WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, February 23, 2012

TIMELINE'S STORY


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

apa pandangan korang yang pertama kali bila tahu tentang timeline layout kat facebook ?

marah ? geram ? tak puas hati ? benci ? menyampah ? tak suka ? nak serang mark zuckerberg ?oh men oh men .ehhh jangan risau , segala pilihan jawapan yang aku nyatakan kat atas tu adalah sebahagian dari first impression aku terhadap timeline's fb . tak tahu kenapa , aku tak suka layout macam tu , aku nampak macam serabut , tak terurus better than yang lama punya . and then bila aku nak tengok facebook member lain , aku akan cepat-cepat pangkah kalau ada yang dah pasang timeline . see ? betapa protesnya aku dahulu kala . maybe waktu tu , aku punya pemikiran serabut , so bila first time tengok timeline , takde aura yang dapat menarik perhatian aku .

tapi lepas dah beberapa hari tak online , beberapa hari tak menghadap facebook . aku jadi tertarik pulak nak guna timeline . bila aku belek-belek timeline member-member aku sendiri , aku jadi teruja nak pakai . so dengan tanpa rasa ragu-ragunya , aku terus change layout aku ke timeline dengan sekali click . nampak tak yang aku tengah teruja ? hehe .

okay guys , apa motif entry hari ni ? takkan sesaje nak bagitau yang aku dah tukar ke timeline . eh tak lah =,= . actually , timeline ni ada kebaikan nya jugak . kenapa aku tak terfikir ek masa first-first time hari tu pasal kebaikan timeline ni . . haha apa kebaikan yang kita boleh perolehi dari menukar layout facebook lama ke timeline ? nak tahu ke ? teruskan membaca :)

HEADER


selain korang menunjukkan bakat korang sebagai pembuat header blog yang terkemuka abad ini , apa kata korang luaskan rangkaian kreativiti korang mengcreate header untuk timeline pulak . haa secara tak langsung , korang boleh mengembangkan bakat korang dalam bidang kesenian ni , boleh tunjukkan bakat yang terpendam korang tu . mana lah tahu , dengan cara macam ni , korang boleh buat perniagaan melukis header di timeline . bukankah itu boleh menambah periuk nasi korang . kan ? haha lagi pun kita boleh buat sendiri style header kita ikut kesukaan jenis seni yang kita suka . nanti orang pun suka tengok timeline kita sebab header yang korang create tu . itu sebab aku tukar ke timeline . sebab aku teruja nak create header sendiri . hehe meluaskan bakat selain dari blog , aku nak tayang kat facebook jugak hasil tangan ni :P

SUSUNAN POST-POST LAMA

sanggup tak korang scroll page facebook yang lama tu semata-mata nak cari post status dua tahun yang lalu . nak nak waktu tu kelajuan internet sangat mendukacitakan . mesti korang tak sanggup kan ? kalau tiba-tiba line internet teramat slow sehingga mewujudkan page not available , bukan ke kena reload page balik and then terpaksa scroll balik untuk meneruskan misi . korang sanggup ? memang terbaik kalau ada yang sanggup sebab aku sendiri memang tak sanggup nak tekan berulang kali . pernah sekali ada kawan aku suruh aku cari wall post dia kat facebook aku , dengan segigihnya aku cari lah , last-last dia boleh cakap ' aku lupa yang aku dah padam status kat wall kau tu ' . bedebah sungguh beliau , sampai hati memainkan hati nurani dan perasaan hamba . tapi nak buat macam mana , nasi dah jadi bubur asyura . so dengan bantuan timeline ini , anda tidak perlu lagi bersusah payah mengerah tenaga dan bermandi peluh di ketiak kerana semuanya di hujung jari anda . heh heh heh (gelak setan)

SEJARAH LAMA


apa perasaan bila korang tengok status-status dua tiga tahun yang lepas yang suatu ketika dahulu yang korang pernah publish ? aku gelak sorang-sorang bila baca semua status-status suatu ketika dahulu yang aku pernah post . waktu zaman sekolah dulu , waktu baru mula kenal dunia facebook . haha tak sangka yang cara penulisan aku pun dah berubah dari masa ke masa . tahu tak , dengan timeline ni , korang tak payah nak bersusah payah jugak mencari post-post lama . just click kat tahun yang berkenaan , nanti dia akan keluar segala semua story yang berkaitan pada tahun berkenaan . mudah kan ? as easy as abc . hew hew hew

tapi apa-apa pun , aku baru nak menyesuaikan diri dengan timeline ni . aku pun baru je buat . tapi apa yang boleh aku cakap , timeline ni best . lagipun kalau korang cakap tak best pun , nanti facebook akan tukar ke timeline jugak . so nak tak nak kita kena hadapi kenyataan ni . berfikiran positif sikit okay , tak de lah teruk mana timeline ni kalau kita tengok . betul tak ? so mari ramai-ramai kita tukar facebook lama ke timeline ! :D

sejarah waktu 2010 . gelak guling-guling bila baca segala kisah :D

suka entry ni ? like la :)

9 komen:

Myra Azraff said...

best tu mmg la best..time aku dah delete app dia..nak kembalikan profile cam dulu..habis..post2 katt timeline tu dah xboleh setting pape dah..ni dah guna timeline baik ko jgn carik cara nak remove balik..nanti jadi cam aku...=_='

eikynsilent said...

sorry , agak serabut lah alipp :)

CapitalNFN said...

@myra azraff
macam mane eh nak tukar timeline..

Shyrazrul said...

sekali lagi saya utarakan, anda sudah tergoda dengan godaan time line, masa first2 tu memang tahap gaban lar syok dia, lama2 tu rasa macam nak tenyeh je timeline tu, muehehehehe

AM said...

Walaupun timeline ada banyak kebaikan, tapi aku tetap rasa serabut! Hehe. ;D

Aliff Haikal said...

@myra azraff tak terfikir pun nak buang . reda je . lagipun nnt kan facebook memang otomatik akan bertukar :)

Aliff Haikal said...

@eikynsilent haha okayy :p

Aliff Haikal said...

@Sang Pemerhati takpe takpe . ujian je semua tu . kahkah :p

Aliff Haikal said...

@Arol Mubin serabut ? biasa je . mueheehe