WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, February 1, 2012

MUAH SIKIT KAT KERAJAAN MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

di saat ini hati dah boleh berbunga girang umpama iklan makan ke ep si dengan mekdonel . huyoo feeling-feeling makan prosperity sambil sos sambal jatuh atas baju umpama menikmati sangat prosperity tu . ouh nikmatnya =,=

' Aliff , apa yang awak merepek ni ? kenapa hati berbunga girang bagai ni .'

aku baru perasan yang blog ni tak berusik hampir seminggu . bunyi cengkerik jelas menghiasi gegendang telinga pengunjung yang singgah sepintas lalu . okay aku tipu >,<

setelah seminggu bercuti semester kat rumah , aku tak buat apa-apa pun kat rumah tu setakat balik rumah makan tidur online makan tidur online . benda tu je lah yang aku kerap buat . tapi untuk cuti ni ada tambahan kerja sikit dari tiga perkara wajib tu . heh heh heh guess what ?

ALIFF HAIKAL STUDY

hey hey , jangan lah terbeliak sangat mata tu , terkeluar kang baru tau , taknak tanggung okay . bytheway takde lah aku belajar sangat kat rumah tu , setakat bukak buku sepintas lalu henden tutup balik buku tu . hasutan syaiton nirojim sangat kuat . tak berdaya nak lawan . haha so memang tak hairan lah cuma aku keluarkan sebuah buku manakala selebihnya terperuk dalam beg . bawa balik buat penat bahu je galas , baca tak jugak . okay lempang kuat-kuat pipi sikit . good :p

baucar buku rm200 , terima kasih kerajaan malaysia kerana BERMURAH HATI memberi baucar tersebut kepada pelajar seperti aku . sayang sikit . muah muah muah . okay cukup nanti ada orang marah . apa aku buat dengan baucar buku tu ? mesti lah beli buku . sebenarnya , aku guna kan duit tu lebih kat adik-adik aku . sebagai abang yang budiman , eh yang dermawan , apa salahnya balik dari perlis belanja adik-adik . bukan senang nak bawak balik rm200 tu . HAHA henden baki selebihnya aku bawak balik perlis balik , nak shopping buku dengan kawan-kawan pulak , memenuhi kepuasan sendiri . okay lah buku lawak kampus setebal seribu muka surat aku beli . eh eh buku ilmiah aku beli jugak , jangan risau . tak sia-sia rakyat malaysia membayar cukai bagai , thanks malaysian . muah muah muah . over . HAHA

tapi aku sedih , bila dapat tahu ada manusia-manusia yang sanggup jual baucar buku tu semata nak dapat duit tunai . rm200 baucar buku bersamaan rm180 duit tunai . ini lah namanya rakyat malaysia yang kreatif dan inovatif . tepuk tangan sikit . tepuk kepala dorang kuat-kuat sambil cakap ' kalau kerajaan tak bagi bantuan lagi , jangan nak bising ' . kejam tak kejam . hari tu aku bersembang dengan pakcik teksi tempat aku . nak baca apa dia cakap ? jommmm

' Anak pakcik ada dua orang , sorang U sorang lagi poli . pakcik suruh dorang tukar baucar buku tu dengan duit tunai . pakcik pergi tukar duit tu kat kedai buku * rahsia * . dapat lah rm160 untuk setiap rm200 tu . kerajaan ni pun satu , buku apa lah yang pelajar U nak beli time last-last ni . baik tukar tunai boleh beli macam-macam '

jangan salahkan anak je , mak bapak pun main peranan . hampeh punya parent =,=

okay sekarang aku dah rilek sikit sebab exam dah habis , hati pun berbunga girang and terima kasih kepada kawan-kawan yang mengingatkan aku tentang kerja-kerja tutorial yang perlu dihantar tu . memang aku tak buat . HAHAHA apa tah , watlek lah dulu baru habis exam . kan ? siapa sokong sila angkat mulut buat ala-ala duck face . oh comelnyeewwwwwwww XD

okay lah , nantikan entry yang bermanfaat bila aku ada idea nak kupas . aku main tulis je ni ikut dan . sekarang jari dah penat . so nak tidur . HAHA bye assalamualaikum

suka entry ni ? like selaluuu ♥

6 komen:

Hakimy Zamri said...

HAHA! nice entri wehh..aku dapat tau pasal blog hang ni melalui member ms aku, zharif azis..

singgah dari http://pengawasbaik.blogspot.com

Unknown said...

haha. pastu Hencek Haikal balas apa kat pak cik tu?

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri thanks member zarep . haha belog kau pun apa kurangnyaaa :)

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil tak cakap pape , just cakap ' apapapun , sy tak tukar duit tu . ' hehe nak balas apa , nnt dia tibai naikkan harga teksi baru tau XD

Unknown said...

yeay! kita pun dapat voucher jugak :D

KizZ said...

Hihi dapat baucar wat beli komik eh?haha kelakar..eh macam nak buat jugak lah..takde idea sebenarnya ni nak beli buku apa ni