THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, June 28, 2012

PESANAN TULUS IKHLAS DARI CELCOM (SEBARKAN)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang mesti dah baca kan entry aku yang INI dan kalau korang alert mesti korang ada baca kes aku yang bill celcom datang rumah . Actually hari ni aku nak terangkan sedikit apa yang terjadi kat aku pasal celcom ni supaya takkan ada lagi  pisang tu berbuah dua kali,berbuah sekali pun ponat den nak menunggu . Kay ini saje buat jenaka . And untuk pastikan tiada siapa lagi manusia-manusia yang bergelar rakyat malaysia yang akan kena tipu bujur-bujur macam aku ni T.T Nasik dah jadi bubur asyura,makan jelah ye .

Okay kejadian berlaku ketika aku sedang menikmati percutian bulan madu yang keberapa entah kat KL bersama beberapa kawan aku . Tengah syok pot pet pot pet sambil turun dari tangga nak ke Sungai Wang kitorang bertiga didatangi oleh beberapa promoter kononnya dari celcom . Cehhh smart dah pakai baju celcom,dengan bertindik di telinga bagai dah serupa pondan aku tengok. Dan kami ditawarkan oleh mereka sim card celcom yang PERCUMA takpayah bayar macam kita selalu beli kat kedai celcom. Mula-mula aku dapat loloskan diri aku dari pelukan erat manja dorang tapi achaner entah member aku pulak dipeluk seeratnya sampai takboleh nak dilepaskan dan terpaksa mendegar pot pet pot pet dia cakap pasal celcom sim card percuma ni. Aku yang entah bodoh sangat boleh patah balik konon nak sedarkan member aku tentang perkara ini tetapi apakan daya aku pun terjerat sekali dengan benda ni . 

' Dik abang bagi sim card ni percuma dik.Tolong lah ambil dik,Abang nak habiskan stock ni,Nanti boss abang marah.Kitorang nak clearkan stok sim card percuma ni . Bagi IC adik dengan nama ibu adik . Tolong eh adik '

' Eh takpelah bang , saya tak berminat pun dengan benda jadah ni , saya dah pakai dah celcom ni *sambil tunjuk I-phone 5s kat dia tertera CELCOM* '

' Kalau kau tak ambik , aku tumbuk kau . Baik kau ambik,jangan banyak cakap sangat'

Entah , aku jadi takut tiba-tiba bila dia dah ugut nak tumbuk aku kalau aku tak ambil. So nak buat macam mana , aku bagi IC aku nama ibu aku kat dia . Sebab aku fikir kalau aku tak guna sim card tu pun boleh je kan . So aku pun watlek watkul . Lepas aku dan member aku dah kena , kitorang pun bersuka ria pergi sungai wang . Bongok kan aku ? -.-

Seminggu lepas tu tudiaaa bapak aku dari penang call cakap celcom bill sampai rumah (IC alamat kampung :p) . Wadefufu betul bila masa lah aku guna celcom bill ni . Dan aku tahu semua tu berpunca daripada sim card yang aku dapat tu . Nasib baik sim card tu aku belum buang dan tersimpan rapi dalam beg aku bawak pergi kl haritu . Aku cakap kat bapak aku yang aku akan settle semua ni dalam masa terdekat . 

Alhamdulillah semalam baru je pergi celcom center dan cuba bertanyakan pasal perkara ni . Sumpah baik gila babeng kot akak kaunter celcom tu melayan pertanyaan aku dengan penuh hemahnya beliau *tepuk tangan* . Aku siap datang celcom center dengan bill dan sim card yang still fresh dalam plastik tunjuk kat akak tu . Alhamdulillah aku takpayah bayar langsung bill tersebut sebab bukti memang ada yang aku tak guna sim card tersebut dan keterangan pun aku dah bagi semua . Tapi kena buat report polis sebab takut nanti bill celcom datang lagi sebab IC aku telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab tersebut . Semua perkara ni insyaAllah aku akan settle kan minggu depan . Tak sabar nak jumpa pakcik-pakcik polis sambil buat muka innocent suruh dorang tangkap bedebah-bedebah melayu tu . Kalau aku jumpa orang-orang yang buat macam ni kat tepi jalan , aku dah bersedia nak call polis biar dorang kena tangkap ! 



Dapat dua sim-card actually 



Pesanan kakak celcom tersebut untuk aku kongsikan kat semua rakyat Malaysia yang tercinta ni

'Kad pengenalan adalah milik kita,hak kita.Takde siapa yang berhak meminta melainkan dari pihak polis sendiri.Jangan sewenangnya bagi salinan IC kita kat orang yang kita sendiri tak kenal'-akak celcom center BP

' Pihak celcom tidak melantik mana-mana agen untuk menawarkan sim-card celcom percuma di tepi-tepi jalan dengan cara menarik/mengugut/memaksa dsb. Berhati-hati wahai rakyat Malaysia' 


Dari perkara macam ni , aku memang betul-betul akan hati-hati lepas ni.Aku takkan bagi sewenangnya orang nak fotokopi salinan IC aku . Dan kepada semua orang , jangan terpedaya dengan ulat-ulat beluncas celcom yang menawarkan sim card celcom percuma sebab tu semua tipu.Lebih baik beli sim card celcom di kedai-kedai telekomunikasi yang berdaftar . Ingat ! :_)

Kalau korang terjumpa orang-orang yang menawarkan sim-card celcom percuma,terus laporkan kepada pihak polis atau pun korang jerit cakap ' PENIPU! POLIS TOLONG POLIS! ' Hehe lebih afdal biar dorang takut terus blah dari situ . Memang nak kena kasi pelajaran kat orang macam ni . Kita bakor jeee~

Sekian cerita , Assalamualaikum (like kalau suka :p)


Tuesday, June 26, 2012

NAK JADI BLOGGER BERJAYA KE ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ramai yang cakap simpati dengan nasib yang berlaku kat Superhero <3 aku tapi takpe sebab dia seorang yang kuat ! ^^, 

Pagi-pagi macam ni , tengah sesedap online twitter tiba-tiba teringat pulak kisah-kisah waktu pertama kali jadi blogger ni . Sungguh tak sangka , dari aktiviti cuma menaip jika perlu akan menjadi satu rutin yang perlu untuk menaip . hehe . Ingat lagi waktu pertama kali mencuba mencipta blog , kebodohan IT cukup terserlah sampaikan nak buat tu nak buat ni kena bertanya . Bukan reti nak godeh sendiri . hehe . Tapi waktu tu minat cuma takdelah sampai terlalu obses sampai nak menaip panjang berjelar ,sekadar menaip bila perlu untuk meredakan perasaan . Maka terjadilah sebuah blog yang hanya berceritakan tentang persekolahan , persekolahan dan persekolahan . Dah macam takde cerita lain nak cerita kan . HAHA

Berblogging since 4.June.2010 (ehhh dah dua tahun rupanya usia blog ni?) , waktu tu cuma teringin nak merasa ada blog sendiri , teringin nak mendabik dada dalam kelas sebab ada blog sambil cakap kat kawan sebelah ' Eh aku ada blog,kau hado?' . HAHA masa zaman Jahiliyah memang macam tu . Tapi rupanya , dari first berblogging , dah terbit rasa minat dan tertarik untuk terus dengan blog .

