sana sini duk heboh cakap pasal HOT situ HOT sini HOT sana
apa yang HOT nya aku taktahu lah ,
lepas tu kalau yang rasa jelous tu , post facebook mengutuk orang HOT tu bajet lah gedik lah apa lah dengan harapan ada orang nak like status dia and secara tak langsung dia pun HOT jugak =='
yelahh ramai betul budak-budak HOT dalam facebook tu , budak-budak HOT ramai kawan sampaikan nak kena remove bagai lah kawan dalam facebook . hairan :/ takpayah lah approve kalau last-last nak delete . kan ? HAHA sebelum proceed baca entry , klik SINI dulu , membantu meringankan beban aku . thankssss :):)

TANDA MEREKA 'HOT'

like beratus , kalau berpuluh tu pun untuk budak-budak yang baru nak up jadi HOT , makin ramai likers dia , makin confirm lah dia tu HOT . kadang-kadang post yang macam kat atas tu pun orang like sampai beratus-ratus . itu memang dorang HOT ! kalau ikutkan siapa je lah nak like status macam tu , tapi disebabkan dia HOT , macam satu kuasa orang untuk like status dia . jangan pelik ==' . lepas tu bangga canang satu malaysia dia dapat like banyak lepas tu dengan kerapnya dia akan post status sampai penuh newsfeed friends dia dengan status budak HOT ni . sangat HOT ..aku ada je orang macam ni , dalam sejam dia mampu update sepuluh status sampaikan newsfeed aku penuh dengan dia punya status . haha
status aku sendiri kalau korang tengok kat facebook memang lah ramai yang like , tapi aku tak HOT pun ==' ada kawan aku tanya apa rahsia nak banyak likers ni , aku hanya mampu cakap ' entah aku taktahu kenapa orang like status aku ' . apa ? aku poyo ? memang =='


tak lengkap lah package budak HOT kalau status tak ber-via-via bagai ni . macam-macam via aku nampak setiap status budak-budak HOT ni , kalau tak via blackberry , mesti via HTC , kalau tak pun via i-pad . bangga ye dengan via-via awak tu ? aku setakat via mobile phone je , tak mampu nak pakai henset mahal-mahal ni . orang-orang macam ni mana main setakat henset via mobile tu , jatuh lah standard weh . apa pun tak boleh ==' . tapi jangan lah terlalu show off sangat henset tu , takut bila hilang menangis tak berlagu . lepas tu malu dah nak post status sebab takde via . haha takut hilang likers lah tu . pui :P

orang HOT mesti ramai orang nak add , bila dah sampai limit friends kat facebook , nanti mark zuckerberg hantar notifications cakap yang limit dah approach so takboleh approve kawan lagi . so dengan rasa bersalah bangga nya post lah status nak remove kawan-kawan facebook yang tak pernah tegur lah , yang tak like status dia lah , yang lepas add terus diam , yang sombong lah . bila dah post camtu maka ramailah yang comment mintak jangan didelete mereka tu . eh wadehel betul . tak perlu lah nak remove pun nak buat status bagai , lepas tu cakap budak tu sombong taknak tegur lah . kalau budak tu tak tegur , apa salahnya engkau tegur budak tu tanya apa khabar apa semua , mana tau dia busy ke apa ke . ni tak nak tunggu orang hai engkau baru engkau nak layan ? apa engkau fikir engkau hot sangat sampai kan orang yang kena terhegeh-hegeh cari engkau ? :) silap , aku pernah kena cop sombong sebab tak tegur budak hot ni , nak je aku sembur time tu , taktahu ke aku busy dengan study . dia ingat dia tu ARTIS ? tolongg aku begging kalau nak remove tu agak-agak ah , jangan nak buat orang tu sakit hati . okay ? :)

ini yang best ni , nak jadi hot dengan mudah semudah ABC ? haha letak default picture tak reti pakai baju , forsure sebelum ni kau pakai baju likers kau belas , tapi bila kau dah buat transformasi sure berubah likers kau . nak cuba ? berani ke ? jangan jadi bodoh boleh . APTB
weh weh korang ingat dah bagus sangat ke letak gambar default macam ni ? heyyyy aku tak suka betul lah kalau ada kawan yang buat macam ni , lagi-lagi kalau yang aku kenal and budak sekolah . wadehel betul . apa kejadahnya buat kerja macam ni , letak default picture tak pakai baju , lepas tu buat posing tangkap leleh macam pondan . haihhh dah bangga sangat ke letak gambar macam ni ? tak malu ke bila kawan-kawan sekolah tengok , cikgu-cikgu tengok , mak ayah tengok and sanak saudara tengok . serious doh aku malu kot kalau ada saudara mara aku yang buat macam ni , sumpah aku maki dia . tapi kawan facebook , apa boleh buat ? bukan nak dengar cakap , nanti bila nasihat katanya kita ni kolot tak sporting tuptup terus remove . haaa ada aku kisah ? . haha :)


aku tau kenapa orang letak perkataan FULL kat belakang nama dalam facebook , sebab terlalu ramai sangat yang add dah reach limit friends dalam facebook . yes aku faham and ada je kawan aku yang buat macam tu sebab taknak orang add dia sebab account dia dah full sebab dia taknak terpaksa buat macam ' AKU TERPAKSA REMOVE KAU ' . faham? haha
tapi aku nak cakap kat sini adalah segelintir budak-budak HOT yang sukahati je letak perkataan FULL kat sebelah nama dia supaya orang ingat account dia dah full sekaligus orang ingat dia ni terlalu hot sampaikan orang ramai nak add dia , okayfineee aku tak suka :/
'perasan gila budak ni , dah letak full bagai lepastu heboh dalam facebook account dia takboleh add sebab dah penuh ' . haihh aku bukan tak suka or apa , cuma meluat , kau tau tak meluat ? haha kalau tau takpayah lah aku nak panjang lebar berleter kang kena pangkah sia-sia je kan . orang sekarang pantang kena tegur , tau nak pangkah je kerja . heh

okay cukup lah aku review pasal topic hot di facebook yang sememangnya ramai orang hot mengalahkan najwa latip . heh ada ke ? =='
apa-apa pun MARIA ELENA dan YUYU ZULAIKHA tetap hot di hati ku . haha bodekkkk :D

akhir kata dari aku , MAKIN HOT MAKIN RAMAI HATTERS :) DAN NERAKA LAGI PANASSSSSS . zasss

