THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, July 2, 2012

TOLONG! KAMI KELIRU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Di sebuah Mall yang indah , bercahaya dan sejuk berhawa dingin . Sedang berjalan si putera raja bersama si puteri raja untuk melihat keindahan sebuah mall yang katanya Shopping like a city . Sedang asyik berbicara si putera raja ternampak sebuah kedai makan yang cantik . Kebetulan perut beliau ketika itu sangat lapar dan berbunyik-bunyik sudah . Lalu mengajak si puteri raja berhenti untuk mengambil santapan perut di kedai tersebut .  Di dalam kedai tersebut terdapat beberapa pekerja melayu yang segak berpakaian t-shirt tertera nama kedai tersebut sedang sibuk melayan karenah-karenah kastemer yang datang untuk makan. Sesampainya putera dan puteri raja ke kedai tersebut,mereka disambut penuh ramah oleh seorang cina yang menerangkan tentang konsep kedai tersebut . Maka hairanlah si putera raja dan bertanya kepada cina tersebut 

'Ahmoi Meili , Kat sini halal tak ?'

'Halal maaa , No Pork No Lard maaa'

'Tapi mana cop halal dari Jakim or Whatever dari mana-mana pejabat agama ?'

'Ayooo ini manyak halal ma , No Pork No Lard '

'Okay tenkiu ahh amoi , tak jadi makan . chiao moi '




Lambakan sekarang aku tengok , kedai-kedai cina especially kat dalam mall tak tampal pun tanda halal yang disahkan oleh Jakim untuk menandakan makanan dari kedai dorang halal . It seems like dorang membodohkan orang islam dengan membeli barang dorang . Aku takut dengan perkataan ' No Pork No Lard ' sudah membuatkan orang-orang islam fikir ' Ohhhh takde babi ni mesti halal ' but korang taktahu kan apa yang dia pegang before and after . Walaupun ada yang cakap ' Ehhh tu orang melayu siap pakai tudung lagi yang jadi waiters tu mestilah tempat tu halal ' tapi bagi aku that not a license untuk korang anggap kedai cina tu halal . 

Adakah sumber dia dapatkan modal tu halal ? Adakah dia dapat bahan mentah dari cara yang halal ? Nak cakap orang melayu islam yang kerja memang lah sebab dorang cuma berdiri atas nama 'Pekerja' Tapi kita ni sebagai pelanggan yang nak makan hasil dari jualan dorang . Jadi salahkah kita pertikaikan halal ke tidak ?

Mereka (pengusaha kedai makan non-muslim) perlu menitik beratkan soal ni , cuba dapatkan sijil halal dari pihak jabatan agama islam yang berkaitan . Tolong usaha sikit . Jangan kelirukan kami .Dan minta tolong jabatan agama islam berkaitan segera membuat pantauan supaya kami orang islam tidak tertipu dengan helah mereka kononnya Tiada Babi Tiada Lemak Babi ini . 

Kadang aku kecewa tengok orang islam sekarang seolah pandang enteng kepada benda yang halal :"(

'Janganlah kamu memakan dari sumber yang kamu meraguinya'

Logo Halal yang sah 

Terima kasih sudi baca,Like sikit :)

17 ribu orang sayang aku:

MyMy said...

kalau kaka,
selagi kedai tu takda sign 'halal' tak nak masuk even dia letak sign 'no pork' hahaha

and dulu kaka slalu ingt, no pork tu ialah no booking wahahahhaa... NOOB.
hahaha

cik najihah said...

ape pun kedai tu mesti ada logo halal dari jakim. yg satu satunya tu & mesti ada at least 2 org pekerja muslim kat situ. kalau ragu2 baik jgn pegi. banyak lagi kedai halal :)
perkongsian dr sy yg belaja pasal makanan halal :)

Aliff Haikal said...

@MyMy betul tu kaka :)

ehhhh haha No Pork = no booking ? hehehe kelakar lah :D

Aliff Haikal said...

@cik najihah Kan . apa salahnya dorang mohon sijil halal tu . ermmm sekurangnya dua orang ? tp kalau dorang cuma melayan bukan memasak cmne ek ??

shakira said...

banyak sangat barang/makanan yang femes cop halal dia bukan dari jakim .kadang nak beli pun berbelah bagi .kekekek

MyMy said...

@Aliff Haikal hahaha mana laa kaka taw bhaa hehe

Fakhrul Haiyin said...

spatutnya ngara islam mcm ngara kita ni xpayah laa dok sibuk2 letak logo halal bagai. spatutnya, mana yg haram tu lah letak logo haram. kita yg muslim ni pun tragak2 mau bli mknn yg xda tanda halal. err.

dkt skolah aku dlu, sorg pkcik cina kt kantin, dy jual mee. pastu budak2 muslim tanya smada halal or x. dy cakap halal sbb dy x masak skali dgn yg ada babi. mmg la dy x masak skali, tp dy guna kuali yg sama. gila ahh pokcik tu. ahha. *pnjg komen waa.

khusainikusi said...

tq...this is a good info...nanti khusaini akan lebih berjaga2...ken aim betul2 baru singgah makan~~

Arol Mubin said...

Zaman sekarang nie orang suka ambil jalan mudah jek. Janji untung! Kalau nak terjamin halal, makan kat rumah suruh mak masak. Lagi jimattt, lagi sedappp! Hehehe. :D

Liyana Izzati said...

Salah satu sebab doa tak diterima ialah sebab sumber makanan yang tak halal. So sama samalah kita jaga pemakanan kita. Halalan toyiba makanan yang halal lagi baik. Baguss lah entry ni. Thumbs up!

Rafhan said...

Pihak berkuasa pun silap jugak, sebab permohonan sijil halal rumit dan menyusahkan. Banyak sangat prosedur dan lambat. Lepas tu, produk yang dah ada logo halal pun belum tentu halal, sebab logo halal ni boleh diciplak. X nampak sangat keberkesanan logo halal ni. Lepas tu, sesuatu produk yang dah ditarik balik status halal, macam starbuck ke, xnak pulak dihebohkan kat media perdana. Takut jatuh periuk nasik. Macam sial...

Aliff Haikal said...

@Fakhrul Haiyin itu lah pasal . Tapi kita ni dah hidup dalam negara yang majmuk . so kena lah terima hakikat hidup ni . hehehe

wah gila ahhh . Sekolah cina ke dulu ? erk

Aliff Haikal said...

@khusainikusi sama-sama :)

Aliff Haikal said...

@Arol Mubin Hahaha sokong kau Arol ! tapi kalau dah smabung jauh-jauh nanti dah tak dapat nak merasa mak masak :"(

Aliff Haikal said...

@Liyana Izzati Kalau was-was jangan makan :)

Aliff Haikal said...

@Rafhan Itu satu hal lagi . Tapi kita pun takleh nak pertikaikan kerja dorang . Maybe dorang perlukan ketelitian dalam menguji halal or tidak sesuatu makanan tu .

Pasal ciplak menciplak ni pun satu hal . memang kita keliru habis :"(

Kan , pasal starbucks , old town bagai . katanya haram tapi entah lah , memang tak didedahkan umum :(

P#eoniX said...

kebanyakan pekerja dalam bidang makanan cam kite paling risau isu cam neh...sebab kite nampak ape yang orang lain x nampak....kekadang bile kite nampak,orang pertikai kalau kite bersuare...like ade bukti kukuh???hade gambar yang sah x??or whatever.....