THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Tuesday, June 26, 2012

NAK JADI BLOGGER BERJAYA KE ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ramai yang cakap simpati dengan nasib yang berlaku kat Superhero <3 aku tapi takpe sebab dia seorang yang kuat ! ^^, 

Pagi-pagi macam ni , tengah sesedap online twitter tiba-tiba teringat pulak kisah-kisah waktu pertama kali jadi blogger ni . Sungguh tak sangka , dari aktiviti cuma menaip jika perlu akan menjadi satu rutin yang perlu untuk menaip . hehe . Ingat lagi waktu pertama kali mencuba mencipta blog , kebodohan IT cukup terserlah sampaikan nak buat tu nak buat ni kena bertanya . Bukan reti nak godeh sendiri . hehe . Tapi waktu tu minat cuma takdelah sampai terlalu obses sampai nak menaip panjang berjelar ,sekadar menaip bila perlu untuk meredakan perasaan . Maka terjadilah sebuah blog yang hanya berceritakan tentang persekolahan , persekolahan dan persekolahan . Dah macam takde cerita lain nak cerita kan . HAHA

Berblogging since 4.June.2010 (ehhh dah dua tahun rupanya usia blog ni?) , waktu tu cuma teringin nak merasa ada blog sendiri , teringin nak mendabik dada dalam kelas sebab ada blog sambil cakap kat kawan sebelah ' Eh aku ada blog,kau hado?' . HAHA masa zaman Jahiliyah memang macam tu . Tapi rupanya , dari first berblogging , dah terbit rasa minat dan tertarik untuk terus dengan blog .

So dengan semangat yang kental dan berwibawa , aku pun cuba lah menjadi part of orang yang suka blog walking . Dari situ aku tengok lah cara dorang create blog sendiri , dorang hias blog sendiri , cerita macam-macam . Sungguh menarik bila aku baca cara olahan yang disampaikan sampai terbit rasa ' Eh aku nak jadi macam dorang lah ' so dari situ mula lah aku pun search tutorial tu tutorial ni . Aku sendiri yang edit blog , aku sendiri yang cipta pelbagai jenis header . Biasalah air tangan lelaki kan , budak akaun pulak tu mana lah nak berseni sangat . HEHE . Aku sekadar edit bila aku rasa dah cantik okay dah . Dulu rajin bebenor aku blogwalking , follow blog , jerit kat shoutmix (sekarang dah takde) , lompat-lompat kat shoutbox . HAHA . kelakar sungguh dah macam beruk baru dapat pegang I-Phone :p

So dari situ , aku belajar dan terus belajar selama setahun lebih . Aku cuba mantapkan gaya penulisan aku , dulu aku suka guna bahawa wempitssss tapi bila aku tengok traffic lebih tinggi kat blog-blog yang menggunakan bahasa melayu tulen aku terus cuba menaip dengan bahasa melayu yang penuh.Sungguh bangga kalau cikgu-cikgu bahasa melayu aku baca blog aku,mesti dorang dah takpayah nak suruh aku buat karangan lagi . HAHA Aku pun belajar sikit demi sikit , aku ambil ilmu dari beberapa orang yang pakar dalam blog ni . Dan Alhamdulillah setelah hampir dua tahun aku bergiat secara aktif dalam bidang blogging ni , aku dapat lah cipta tapak nama sebagai Ekaldude sampaikan ada orang lebih mesra panggil aku Ekaldude dari nama asal aku . HAHA kelakar kan tapi itu semua adalah berkat dari bantuan orang-orang yang dah banyak tolong aku di samping aku sendiri yang teroka macam mana nak jadikan sebuah blog lebih menarik .