So dengan semangat yang kental dan berwibawa , aku pun cuba lah menjadi part of orang yang suka blog walking . Dari situ aku tengok lah cara dorang create blog sendiri , dorang hias blog sendiri , cerita macam-macam . Sungguh menarik bila aku baca cara olahan yang disampaikan sampai terbit rasa ' Eh aku nak jadi macam dorang lah ' so dari situ mula lah aku pun search tutorial tu tutorial ni . Aku sendiri yang edit blog , aku sendiri yang cipta pelbagai jenis header . Biasalah air tangan lelaki kan , budak akaun pulak tu mana lah nak berseni sangat . HEHE . Aku sekadar edit bila aku rasa dah cantik okay dah . Dulu rajin bebenor aku blogwalking , follow blog , jerit kat shoutmix (sekarang dah takde) , lompat-lompat kat shoutbox . HAHA . kelakar sungguh dah macam beruk baru dapat pegang I-Phone :p

So dari situ , aku belajar dan terus belajar selama setahun lebih . Aku cuba mantapkan gaya penulisan aku , dulu aku suka guna bahawa wempitssss tapi bila aku tengok traffic lebih tinggi kat blog-blog yang menggunakan bahasa melayu tulen aku terus cuba menaip dengan bahasa melayu yang penuh.Sungguh bangga kalau cikgu-cikgu bahasa melayu aku baca blog aku,mesti dorang dah takpayah nak suruh aku buat karangan lagi . HAHA Aku pun belajar sikit demi sikit , aku ambil ilmu dari beberapa orang yang pakar dalam blog ni . Dan Alhamdulillah setelah hampir dua tahun aku bergiat secara aktif dalam bidang blogging ni , aku dapat lah cipta tapak nama sebagai Ekaldude sampaikan ada orang lebih mesra panggil aku Ekaldude dari nama asal aku . HAHA kelakar kan tapi itu semua adalah berkat dari bantuan orang-orang yang dah banyak tolong aku di samping aku sendiri yang teroka macam mana nak jadikan sebuah blog lebih menarik .

Dulu boleh tengok blog aku sumpah hodoh , tapi sekarang orang cakap (Orang cakap okay :p) dah cun melecun dah comel kebapokbapok-an dah takpayah dah nak edit-edit lagi dan terima kasih tak terhingga kepada yang memuji . kalau terjumpa mohon tuntut kiss eh . HAHA Gurau :p

Komen pun semakin lama semakin meningkat naik . Dulu aku macam tak kisah sangat orang nak komen ke taknak sebab tu hak dorang lantak dorang lah . Tapi sekarang dah lain , sungguh ! sungguh aku mengharapkan komen yang tulus ikhlas suci murni dari pembaca tentang sesebuah entry aku sebagai tanda respons setelah penat berhumpas pulas menaip backspace menaip backspace sampaikan selalu sangat jadi typo . hehe Harapan janganlah berhenti mengomen dan jadilah pengomen setia blog ni ! Terima kasih ^^, dan follower juga Alhamdulillah sudah cecah 1k seperti yang diharapkan . hehe . Terima kasih :)

Kalau anda nak jadi seorang blogger yang berjaya , anda sendiri yang harus meneroka , bertanya , belajar dan mempelajari sesuatu tentang blog . Jika tidak , simpan dan teruskan lah  dengan aktiviti ber-mukabuku dan ber-burungbiru di laptop . Pesanan tulus ikhlas dari,Ekaldude :p



Tahukah anda ini adalah gambar daku semasa di tingkatan dua . Aummm >.<







aku nak kenalkan kat korang semua siapa sifu aku dalam dunia blogging ni . Taraaaaaaaaa Cik Myza ( http://cikmiza.blogspot.com  ) . Actually waktu zaman noob dengan blog , aku lebih suka refer kat dia sebab dia lebih awal buat blog dari aku dan aku rasa dia lagi expertssss dari aku . Macam-macam soalan aku tanya dia . hehe . Asal datang sekolah je masuk kelas mesti aku akan terkedek-kedek pergi kat dia tanya pasal itu ini pasal blog,nasib lah dia tenang je jawab kalau tak mesti dia dah baling kerusi plastik sekolah kat aku sebab banyak sangat bertanya . HAHA Tapi sedihnya lahai bila anak murid dia je yang aktif tapi sifu dah kurang aktif , takkan nak pencen dah . Amboi awal lagi lah wei . Semangat ! :) Thanks myza sebab bagi tunjuk ajar sampai kan aku dapat jadi macam sekarang . Kau lah cikgu aku <3

Cukup sampai di sini sahajalah ekaldude berceloteh , dah pagi sangat ni . Biasalah burung hantu kan . Hehe Assalamualaikum 

Like lah kalau suka :D Kalau rasa nak godeh-godeh entry waktu zaman Wempitssss boleh lah terjah ni --> ONG KEDEK KEDEK ONG KEDEK KEDEK


Sunday, June 24, 2012

KELUARGA SUPERHERO

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Johor baru lepas hujan , mendung je suasana macam tau-tau je hari ni nak update pasal kisah yang mendung je bagi santapan mata-mata comel pembaca kat luar sana .

Aku dibesarkan dalam keluarga yang besar . Mempunyai sembilan ahli yang terdiri daripada Ayah (superhero), Mak (superwoman) , Kakak (Catwoman) , Abang (KeluangMan) , Aku (KachakMan) , Adik (CicakMan) , Adik (BatMan) , Adik (PowerRangersPink) , Adik (SpiderMan) . Ini namanya keluarga superhero . Kenapa superhero ? Ehh suka hati itew lah . Keluarga itew memang super-super hero semuanya :)

Memang tak dinafikan , keluarga aku selalu dilanda bermacam-macam masalah . Bermacam-macam dugaan . Belum habis lagi dugaan tu , datang pulak dugaan ni yang lagi mencabar . Memang tak dinafikan . Kadang-kadang tu memang mengalir jugak air mata emak dan ayah aku menghadapi beberapa masalah yang memang susah nak ditanggung . Tapi berkat kesabaran dua orang superhero ni , Alhamdulillah segala masalah dapat diselesaikan .

