WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, February 27, 2012

ORDINARY HUMAN AS YOU :)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hujan renyai-renyai , kilat sabun menyabung , guruh berdentum kuat , rakan-rakan sedang lena di ulit mimpi . Perlis sekarang sedang hujan . hujan air . air yang jernih . tapi sejernih air , boleh buat manusia sakit . sakit sampai membawa maut . jangan sangka air yang jernih tiada bahan berbahaya dalam nya .

semua manusia ada hati , ada perasaan . dah jadi tanggungjawab sejak lahir lagi untuk setiap manusia jaga hati dan perasaan . termasuk jugak jaga hati dan perasaan orang lain . sebab manusia ni kadang-kadang boleh tersentuh dalam diam , boleh terasa dalam diam . tapi , kenapa ada je manusia yang tak tahu nak jaga hati dan perasaan orang lain , tahu lah hati dan perasaan sendiri dah terjaga , tapi orang lain , kena jaga jugak , mana boleh buat sembarono . kita manusia , kita akan rasa apa yang orang lain akan rasa . itu namanya hukum karma .

kekadang , tanpa sedar , kita boleh mengguriskan hati kawan kita . mungkin dia akan diam , atau pun mungkin dia akan pendam . tapi sampai bila nak pendam ? sampai hati dan perasaan tu bernanah baru ada kehendak nak bersuara . aku sendiri , cuba yang terbaik nak jaga hati dan perasaan orang , mungkin kadang-kadang tu aku terlepas cakap or whatever sampai kan ada yang terasa . tapi aku tak sedar , aku suka cakap lepas kadang-kadang . apa salahnya datang depan aku , cakap yang kau terasa dengan aku , aku akan mintak maaf . aku tak sengaja . tapi apa yang kau buat ? kau diamkan diri kau , kau hukum aku macam ni , tiap-tiap masa kau nak sakitkan hati aku , sampai bila ? sampai aku menangis sebab dah tak tahan sakit hati ? sampai kau boleh senyum puas ? macam tu ?

aku telan je bulat-bulat kata-kata kau , tapi sikit pun kau tak kisah , sekali aku buat , tapi kau balas berganda kat aku . aku bukan taknak bersuara , tapi aku fikirkan kau kawan aku . tu je . orang boleh cakap aku ni bodoh , bangang , tak de otak . tapi aku rilek je sebab aku taknak lah bermusuh dengan sesiapa . Allah marah , Nabi pun tak suka :) . takpe , selama aku boleh bertahan , aku tahan . aku tak kenyang lagi nak makan hati dan perasaan ni . lagi berapa minggu je nak habis , lepas ni tak jumpa dah . kot lah .

jaga lah perasaan aku jugak , aku pun manusia biasa macam korang :")

thanks reading


Friday, February 24, 2012

TUTORIAL GEMPAKKAN HEADER BLOG DAN HEADER TIMELINE GUNA PS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

korang rasa tercabar bila kawan korang edit header blog dia pakai photoshop ? korang rasa rendah diri yang teramat sangat bila korang cuma ada photoscape ?
kenapa perlu ada perasaan seperti itu ? anda fikir dengan dia menggunakan photoshop , editing dia akan lebih cantik ? kemon lah , kalau takde bakat yang tersirat , walau up to date mana software tu , last-last jadi macam pakai software ayam-ayam je . baik pakai software ayam-ayam dari pakai software bombs tapi hasil pun macam ayam-ayam . haha ayam-ayam di sini bukan bermaksud nak mengutuk okay :)

cuba korang tengok header aku kat atas tu ? korang rasa aku guna software apa ? absolutely salah kalau korang cakap aku pakai photoshop . sudah ramai yang tertipu gamaknya . hew hew hew . aku cuma pakai software photoscape je , aku tak reti nak guna photoshop ni , susah . so berbekalkan tangan tak berseni ni , terpaksa jugak mengerah keringat untuk menjadikan hasil ni sesuatu yang boleh dibanggakan bagi pengguna photoscape seperti aku :) . malas nak berceloteh panjang , jom ikut step-step tutorial ni . first time buat tutorial . i'll do my best ! hehe