p/s: sebabkan taknak aibkan rakan facebook , aku guna profile sendiri semua gambar kat atas . nak dapat likers banyak sampai lapanratus tu ? mak aihhhh berzaman ! hahaha

dah habis baca KLIK SINI pulak :) thanksss

Thursday, December 15, 2011

LELAKI DAN NOVEL , PELIK KE ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

perempuan dan novel ' perkara biasa lah , dah nama perempuan '
lelaki dan novel ' erk serious kau ( lelaki ) baca novel ? #muka tak boleh belah '

sebelum proceed KLIK SINI dulu :)

kenapa ? kenapa ? lelaki tak boleh baca novel ke ? or macam terlalu ganjil bila lelaki baca buku setebal seribu muka surat tu .
aku rasa tak perlu nak pelik sangat kot sampai nak malukan kaum lelaki depan orang ramai dengan pertanyaan ' serious kau baca novel ? ' dengan suara yang lantang seolah nak bagitau satu dunia yang lelaki tu baca novel . kesian dia terpaksa tanggung malu nak kena cover muka. Tapi kenapa macam seolah tak dapat terima fenemone lelaki baca novel ? tak kisah lah novel cinta ke , novel thriller ke , novel fantasi ke novel kanak-kanak ke janji nama dia NOVEL . seriously aku kadang-kadang naik hairan bila ada perempuan mengemukakan persoalan yang sangat macam tak perlu kot nak tanya depan orang ramai , wall to wall kat facebook sudah lah #merepek

sebenarnya kan , aku rasa takperlu kot nak pelik bila kawan lelaki korang mula minat nak baca novel ! it's not weird lah wehh :)
ala mungkin bagi kaum hawa ni bila kaum adam baca novel cintan cintun macam pelik jea sebab lelaki ni sifat dia gagah , takkan nak layan novel cintan cintun kan ? tapi untuk perhatian kaum-kaum hawa , kami jugak ada perasaan , kami jugak ada taman bunga kertas dalam hati , kami jugak nak berangan jadi macam sepasang kekasih dalam novel tu . HAHA
serious oh aku suka baca novel , HAHA apa ? pelik ? takde nya pelik mana .

kalau nak tahu , lelaki yang jenis suka baca novel ni jenis yang romantik . kalau dari tak romantik boleh jadi romantik weh ! haha serious aku cakap , tak percaya ? suruh pakwe korang baca novel , tengok hasilnya . itu pun kalau dorang menghayati lah =='

sekarang bukan je novel cinta yang ada kat pasaran , ada novel thriller . kau bayangkan kalau penulis novel jual novel thriller mensasarkan kat pembaca perempuan , kau rasa-rasa laris ke jualan novel tu ? tengok muka depan novel je pun dah pucat lesi , macam mana nak hayati cerita tu , so no wonder lah lelaki sekarang minat baca novel , at least dorang baca novel thriller yang mencabar tu :) kan dapat mencambah minat membaca di kalangan rakyat malysia . malaysian boleh !

so bila lelaki minat novel , tak pelik okay ! terima lah seadanya . ^.^
kami juga manusia biasa , cinta milik semua orang . cewahhhh :D

nota kaki dan tangan encik blogger : minta derma nak buat duit poket KLIK SINI . thanks :)

Wednesday, December 14, 2011

Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak


KLIK SINI UNTUK OTOMATIK KE BELOG BELIAU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

siapa cakap follower aku dah seribu lebih aku tak perlu kan dah blogwalking blogger , kalau aku tak masuk nanti siapa je nak masuk blog aku ushar blog aku kasi derma buat tabung studi . T_T so dengan terujanya aku nak join blogwalking by jiwarosak . aku perlukan orang blogwalking kat blog aku , aku perlukan merekaaaaaaaaaaa ! :) so jom lah ramai-ramai kita join segmen ni , tak rugi pun menghabiskan masa selama sepuluh minit taip entry segmen ni sebab habuan yang menarik menanti kita . HAHA macam aku pulak yang organize benda ni :P

menjawab pertanyaa encik jiwarosak yang nak aku nyatakan aku blogger dari mana , aku macam was-was nak cakap aku blogger mana , kalau aku cakap aku blogger johor aku sebenarnya lahir kat pulau pinang , kalau aku cakap aku blogger pulau pinang aku sekarang duduk kat perlis . so siapa yang mampu merungkai persoalan ini ? haha macam yek-yek ada orang nak jawabkan je kannn :P
so kesimpulannya saya blogger satu malaysia . boleh ke jawab macam ni ? =='
encik jiwarosak , anda menghakimi saya . ecehhhhhhh haha saya blogger johor , blogger pulau pinang serta blogger perlis jugak ! anda mampu seperti saya ? tak mampu? duduk diam . hehe :) kbaiiii

tahniah anda berjaya menambat hati tuan blog untuk memilih anda , the chances in your hand

1. NAJWA
2.NURUL IMAN
3.EYZA
4.JIHA
5. MISS PINKY


sumbangkan derma kepada saya untuk tampung kos belajar KLIK SINI . thanks :)

Monday, December 12, 2011

NAMA TU SUATU KEBANGGAAN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

first of all , nak tanya
siapa nama korang ha ? okay semua jawab sendiri dengan nada yang kuat sampai makcik sebelah rumah ketuk suruh diam sikit
nak tau nama aku tak ? nak tak ? nak ke ??
nampaknya ramai yang eksaited nak tahu nama aku , aku tahu sabar sabar nak bagitahu lah ni , hish encik gayah sekor ni , haha
nama aku ALIFF HAIKAL BIN KAMARUDDIN

' elehh , aku dah tau lah nama kau aliff haikal , so what ? apa kena mengena dengan entry ni ?'

amboiii , bukan main tak sabar nak tahu apa yang aku nak tulis ye , aku tahu , sabar sayang :) haha
korang pernah tak benci nama diri sendiri ? means korang tak suka orang panggil nama betul korang , maybe korang fikir nama yang mak ayah korang bagi macam sakai je , macam kampung je tak glamour langsung nak bawak nama kebanggaan mak ayah pergi KL . pernah ?