Ada peristiwa yang memang menyakitkan hati kami sekeluarga . Tak sangka , status 'Darah adik beradik' yang dipegang oleh sanak saudara aku sikit pun tak dipandang tinggi . Malah ada yang sanggup tikam belakang saudara sendiri . Memang sedih bila dikenangkan hal ini . Kisah ni berlaku bila ada saudara aku menawarkan kerja kontrak kat ayah aku , sebab ayah aku ni pesara tentera and taktahu nak buat kerja apa sementara mengisi masa terluang dia sanggup lah terima tawaran kerja kontrak dari saudara aku ni . Tapi madu yang diberi akhirnya dibalas dengan tuba . Sungguh kejam bila janji yang diberi tak dikotakan . Segala masalah kewangan yang ayah aku hadapi sepanjang projek ni langsung tak di ambil pedulik , sorang-sorang ayah aku lah handle masalah kewangan ni , masalah nak membeli beberapa modal yang diperlukan . Tapi ayah aku seorang yang kuat semangat , dicarinya jugak sumber kewangan tersebut . Tapi disangka hujan sampai ke petang rupanya turun di tengahari . Gaji pekerja jugak tak dibayar oleh saudara aku ni , terpaksa ayah aku cover . Kesian ayah aku sebab sampaikan pekerja datang rumah nak tuntut duit  . Bila projek dah siap , ayah aku cuba nak tuntut beberapa kos yang ayah aku sendiri tanggung and beberapa keuntungan daripada projek ni . Korang nak tahu ? sanggup dia tipu ayah aku . Dia cakap jumpa kat negeri sembilan , bila ayah aku pergi dia tak ada . Ayah aku bersabar lagi atas pangkat ' Saudara ' . Dia ajak jumpa lagi , tapi terjadi kes yang sama . Akhirnya ayah aku terpaksa bertindak luar dari pangkat ' Saudara ' and ayah aku dapat jumpa dengan dia . Tapi sungguh tak berhati perut bila dia taknak bayar segala kerugian kos yang ayah aku tanggung dan dia cuma bayar 1/4 daripada bayaran yang dituntut . Kejam ! Ayah aku terpaksa menanggung banyak kerugian daripada projek ni dan akhirnya satu keputusan yang dapat dibuat ' PUTUS SAUDARA ' . Memang sedih mengenangkan hal ni , saudara yang aku sangka baik pada pandangan mata rupanya mempunyai hati yang sungguh busuk . Tapi serious aku cakap , Biar Allah balas segala apa yang dia buat . Kekayaan yang dia miliki sekarang dari sumber yang haram dan Allah berjanji orang yang teraniaya akan dimakbulkan doanya . Ini bukan kisah membuka pekung di dada , tapi orang yang kita percaya akhirnya menikam belakang kita . Kesian ayah aku . Tapi takpe , Ayah aku kuat :)

Orang berduit boleh lah buat orang lain macam-macam . Tapi ingat , Allah tak tunggu nak bagi balasan kat akhirat , kalau Dia nak bagi kat dunia pun boleh . Cash ! No credit card :)

Sekarang apa yang aku perlu buat , belajar pandai-pandai sampai aku dapat mencapai cita-cita aku nak jadi akauntan . Aku bukan nak kejar harta , tapi cukuplah aku nak bayar balik segala kesusahan kepayahan superhero dan superwoman aku membesarkan kami adik beradik . InsyaAllah :)

Suka? Like . Benci? like . Sayang? komen . Cinta? cepat inbox ! HAHA :p




Friday, June 22, 2012

PROBLEMS AND WAYS TO SOLVE IT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Yey hari ini maka genaplah seminggu lebih blog ni tidak berusik malah disentuh juga tidak . Kasihan beliau hanya dipandang enteng oleh segelintir blogger-blogger yang cuma pass-by je sebab takde entry terbaru yang menarik . Janganlah macam tu , ni baru seminggu tak berupdate belum lagi kalau sebulan ke dua bulan ke . Mana taknya tak lama lagi tuan blog nak sambung degree insyaAllah . Orang kata degree ni umpama kalau lari tak cukup tanah , busy memanjang . Walaweyhhh taktahu lah pulak kan nanti ada masa ke tidak nak mengupdate dalam blog ni . Mohon-mohon lah blog ni sentiasa berupdate ye . Teheeeee ! :3

Ramai yang tanya kemana menghilang ? mana pergi ? kenapa blog lama sangat tak update? dan banyak lagi lah persoalan yang aku nak rungkaikan di sini . cewahh takboleh belah sungguh ayat . hehee Sambil-sambil makan buah pelam cicah kuah kicap jemputlah baca entry ni kalau boleh panggil sekali sanak saudara dan orang-orang kampung baca , baru lah akan terciptanya permuafakatan sesama penduduk . HAHA 

Banyak cerita yang terjadi sebenarnya sepanjang ketiadaan aku di dalam dunia online ni T.T banyak sangat . And yang paling sedih ada satu kisah ni berlaku berkaitan mukabuku.com aku . Memang tak sangka benda ni akan terjadi sendiri kat batang hidung mancung aku ni *sambil kesat hingus yang meleleh* . Akibat dari permasalahan ini , banyak jugak aktiviti-aktiviti dunia blogging yang aku tak up to date contoh macam contest yang diadakan dalam blog kak Yuyu Zulaikha , damn semalam aku baru tahu pasal contest tersebut sambil beriye aku cecepat nak join padahal bila tengok due date memang dah lama gila expired . Ahhh mencik-mencik takde siapa pun bagitahu tentang contest tu dah lah aku ni peminat no 12345678910 Kak Yuyu *kesat hingus lagi* . Okay kita lupakan perkara yang sudah berlalu . Hari ini secara rasminya blog ekaldude bakal menduduki carta teratas di setiap bloglist blogger yang meng-bloglist-kan blog aku dalam bloglist mereka . Tepuk tangan sikit ! HAHA. Tak sangka sungguh ada orang yang merindui entry blog aku . Ni yang nak suruh korang baca entry ni sambil dengar lagu Riwayat Cinta-Misha Omar sambil makan pelam cicah kuah kicap . Baru ada soul . Hehe :)

