WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, June 22, 2012

PROBLEMS AND WAYS TO SOLVE IT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Yey hari ini maka genaplah seminggu lebih blog ni tidak berusik malah disentuh juga tidak . Kasihan beliau hanya dipandang enteng oleh segelintir blogger-blogger yang cuma pass-by je sebab takde entry terbaru yang menarik . Janganlah macam tu , ni baru seminggu tak berupdate belum lagi kalau sebulan ke dua bulan ke . Mana taknya tak lama lagi tuan blog nak sambung degree insyaAllah . Orang kata degree ni umpama kalau lari tak cukup tanah , busy memanjang . Walaweyhhh taktahu lah pulak kan nanti ada masa ke tidak nak mengupdate dalam blog ni . Mohon-mohon lah blog ni sentiasa berupdate ye . Teheeeee ! :3

Ramai yang tanya kemana menghilang ? mana pergi ? kenapa blog lama sangat tak update? dan banyak lagi lah persoalan yang aku nak rungkaikan di sini . cewahh takboleh belah sungguh ayat . hehee Sambil-sambil makan buah pelam cicah kuah kicap jemputlah baca entry ni kalau boleh panggil sekali sanak saudara dan orang-orang kampung baca , baru lah akan terciptanya permuafakatan sesama penduduk . HAHA 

Banyak cerita yang terjadi sebenarnya sepanjang ketiadaan aku di dalam dunia online ni T.T banyak sangat . And yang paling sedih ada satu kisah ni berlaku berkaitan mukabuku.com aku . Memang tak sangka benda ni akan terjadi sendiri kat batang hidung mancung aku ni *sambil kesat hingus yang meleleh* . Akibat dari permasalahan ini , banyak jugak aktiviti-aktiviti dunia blogging yang aku tak up to date contoh macam contest yang diadakan dalam blog kak Yuyu Zulaikha , damn semalam aku baru tahu pasal contest tersebut sambil beriye aku cecepat nak join padahal bila tengok due date memang dah lama gila expired . Ahhh mencik-mencik takde siapa pun bagitahu tentang contest tu dah lah aku ni peminat no 12345678910 Kak Yuyu *kesat hingus lagi* . Okay kita lupakan perkara yang sudah berlalu . Hari ini secara rasminya blog ekaldude bakal menduduki carta teratas di setiap bloglist blogger yang meng-bloglist-kan blog aku dalam bloglist mereka . Tepuk tangan sikit ! HAHA. Tak sangka sungguh ada orang yang merindui entry blog aku . Ni yang nak suruh korang baca entry ni sambil dengar lagu Riwayat Cinta-Misha Omar sambil makan pelam cicah kuah kicap . Baru ada soul . Hehe :)

Baiklah , cerita pertama yang aku nak cerita adalah berkaitan dengan line internet P-one . Korang tau tak kenapa aku tak offline guna laptop selama seminggu ?! Ini semua gara-gara line P-One aku kena potong ! HAHA bedebah sungguh time-time aku tengah seronok main mukabuku.com dengan twitter.com tiba-tiba keluar page mengatakan P-One dah kena potong . Waktu tu rasanya macam nak menangis sambil hentak-hentak kaki je masuk bilik merajuk dengan P-One sebab dia potong line di saat diri ini dilanda keseronokan yang terlampau . HAHA Lepastu aku bagitahu kat mak aku yang P-One kena potong , then mak boleh selamba cakap ' Baguslah kena potong, boleh lah hang tidoq awai sikit kalau dak pukui pat lima pagi baru tidoq ' . Aku macam errr errr terkulat-kulit-kulot suruh mak bayarkan line P-One tapi sekali lagi mak cakap ' Tunggu lah nanti , biarlah dalam seminggu ni hang tidoq awai . Mak malas bayaq ' . Sungguh mak tak kasihankan anaknya menderita emosi sebab tak online , er boleh ke menderita emosi? Boleh kot . So dengan berbekalkan hand-phone E5 aku pun terkial-kial lah beli internet serendah RM2 semata nak online . habis topap aku 2 ringgit T.T selama seminggu ( Kira lah berapa kerugian disitu :p)