satu ; bukak dulu korang punya photoscape
dua ; nampak [MENU] seperti yang aku tandakan tu , klik kat situ

tiga ; maka dia akan keluar seperti ini setelah anda klik di situ
empat ; adjust bahagian [ WIDTH ] dan [ HEIGHT ] mengikut kesesuaian blog korang , aku syorkan korang guna macam aku punya tu [ 1200x400 ] . kalau nak lerrr :3
*nota : kalau nak guna colour selain putih pun boleh jugak :)


lima ; maka selepas itu dia akan menjadi seperti yang di atas , putih bersih suci kan . haha


enam ; tekan pada [ OBJECT ]
tujuh ; untuk masukkan gambar , click pada [ ICON GAMBAR ]
lapan ; untuk masukkan tulisan , click pada [ ICON T ]

sembilan ; maka hasilnya akan menjadi seperti di atas

simple gila kan ? semudah A B dan C
jadi gunalah kreativiti yang anda ada untuk mencantikkan header tersebut dengan hanya menggunakan software photoscape . mungkin hasil kerja korang akan jadi lebih cantik dari pengguna photoshop . kan ? :)

tapi macam mana nak buat kan gambar kita sendiri sebati dengan gambar background tersebut ? bukan ke kalau kita letak gambar kita , nanti ada background gambar kita sendiri . so macam mana nak buang background picture sendiri macam header aku tu ? kalau tak faham cuba rujuk header di atas . hehe sebenarnya dia ada nama dia sendiri . TRANSPARENT atau pun LUTSINAR . sebelum kita pergi lebih jauh , korang kena berusaha sikit lah , ala sikit je , nanti hasil dia korang puas hati . hehe :) kali ni nak buat transparent background ,kita tak guna photoscape sebab dia tak provide benda ni , so korang boleh download software GIMP kat http://www.gimp.org/downloads/ untuk teruskan perjuangan ini . haha

lepas dah habis download , mari kita teruskan ber-tutorial !

pertama ; bukak software GIMP yang dah korang download tu , dia akan jadi macam kat atas ni

kedua ; pergi ke [ FILE ] henden [ OPEN ] untuk korang pilih gambar mana yang nak di editkan . nanti dia akan keluar option folder mana yang korang nak ambil picture untuk di editkan
nota* kalau nak senang , cari gambar yang background tak terlalu serabut or korang kena usaha lebih . hehe


ketiga ; selepas korang dah pilih gambar mana yang nak dieditkan , ikut [ 1 ] di mana korang buat right click layer > transparency > add alpha channel
keempat ; click pada [ 2 ] iaitu fuzzy select tool . seterusnya korang gerakkan mouse korang ke gambar korang tersebut and click bagi ada garisan dot-dot-dot di mana tempat korang click kat gambar tersebut
kelima ; selepas tu click pula [ 3 ] iaitu eraser tool . halakan mouse ke gambar korang dan mulakan memadam di sekitar ruangan dot-dot-dot seperti di step keempat . teruskan memadam sehingga korang berpuas hati dengan hasil transparency gambar tersebut .


keenam ; hasil dia akan jadi macam ni , aku malas nak habiskan memadam sebab aku nak buat tutorial je . hehe . maksudnya cuma akan ada gambar diri korang je lepas dah buat step keempat dan kelima .


ketujuh ;lepas dah berpuas hati , dah basah ketiak edit gambar tersebut maka save gambar yang dah korang edit tu sebagai PNG format . okay ?

tengok lah hasilnya :)

lepas dah habis edit kat gimp ni , korang edit lah pulak kat photoscape and masukkan gambar yang dah korang edit guna gimp tu ke photoscape . kalau korang nak yang sebijik macam aku punya tu . kalau taknak korang boleh buat macam biasa je . just ikut tutorial untuk photoscape .