seems like kalau yang pernah tu please gimme five sebab aku pernah benci nama aku , yes aku pernah tak suka dengan nama aku sendiri .
masa aku kecik dulu lah tak silap dalam darjah-darjah lah, aku serious tak suka nama aku ada ALIFF kat depan , sebab aku fikir dengan adanya nama ALIFF ni menampakkan aku ni macam budak sakai , budak kampung entah datang dari mana .
serious weh aku tak tipu , dulu masa kecik aku tak suka kalau kawan-kawan aku panggil aku dengan nama aliff , kalau boleh aku taknak ada nama aliff melekat kat nama aku
then aku pun dengan gigihnya suruh lah kawan-kawan aku panggil aku dengan nama HAIKAL , EKAL atau apa-apa lah janji bukan dengan nama ALIFF !
so start dari hari tu aku memang benci gila kot , aku pernah terfikir kenapa lah mak ayah aku letak nama aliff ni , macam orang kampung je
aku terfikir kalau lah nama aku ada nama yang glamour-glamour mesti best kan
letak nama macam syed ke , daniel ke , farid ke . serious weh masa tu aku angan macam-macam kot nak kenenkan dengan nama haikal tu

then bila umur aku dah meningkat naik , aku start berfikir kenapa aku kena benci nama aku sendiri . so aku surf lah internet cari makna sendiri . nak tahu tak maksud nama aku ? kalau aku tanya then korang jawab tak sekalipun aku tetap nak bagitau jugak . so what ? haha :P

ALIFF = SEORANG SAHABAT YANG SEJATI
HAIKAL = SEPOHON POKOK YANG BESAR DAN SUBUR

masa tu aku macam ' wow '
aku rasa menyesal , rasa menyesal sebab tak suka dengan nama aliff yang mak ayah aku letak kat pangkal nama padahal nama tu sangat indah maksudnya
sekarang aku bangga kot dengan nama aku . aku bangga sebab dengan nama aku ni , orang sekeliling boleh kenal aku

' kau kenal aliff haikal tak ?'
' ha ? budak yang hensem-hensem , comel-comel tu ke ? ' #ini aku tipu jangan percaya sila muntah laju-laju

so kau tak nampak ke aku sedang berbangga dengan nama aku sendiri ? kau tak tengok ke facebook aku punya nama ? kau tak nampak lagi keeeeeeeeee ? #hiperbola-hiperbola . haha
then kenapa masih ada yang tak bangga dengan nama sendiri ? kenapa ? tell me why , tell me why T_T
mak ayah dah bagi nama sedap-sedap dok pi tukaq jadi nama omputeh pasai pa ? hang tau dak kalau sepuluh ribu orang tak suka nama hang , hang kena pikiaq ada dua orang yang suka nama hang tu . so ? buat apa dok pi tukaq nama lagi ? banyak sungguh aku punya soalan =='

nama FATIMAH , tapi bila tak bangga dengan nama sendiri tukar jadi FATTY . pheh glemer siot nama padahal dia taktau maksud nama FATTY tu apa , gemokkkk
aku tak kondem siapa-siapa dalam hal ni , aku tau itu hak korang , tapi aku nak korang fikir jelah . kalau korang jenis yang memang tak suka orang ambil tahu pasal korang , okay get your own life :)

i'm proud of my name . how about you ?



Saturday, December 10, 2011

UN-FORGETTEN DAY . THANKS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

8 Disember 1993 adalah tarikh paling keramat untuk tuan empunya blog ni kalau nak dibandingkan dengan tarikh yang orang dok agung-agungkan macam 1 januari 2011 tu
tarikh yang akan diingat sampai mati sekalipun , sebab tarikh ni adalah tarikh di mana seorang blogger tak famous ni mula menangis minta di azan kan , minta di susu kan dan minta dibelaikan oleh dua pasang tangan yang akan melindungi diri empunya badan sampai dia mampu untuk melindungi kedua-dua pasang tangan itu kelak , wallahualam

haihh panjang bermadah pulak nak buat perenggan pertama ni , waktu spm dulu tak pernah nak terfikir pun nak buat ayat macam ni , bukan main gramatis , dramatis , dan sistematis lagiii . ada ke sistematis ? ah lenjan je lah . huhu
tak sangka alhamdulillah aku dapat teruskan hidup sampai jumpa balik tarikh 8/12 untuk yang ke lapan belas kali , alhamdulillah alhamdulillah
Allah still nak bagi aku peluang supaya beramal ibadat dalam dunia yang serba indah ni , wallahualam

bytheway , sangat bertujuan hari ni aku post entry , haha yelah kalau dok simpan lama-lama dalam kepala otak ni silap hari bulan boleh jem kepala otak dok perap lama sangat , tak baik untuk kesihatan ibu mengandung dan juga bapak yang suka sakit jantung . aku merepek , jangan layan :P
sempena aliff haikal yang dah mencecah lapan belas tahun di bumi perantauan yang tak berapa nak perantau sangat maklumlah dalam malaysia jugak
so adat kena buli , kejap ! buli ? hmmm tak tak , kena tukar dengan aksi-untuk-menunjukkan-kasih-sayang-yang-teramat-sangat kepada si birthday boy yang sangat comel ni . kelaut kelautt
bukan apa , straight to the point jelah , takmau belok-belok dah satni kena pangkah dengan pembaca blog cheq sia-sia bersengkang mata update post =='

