THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, February 15, 2012

CITA-CITA DAHULU KALA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

kita kembali ke zaman dahulu kala , di mana ketika dulu friendster bermaharaja lela sehingga kan aku sanggup menghabiskan duit rm3 sejam kat pusat internet semata-mata nak sign up friendster , zaman di mana kegunaan henpon tiga sekupang menjadi kegilaan dan zaman di mana budak-budak kecik bermain panas sehingga naik lecur satu badan ( aku lettew ) . kita mengimbau kembali zaman persekolahan di mana aku sedaya upaya suruh mak ayah aku belikan beskal ber-gear semata-mata nak pergi sekolah dengan member . HAHA

aku actually nak cerita pasal cita-cita aku zaman dahulu kala yang menjadi idaman di kalbu sehingga setiap kali orang tanya ' adik besar nanti nak jadi apa ? ' akan aku jawab dengan penuh bangga ' nak jadi tet ' ' nak jadi tot ' ..... eleh mesti korang pun ada jugak kan beberapa cita-cita dahulu kala yang sebenarnya tak lah nak menjadi kenyataan . otak dulu-dulu kan terarah kat beberapa kerja yang glemer jeeeee . tak terfikir rupanya banyak pekerjaan kat dunia yang fana ni . kan kan kannnnn

cita-cita pertama , of course lah nak jadi DOKTOR . ini lah cita-cita yang femes di kalangan budak-budak hingusan zaman dahulu kala (aku jugak lettew ) . tiap kali orang tanya , nak jadi apa ? jadi DOKTOR , padahal nak jadi doktor dah lah kena pandai dalam subjek sains . aku ni dah lah otak lembab sains . tapi sebab zaman dahulu kala kan otak budak-budak , so nak berkembang tu pun mengambil masa yang lama . asal tengok doktor kat hospital tu segak-segak,hensem-hensem,cun-cun,cantik-cantik terus nak jadi doktor bila besar nanti . HAHA padahal nak jadi doktor ni , masyaALLAH susah bebenor nyeeee . so cita-cita ini telah terkubur menjadi cita-cita tidak kesampaian . ekceli memang tak minat dah pun nak jadi doktor =='

kalau korang nak tahu , dulu ada budak hingusan tu ada hati nak jadi artis . ala artis yang dok nyanyi kat atas pentas hu ha hu ha tu . budak hingusan tu aku lewww :3
kenapa ye aku nak bercita-cita jadi artis ni ? aku sendiri pun tak tahu sebenarnya . mungkin atas faktor bila jadi artis ni , muka boleh masuk tv . kalau jadi artis ni boleh masuk majalah . so kalau pergi mana-mana pun orang boleh kenal . hidup dalam dunia glamour . maybe . itu lah pemikiran budak hingusan bernama aliff haikal waktu dahulu kala yang otaknya tidak berapa nak kembang . HAHA sampai kan satu tahap , aku berani isi form cita-cita kat buku peribadi pelajar masa kat sekolah rendah dulu nak jadi artis . hambekk kau bila ayah aku tanya ' HANG NAK JADI ARTIS ?! ' . aku apa lagi , time nak menipu lah otak ini menjadi lebih dewasa dari umurnya , aku boleh jawab ' BAPAK , NI ARTIS YANG LUKIS-LUKIS TU LAH ' . see ? bijak kan pemikiran budak hingusan bila bab-bab nak menipu ni sampai kan boleh menipu bapak sendiri . orang kata tipu sunat . HAHA kelakar :3

waktu form three dulu , boleh pulak aku teringin nak jadi PRAMUGARA . mana tak nya , dengan imej seorang pramugara yang segak , hensem , tinggi membuatkan aku menjadi terpesona nak jadi macam dorang . membayangkan diri membawa beg bagasi sambil berjalan ke arah lapangan pelepasan sambil mengawal macho , nak nak anak dara orang boleh pulak ushar-ushar sambil pewiit ke arah abang pramugara tapi tak dilayan . HOHO tak ke kau rasa macam ' wow , aku nak jadi macam ni lah ' . so aku terapkan dalam sanubari yang indah , aku nak jadi pramugara , aku nak jadi pramugara, aku nak terbang merata tempat . sampaikan dalam buku catatan sekolah ,aku tulis cita-cita : pramugara . HAHA rasa nak gelak guling-guling member sebelah meja bila nampak aku tulis cita-cita kat atas buku tu . tapi aku buat dunno je tak ambil peduli anasir-anasir jahat tuwwww :p . mak aku siap boleh canang kat seluruh sanak saudara yang aku nak jadi pramugara . aisey mannnn , memang kena bahan selalu kalau balik kampung or kalau ada sedara mara datang rumah . cuba bayangkan muka ni nak letak mana dah kalau tengah dok hidang ayaq tu tetiba mak aku boleh cakap pasal benda ni . sumpah serik bagitau kat mak pasal cita-cita ni T_T . malangya syarat wajib nak jadi pramugara : 175cm , sedangkan aku hanya insan yang kerdil . =,=



