THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, June 10, 2012

CARIAN RASULULLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tu , aku saje temankan kakak tempat kerja aku pergi kedai buku Popular ( aku namakan sebagai Kak Yana ) . Dia nak cari buku kat situ , buku apa entah aku tak ambil port sangat sebab aku cuma lah temankan sahaja bukanlah menjadi pengikut dia . Kay . Masa dah masuk dalam popular tu , kak Yana suruh aku pusing-pusing sekitar popular tu sebab dia nak pergi cari buku yang dia nak beli . Then aku pun okay jelah and aku pun pusing-pusing sekitar popular . Aku belek buku tu , aku belek buku ni . Sumpah aku dah buat kedai buku tu macam library . HAHA Then aku terpandang satu sudut kat rak-rak buku . Aku terpandang beberapa buah  buku yang agak tebal isi kandungannya . Aku macam tertarik nak tengok buku apa , then aku pun pergi lah ke arah buku tu . 

Cuba teka buku tu buku apa ? Cepatlahhhhh ^^,

Okay main teka teki yang akhirnya dijawab sendiri , Ala dah menjadi perkara biasa kan . Kalau tak jawab maka tergantunglah sesebuah entry kan . hehe 


Sebuah buku yang diberi tajuk ' Biografi Agung Rasulullah ' 

Sehelai demi sehelai aku cuba selak , entah tiba-tiba hati menjadi begitu sayu bila melihat penulisan-penulisan dalam buku ni . Dengar diletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan Rasulullah , aku jadi sangat teruja . Lepas tu aku pun letak balik buku ni atas rak dia balik sebab Kak Yana dah nak balik semula ke kedai . Aku cepat-cepat cover muka sebab masa tu kan macam nak bergenang je air mata . Then aku tekad , aku nak simpan duit aku nak beli buku ni . 

Sampai tempat kerja , aku try kira duit gaji yang terkumpul setakat ni . Alhamdulillah dah boleh dah nak beli buku biografi Rasulullah ni . Aku bisik dalam hati aku . 

Hari ni , Alhamdulillah akhirnya aku dapat beli sebuah buku yang sangat tinggi nilainya . Sebuah buku yang mempunyai banyak manfaat serta maklumat . Dan yang pasti, aku beli buku ni dengan hasil dari titik peluh aku bekerja . Sekurangnya aku takdelah guna sangat duit gaji ni ke arah yang melalaikan . InsyaAllah ^^,

Dulunya buku ini harganya RM65.00 . Tapi sekarang , Harganya menjadi RM52.00 . See what ? Kenapa anda mesti tak patut beli buku seperti ini sedangkan harga dia tidak lah setanding BlackBerry,I-phone,I-pad,tab,Samsung galaxy yang korang semua ada . Kalau dibandingkan pun , seconet je harganya . Tapi manfaat yang kita akan perolehi , MasyaAllah Tak terhingga . Jadi ? Apa tunggu lagi ? Dapatkan buku tersebut Di kedai buku Popular dengan harga cuma RM52.00 sahaja ! :)

InsyaALlah tiada kerugian yang kita akan perolehi dengan melabur RM52.00 jika dibandingkan kita melabur RM100+++ untuk menonton sebuah konsert yang melalaikan . Ye idak ? Janganlah cakap aku provok tengok konsert pulak , apa yang aku cuba sampaikan adalah perbezaan manfaat yang kita perolehi dari apa yang kita buat . Tu je :)



Muka penuh Bahagia dan eksaited ^^,

Melalui buku ni , diceritakan tentang sejarah Kelahiran Nabi Muhammad , Nama dan gelaran Nabi Muhammad , Kejadian tubuh badan Rasulullah , Zaman kanak-kanak Rasulullah , Kehidupan Rasulullah dan yang palinng menarik adalah di dalam buku ini diselitkan beberapa kepingan gambar yang menakjubkan di antaranya Rambut milik rasulullah . Selipar milik Rasulullah dan banyak lagi ! subhanaAllah . Dan seperti yang aku cakap sebelum sebelum perenggan ni , Tidak akan rugi membeli buku ini . InsyaAllah 

Biografi Agung Rasulullah adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar ,Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu sekali kita ingin mengenal perwatakan,rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah . Sebagai Umat islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan di dalam buku ini . 

Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak sehingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda,anak-anak dan cucu , sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.  Buku ini harus dimiliki oleh seluruh umat islam yang merindui,mencintai dan mengharapkan syafaat Rasulullah . 

'Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya' - Surah Al-Ahzab ayat 56 .

Saya dah ada . Awak bila lagi ? 

Assalamualaikum :)_

8 ribu orang sayang aku:

dayahyazid said...

menarik..pinjam boley..heee >.<
insyallah dapat gaji nanti..

kekapas berceloteh said...

macam best,. penah bace kod. tapi tadew lah detail smpai tunjuk rambut dgn kasod tu. amacam. lps akak dayah giliran aku pulak la kan nak pinjam
-..-' oke guraw.

Aliff Haikal said...

@dayahyazid kena beli . wajib . hehe

Aliff Haikal said...

@kekapas berceloteh Tapi buku ni tunjukkan gambar-gambar berkaitan . tak rugi beli :)

Arol Mubin said...

Sekarang pun aku tengah belajar Tamadun Islam, banyak cerita tentang Rasulullah. So, aku baca buku tue dulu lah. Kalau beli buku nie sekarang, takut tak terbaca pulak! :)

Munirah Shamsudin said...

ceh, den pun ada.


dah habis baca. ambil masa yang lama sangat untuk baca. sangat2 lama *kesal*

Aliff Haikal said...

@Arol Mubin Wahhh budak Sejarah kan :) hehe okay Arol . Takpe :)

Aliff Haikal said...

@Munirah Shamsudin Tkpe . ehh mcm2 benda kita tak tahu kan pasal rasulullah kan :"(