Dulu boleh tengok blog aku sumpah hodoh , tapi sekarang orang cakap (Orang cakap okay :p) dah cun melecun dah comel kebapokbapok-an dah takpayah dah nak edit-edit lagi dan terima kasih tak terhingga kepada yang memuji . kalau terjumpa mohon tuntut kiss eh . HAHA Gurau :p

Komen pun semakin lama semakin meningkat naik . Dulu aku macam tak kisah sangat orang nak komen ke taknak sebab tu hak dorang lantak dorang lah . Tapi sekarang dah lain , sungguh ! sungguh aku mengharapkan komen yang tulus ikhlas suci murni dari pembaca tentang sesebuah entry aku sebagai tanda respons setelah penat berhumpas pulas menaip backspace menaip backspace sampaikan selalu sangat jadi typo . hehe Harapan janganlah berhenti mengomen dan jadilah pengomen setia blog ni ! Terima kasih ^^, dan follower juga Alhamdulillah sudah cecah 1k seperti yang diharapkan . hehe . Terima kasih :)

Kalau anda nak jadi seorang blogger yang berjaya , anda sendiri yang harus meneroka , bertanya , belajar dan mempelajari sesuatu tentang blog . Jika tidak , simpan dan teruskan lah  dengan aktiviti ber-mukabuku dan ber-burungbiru di laptop . Pesanan tulus ikhlas dari,Ekaldude :p



Tahukah anda ini adalah gambar daku semasa di tingkatan dua . Aummm >.<







aku nak kenalkan kat korang semua siapa sifu aku dalam dunia blogging ni . Taraaaaaaaaa Cik Myza ( http://cikmiza.blogspot.com  ) . Actually waktu zaman noob dengan blog , aku lebih suka refer kat dia sebab dia lebih awal buat blog dari aku dan aku rasa dia lagi expertssss dari aku . Macam-macam soalan aku tanya dia . hehe . Asal datang sekolah je masuk kelas mesti aku akan terkedek-kedek pergi kat dia tanya pasal itu ini pasal blog,nasib lah dia tenang je jawab kalau tak mesti dia dah baling kerusi plastik sekolah kat aku sebab banyak sangat bertanya . HAHA Tapi sedihnya lahai bila anak murid dia je yang aktif tapi sifu dah kurang aktif , takkan nak pencen dah . Amboi awal lagi lah wei . Semangat ! :) Thanks myza sebab bagi tunjuk ajar sampai kan aku dapat jadi macam sekarang . Kau lah cikgu aku <3

Cukup sampai di sini sahajalah ekaldude berceloteh , dah pagi sangat ni . Biasalah burung hantu kan . Hehe Assalamualaikum 

Like lah kalau suka :D Kalau rasa nak godeh-godeh entry waktu zaman Wempitssss boleh lah terjah ni --> ONG KEDEK KEDEK ONG KEDEK KEDEK


27 ribu orang sayang aku:

deno said...

ohhh da 2 tahun blogging... sama ngan deno la.... hihi :)

MyMy said...

dua tahun blogging daa mampu kumpl followers 1K? nice job brotha.. hehe
dulu kak blogging sjak thun 2010 and plg aktif pun awal thun 2011.. followers dah byk tp sb hal2 tertentu tpksa dlete blog lama and buka blog baru..

skrg ni..
bermula dari bawah..
tp bkn nk kejar follower..
nk mencari follower and member blogger lama.. rindu kt dorg tp dorg pn daa jarg2 update :(
sad sad..

pasal penulisan tu..
terpulang laa.. tp lagi bagus sbnarnya if guna bhasa yg betul sb itu attitude kita yg sbnr :)

org pun show respect kt blog kita..
so selamat maju dalam dunia blogging :)



nak kak tlg edit blog kasi kemas? hahaha
gatal plak tgn nk main coding2 ahahaa

ziera ramli said...

untungg la ~ huuu, nk jdi gak mcm kau , tapi aku x reti. hmm, tolong aku eh ble2 ! :D

DRceria said...

fuyooo... ada sifu rupanya... :)

danielz said...

thanks beb kongsi cara nk upgrade blog.////

Hakimy Zamri said...

wow ! suka baca sejarah dan cara hang mula berblogging dulu. aku pun start buat blog masa 2010. tapi masa tu blog aku buruk gila. haha. pic masa form 2 ??? aummmm >__<'' haha.

Siti Nurhamizah ツ said...