Dan alhamdulillah semalam baru pergi buat pembayaran kat P-One center . Terima kasih mak . sayang mak ! hehe So sekarang aku dah boleh teruskan hobi lama iaitu online sampai pat lima pagi sampai mata jadi lebam . Jangan marah eh mak :'3 . Boleh dah nak membalas semua mention-mention kat twitter dengan pantas dan lajunya tanpa perlu nak refresh page macam dalam phone , sungguh menyeksakan . HAHA

Ini cerita kedua berkaitan celcom . Empat hari lepas ayah aku dari Penang tiba-tiba call  ' Adik,hang ada guna celcom bill ka ? Surat celcom mai rumah ni ' .That time aku macam blank tiba-tiba bila masa aku guna celcom bill ni . So aku cepat-cepat check no celcom yang aku tengah pakai sekarang and takde pun dia tulis ada pakai bill . Tapi beberapa minit lepas tu baru aku ingat sesuatu , ni semua mesti kes aku kena tarik masa kat kl suruh ambil simkad celcom percuma kat tepi jalan . Haaaa betul lah tu dah agak dah kena tipu ! So cepat-cepat call ayah balik cakap ' Tak guna pun bill , rasanya tu bill untuk celcom yang adik kena tipu masa kat KL,Takpe bapak hantaq ja surat tu mai Johor , nanti adik setel sendiri kat celcom center ' .Fish , tak guna betul akhirnya aku kena jugak dengan tipu daya helah syaiton nirojim yang bertopengkan manusia tu . Kata nak bagi sim-kad celcom percuma padahal ada maksud tersirat . Nasib baik aku tak guna lagi sim-kad tu kalau tak mesti takboleh nak membela nasib kat celcom center nanti padahal dah bersedia nak bergaduh ni kalau betul lah dorang suruh bayar jugak memang aku tapakkan aje kaki kat kepala big boss dia . Guwa kena tipu bhai ! So kepada rakan-rakan di luar sana , kalau ada orang yang menawarkan sim-kad secara percuma dengan cara paksaan , sila jauhkan diri anda dari tempat itu supaya anda tidak ditipu seperti saya yang naif ni T.T bukan salah ibu mengandung okay . 



Tak menyirap ke tiba-tiba celcom hantar bill suruh bayar RM79.27 padahal tak guna pun no tu . Ni kalau beli cool blog boleh belanja 25 orang chocolate blog tahu tak . Ee geram sungguh , so sekarang ni nak kena pergi celcom center kat Batu Pahat nak settlekan perkara ni . Mak dah bising tu suruh settle kan cepat-cepat nanti tak pasal belambak pulak bill datang . Dun Wori mak , i'll solve i As Soon As Possible . Cewahhh 

Cerita terakhir nak dikongsikan adalah berkaitan Virus gilaaa kat mukabuku . Nasib baik ada beberapa orang yang inform kat wall aku bertanyakan hal ni . Aku dengan noob nya taktahu apa-apa sebab online pun guna phone kan . Ada kawan wall-post kat aku bertanyaAlep, group yg hg invite aku tu group apa? aku tgk org asyik tanya apa motif group tu tapi xda sapa yg bg jawapan. so, hg bleh tlg jawab x?serious aku nak tau nie ' . Aku blur , apa group pulak aku invite kat kau ni . Tapi rupanya facebook aku kena hack . Serious aku gelabah gila time tu bila semua orang tanya kan hal yang sama . Aku nak check-it-out pun susah sebab aku cuma online guna phone . So aku buat lah status 




Memang time tu  kalau lah ada orang hulur kan laptop dan brodben bagi aku pinjam aku akan beli kan dia Samsung SIII . HAHA Aku taktahu apa-apa orang dok serang aku tanya pasal inviting group . Aku punya lah noob nak jawab apa time tu orang dok tanya-tanya , aku siku kang jugak sorang-sorang . HAHA memang agak  gelabah tahap apa entah bila dapat tahu yang aku ni kena hack . Habis dia hantar semua invite kat separuh dari kawan-kawan mukabuku aku . Kesian dorang tiba-tiba jadi mangsa keadaan , Ehhh aku lagi lah kesian sebab taktahu apa-apa kena marah dengan kawan kan T.T sedih betul nasib . Kenapalah aku kena hack . Padahal password aku punya kemain panjang berjelar , tapi kalau dia nak hack memang takboleh nak cakap apa . Benda dah jadi . Pasrah jelah kan . 