kalau korang nak tahu , menjelang pukul duabelas(12) tengah malam waktu malaysia , aku ditarik oleh roomate-roomate terchinta lagi tershayang aku pergi kat belakang belok , ahh tidak aku tak sanggup dinodai sebegini rupa , hotak hang siapa nak noda aku ? =='
okayokay , aku kena tarik sebab dorang nak buat special something sempena ketibaan tarikh keramat encik blogger ni , so bila budak-budak satu aras blok datang serbu encik blogger dengan muka encik blogger penuh kebingungan sambil garu ketiak yang tak gatal , aku pun tanya ' korang nak buat apa ni , nak buat apa ni , jangan lah jangan lahh ' , ewww sangat gedik pulak aku rasa , haha
so ketua yang merancang semua ni merangkap roomate sebelah katil yang terchinta pun suruh aku buat satu pesanan ringkas sambil mata aku ditutup oleh kain hitam ! cissss sangat tak sistematik tutup guna kain hitam , lain kali sarung lah badan sekali guna karung guni , baru extreme . HAHAHA
lepas dah habis buat ucapan happy birthday yang agak panjang berjelar sampai nak tertido , dengan sangat bersemangat kawan-kawan blok aku simbah aku dengan sebaldi air serupa air najis kumbahan kat loji indah water .
kau bayangkan ?! tak tergapai-gapai kau cuba menghirup udara kurniaan Tuhan tatkala hidung kau dipenuhi bau-bau serupa taik yang sangat boleh buat orang tak kuat semangat pengsan duapuluhempatjam tak bangun .
dengan kudrat yang masih ada berbekalkan iltizam yang kuat , aku pun dengan singanya kejar lah kawan-kawan aku konon nak mengamuk protes sambil kyaaaaaa sebab nak peluk dorang sebab sharing bau is caring kan ?
HAAAAAA siottt betul ! habis bau sangat busuk kat seluruh badan aku serupa aku takpaya mandi maghrib tadi at least aku boleh mandi malam tu
so bila semua dok pakat lari lintang pukang takut melekat bau kat badan dorang , aku pun masuk bilik air terus mandi .
gilaaa betul , mandi punya mandi , bau dia tak hilang , sudah ,
nasib baik insan-insan yang mencurahkan air busuk tu menghulurkan sabun antabax aku yang harum semerbak tu.
so bila dah basuh semua badan habis wangi , aku pun tukar lah baju pakai baju hensem-hensem sikit , tapi rupanya tak habis lagi saat-saat kegembiraan aku
kawan bilik merangkap roomate terchinta dan rakan-rakan bilik lain datang bilik aku bawakkan sebijik kek bertuliskan ' happy birthday '
serious aku terharu gila , sangat terharu sebab tak sangka dorang buat semua ni untuk aku , ni lah yang membuatkan aku bertambah chinta dan shayang roomate-roomate aku . HAHA kau mampu ? :p
lepas dorang dah nyanyikan lagu happy birthday , aku pun tiup lilin yang kaler putih panjang sejengkal tu , asal ada sudahlah kan ?
then dengan muka penuh bangga dan terharu , potong lah kek dengan harapan nak rasa macam mana kek tu , tapi hajat tak kesampaian bila ada satu tangan menghentam kuat tangan memegang kek lalu terkena batang hidung sendiri . hamekkkauuu ! sekali lagi
dengan rasa bangganya juga , seketika kek dipegang menjadi bahan balingan sebab rasa yang tidak puas hati nak calit kat muka sorang-sorang krim kek tu . HAHA
agak kecoh jugak ah masa tu dengan jeritan budak-budak ni takut kena baling krim kek tu , tapi dunia ni kecik je weh ! takde siapa dapat mengelaknya . haha so akhirnya semua budak bermandikan krim kek yang sangat berminyak tu bila basuh susah nak hilang , so adil lah kan semua kena masuk bilik air mandi macam aku . :P
kawan bilik sebelah pun belikan aku kek , wahh terharu gilaaaaaaaaaaa :( tapi yang siotnya ada orang tarik kain pelikat aku padahal time tu aku tak pakai underwear ! ==' nasib baik aku mempunyai kekuatan maksima, dapat lah aku melindungi maruah aku dari dicalari . HAHA SIOT JE

bila teringat kisah-kisah ni , aku terharu gila kot sebab dorang buat semua ni kat aku
susah-susah je buatkan air spesial bagi aku mandi , beli kan kek untuk aku , semua tu ah
rasa macam nak nangis ni , haha semua aku nak menangis , gembeng betul --'
tapi serious ah , aku terasa dihargai . cewahhhh nanti kalau roomate aku baca takmau aku blushing dalam bilik ni . hampehh :P

so thanks guys sebab belikan aku kek bagai , buatkan air yang special tu , buat video pasal aku sikit , belikan makanan ringan untuk aku , dah tarik kain pelikat aku walaupun korang tak berjaya . HAHA aku hargai sangat-sangat . :)
kalau nak tau , malamnya pulak aku buat makan-makan sikit kat cafe dengan budak kelas , siot je kena tuang air dekat baju oleh classmate sendiri , nasib baik cepat kering . haha thanksss :) sayang korang muah muah muah . okay lebih :p

okay dah serupa macam nak join kumpulan black metal pulak , tapi ini bukan !
cuma sepotong kek hari jadi dicalit ke muka encik blogger . dan gambar terpaksa di mozaic kan sebab mengandungi unsur-unsur lucah yang sangat keterlaluan . HAHA

have fun reading this entry from hencek haikal shayang:)







Tuesday, December 6, 2011

THIS IS NOT MY ENDING

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hari ni adalah hari yang bersejarah , hari yang mana dari aku seorang yang gumbira menjadi seorang yang penduka . HAHA ayat takboleh belah ,
okay hari ni hari aku dapat result final exam semester satu yang lepas
memang tah kan ramai yang mesej aku tanya dapat berapa , ada yang mesej kat facebook tanya aku dapat berapa . dengan rasa duka cintanya aku cakap yang aku bukan 4flat , so mesti korang faham kan perasaan aku waktu menaip perkataan ' bukan 4flat '

nak cerita dulu sebelum dapat result dan selepas dapat result , mungkin ramai yang tertanya-tanya sekarang kan aku dapat berapa , encik gayah sebelah rumah aku pun duk buzz dalam ym tanya aku dapat berapa , busy body betul encik gayah sekarang ye . HAHA

pagi tu kalau ikutkan , keputusan akan di umumkan pukul sepuluh pagi , entah kenapa tiba-tiba pengarah kolej aku cakap keputusan akan diumumkan pukul tiga petang .
so dengan semangat yang berkobar sambil bawak bendera kolej nak tengok result jadi merundum dan semangat nervous semakin memuncak-muncak macam nak keluar dari kepala . cikgu dalam kelas memainkan peranan mententeramkan kitorang yang macam nak taknak je belajar sebab terlalu nervous , tapi pembelajaran berjalan seperti biasa .
lepas tu tiba-tiba dengar pulak cerita pengarah kolej nak jumpa semua lecturer sebab nak cakap pasal result yang kitorang akan dapat ni , ada lah dengar desas desus cakap yang tahun ni antara tahun terbaik pelajar matrik perlis dapat keputusan cemerlang .
so dari sini kau tak rasa macam semangat semakin berkobar ke ? aku merasainya masa tu
then lepas kelas dah habis pukul tiga dengan kebenaran keluar awal oleh cikgu english , aku mula rasa sangat berdebar nak pergi bangunan tempat keputusan ditampal.
bayangkan lah masa tu kau berjalan sejauh sekilometer dengan kaki yang menggeletar plus jantung dok dup dap dup dap . aku memang nervous tahap dopolohlapan darjah ahh .