Terperanjat aku bila tengok kat list blogwalking aku, ade header blog aku. Tengok-2 rupanya dari ekauu. Ahaha aku pencen tu belum lagilah tapi berehat jee. Bhaha :D

ஜ miss klanika ஜ said...

nak jadi blogger misteri. muahaha

Hafidz said...

Hahaha sumpah kau lawak bro. Yup aku pun macam prefer kalau blogger taip penuh, macam lagi pro la bunyinya.

hahaha. tapi dah masuk degree nanti jgn stop blogging pulak yaww.

btw officially follow blog kau. sekian dengan tibe tibe komen aku tamat di sini.

Aliff Haikal said...

@deno Yeyyy denooo ! kita sama *lelambai tangan hehe

Aliff Haikal said...

@MyMy hehe KAkak . Ni pun hasil dari berhempas pulas promote blog kat situ sana sini . Alhamdulillah :)

Oh dulu pernah cipta blog jugak ek ? kenapa delete ? kenapa ? hehehe

betul tu akak , rasanya orang lebih mudah baca bahasa melayu penuh tapi tak terlalu skema dan santai je orang baca kann :)

Ahaaa takpe lah akak , nak edit sendiri :3

Aliff Haikal said...

@ziera ramli Takpe Ziera , slow motion dulu . hehe :) InsyaAllah

Aliff Haikal said...

@DRceria Ada jeeee :) DRC ade sifu takk ?

Aliff Haikal said...

@danielz Jangan give up okayy ! :)

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri HAHA hang mesti lagi menarik dari aku kannn Kimy . Aku nak godeh sat lah :p

Aliff Haikal said...

@Siti Nurhamizah ツ Dah baca dahhh entry baru . Amboi kenapa tukar URL ? hehe

Aliff Haikal said...

@ஜ miss klanika ஜ Nak jadi belogger misteri ? Aummmm :3

Aliff Haikal said...

@Hafidz HAHAHA mat boyot , mestilah orang senang nak faham apa yang kita cuba nak sampaikan . hehe

Okayyy insyaAllah takkan berhenti punya :)

ameerul ashraf said...

haha.. Ekaldude sesangat.
Nice job alep..

Liyana Izzati said...

Haha. Kalau nak berblogging dengan consistent dan istiqamah, bagi aku niat kena betul. Menulis untuk sebarkan ilmu dan apa yang kita tahu walaupun sedikit, jangan terlalu kejar traffik sangat. Sebab kalau blog kita bagus nanti traffik akan datang sendiri punyaa.

Tapi yeah tahniah kepada apa nama kau tadi? ekaldude kan? Blog kau best!

kekapas berceloteh said...

ya ampun. gelak tertonggeng tonggeng aku sambil mengunyah nasik goreng pemberian emak pagi td. hatta tersedaqk-2 hakku melayan tulisan kaw. kelakar. tapi comel-2 :) . suka bace doh. hehehehehe. abeh kena bahan ni. <-- WAJIB. kbye. wakakak

NURUL NAJWA said...

2010, dats mean SPM la kn? walaweyhh! aku dok ostel. xde mase nk buat blog. =..= btw, kau senior aku laa! :P

Aiqa Zulaikha said...

<--- newbies lagi ni , bosan betol tak ade follower ;P hrp-2 jadi mcm ekaldude jugakk ..

Aliff Haikal said...

@ameerul ashraf AHh kau dengan aku tetap Alep Acap oiii :p

Aliff Haikal said...

@Liyana Izzati HAHA terbit lah jugak niat dalam hati nak traffic tinggi,Encik Nuffy dan encik Churpie bersenang hati nak bg BE . hehe tapi sedar dan sedar bahawa selera pembaca lain2 . InsyaALlah akan di pertingkatkan . hehe Thanks ! :)

Aliff Haikal said...

@kekapas berceloteh Amboi sampai tersedak-sedak apa kes ? hahaha kau jangan nak mengampu sangat :P btw thankssss Mieja . hahahah :p

Aliff Haikal said...

@NURUL NAJWA haah wkatu orang tengah pulun study , aku kerah otak update belog . sbb tu cerita banyak pasal sekolah sekolah dan sekolah hahaha .

aku senior kau ? achaner tu Johan ? :p