Baiklah , cerita pertama yang aku nak cerita adalah berkaitan dengan line internet P-one . Korang tau tak kenapa aku tak offline guna laptop selama seminggu ?! Ini semua gara-gara line P-One aku kena potong ! HAHA bedebah sungguh time-time aku tengah seronok main mukabuku.com dengan twitter.com tiba-tiba keluar page mengatakan P-One dah kena potong . Waktu tu rasanya macam nak menangis sambil hentak-hentak kaki je masuk bilik merajuk dengan P-One sebab dia potong line di saat diri ini dilanda keseronokan yang terlampau . HAHA Lepastu aku bagitahu kat mak aku yang P-One kena potong , then mak boleh selamba cakap ' Baguslah kena potong, boleh lah hang tidoq awai sikit kalau dak pukui pat lima pagi baru tidoq ' . Aku macam errr errr terkulat-kulit-kulot suruh mak bayarkan line P-One tapi sekali lagi mak cakap ' Tunggu lah nanti , biarlah dalam seminggu ni hang tidoq awai . Mak malas bayaq ' . Sungguh mak tak kasihankan anaknya menderita emosi sebab tak online , er boleh ke menderita emosi? Boleh kot . So dengan berbekalkan hand-phone E5 aku pun terkial-kial lah beli internet serendah RM2 semata nak online . habis topap aku 2 ringgit T.T selama seminggu ( Kira lah berapa kerugian disitu :p)


Dan alhamdulillah semalam baru pergi buat pembayaran kat P-One center . Terima kasih mak . sayang mak ! hehe So sekarang aku dah boleh teruskan hobi lama iaitu online sampai pat lima pagi sampai mata jadi lebam . Jangan marah eh mak :'3 . Boleh dah nak membalas semua mention-mention kat twitter dengan pantas dan lajunya tanpa perlu nak refresh page macam dalam phone , sungguh menyeksakan . HAHA

Ini cerita kedua berkaitan celcom . Empat hari lepas ayah aku dari Penang tiba-tiba call  ' Adik,hang ada guna celcom bill ka ? Surat celcom mai rumah ni ' .That time aku macam blank tiba-tiba bila masa aku guna celcom bill ni . So aku cepat-cepat check no celcom yang aku tengah pakai sekarang and takde pun dia tulis ada pakai bill . Tapi beberapa minit lepas tu baru aku ingat sesuatu , ni semua mesti kes aku kena tarik masa kat kl suruh ambil simkad celcom percuma kat tepi jalan . Haaaa betul lah tu dah agak dah kena tipu ! So cepat-cepat call ayah balik cakap ' Tak guna pun bill , rasanya tu bill untuk celcom yang adik kena tipu masa kat KL,Takpe bapak hantaq ja surat tu mai Johor , nanti adik setel sendiri kat celcom center ' .Fish , tak guna betul akhirnya aku kena jugak dengan tipu daya helah syaiton nirojim yang bertopengkan manusia tu . Kata nak bagi sim-kad celcom percuma padahal ada maksud tersirat . Nasib baik aku tak guna lagi sim-kad tu kalau tak mesti takboleh nak membela nasib kat celcom center nanti padahal dah bersedia nak bergaduh ni kalau betul lah dorang suruh bayar jugak memang aku tapakkan aje kaki kat kepala big boss dia . Guwa kena tipu bhai ! So kepada rakan-rakan di luar sana , kalau ada orang yang menawarkan sim-kad secara percuma dengan cara paksaan , sila jauhkan diri anda dari tempat itu supaya anda tidak ditipu seperti saya yang naif ni T.T bukan salah ibu mengandung okay . 



Tak menyirap ke tiba-tiba celcom hantar bill suruh bayar RM79.27 padahal tak guna pun no tu . Ni kalau beli cool blog boleh belanja 25 orang chocolate blog tahu tak . Ee geram sungguh , so sekarang ni nak kena pergi celcom center kat Batu Pahat nak settlekan perkara ni . Mak dah bising tu suruh settle kan cepat-cepat nanti tak pasal belambak pulak bill datang . Dun Wori mak , i'll solve i As Soon As Possible . Cewahhh 

Cerita terakhir nak dikongsikan adalah berkaitan Virus gilaaa kat mukabuku . Nasib baik ada beberapa orang yang inform kat wall aku bertanyakan hal ni . Aku dengan noob nya taktahu apa-apa sebab online pun guna phone kan . Ada kawan wall-post kat aku bertanyaAlep, group yg hg invite aku tu group apa? aku tgk org asyik tanya apa motif group tu tapi xda sapa yg bg jawapan. so, hg bleh tlg jawab x?serious aku nak tau nie ' . Aku blur , apa group pulak aku invite kat kau ni . Tapi rupanya facebook aku kena hack . Serious aku gelabah gila time tu bila semua orang tanya kan hal yang sama . Aku nak check-it-out pun susah sebab aku cuma online guna phone . So aku buat lah status 




Memang time tu  kalau lah ada orang hulur kan laptop dan brodben bagi aku pinjam aku akan beli kan dia Samsung SIII . HAHA Aku taktahu apa-apa orang dok serang aku tanya pasal inviting group . Aku punya lah noob nak jawab apa time tu orang dok tanya-tanya , aku siku kang jugak sorang-sorang . HAHA memang agak  gelabah tahap apa entah bila dapat tahu yang aku ni kena hack . Habis dia hantar semua invite kat separuh dari kawan-kawan mukabuku aku . Kesian dorang tiba-tiba jadi mangsa keadaan , Ehhh aku lagi lah kesian sebab taktahu apa-apa kena marah dengan kawan kan T.T sedih betul nasib . Kenapalah aku kena hack . Padahal password aku punya kemain panjang berjelar , tapi kalau dia nak hack memang takboleh nak cakap apa . Benda dah jadi . Pasrah jelah kan . 


Ini lah beberapa orang yang tiba-tiba menyerang wall aku bertanyakan hal yang aku sendiri pun taktahu . What's that fucking group ? 