masa aku and the gang nak pergi tengok result tu , memang ramai dah kot yang berkumpul dok menjerit-jerit , ada yang menangis . aku pun tumpang berdebar kot
semakin ligat jantung aku dup dap dup dap , dengan teriakan histeria budak-budak 4flat , aku makin berdebar .
so kuatkan semangat dan pergi kat papan kenyataan tempat ditampal result tu , memang ramai sangat , masa kat sekolah bukan macam ni oh * tiba-tiba *
so scroll tangan mencari nombor matriks and aku berhenti di nombor MA1114512074 dannnnn

'SPEECHLESS'

aku sangat tergamam sambil buat muka tak comel depan result sambil tengok keliling dengan harapan ada orang datang kat aku sambil tanya ' dapat berapa ? ' tapi hampeh sebab masing-masing busy dengan result masing-masing .
aku tak tipu , masa tu aku rasa macam nak menangis , nak menjerit , nak berguling atas simen sebab aku tak dapat fourflat .
lepas dah tengok tu , slow-slow aku pergi kan gang aku tadi , then dorang pun tanya aku dapat berapa , aku cuba kontrol kesedihan aku , aku cuba kontrol , tapi dorang boleh baca , and aku pun cakap yang aku tak dapat 4flat .
dorang bagi aku semangat , dorang cakap ' sabar lah , itu yang kau mampu dapat , syukur'
tapi aku entah lah masa tu , kecewa sangat , aku targer nak dapat fourflat tapi aku cuma dapat macam tu je .
aku bukan nya tak dapat terima hakikat yang aku tak dapat fourflat , tapi aku rasa sangat-sangat terkejut
aku rasa kenapa aku tak boleh dapat fourflat , kenapa kenapa kenapa ??!
masa tu mood aku serious takde , aku tengok kiri kanan ada yang menangis , ada yang menjerit dapat fourflat , tapi aku dengan dunia aku , dunia kekecewaan aku . kawan aku tanya sepatah , aku jawab dengan angguk geleng je . sedih weh masa tu .

aku pun blah lah dari tempat tu sebab nak balik bilik dari aku melalak meraung kat situ , malu aku .
balik bilik dengan muka penuh sedih , campak beg , bukak baju kemeja , amik phone terus call mak .
aku call mak aku first , tak angkat
aku call mak aku second , tak angkat lagii
ahhh siot ayaq mata jantan cheq dah bergenang dalam mata neh , awat mak tak angkat phone
call bapak aku , bapak aku cakap maybe mak aku tak dengar kot
call lagi and mak aku angkat
aku cakap kat mak aku pasal result aku , aku menangis . yes aku menangis
mak cakap ' okay lah dapat macam tu , nanti buat elok-elok exam akan datang ', yes aku menangis lagi . then aku matikan phone
bapak aku pulak call , and aku menangis lagi .
bapak aku cakap ' takpe , try untuk next exam pulak , jangan give up , okay lah bukannya teruk mana pun' . menangis lagi den . adeihhh

aku try nak coolkan diri , aku lepak atas katil , masa tu memang aku nak nangis lagi lah
then aku pun tidur , aku bangun pukul 6.30 petang , masa tu aku dah cool sikit , aku dah boleh terima lah result aku , aku dah boleh fikir , aku dah boleh bersyukur .
aku muhasabah diri aku , ramai lagi kawan-kawan aku yang dapat rendah dari aku, tapi kenapa aku kena menangis , kena kecewa , kena meratapi padahal ada lagi yang perlu kecewa , perlu menangis .
so aku terus ambil wuduk aku sembahyang asar , aku berdoa aku bersyukur kat Allah .......


result aku tu , aku cuma dapat B- untuk subjek bussiness , aku memang tahu yang aku lemah dalam kes mengingat fakta ni , so aku rasa bersyukur dengan apa yang aku dapat.
subjek akaun , math dengan ekonomi alhamdulillah.

AKU SEKARANG DAH OKAY :) AKU DAH BOLEH KETAWA , AKU DAH BOLEH JAWAB CALL ORANG , AKU DAH BOLEH BALAS MESEJ ORANG , AND YANG PASTI AKU DAH BOLEH UPDATE BELOG NI . hehe :)
ingat , kalau kita sedih dengan apa yang kita ada sekarang , ada orang yang lagi sedih dari kita .
aku jadikan result ni sebagai motivasi aku nak capai fourflat untuk semester dua . yess aku akan berusaha ! ya Allah kau bersama aku . aku memohon denganMu . amin:)



Sunday, December 4, 2011

I GOT PROBLEM . SAD

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

aku ada masalah ni , aku ada masalah niii , sambil lari keliling meja makan sambil buat muka comel mintak penampar , merepek
aku ada masalah ni , siapa boleh tolonggg ?
' hoi apa masalah kau ? '
' amboii tak sabarnya encik gayah nak tahu , sabaq nah '

macam ni , masalah aku ialah aku ni kuat mengigau
aku taktahu kenapa semenjak aku masuk matriks ni , aku kerap mengigau
setiap malam tu memang perkara wajib lah
sampaikan jiran sebelah katil aku macam serupa tak tahan tiap malam dia diganggu
sobb sobbb sobbb
aku taktahu dah macam mana nak handle masalah ni
aku cuba tanya kawan-kawan aku macam mana nak kurangkan tabiat mengigau ni,kalau boleh ada tak cara nak hilangkan terus tabiat ni , =='
tapi macam biasa apa jawapan yang dorang bagi ( baca doa , tidur mengiring ke kanan , sebelum tidur basuh kaki , ambil wudhu )
tapi weh tapi weh , aku dah buat semua tu , aku dah cuba
macam biasa dialog pagi-pagi buta oleh kawan aku
' mengigau lagi '
kau tak rasa ke macam mana perasaan aku masa tu , dengan hati berbunga-bunga buat semua perkara yang di-mention-kan di atas sebelum tidur tapi hasilnya ............
tapi itu yang aku pelik , pelik tahap kuasa duapuluh dah ni sambil garu-garu kepala buat muka comel lagi
kenapa aku still mengigau eventho aku dah buat macam-macam perkara
sebelum tidur aku basuh kaki , baca ayat kursi , baca tiga Qul
tapi still mengigau . haishhh
kat rumah tak lah seteruk ni , tapi kat sini . astagfirullah :(
can you feel how i feel now ? =='
ada orang cakap aku bela hantu , haihhh ada ke patut =='

not feeling good now :( bai

Saturday, December 3, 2011

PEMBONGKARAN: CAPITAL ELEVEN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

aucakkks !
tujuan post entry hari ini ialah atas dasar paksa rela hati sebab ada blogger tu tag aku dalam entry dia , wohooo bangga tak terhingga oh :P
siapakah gerangan empunya belog terchinta itu ? tepuk tangan dulu
< here >

