THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, June 28, 2012

PESANAN TULUS IKHLAS DARI CELCOM (SEBARKAN)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang mesti dah baca kan entry aku yang INI dan kalau korang alert mesti korang ada baca kes aku yang bill celcom datang rumah . Actually hari ni aku nak terangkan sedikit apa yang terjadi kat aku pasal celcom ni supaya takkan ada lagi  pisang tu berbuah dua kali,berbuah sekali pun ponat den nak menunggu . Kay ini saje buat jenaka . And untuk pastikan tiada siapa lagi manusia-manusia yang bergelar rakyat malaysia yang akan kena tipu bujur-bujur macam aku ni T.T Nasik dah jadi bubur asyura,makan jelah ye .

Okay kejadian berlaku ketika aku sedang menikmati percutian bulan madu yang keberapa entah kat KL bersama beberapa kawan aku . Tengah syok pot pet pot pet sambil turun dari tangga nak ke Sungai Wang kitorang bertiga didatangi oleh beberapa promoter kononnya dari celcom . Cehhh smart dah pakai baju celcom,dengan bertindik di telinga bagai dah serupa pondan aku tengok. Dan kami ditawarkan oleh mereka sim card celcom yang PERCUMA takpayah bayar macam kita selalu beli kat kedai celcom. Mula-mula aku dapat loloskan diri aku dari pelukan erat manja dorang tapi achaner entah member aku pulak dipeluk seeratnya sampai takboleh nak dilepaskan dan terpaksa mendegar pot pet pot pet dia cakap pasal celcom sim card percuma ni. Aku yang entah bodoh sangat boleh patah balik konon nak sedarkan member aku tentang perkara ini tetapi apakan daya aku pun terjerat sekali dengan benda ni . 

' Dik abang bagi sim card ni percuma dik.Tolong lah ambil dik,Abang nak habiskan stock ni,Nanti boss abang marah.Kitorang nak clearkan stok sim card percuma ni . Bagi IC adik dengan nama ibu adik . Tolong eh adik '

' Eh takpelah bang , saya tak berminat pun dengan benda jadah ni , saya dah pakai dah celcom ni *sambil tunjuk I-phone 5s kat dia tertera CELCOM* '

' Kalau kau tak ambik , aku tumbuk kau . Baik kau ambik,jangan banyak cakap sangat'

Entah , aku jadi takut tiba-tiba bila dia dah ugut nak tumbuk aku kalau aku tak ambil. So nak buat macam mana , aku bagi IC aku nama ibu aku kat dia . Sebab aku fikir kalau aku tak guna sim card tu pun boleh je kan . So aku pun watlek watkul . Lepas aku dan member aku dah kena , kitorang pun bersuka ria pergi sungai wang . Bongok kan aku ? -.-

Seminggu lepas tu tudiaaa bapak aku dari penang call cakap celcom bill sampai rumah (IC alamat kampung :p) . Wadefufu betul bila masa lah aku guna celcom bill ni . Dan aku tahu semua tu berpunca daripada sim card yang aku dapat tu . Nasib baik sim card tu aku belum buang dan tersimpan rapi dalam beg aku bawak pergi kl haritu . Aku cakap kat bapak aku yang aku akan settle semua ni dalam masa terdekat . 

Alhamdulillah semalam baru je pergi celcom center dan cuba bertanyakan pasal perkara ni . Sumpah baik gila babeng kot akak kaunter celcom tu melayan pertanyaan aku dengan penuh hemahnya beliau *tepuk tangan* . Aku siap datang celcom center dengan bill dan sim card yang still fresh dalam plastik tunjuk kat akak tu . Alhamdulillah aku takpayah bayar langsung bill tersebut sebab bukti memang ada yang aku tak guna sim card tersebut dan keterangan pun aku dah bagi semua . Tapi kena buat report polis sebab takut nanti bill celcom datang lagi sebab IC aku telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab tersebut . Semua perkara ni insyaAllah aku akan settle kan minggu depan . Tak sabar nak jumpa pakcik-pakcik polis sambil buat muka innocent suruh dorang tangkap bedebah-bedebah melayu tu . Kalau aku jumpa orang-orang yang buat macam ni kat tepi jalan , aku dah bersedia nak call polis biar dorang kena tangkap ! 