(Sample gambar di ambil dari kawan aku yang screen capture notification ni)



Alhamdulillah sekarang semuanya dah kembali seperti sedia kala . Aku pun dah minta maaf kat kawan-kawan aku yang terkena dengan masalah ni , sesungguhnya kita semua ni mangsa keadaan .Tak sangka sungguh kan efek dari benda ni ramai yang bukak mata serang aku . HAHA terasa famous kejap . Tapi kesian jugak kat beberapa orang yang terus removed aku dari friend dorang sebab masalah ni T.T sungguh kejam hati mereka menghukum aku macam ni . Padahal aku taktahu apa-apa pun . Tapi takpelah , boleh kurangkan sikit kapasiti friendlist aku . HAHA :p

Sungguh tak sangka kan dalam masa seminggu ni macam-macam hal berlaku . Semua nya perkara yang memang boleh buat aku sakit otak sekejap . Pasal kena potong lah , bill celcom lah , kena hack lah . Tapi Alhamdulillah sebab semua masalah tu dapat diatasi jugak dalam masa seminggu ni . Terima kasih kepada yang setia memberi semangat kat aku . cewahh <3 

So ada sesiapa yang nak ucap kat aku ' Selamat Berblogging kembali Hencek Haikal ! ' HAHA :p

Nota kaki : Ada lagi beberapa blog yang masih berhutang review , Jangan risau akan direview jua nanti :)

Terima kasih sudi baca . Sudi-sudi lah like :)

Tuesday, June 12, 2012

AROL MU BIN TIPU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hey guwasap man ? kinda okay ? Sihat dok ? Dah makan ? Tidur cukup ? Makan semua cukup ? Pakaian ? Kawan-kawan ada pedajal dok ? Mak ayah sihat ? Adik-beradik sihat ? Haiwan peliharaan dah bagi makan belum ? Ehhh Apekasal , biarlah nak tanya , baru nampak belogger yang hemsem ni seorang yang prihatin terhadap readers nye . Lalalalalalalala :p

Hai semua , hari ini kita bersama lagii di dalammmmmmm *panjang sikit* rancangan ' guwa review luuu , luuu kena bangga beb ! ' yang setia bersiaran setiap hari tak tentu yang pasti di dalam televisyen ekaldude.blogspot sahaja . Eksklusif takde kat siaran channel lain , rating tinggi beb HAHA :p

Baiklah seperti yang telah kita ketahui di episod-episod yang lepas , tiga blog telah di-spot oleh aku dan Alhamdulillah jumlah pembaca yang membaca entry tersebut agak memberansangkan disebalik den menyumbang traffic ke blog mereka . Ehh ada sumbangan traffic tak ? *kay kalau takde pakat baling telur kat blog ni* HAHA

Jom kita geledah blog Arol mubin . Shh senyap sikit , nanti tuan blog terdengar bunyik ada orang tengah mengumpat pasal blog dia . HAHA *shhhh gelak slow-slow*


Hai Arol . Apa khabar ? semoga sihat selalu ye hendaknya insyaAllah . Hari ni aku nak review blog kau ni , mohon kau jangan terkejut pulak ye . Tapi kan tapi kan setahu aku , aku macam pernah review/promosi blog kau dulu erk ? mesti kau tak ingat kan :p ( Nah

Actually Arol ni , dah lama aku kenal since dari form five lagi . Masa tu kawan kelas aku Siti Nurhamizah (Maaf blog di-private) yang kenalkan , katanya " eh ini blogger hebak '' dan seterus dari hari itu , aku menjadi follower sejati blog Arol ni sampai sekarang . HAHA 

Apa yang membuatkan aku menjadi pembaca blog setia Arol ? 

Ini sebabnya blog Arol bagi aku dah cukup sempurna , masa first time masuk blog Arol seriously aku kagum dengan cara Arol kemaskini layout blog dia , cara penulisan yang terlalu santai dan humble , cerita-cerita yang menarik dan yang pastinya Arol mempunyai rupa ( means hemsem) HAHA and since that day first time masuk tu , aku dah jadikan blog Arol ni sebagai role-blog . Okay Role-blog bukan role-model :p dan sampai lah sekarang ! sekarang ni pun still jeles kenapalah Arol punya blog ni sentiasa kemas . Hey Arol , cerita lah sikit rahsia kepada pembaca setia blog anda ni . Lalalalala :3

Untuk perhatian dan please jot down this , Arol suka warna hijau dan Arol adalah pecinta kumcing . Yeahh so kalau nak bagi apa-apa hadiah or surat pastikan ia ada unsur-unsur kucing dan hijau . Okay ? Ini tips nak memikat hati Arol . Cuba buat . Tapi kalau tak berjaya , sila jangan salahkan aku ye . HAHA (gelak syaiton Nirojim)

Dan kalau korang semua nak tahu , sampai sekarang , SAMPAI SEKARANG almost tiga tahun aku kenal Arol , aku still taktahu nama betul dia . Sedih betul . harap Arol yang membaca kelak , sudi lah kiranya beta mengetahui nama tuan hamba >.< Merayu sangat ni . HAHA 

Aku : arol , nama sebenar kau apa ah ?
Arol : Arol Mu Bin Tipu 

Dia tipu aku ! HAHAHA siot je

Arol , semoga kita boleh jadi sahabat ye selama mana boleh insyaAllah . dari blog kita kenal , sekarang kau dah jadi salah seorang kawan baik aku . Thanks Arol :") *sambil pasang lagu Kau Sahabat Kau Teman*

Tips yang diberi oleh Arol dalam berblogging . Boleh manfaatkan ye kawan-kawan :")

So tunggu apa lagi ? Mari lah kita serbu blog Arol (http://arolpunyeblog.blogspot.com/)!!!!

Jemput Like kalau suka :)

Sunday, June 10, 2012

CARIAN RASULULLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tu , aku saje temankan kakak tempat kerja aku pergi kedai buku Popular ( aku namakan sebagai Kak Yana ) . Dia nak cari buku kat situ , buku apa entah aku tak ambil port sangat sebab aku cuma lah temankan sahaja bukanlah menjadi pengikut dia . Kay . Masa dah masuk dalam popular tu , kak Yana suruh aku pusing-pusing sekitar popular tu sebab dia nak pergi cari buku yang dia nak beli . Then aku pun okay jelah and aku pun pusing-pusing sekitar popular . Aku belek buku tu , aku belek buku ni . Sumpah aku dah buat kedai buku tu macam library . HAHA Then aku terpandang satu sudut kat rak-rak buku . Aku terpandang beberapa buah  buku yang agak tebal isi kandungannya . Aku macam tertarik nak tengok buku apa , then aku pun pergi lah ke arah buku tu . 

Cuba teka buku tu buku apa ? Cepatlahhhhh ^^,

Okay main teka teki yang akhirnya dijawab sendiri , Ala dah menjadi perkara biasa kan . Kalau tak jawab maka tergantunglah sesebuah entry kan . hehe 


Sebuah buku yang diberi tajuk ' Biografi Agung Rasulullah ' 

Sehelai demi sehelai aku cuba selak , entah tiba-tiba hati menjadi begitu sayu bila melihat penulisan-penulisan dalam buku ni . Dengar diletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan Rasulullah , aku jadi sangat teruja . Lepas tu aku pun letak balik buku ni atas rak dia balik sebab Kak Yana dah nak balik semula ke kedai . Aku cepat-cepat cover muka sebab masa tu kan macam nak bergenang je air mata . Then aku tekad , aku nak simpan duit aku nak beli buku ni . 