RULES:
1.You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. and create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged Him/Her.
6. NO tag back!
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY,TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

U-N-D-E-R-S-T-A-N-D-?
if not please scroll up and read again thank you. ( guna google translate jer wehhh )


ELEVEN THINGS ABOUT ME YANG KORANG PERLU TAHU ( PEDULIK ? )

1. aku tak comel , tapi ramai yang cakap aku comel , kalau cakap aku ni hensem ke kacak ke okay lah jugak , angkat bakul sendiri lah .. :P
2. aku ada facebook , aku ada blog , aku ada twitter , tapi aku takdek friendster . aneh-aneh jea --'
3. aku suka kucing , makin lebat bulu seseekor kucing tu , makin kuat perasaan chinta dan shayang terhadap beliau . come to papa bebeh !
4. aku suka update status dalam facebook , sebab adanya button like tu . HIHI >,<
5. aku akan taching bila dengar lagu sedih , lagi-lagi kalau tengah layan perasaan atas katil . sebak T_T
6. aku single . please tolong percaya . :D
7. aku selalu mengigau bila tidur , tapi pelik waktu petang pun aku mengigau . haihh
8. bila aku tak suka seseorang , aku akan ushar dan terus ushar sampai lah aku berani nak cakap ' weh aku tak suka kau ' .
9. aku nak camera dslr , nak i-phone, nak samsung galaxy , nak berodben percuma . tapi aku nak semua tu dengan FREE , siapa mampu bagi ? hihi
10. bila kat kedai makan , aku tak mampu nak habiskan air dalam cawan yang aku beli , walau mahal macam mana pun , susah nak habiskan , taktahu kenapa . haishh
11. yang terakhir , yesss yang terakhir ! .. aku suka perempuan yang bertudung labuh :)

ELEVEN QUESTION DARI SENAH GLAMOUR

1.Umur berapa tahun,bulan and hari? Haa KIRA-KIRA :p
2.Takut kena ENJIT tak ? Jarum ?
3.Berapa JAM depan laptop , berapa JAM depan BUKU?
4.Pernah exsiden berapa kali ?
5.Nazmi Faiz ke Greyson Chance ?
6.Blogger sejak tahun bila and bulan berapa ?
7.Facebook or Twitter ?
8.Suka layan drama melayu or korea ?
9.SENAH GLAMOUR COMEL TAK? lalalalalala
10.Single or Couple?
11.Pernah mandi dalam parit ?Sambil jerit-2 dekat orang lalu lalang?

1. umur aku tujuh-belas-tahun-sebelas-bulan-dua-puluh-tujuh-hari
2. TAKUT ? hello , ini Aliff haikal lah , setiap kali nak pergi bilik injection tu berpeluh badan =='
3. 22jam depan laptop , 2jam depan buku . aku tidur pun depan laptop , kau boleh ? :P
4. BERkali-kali , eksiden jatuh cinta , aum aum :)
5. siapa tu ? tak kenal , aku kenal najwa latip jea . AHAKS ( GC lah wehhh)
6. since 2010 , serious 2011 , bulan satu 2011
7. FACEBOOK lahhh
8. drama melayu , guwa suka maki dyorang . kihkih :p
9. comel gila wehh , aku cair dah ni ,
10. CAPITAL S :)
11. memori terindah tu , haha :)

ELEVEN QUESTIONS FROM ME

1. 1+1=?
2. 2+2=?
3. 3x+18=19 , what the value of x ?
4. dah add facebook saya belum ? kalau belum cepat add ! ( dengan nada marah ) :P
5. baca blog saya since bila ? so ada apa-apa komen nak bagi ?
6. kenal MARIA ELENA ? YUYU ZULAIKHA ?
7. suka memasak ? ke suka makan je ? :P
8. teringin nak stadi oversea tak ?
9. sayang mak ayah lebih ke boprenn geprenn lebih ?
10. boleh penuhi permintaan ' eleven things about me yang number sembilan tu ' ? haha
11. cantik tak header aku ? haha

dengan penat lelahnya aku memikir idea nak buat semua ni , senang jea soalan-soalan yang aku bagi tu , ala bukan susah mana , kalau malas jawab letak je pangkah besar-besar dalam jawapan tu . HAHA ;P

ELEVEN PEOPLE WILL BE THE VICTIMS :)









Wednesday, November 30, 2011

PLEASE TAKE THIS NOTE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hari ni dah hari khamis , tak sangka yang minggu depan result final exam sem 1
pheh gila tak berdebar kau . okay tujuan posting entry hari ni ialah aku nak cerita sikit keadaan yang kadang-kadang berlaku dalam kelas aku yang macam sedikit annoying . actually kejadian ni berlaku kat mana-mana pun , eventho sekolah sekali pun . so kalau yang terasa tu , mintak maaf awal-awal nahhh :P

#situasi satu

guru : ahmad , boleh kamu tolong bagitahu cikgu 4+4 berapa ?
ahmad : errr
tiba-tiba
amin : 8 cikgu!
aminah : 8
amirul : 8 lahh
tapi dalam masa yang sama ahmad tengah mengira
cikgu : woah ramainya ahmad dalam kelas ni ..