Dapat dua sim-card actually 



Pesanan kakak celcom tersebut untuk aku kongsikan kat semua rakyat Malaysia yang tercinta ni

'Kad pengenalan adalah milik kita,hak kita.Takde siapa yang berhak meminta melainkan dari pihak polis sendiri.Jangan sewenangnya bagi salinan IC kita kat orang yang kita sendiri tak kenal'-akak celcom center BP

' Pihak celcom tidak melantik mana-mana agen untuk menawarkan sim-card celcom percuma di tepi-tepi jalan dengan cara menarik/mengugut/memaksa dsb. Berhati-hati wahai rakyat Malaysia' 


Dari perkara macam ni , aku memang betul-betul akan hati-hati lepas ni.Aku takkan bagi sewenangnya orang nak fotokopi salinan IC aku . Dan kepada semua orang , jangan terpedaya dengan ulat-ulat beluncas celcom yang menawarkan sim card celcom percuma sebab tu semua tipu.Lebih baik beli sim card celcom di kedai-kedai telekomunikasi yang berdaftar . Ingat ! :_)

Kalau korang terjumpa orang-orang yang menawarkan sim-card celcom percuma,terus laporkan kepada pihak polis atau pun korang jerit cakap ' PENIPU! POLIS TOLONG POLIS! ' Hehe lebih afdal biar dorang takut terus blah dari situ . Memang nak kena kasi pelajaran kat orang macam ni . Kita bakor jeee~

Sekian cerita , Assalamualaikum (like kalau suka :p)


35 ribu orang sayang aku:

deno said...

deno pakai maxis :)

Nursyafiqah Sapi'ei said...

pena gak kena tarik dgn promoter camni .siap ada kaunter dia lagi .time tu promosi sim UOX dia kate .baya rm10 untuk dpt kredit extra rm10 .mula2 ta caya .sebab kata free .tapi kena bayar rmm10 tuu .pape pun alhamdulillah time tu mmg betul la kott .takde kena bill2 bagai .and betul2 dpat extra kredit rm10 .>.<

cik najihah said...

wohoo...menakutkan..

NIZAM said...

thanks tau Alif for sharing this story.

kalo kite g kedai nk potostat ic, kalo ada yang tak jd, pun kena amek. jgn kasi kedai tu amek. bahaya.

MyMy said...

hahaa..
kan daa kena..
ehehe sorry..ketawa kn laa pula..
bab2 i/c ni tk leh bawa main2 taw..
jgn bg sembarangan or show kt mana2..
i/c laaa plg penting sekali..

lg satu, mana2 brand communication pn, if dorg nak bg brg free.. mmg dorg akan buka booth or buat event..
bkn bg free mcm tu jak..

apa pn, jd kn ini sbgai iktibar.. :)
jangan buat lg yerr :)

NURUL NAJWA said...

what theee.... nasib bek x guna lagi sim tu. fuhh,, selamat :D

zuhaida said...

selalu jumpa orang mcmni kat stesen monorel KL Sentral. kadang-kadang takut jugak dia paksa ambik macam awak kena tu. tapi Alhamdulillah tak pernah kena paksa lagi.

terima kasih sebab share benda ni. sangat berguna :)

Nia zahirah :) said...

walamak Alhamdulillah aliff , Allah meindungi awak ! gile takot lah pengalaman ko ni:(

Elie Lily said...

cepat bg nombor celcom haikal kat akak!! hahahaha

Myra Azraff said...

Hahaha,tergelak sensorang aku baca entri ni weyh.Tetiba rasa klaka gila ! xD
Lagi satu,apedehal kuku tu kaler hitam ? Okey,gelak lagi..hahaha

Aliff Haikal said...

@deno Haikal pun pakai maxis . hehee

Aliff Haikal said...

@Nursyafiqah Sapi'ei Tu ade kaunter kira okay . Ni tepi jalan percuma siap ugut lagi >.<

Aliff Haikal said...

@cik najihah Sangat menakutkan :"(

Aliff Haikal said...

@NIZAM yeke ??? wowww thanks sharing ! :)

Aliff Haikal said...

@MyMy Thannks kakak . memang jadikan kejadian ni sebagai satu iktibar :)

Aliff Haikal said...

@NURUL NAJWA Tahu takpe tahu takpe . kalau tak memang lahhh kena bayar rm70++ tu sesia

Aliff Haikal said...

@zuhaida Hati hati tau . Kt KL semua jadi .

Aliff Haikal said...

@Nia zahirah :) Alhamdulillah Ain :)

Aliff Haikal said...

@Elie Lily Check DM akak :p

Aliff Haikal said...