semua cita-cita di atas telah menjadi seperti abu yang diterbangkan angin , takdak satu pun yang melekat kat diri yang hensem ni =,= . benda yang aku tak expect nak jadi , itu lah yang akan aku jadi . guess what ? seorang pelajar subjek perakaunan sepenuh masa takkan nak jadi nurse pulak kan , mesti lah jadi akauntan . tapi itu lah masalahnya , aku tak pernah sematkan dalam diri nak jadi akauntan . tup tup tak memasal menceburkan diri dalam bidang perakaunan ni . HAHA memang lah seronok , sebab aku memang suka mengira . itu lah , benda yang tak pernah aku fikirkan , last-last tu yang aku dapat . semoga hati ini lebih cekal mengharungi hari-hari yang akan datang . semoga dapat menjadi seorang akauntan bertauliah insyaALLAH ♥

selamat tinggal doktor , pramugara dan artis . kau bukan milikku . cewahhhh ♥

suka entry ni ? like lah :)

10 ribu orang sayang aku:

♥ MS ♥ said...

AH betul2!!!! masa tadika dulu, bila cikgu tanya,nak jadi apa bila besar? jawapannya mesti DOKTOR! HAHAHA.

Aliff Haikal said...

@♥ MS ♥ haha memang tak dinafikan lagi :)

Hakimy Zamri said...

hahaha..terbaik laa..yang pasai nak jadi artis tu..lawak doe ! adoiii..haha..awat hg tak jadi artis betoi ? muka dah familiar :D hehe..pramugara ? aku akui aku tringin cita2 tu..hehe..

selamat tinggal doktor, artis, pramugara.. Dan selamat datang akauntan berjaya :D

miss secret said...

PRAMUGARA :)

noor nabilla fattin said...

dulu aku selalu nak jadi mekanik dengan polis haha tapi paling ketara , aku suka cakap sorang-2 sebab konon nak jadi pelakon , kalau beli mjlah budak2 , ada borang carian bakat tu , aku awal-2 dah isi nak pos hahah tapi bila nak hntar mesti mak aku cakap " TAKDE KERJA AKU NAK MENGANTAR KAU KAT KL TU , INGAT DEKAT "

dulu kan semua bnda kat kl hahah pula tu masa tu mmg susah nak jalan jauhkan , huhu lawak2

Cik Pensil said...

Cita -cita kita selalu berubah-ubah mengikut masa.
dulu masa kecik-kecik nak jadi cikgu, masa darjah 6 nak jadi pramugari,haha sekarang ada dua cita-cita cikgu dengan pakar psikologi.
dulu saya ada buat ujian kerjaya keputusan dia Pakar psikologi, haha. cikgu kata keputusan tu selalunya 90% mugkin benar..
kah,kah tak pernah sangka pun, tapi nak jadi cikgu jugak, mungkin cikgu kauseling haha, masa yang menentukan semua tu :)

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri haha ketaq weh bila bapak aku tanya soalan cepumas tuuu

Aliff Haikal said...

@noor nabilla fattin wukaka sama lah kita wehhh . tapi aku takde lah sampai nak isi form bagai tu . haha sempoi ah mak kau :D

Aliff Haikal said...

@noor nabilla fattin wukaka sama lah kita wehhh . tapi aku takde lah sampai nak isi form bagai tu . haha sempoi ah mak kau :D

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil memang berubah pun . hehe tengok jelah cita2 sekarang dgn yang realiti . jauh berbeza kot :D
semoga cita2 cik pensil menjadi kenyataan amin :)