for your information jugak , kalau nak transparent kan jugak haader yang dah korang edit tu , korang boleh save dulu kat photoscape and baru edit kat gimp . ini cuma cadangan :)

kalau ada yang tak faham kat mana-mana step , boleh lah tulis kat comment form , so aku akan tolong korang , guide kan korang sampai korang berjaya . okay :) hasil header semua ni korang boleh letak sebagai header blog atau pun header timeline seperti yang aku buat . dua-dua tempat aku letak . haha stylo kan :D

thanks reading and have a nice day :) like lah kalau suka

Thursday, February 23, 2012

TIMELINE'S STORY


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

apa pandangan korang yang pertama kali bila tahu tentang timeline layout kat facebook ?

marah ? geram ? tak puas hati ? benci ? menyampah ? tak suka ? nak serang mark zuckerberg ?oh men oh men .ehhh jangan risau , segala pilihan jawapan yang aku nyatakan kat atas tu adalah sebahagian dari first impression aku terhadap timeline's fb . tak tahu kenapa , aku tak suka layout macam tu , aku nampak macam serabut , tak terurus better than yang lama punya . and then bila aku nak tengok facebook member lain , aku akan cepat-cepat pangkah kalau ada yang dah pasang timeline . see ? betapa protesnya aku dahulu kala . maybe waktu tu , aku punya pemikiran serabut , so bila first time tengok timeline , takde aura yang dapat menarik perhatian aku .

tapi lepas dah beberapa hari tak online , beberapa hari tak menghadap facebook . aku jadi tertarik pulak nak guna timeline . bila aku belek-belek timeline member-member aku sendiri , aku jadi teruja nak pakai . so dengan tanpa rasa ragu-ragunya , aku terus change layout aku ke timeline dengan sekali click . nampak tak yang aku tengah teruja ? hehe .

okay guys , apa motif entry hari ni ? takkan sesaje nak bagitau yang aku dah tukar ke timeline . eh tak lah =,= . actually , timeline ni ada kebaikan nya jugak . kenapa aku tak terfikir ek masa first-first time hari tu pasal kebaikan timeline ni . . haha apa kebaikan yang kita boleh perolehi dari menukar layout facebook lama ke timeline ? nak tahu ke ? teruskan membaca :)

HEADER


selain korang menunjukkan bakat korang sebagai pembuat header blog yang terkemuka abad ini , apa kata korang luaskan rangkaian kreativiti korang mengcreate header untuk timeline pulak . haa secara tak langsung , korang boleh mengembangkan bakat korang dalam bidang kesenian ni , boleh tunjukkan bakat yang terpendam korang tu . mana lah tahu , dengan cara macam ni , korang boleh buat perniagaan melukis header di timeline . bukankah itu boleh menambah periuk nasi korang . kan ? haha lagi pun kita boleh buat sendiri style header kita ikut kesukaan jenis seni yang kita suka . nanti orang pun suka tengok timeline kita sebab header yang korang create tu . itu sebab aku tukar ke timeline . sebab aku teruja nak create header sendiri . hehe meluaskan bakat selain dari blog , aku nak tayang kat facebook jugak hasil tangan ni :P

SUSUNAN POST-POST LAMA

sanggup tak korang scroll page facebook yang lama tu semata-mata nak cari post status dua tahun yang lalu . nak nak waktu tu kelajuan internet sangat mendukacitakan . mesti korang tak sanggup kan ? kalau tiba-tiba line internet teramat slow sehingga mewujudkan page not available , bukan ke kena reload page balik and then terpaksa scroll balik untuk meneruskan misi . korang sanggup ? memang terbaik kalau ada yang sanggup sebab aku sendiri memang tak sanggup nak tekan berulang kali . pernah sekali ada kawan aku suruh aku cari wall post dia kat facebook aku , dengan segigihnya aku cari lah , last-last dia boleh cakap ' aku lupa yang aku dah padam status kat wall kau tu ' . bedebah sungguh beliau , sampai hati memainkan hati nurani dan perasaan hamba . tapi nak buat macam mana , nasi dah jadi bubur asyura . so dengan bantuan timeline ini , anda tidak perlu lagi bersusah payah mengerah tenaga dan bermandi peluh di ketiak kerana semuanya di hujung jari anda . heh heh heh (gelak setan)