Sampai tempat kerja , aku try kira duit gaji yang terkumpul setakat ni . Alhamdulillah dah boleh dah nak beli buku biografi Rasulullah ni . Aku bisik dalam hati aku . 

Hari ni , Alhamdulillah akhirnya aku dapat beli sebuah buku yang sangat tinggi nilainya . Sebuah buku yang mempunyai banyak manfaat serta maklumat . Dan yang pasti, aku beli buku ni dengan hasil dari titik peluh aku bekerja . Sekurangnya aku takdelah guna sangat duit gaji ni ke arah yang melalaikan . InsyaAllah ^^,

Dulunya buku ini harganya RM65.00 . Tapi sekarang , Harganya menjadi RM52.00 . See what ? Kenapa anda mesti tak patut beli buku seperti ini sedangkan harga dia tidak lah setanding BlackBerry,I-phone,I-pad,tab,Samsung galaxy yang korang semua ada . Kalau dibandingkan pun , seconet je harganya . Tapi manfaat yang kita akan perolehi , MasyaAllah Tak terhingga . Jadi ? Apa tunggu lagi ? Dapatkan buku tersebut Di kedai buku Popular dengan harga cuma RM52.00 sahaja ! :)

InsyaALlah tiada kerugian yang kita akan perolehi dengan melabur RM52.00 jika dibandingkan kita melabur RM100+++ untuk menonton sebuah konsert yang melalaikan . Ye idak ? Janganlah cakap aku provok tengok konsert pulak , apa yang aku cuba sampaikan adalah perbezaan manfaat yang kita perolehi dari apa yang kita buat . Tu je :)



Muka penuh Bahagia dan eksaited ^^,

Melalui buku ni , diceritakan tentang sejarah Kelahiran Nabi Muhammad , Nama dan gelaran Nabi Muhammad , Kejadian tubuh badan Rasulullah , Zaman kanak-kanak Rasulullah , Kehidupan Rasulullah dan yang palinng menarik adalah di dalam buku ini diselitkan beberapa kepingan gambar yang menakjubkan di antaranya Rambut milik rasulullah . Selipar milik Rasulullah dan banyak lagi ! subhanaAllah . Dan seperti yang aku cakap sebelum sebelum perenggan ni , Tidak akan rugi membeli buku ini . InsyaAllah 

Biografi Agung Rasulullah adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar ,Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu sekali kita ingin mengenal perwatakan,rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah . Sebagai Umat islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan di dalam buku ini . 

Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak sehingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda,anak-anak dan cucu , sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.  Buku ini harus dimiliki oleh seluruh umat islam yang merindui,mencintai dan mengharapkan syafaat Rasulullah . 

'Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya' - Surah Al-Ahzab ayat 56 .

Saya dah ada . Awak bila lagi ? 

Assalamualaikum :)_

Thursday, June 7, 2012

JUNKO FURUTA ( 22 November 1988 - 4 Januari 1989 )

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

JUNKO FURUTA

Siapakah dia gadis ini ? Pernahkah anda membaca kisah pembunuhan kejam oleh Mona Fendey ? Kisah pembunuhan kejam Dato' Sosilawati ? 

Baiklah ini adalah satu pendedahan kisah pembunuhan yang sangat tragis serta mengerikan . Seriously aku baru tahu pasal kisah ni dalam mukabuku.com dan aku terpanggil untuk share kepada rakyat malaysia tentang kisah gadis jepun yang didera , dirogol dan akhirnya dibunuh tanpa rasa belas kasihan . Mari baca dan semoga kisah ini menjadi iktibar kepada gadis-gadis diluar sana tentang kepentingan menjaga keselamatan diri . Semoga Allah melindungi kita semua Amin .

Gadis malang ini berumur 16 tahun di  saat beliau diculik oleh sekumpulan lelaki ( 4 Orang ) dan disembunyikan di dalam sebuah rumah milik ibu bapa salah seorang penculik itu. 

Segala-galanya bermula apabila gadis ini disuruh untuk menghubungi ibu bapanya bagi mengatakan kononnya beliau telah melarikan diri dari rumah dan selamat bersama seorang 'kawan'. Tujuan mereka berbuat demikian bagi mengelakkan usaha mencari gadis ini dijalankan. Salah seorang penjenayah itu juga menipu tuan rumah itu dengan menyatakan yang gadis tersebut adalah teman wanita salah seorang rakannya apabila tuan rumah itu ada di rumah. Namun begitu, apabila mereka sudah pasti yang tuan rumah itu tidak akan menghubungi polis, mereka berhenti membuat dalih seperti itu.


Amat kasihan sekali kepada Junko Furuta kerana beliau telah cuba beberapa kali untuk melarikan diri dan juga meminta bantuan daripada tuan rumah itu, malangnya mereka tidak mahu membantu kerana takut dengan salah seorang penculik yang merupakan seorang yakuza. Mereka takut sekiranya penjenayah itu akan menggunakan pengaruh yakuza untuk membunuh sesiapa yang mengganggu kerjanya.


Apa yang mereka lakukan terhadap gadis ini sepanjang beliau ditahan di dalam rumah tersebut ?


HARI PERTAMA: November 22, 1988:

-Tanggal Nov 22, dia diculik berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya.-Terkurung dalam rumah, dan dipaksa mengaku dia mempunyai teman lelaki-Dirogol 400 kali bergilir-gilir.-Dipaksa menipu ibu dan ayahnya mengatakan dia melarikan diri dari rumah-Berlapar kerana tidak diberi makan-Dipaksa makan lipas dan minum air kencing-Dipaksa beronani-Dipaksa berbogel di hadapan 4 lelaki-Badan dicucuh dengan lighters rokok

HARI KE-SEBELAS: December 1, 1988:


-Badan dipukul dengan teruk berulang-ulang kali
-Tangan diikat pada bumbung dan badan diguna sebagai "punching bag"
-Muka pula dihadapkan ke arah lantai tanah
-Hidung dipenuhi dengan darah menyebabkan terpaksa bernafas melalui mulut
-Dumbbells dijatuhkan ke atas perutnya
-Muntah bila cuba minum air kerana perut senak akibat dihentak pemberat
-Ketika cuba untuk melarikan diri, dia ditangkap sekali lagi dan lighters dicucuh pada ketiaknya
-Minyak dituangkan ke atas kakinya, dan disuakan api terhadapnya
-Botol dimasukkan ke dalam lubang duburnya , menyebabkan kecederaan teruk