based on situasi kat atas ni , korang boleh tahu kan apa yang aku cuba nak maksudkan ?
kat sini , cikgu tu tanya ahmad , bukan amin or aminah or amirul tu
tapi kenapa dorang still nak jawabkan eventho ahmad tak bercakap lagi pun ,
cuba lah bagi peluang ahmad tu nak bercakap , aku kadang-kadang concern dengan benda ni dalam kelas aku , contoh macam kat atas tu lah .
entah , aku macam geram pun ada , biarlah student yang ditanya tu jawab walaupun dia tak tau jawapan , aku tau ramai yang pandai dalam kelas , tapi takpayah lah nak jawabkan bagi pihak seseorang tu . kalau betul pun dia memang taktahu langsung dan dah macam ular kena simbah dengan minyak gas , bisik lah kat telinga dia , tak perlu kot nak buat bising dalam kelas tu semata-mata nak tolong jawabkan . duduk diam atas kerusi sendiri sudahlah . so the conclusion is , jawab bila nama kita kena , bukan jawab bila nama orang yang kena . please :)

#situasi dua
razak : cikgu , macam mana nak tahu simbol lebih kecik ke lebih besar ke dalam soalan graph ? saya tak tahu lah nak tentukan macam mana cikgu ,
tiba-tiba
razif : kau ni , kan dia ada tulis dalam soalan nanti , kena faham betul2 lah ,
zariq : nanti dia bagi tau kat dalam soalan tu , kita cuma kena pastikan dia lebih besar ke lebih kecik , depends pada ayat .
lepas tu
razak : aku tanya cikgu , bukan tanya korang . =='

situasi dua tu memang annoying sangat , aku memang kadang-kadang tu macam kesian kat kawan kelas yang lain bila soalan yang sepatutnya cikgu jawab last kawan sendiri yang jawabkan . tak kisah kalau nak jawabkan , tapi kan lebih baik kalau cikgu tu sendiri yang terangkan , kalau ye pun dah faham tahap boleh buat seratuslapanpuluh soalan , duduk diam sudah lah and dengar penjelasan cikgu tu , kena lah sedar tak semua orang boleh faham macam apa yang kita faham . ada yang fast motion ada yang slow motion . so kalau memang dah expert tu hulur-hulur lah ilmu kat budak yang tak faham so nanti takpayah lah dia tanya dalam kelas then kawan dia sendiri yang jawabkan . it's so annoying !

#macam-macam ragam dalam kelas aku , ada yang diam ada yang bising , papepun mereka lah kawan terbaik aku !:)

' duduk dalam kelas senyum je bila nama kena panggil untuk jawab soalan.haha'

Tuesday, November 29, 2011

OUR ROOMMATES OUR FAMILY

ASSALAMUALAIKUM

sejak kebelakangan ni aku rasa macam pelik je ,
rasa malas yang teramat sangat , bukan malas belajar tapi malas nak online . HAHA
before ni masa semester 1 memang aku rajin kot menjunjung notebook pergi cafe nak online
maklumlah kita tak pakai brodben :P
tapi since dah masuk semester dua ni , nak online je mesti malas , nak online je mesti malas
aku nak online , tapi malas nak menapak pergi cafe . haha kau faham tak ? so nak tak nak aku tak online lah
nak update blog lagi lah kan =='
nasib baik lah ada henset nokia ni yang at least aku boleh update status facebook 'via mobile '
tapi ramai pulak memerli konon aku beli henset baru . ceiittt podaaa. haha
henset tukar dengan ayah je lah
masuk semester dua ni , mesti lah lagi tough pembelajaran dia
yes aku admit . semester dua ni lebih kepada pembelajaran kewangan . semua subjek
bisnes , akaun , math plus akaun ..
so jadual pun pack , senyum je tiap pagi bila tengok kelas setiap hari yang kalau boleh taknak bagi aku tidur sekejap . HAHA :D

hari ni aku nak buat entry pasal roomate ,
post ni aku dah lama mengidamkan nak post , means pasal roomate ni lah
tapi merujuk kepada perenggan pertama kat atas tu mesti korang paham . HIHI:P
roomate ni kiranya ahli keluarga kita yang kedua kat asrama . yelah takkan kau nak suruh family kau duduk lama asrama kau tuu .
kalau nak setiap hari korang dalam bilik tu seronok , mesti lah kena mulakan dulu dengan menjaga hubungan antara roomate kan . roomate terchinta kan . :)

MENJAGA/HORMAT PRIVASI ROOMATE
setiap orang ada hak masing-masing , setiap orang ade privasinya
so kenalah hormat privasi roomate kita , kalau benda tu sangat privacy , plis lah jangan masuk campur . paling tak pun tanya lah ' okay tak ? '
kalau korang menganggu privasi roomate sendiri , nanti dia jadi tak selesa and maybe hubungan kita dengan roomate pun tal best .
aku sendiri hormat privasi roomate aku , benda-benda yang peribadi ni aku jarang ambil port
so bila kita dah hormat privasi roomate kita secara tak langsung dorang pun akan hormat privasi kita kan ?

MENJAGA PERASAAN ROOMATE
sebagai seorang roomate yang baik , tolong lah jaga perasaan roomate sendiri
jangan lah sakitkan hati dia , singgung perasaan dia
kalau rasa dia macam ada buat salah , tegur lah tapi jangan tegur macam nak gaduh
cuba guna bahasa yang indah-indah sikit , kalau tak suka sekali pun
kita kan lama dengan roomate tu , kalau tegur secara direct or kita sakitkan hati dia
bukan ke nanti efek pada perhubungan korang
silap hari bulan berbulan-bulan tak tegur padahal studi meja sebelah je
kan tak best ?

AMBIL BERAT PASAL ROOMATE
setiap hari cuba tanya ' apa khabar ? '
haha maybe macam formal sangat kan , tapi tak pelik pun kalau amalkan
alaa , kalau memang macam takdek masa nak tanya keadaan roomate tu sebab busy sangatt
ushar-ushar lah sikit keadaan roomate tu , tengok lah kesihatan dia
kalau dia batuk-batuk tu tak reti nak tanya ke sihat ke tak
kalau muka dia pucat tu takkan nak tengok jeee , at least tanya ' kenapa muka pucat, dah makan ? ' . so mungkin roomate korang akan cerita . caring is sweet kan . HAHA

TOLONG ROOMATE BILA ADA MASALAH
sebagai seorang roomate yang baik , cuba volunteer kan diri tu untuk tolong roomate bila dia ada masalah
tak kisah lah masalah kewangan ke , masalah pembelajaran ke , masalah cinta ke
tolong lah roomate tu , jangan biarkan dorang terkapai-kapai sensorang nak cari jalan penyelesaian ,
hulurkan lah tangan ringankan beban :)


sayangilah roomate kita macam mana kita sayang family kita
tapi jangan lah sayang sangat sebab dorang tu sama jantina . takut lain yang jadi nanti
HAHA okbaii :)