SEJARAH LAMA


apa perasaan bila korang tengok status-status dua tiga tahun yang lepas yang suatu ketika dahulu yang korang pernah publish ? aku gelak sorang-sorang bila baca semua status-status suatu ketika dahulu yang aku pernah post . waktu zaman sekolah dulu , waktu baru mula kenal dunia facebook . haha tak sangka yang cara penulisan aku pun dah berubah dari masa ke masa . tahu tak , dengan timeline ni , korang tak payah nak bersusah payah jugak mencari post-post lama . just click kat tahun yang berkenaan , nanti dia akan keluar segala semua story yang berkaitan pada tahun berkenaan . mudah kan ? as easy as abc . hew hew hew

tapi apa-apa pun , aku baru nak menyesuaikan diri dengan timeline ni . aku pun baru je buat . tapi apa yang boleh aku cakap , timeline ni best . lagipun kalau korang cakap tak best pun , nanti facebook akan tukar ke timeline jugak . so nak tak nak kita kena hadapi kenyataan ni . berfikiran positif sikit okay , tak de lah teruk mana timeline ni kalau kita tengok . betul tak ? so mari ramai-ramai kita tukar facebook lama ke timeline ! :D

sejarah waktu 2010 . gelak guling-guling bila baca segala kisah :D

suka entry ni ? like la :)

Tuesday, February 21, 2012

UNTUK AWAK

COMEL TAK HEADER BARU NI ? TEHEEEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

sejak kedewasaan ini , hari-hari yang indah ku dipenuhi dengan hujanan esemen , ditimbuni dengan projek-projek besar dan paling parah sekali TAK BOLEH ONLINE DAH ! *menangis guling-guling dengan sekuat hati . ini semua disebabkan oleh wifi yang serupa hidup segan mati tak hendak .

pendahuluan tu pun kira okay jugak kan ? kalau cikgu bm masa sekolah menengah tengok , agak-agak boleh bagi markah kot . haha well you know , sejak dah tinggalkan alam persekolahan , bahasa melayu serupa dah jadi bahasa tunggang langgang , bukan maksud dah tak boleh cakap bahasa melayu tapi kalau dulu ayat tu indah-indah belaka , tapi sekarang seolah budak sekolah baru nak belajar . faham tak ? okay bagus :)

sejak dua menjak ni , kenapa begitu cemburu buta masa terhadap diri ini . seolah seorang kekasih yang taknak berenggang dengan kekasihnya . sedih betul . nak cakap busy , actually kalau ikutkan takde lah busy mana . tapi atas faktor [ esemen , projek dan sebagainya ] membataskan diri ku ini dari menjadi peng-online tegar dan peng-update blog tegar . sob sob sob . dan disebabkan faktor-faktor yang memang tak boleh dah nak elak lagi , akhirnya aku kecundang di atas meja study menghadap buku-buku yang akhirnya menjadi teman setidur aku . romantik tak ? haha kalau nak tahu , kehidupan aku yang indah seperti dahulu kala sudah lenyap di makan arus hujan yang deras kerana faktor masa dan kerja . di mana ada masa , di situ ada kerja . dan di mana ada kerja , di situ ada masa . masa dan kerja ibarat irama dan lagu , kalau cakap macam laut dan pasir pun okay jugak kan :D