HARI KE-DUA PULUH: December10, 1989:


-Tidak mampu untuk berjalan kerana kaki cedera akibat terbakar
-Dihentak dengan kayu buluh
-Bunga api dicucuh ke dalam lubang duburnya dan dihidupkan apinya
-Tangan cedera dan kuku remuk akibat dihentak pemberat
-Dipalu sekali lagi dengan batang golf
-Kali ini, rokok pula dimasukkan dalam faraj
-Dipukul dengan rod besi berulang2 kali
-Sewaktu salji turun, dia dipaksa duduk di luar dan tidur di balkoni
-Rod pemanggang ayam disula menyebabkan pendarahan yang teruk


HARI KE-TIGA PULUH :


-Hot wax dilemparkan pada muka
-Kelopak mata dibakar dengan lighters
-Ditikam dengan jarum pada bahagian dada
-Puting di bahagian kiri dipotong dengan playar
-Mentol yang panas dimasukkan dalam faraj
-Pendarahan teruk dari faraj akibat dicucuk dengan dengan gunting
-Tidak dapat kencing dengan baik
-Kecederaan yang sangat teruk sehingga ambil masa sejam untuk merangkak turun tangga dan gunakan bilik air


HARI KE-EMPAT PULUH :


-Merayu perogol-perogolnya "Bunuh dia terus dan selesaikan apa yang patut"


January 1, 1989:


-Junko menyambut New Years Day seorang diri bersama Badan yang sudah lumpuh


HARI KE-EMPAT PULUH EMPAT : January 4, 1989: 

-4 Budak yang merogolnya bertindak memukulnya dengan pemberat kerana "frust" alasan kalah Mahjung. 
-Akibatnya,darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnya. 
-Tidak cukup dengan itu, mereka mencucuhkan api lilin ke arah muka dan matanya.
-minyak dicurahkan pada kaki, ketiak dan perutnya dan kemudian dihidupkan api. 
-Penyeksaan terakhir ini dilakukan selama dua jam.


Esoknya, dia menghembuskan nafas terakhir seorang diri dengan keadaan yang nazak. Tiada apa yang dapat menandingi 44 hari penderitaan yang ditanggungnya selama ini. SubhanAllah sungguh kejam . 

Para penjenayah itu ditangkap dan dibicarakan sebagai orang dewasa yang melakukan jenayah. Namun begitu, disebabkan mereka masih dikategorikan juga sebagai kes juvana, maka identiti mereka dirahsiakan oleh mahkamah.Walaupun begitu, sebuah majalah tempatan mingguan yang berjudul Shukan Bunshun melaporkan juga nama mereka, dengan beralasan 'Hak asasi manusia tidak diperlukan untuk perbuatan sekejam itu'. Nama sebenar Furuta turut dilaporkan dengan banyaknya di media.

Keempat-empat penjenayah itu mengaku bersalah atas tuduhan yang telah dikurangkan iaitu 'melakukan kecederaan yang membawa kepada kematian', bukan pembunuhan.Salah seorang penjenayah tersebut yang bernama Kamisaku diadili sebagai ketua bagi jenayah yang dilakukan itu dalam sidang rasmi yang dijalankan.


Kamisaku dipenjarakan selama 8 tahun sahaja dan kemudian dibebaskan.

In July 1990 a lower court sentenced the leader to seventeen years in prison. The court sentenced one accomplice to a four to six year term, one accomplice to a three to four year term, and another accomplice to an indefinite five to ten year term. The leader and the first two of the three appealed their rulings. The higher court gave more severe sentences to the three appealing parties. The presiding judge, Ryuji Yanase, said that the court did so because of the nature of the crime, the effect on the victim's family, and the effects of the crime on society. The leader received a twenty year sentence, the second highest possible sentence after life imprisonment. Of the two appealing accomplices, the one that originally got four to six years received a five to nine year term. The other accomplice had his sentence upgraded to a five to seven year term. (WIKIPEDIA)


Junko's parents were dismayed by the sentences received by their daughter's killers, and enjoined a civil suit against the parents of the boy in whose home the crimes were committed. When some of the convictions were overturned on the basis of problematic physical evidence (the semen and pubic hairrecovered from the body did not match those of the boys who were arrested), the lawyer handling the civil suit decided there was no case to be made and refused to represent them further. (WIKIPEDIA)


PENJENAYAH 1


PENJENAYAH 2


PENJENAYAH 3


PENJENAYAH 4




Memang tidak setimpal hukuman yang telah diberikan . Sepatutnya hukuman bunuh haruslah diberi sekalipun mereka adalah pesalah juvana . Tidak layak seorang manusia untuk mencabut nyawa manusia yang lain melainkan Allah Yang Maha Esa . Semoga apa yang dikongsikan di atas menjadi iktibar dan dijadikan sebagai suatu kisah yang mampu menyedarkan semua masyarakat bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana dan boleh dilakukan dengan kejam . 

Jika anda menyedari kepentingan kisah ini , share lah bersama rakan-rakan anda . Dan hulurkan Like jika anda suka dengan entry ini . Sekian :)

Wednesday, June 6, 2012

SALASILAH YANG TERSEMBUNYI?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Di hening hari , sedang berjalan seorang lelaki tua mengelilingi sebuah kerusi roda . Di sampingnya terdapat seorang perempuan tua menemani lelaki tua tersebut . Asyik terpandang kan kerusi roda tersebut , terukir sebuah senyuman di bibir uzur lelaki tua tersebut . Sambil si isteri berbisik sesuatu di telinga si suami . Lalu lelaki tua itu membuka mulut dan mengeluarkan kata-kata ' Terima Kasih Dr.Rozmey dua juta . dua juta ' 

LOL aku buat lawak je kat atas tu . Mohon jangan gelak >.<

Semalam aku berborak dengan kakak aku , topik perbualan kitorang berkaitan keluarga . Aku cuba tanya kat kakak aku satu soalan , sebab dulu kakak aku pernah cakap benda ni , and aku cuma nak mintak kepastian dari dia je betul ke apa yang dia cakap dulu . 