Ini lah beberapa orang yang tiba-tiba menyerang wall aku bertanyakan hal yang aku sendiri pun taktahu . What's that fucking group ? 


(Sample gambar di ambil dari kawan aku yang screen capture notification ni)



Alhamdulillah sekarang semuanya dah kembali seperti sedia kala . Aku pun dah minta maaf kat kawan-kawan aku yang terkena dengan masalah ni , sesungguhnya kita semua ni mangsa keadaan .Tak sangka sungguh kan efek dari benda ni ramai yang bukak mata serang aku . HAHA terasa famous kejap . Tapi kesian jugak kat beberapa orang yang terus removed aku dari friend dorang sebab masalah ni T.T sungguh kejam hati mereka menghukum aku macam ni . Padahal aku taktahu apa-apa pun . Tapi takpelah , boleh kurangkan sikit kapasiti friendlist aku . HAHA :p

Sungguh tak sangka kan dalam masa seminggu ni macam-macam hal berlaku . Semua nya perkara yang memang boleh buat aku sakit otak sekejap . Pasal kena potong lah , bill celcom lah , kena hack lah . Tapi Alhamdulillah sebab semua masalah tu dapat diatasi jugak dalam masa seminggu ni . Terima kasih kepada yang setia memberi semangat kat aku . cewahh <3 

So ada sesiapa yang nak ucap kat aku ' Selamat Berblogging kembali Hencek Haikal ! ' HAHA :p

Nota kaki : Ada lagi beberapa blog yang masih berhutang review , Jangan risau akan direview jua nanti :)

Terima kasih sudi baca . Sudi-sudi lah like :)

17 komen:

SheeLittleSunshine said...

kena aniaya rupanya..
ingatkan kena virus ka apa.. hehehe..
jangan malas2 berblogging hehehe..
ni kalu malas nak update, mcm mana nak maju hehehe..

P#eoniX said...

hahahah....ksian lah plak...hehheheh...n'way adik haku pon penah kene sampai naik mahkamah...baek ko settlekan cepat-cepat,akuh membace sambil lap ingus tau!!!keh...keh...keh....

Aliff Haikal said...

@MyMy kena hack :(

ehhh rajin jelah nak berblogging :p cuma tak berblogging seminggu sebab internet kena potong . heheee

Aliff Haikal said...

@PHoenix naik mahkamah ? serious ahhh ??

Anonymous said...

selamat kembali hencek haikal :_

Liyana Izzati said...

Alaaa kesiannya kat lu ni bro. Macam mana bleh pulak invite invite camtu. Sekarang dah okay kan? Nasib baik. Welcome back :)

Jenny Pa-un said...

jgn lupa tukar password selalu hehehe..

Mieza S said...

Yeahh. Sudah kembali berblogging. :)suke mak nyah. Wkakaka. Sabar je. Ade balasan tok mereka yg menganiaya.

Unknown said...

hencek haikal dah kembali selama seminggu menghilang. haha :)

Atiqah Wadiah said...

dh lah ada prob,x leh nk on9 plak kan?kesian2..hik3

Aliff Haikal said...

@Sheila Eiman Terima kasih sheila :3

Aliff Haikal said...

@Liyana Izzati entah lah . mungkin sebab password kurang strong maybe . Takpe semua dah okay skearang :)

Aliff Haikal said...

@BellaJane Kena ke selalu ? hahaha patut lah kena hack sebab ni password dari tahun lepas :p

Aliff Haikal said...

@kekapas berceloteh Thanks mija ! HAHAHA :p InsyaAllah amin . semoga dapat balasan

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil HAHAHAHAHaiii Cik pensil ! :)

Aliff Haikal said...

@Atiqah Wadiah Bertimpa2 masalah datang kan :/

Anonymous said...

Bukan aku yer yg buat..