Wednesday, November 23, 2011

CERITA PASAL ASRAMA , SERONOK LAH

ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA

saat menulis entry ni , sedang menonton perlawanan bola sepak antara indonesia dan malaysia , shit dah 1-1 . haha sorry mencarut ==' tapi apa-apa pun MALAYSIA DAH MENANG ! :)
okay kita teruskan dengan intipati entry hari ni yang bukan ke lembah mencarut tapi ke lembah memberi pendapat . err pendapat ? entah nilai lah sendiri pendapat ke condemn ke . haha :D
bytheway semester dua dah start , tengok jadual kelas , phehhh senyum sampai ke telinga kan bila setiap hari balik pukul 4petang , compact gila . okay lupakan sesi mengeluh aku sebab aku nak dapat 4flat . amin :)

sebut je asrama , apa yang korang fikir ? errr katil yang empuk ? batal yang besar ? atau roomate yang sporting ? ohhhh mungkin jugak , tapi mostly bila cakap pasal asrama , mesti ada beberapa topik hangat yang selalu orang canang-canangkan kannn ? jangan nak tipu lahh . HAHA
paling tak pun mesti jirang-jirang korang cakap ' eee tak takut hantu dorm ke ? ' . haha
so aku dah buat survey , rajin kan ? ada tiga benda yang selalu orang cakap pasal asrama , actually banyak , tapi disebabkan masa yang terhad , aku nak tulis tiga jelah . boleh ? ahh tambah tolak sendiri ah kalau ada tu , tulis kat comment form je lah . haha :)

HANTU ASRAMA

' semalam aku rasa macam ada orang panggil aku lah abu kat tandas semalam , lepastu aku tengok belakang takde orang pun , apa lagi aku terus pecut ah lari , seram doh '
' kau tahu , semalam aku nampak benda putih kat atas pokok sebelah tingkap bilik aku , takut aku wehhh !'
sedikit sebanyak dialog yang aku petik dari kawan-kawan dorm aku , seriously memang ramai kot yang selalu cakap pasal dia nampak hantu lah , dia rasa macam ada orang panggil lah , dia rasa macam ada orang tengah tengok dia lah , ape lagi lah . kita kena tahu lah kan yang hantu , syaitan ni memang wujud , lagi-lagi asrama ni jenis benda yang dah lama kan , so no wonder lah makhluk-makhluk macam ni menginap kat situ , entah-entah dah beranak pinak kot dalam asrama tu . HUHU so kita sebagai seorang manusia , mesti lah terkejut bila nampak benda-benda yang macam ni , lagi-lagi kalau yang jenis memang lemah semangat , mau tak kecoh satu dorm dengar dia menjerit .tup-tup update status dalam facebook . HIHI tapi sebagai seorang muslim , bukankah doa tu perisai kita ? so apa-apa yang kita lakukan cuba mulakan dengan doa-doa yang tertentu , paling koman pun baca lah ayat kursi ke sebab ayat kursi ni boleh menjadi pelindung kita insyaALLAH , so before tidur lah paling kurang pun baca ayat kursi dulu yeee :) . syaitan itu memang ada disebelah anda sekarang . HAHA hantu makcik karipap rawkkkk !


BULI


balik-balik dalam paper pasal buli . buli tu buli ni . paling teruk pun sampai kes meliwat bagai tu , hilang akal ke apa ? tapi seriously majoriti lah kalau sekolah berasrama ke ipt-ipt ke mesti ada kes buli ni . lagi-lagi senior buli junior . haishhh takde benda lain ke dorang nak buat sebagai penghilang bosan selain buli ? kesian lah kalau yang mangsa buli tu budak-budak berbadan comel yang macam aku ni ==' .. lepas tu kalau yang buli bukan jenis yang manja-manja tu , ni jenis yang hardcore , suruh tu suruh ni dalam masa sehari . kesian kan ? tapi Alhamdulillah lah aku masuk matriks ni takde kes buli sebab takde senior punnn , haha semua sebaya , berani nak buli ? tali pinggang merah ni weii . HAHA ada bran ? :P bytheway kalau masuk U masa degree nanti forsure sure lah cheq kena buli T_T , dah lah cheq ni badan comel lotte , mau kena buli basuh baju 10 senior , tak mati cheqq ? HAHA alahh minggu first orientasi , biasalah , lepastuh hai-hai ah dengan senior kan . :D tapi kan tapi kan , apa bestnya membuli ni ?????????? yang si pembuli ni tak pernah terfikir ke perasaan orang yang dibuli , kalau lah adik dorang yang kena , tahu pulak nak mengamuk kan ? huh == pelik




HIDUP TERKONGKONG
alahaii , aku kat matriks ni dah puas telinga dengar kawan-kawan aku membebel hidup tak bebas lah , kena ikut tu lah , kena ikut ni lah . tapii aku kadang-kadang tu ada gak membebel . haha :P tapi rileks lah , hidup kat dorm ni memang lah banyak peraturan yang kena ikut , banyak lah protokol nya , kena control sana kena control sini . al-maklumlah bukannya semua yang duduk hostel ni reti dengar kata , kalau tak letak rule banyak-banyak memang ah tiap malam students takde dalam bilik pergi karaoke lah , pergi makan mekdi lah , pergi meronggeng lah . errr --' . okay , hidup ni kena ada rule , kalau tak hidup manusia ni tunggang langgang :) . bytheway , masa hidup berasrama ni lah kita belajar erti kesusahan , kalau bagi kebebasan sangat , budak-budak sekarang buat tocang siput atas kepala , lelaki pun sama ! HAHA so chill lah kalau rasa terkongkong hidup dalam asrama ni , boleh ke dorang terima pakai ayat aku ni ? lantakk haha :D

so that three common issue yang berkaitan dengan asrama , alaa aku tau banyak lagi yang berkaitan tapi tak cukup idea nak berfikir time-time tengah busy ni . haha busy pongg tetap nak update blog walau dah simpan dalam draft ==' . gigihhhhhhhhh

okay assalamualaikum :)
join lah giveaway aida shafiena tu , sekali dengan contest singlexy tu . merayuuuu:)