Dulu kakak aku pernah cakap yang ayah aku sebenarnya ada darah-darah cina . Tak silap kakak aku cakap, moyang nenek belah ayah aku dulu cina . Then mestilah ayah aku ni ada darah-darah cina kan . So aku pun mintak kepastian lagi , kakak aku cakap betul yang kalau tak silap keturunan atas dari nenek belah ayah aku memang ada yang cina , tapi tak pasti samada cina islam atau tak .Sekarang ni sekarang ni  aku nak tanya ayah aku nak  mintak kepastian dari ayah aku bila ayah aku balik dari penang nanti . sekarang aku dah ada satu kerja iaitu menyelidik salasilah keluarga ayah aku . Seriously this is veryyyyy interesting subject to find out ! yabedaaaa beduuuu HAHA

Lepas tu satu lagi kerja aku nak buat , tak aci lah kan kalau selidik keluarga ayah je , kena lah selidik seliduk keluarga mak aku pulak HAHA . By The Way , korang tengok muka aku ni , ada nampak macam mamak-mamak ke ? at first aku pun macam beriye jugak lah mengaku kat kawan-kawan aku yang aku ni ada kacuk-kacuk dengan mamak bila dorang tanya . Yelah kan , semua tahu kalau orang penang ni paling koman pun dorang ni kacuk dengan mamak , anak mami lah katanya . HAHA then kakak aku cakap jugak semalam lebih kurang macam ni ' Manada keturunan kita yang sangkut paut dengan mamak , Keluarga mak pun takdak yang mamak ' and that time aku terpinga-pinga like OH YE ? DEMMMM 

so sekarang what the heck is going on , banyaknya rahsia keluarga yang aku sendiri belum ambik tahu . Ayah aku ada darah cina ? Mak pulak takde darah mamak ? Dan kenapa hidung kami mancung-mancung ?* macam annoying kan ? -.- * dan banyak lagi persoalan menerjah di minda =.= 

Fuhhh lepas ni nak kena buat thesis 500 muka surat bertajuk ' Salasilah Keluarga Yang Tersembunyi ' hehe

Pheh gempak ! HAHAHA so kepada pembaca sekalian , nantikan kemunculan thesis tersebut yea . Cehh dah macam buat thesis untuk Universiti pulak  :p



Dear Ayah, Dear Mak


Dear Kakak 


Dear Abang 


Dear Aku :p


Dear Adik 


Dear Adik


Dear Adik


Dear Adik 




so . what your's comment on all the picture above ? Assalamualaikum :)

Monday, June 4, 2012

JOM KENAL DENGAN ALIA RAHMAT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Helloooo peeps :)

Hari ni kita nak review blog orang lain pulak . Dah lama sangat menangguh ni , kan menangguh tu amalan syaiton . Sesungguhnya kita ni memang suka menangguh kerja , memang syaiton nirojim kuat menghasut betul . Kita bakor je , Kita bakor je -.- Kay kita buat lawak ni , tolong lah ketawa . hehe


Siapa Alia Rahmat ni ? Tolong garu kepala sikit .

Okay Alia Rahmat ni adalah salah sorang contestant segmen kita. Nama dia awesome kan. Sila cakap awesome dengar kadar degupan jantung yang tak berhenti patpuluhpatjam tu sebab satlagi Alia Rahmat keluaq tibai hampa sekoq-sekoq baghu tau . Kay kita buat lawak lagi . 

Baiklah kalau sesiapa tak tahu siapa Alia Rahmat ni , dia adalah seorang perempuan kay titik . hehe Alia Rahmat ni adalah seorang pelajar UITM segamat johor yang sebenarnya dekat dengan rumah kita tapi kita sendiri tak pernah jejak segamat . Sila percaya . Rupanya Alia Rahmat ni budak johor . haha lepas baca info pasal Alia Rahmat ni baru tahu yang dia belajar kat UITM , asal johor , keturunan jawa bla bla bla ( Baca Di sini ) . Hey Alia Rahmat ! kenapa tak cakap awak ni belogger johor dan kita baru tahu awak ni lebih tua dari kita, hai kakak! :p  Kan awak dah buat saya teruja nak baca blog awak . Kay tiba-tiba . haha Okay kat UITM segamat tu ramai kaum kerabat kita tau Alia , siap sedia awak kena teropong dari jarak jauh . Kita nak ushar awak . Padan muka :p

Talk pasal blog Alia Rahmat , i see very ke-kuning-an di sini . Membuatkan tiba-tiba otak rasa nak jadi kuning dengan kadar tiba-tiba . Alia Rahmat penyebab otak kita jadi kuning . Kay salahkan Alia :p Cecomel je kan Rama-rama kat header dia tu , rasa macam nak eeee eeeee omey-omey nyewwwwww -.- Alia nak pinjam rama-rama boleh ? HAHA :p

Alia punya blog kita boleh cakap super simple sebab tak banyak sangat sidebar dia lagipun padat dan kemas . Terbaik lah Alia , menunjukkan imej pelajar uitm segamat yang kemas :p 

Nah follow lah twitter Alia Rahmat , nanti boleh geli-geli dengan dia sebab dia ni sporting tau :) ( Follow Alia Rahmat kat sini wehhh ! )

Apa-apa pun Alia Rahmat , berblogging kerana minat and jangan abaikan pelajaran tau :) - Sincerely hencek haikal 

Sunday, June 3, 2012

AWESOME GIVE AWAY DUNIA SEBENAR SHIDA



Rasa teruja yang amat bila start menaip entry GiveAway dari Shida ni . Sebab apa ? Sebab first mestilah sebab hadiah-hadiah dia super awesome . itu memang tak dapat nak dinafikan lagi . And second reason is sebab sebab sebabbbbbbbbb kawan baik aku sendiri jadi sponsor hadiah untuk give away shida ni . Phewitt Arol , terbaik lah :) . ByTheWay kakak kesayangan aku pun turut jadi sponsor jugak . Say cheese kat Lyssa Faizureen :) 

E'S OnlineShop (21)                      - OdahoneBiz (105)  
Muhammad Saiazuan (1875)        - Lyssa_Secret (50568) 
Fiz Graphic (7680)                         - Arol Mubin (1584)  
Nur Damia                                     - Arra Ahmad (2323)   
Zinnia Z A Shop (FB)                     - IntanBerlian (1320)   
Nakira's Collection (FB)               - Qatratun Al-Khairi   
Qat_Bawal Shop (8)                       - Eza_stories   
Irwani Zulkifli                                 - Eqbal Zack (6010)   
Nurul Yui (2270)                             - Bui Junaidi (1332)   
Nur Athirah (575)                           - Puan Azizah (3852)   
- Eca_Dwinky Asha (1233)               - Ain Zulaikha (3666)   
- Puan Ummi (480)                            - EGTV.com.my (FB)    
EMTV.com.my (FB)                        - Muaz Faris  
Peyan (503)                                    - Shida sendiri (3003)



OKAY nak tag mereka ---> Dyana  . Ziera Ramli  , Phoenix  ( Hampa kena join tau ! *paksaan :p* )