@Myra Azraff Oi kena sawan ke ? :p hehehe kuku hitam saje nak terai jadi belek metal :p haha

ameerul ashraf said...

waa.. sampai kena ugut nak tumbuk2 ?
eish.. troknye! >.<

nur mimi nazira said...

tau xpe..dulu sy pon pegi kt times square..ada jgk org2 cm tu...jnis pengkid ngn gangsterpkai bju celcom..pkse2 plk..org ckp xnk...gler kan??kwn sy la yg kena.....bg ic...sy pon dh plik....thnks 4 the inform

Atukmudabergaya said...

Salinan IC boleh disalahgunakan untuk apa-apa sahaja tujuan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sebagai langkah keselamatan, sbb itulah org akan membuat garisan dan menulis sbg contoh "for celcom only" "for KWSP only".. mungkin mereka masih boleh guna salinan IC anda untuk perkara lain selepas ini, jadi berhati-hatilah :)

Aliff Haikal said...

@ameerul ashraf Bahaya gila kannn >.<

Aliff Haikal said...

@nur mimi nazira Kalau saya dapat or nampak dorang , memang siap lah . ishh geram betul .

Aliff Haikal said...

@Atukmudabergaya Baiklah Terima kasih :3

ain farahin said...

kalau tak ambil,apalah yang terjadi?
hadiah lebam kot!ade berani?hehehe

Anonymous said...

Bagi no celcome kau kt aku cepat

mirahaz said...

Salam, nk tanya, haikal dpt bil byk tak? Sbb saya bru je terkena, bil simkad pun tk guna lgsg mcm awak. So, apa patut saya bt?

mirahaz said...

Byk tk bil kena? Sbb mira bru kena, bil byk gla! Sampai 2 number kena byr.wht should I do :-(

Unknown said...

owh..sy bru je dpt celcom first..dkat stesen lrt masjid jamek..dye org paksa gak...tpi tdi bru je htr satu msej..mcm mana ni.......slpas trbaca artikel ni..rasa mcm diri tertipu je....

Anonymous said...

LAIN KALI, TANGKAP JE GAMBAR DORANG SENYAP2 GUNE KAMERA I-PHONE 5S YANG CANGGIH TU. KALAU DIA PERASAN, CAKAP LAH AMEK GAMBAR PEMANDANGAN. IYELAH, KALAU DORANG BIJAK MENIPU, KITE KENE ADE TAKTIK LAGI BIJAK UNTUK DIJADIKAN BUKTI YANG DORANG TU PENIPU. BARU REAL SIKIT. JANGAN TANGKAP BUKAN2 DAH LA! LU PIKIR LE SENDIRI! JUST cadangan~ out~

aya said...

Salam. sy mengalami situasi yg sama. ptg td sy dan kwn baru balik dr times square pastu ditarik oleh bbrp promoter celcom yg menawarkan simcard free tu. mulanya sy bg jela salinan ic pastu dgn rs x sedap hati sy patah balik n mintak balik salinan ic sy. ttp yg mjd mslhnya sy dah pulangkan balik simcard tu dkt diorg dan diorg ad borang yg berserta dgn tdatgn dn maklumat sy. Ap yg sy perlu buat ni ek. agak2 klau xde salinan ic tu diorg still blh tipu x?

aya said...

Salam. sy mengalami situasi yg sama. ptg td sy dan kwn baru balik dr times square pastu ditarik oleh bbrp promoter celcom yg menawarkan simcard free tu. mulanya sy bg jela salinan ic pastu dgn rs x sedap hati sy patah balik n mintak balik salinan ic sy. ttp yg mjd mslhnya sy dah pulangkan balik simcard tu dkt diorg dan diorg ad borang yg berserta dgn tdatgn dn maklumat sy. Ap yg sy perlu buat ni ek. agak2 klau xde salinan ic tu diorg still blh tipu x?

red roze said...

aq pon terkena gak ngan ejen tak guna celcom tu. tengah sedap2 bejalan kt Jalan TAR, tetiba ada abg gigi jarang bg aq ngn kwn aq celcom broadband free katanya. aq ngn kwn aq pon pi bg ic n no phone. lepaz celcom bill smpai rumah, teruk aq kna marah ngn mak ayah. baru aku taw, betapa bodohnya aku waktu tu bg ic bagai kat hantu2 celcom tu. so, spe2 yg jln2 kt jalan TAR 2 nmpk ejen celcom cabut lari !