di saat kepala otak ini sarat mengandungi idea yang melimpah ruah sampai dah takboleh nak fikir tang lain , saat itu jua lah masa sangat cemburu ! nasib badan . TAPI bila masa pulak yang lebih-lebih , idea pulak seolah membusy kan diri beliau sampaikan tak mampu nak jana apa-apa idea dah . argh sangat kesian . ku sangkakan hujan sampai ke malam , rupanya kilat dan guruh sambar menyambar nak menandakan hujan tu akan berterusan sehingga esok pagi . kau bayangkan . ber-ombak rindu aku kat sini . haha

by the way , sebelum tuan hamba mengundur diri menghadap realiti dunia yang begitu indah ini , ingin hamba nyatakan yang blog hamba dah bertukar . errrr cuba ushar background tu , dah lain kan ? haha lagi satu , header tuuuu , dah upgrade sikit , takpelah tak jadi model untuk mana-mana majalah , jadi model untuk blog sendiri pun jadi lah kan . :D

battery laptop pun dah menunjukkan tanda-tanda beliau sedang datang bulan , sebelum beliau marah lalu mematikan diri beliau dan meninggalkan aku terpinga-pinga , baik aku habiskan ayat kat entry ini dah publish . hasrat di hati , semoga pembaca setia blog ni tak lari cari blog lain sebab dah lama tak update . bukan ku pinta jadi seperti ini . cewahhh *ada ke pembaca setia ? tepuk kepala sendiri sikit .

nantikan entry-entry yang bermaklumat selepas tuan empunya belog melepas zon-zon kritikal ini , HAHA bermaklumat sangat

suka entry ini ? like lah :)

Thursday, February 16, 2012

SIAPA ' ALI , AHMAD , ABU , AMINAH , SITI ' ?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

korang pernah terfikir tak yang korang ni membesar bersama ' ali , ahmad , abu , aminah , siti ' ?

aku cuma terdetik nak tulis entry pasal ni lepas aku tengok beberapa soalan peringkat matrikulasi yang masih meggunakan nama ' ali , ahmad , abu , aminah , siti ' sebagai contoh untuk merujuk kepada seseorang . terimbau masa kecik-kecik dulu , waktu tu boleh terima lagi bila cikgu asyik guna contoh ' ali , ahmad , abu , aminah , siti ' sebagai contoh nama orang . membesar seiring dengan zaman , penggunaan nama ' ali , ahmad , abu , aminah , siti ' masih popular di kalangan orang-orang kita . tak percaya ke ?

aku hairan , kenapa nama ' ali , ahmad , abu , aminah , siti ' popular sampai kan memang wajib lah ada nama macam ni kalau nak buat contoh . kenapa tak tukar je jadi aaron ke , zack ke , alissa ke . kan ? haha

memang tak dinafikan , nama ' ali , abu , ahmad , aminah , siti ' mempunyai aura yang tersendiri , misteri pun misteri kan . untunglah siapa nama dia ' ali , abu , ahmad , aminah , siti ' . mesti selalu jadi perhatian kat sekolah , kat U . :)

tapi nama ' ali , abu , ahmad , aminah , siti ' memang simple dan sesuai nak dijadikan nama contoh . tak gitu mak temah ? haha

suka entry ini ? like lah :)

Wednesday, February 15, 2012

CITA-CITA DAHULU KALA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

kita kembali ke zaman dahulu kala , di mana ketika dulu friendster bermaharaja lela sehingga kan aku sanggup menghabiskan duit rm3 sejam kat pusat internet semata-mata nak sign up friendster , zaman di mana kegunaan henpon tiga sekupang menjadi kegilaan dan zaman di mana budak-budak kecik bermain panas sehingga naik lecur satu badan ( aku lettew ) . kita mengimbau kembali zaman persekolahan di mana aku sedaya upaya suruh mak ayah aku belikan beskal ber-gear semata-mata nak pergi sekolah dengan member . HAHA

aku actually nak cerita pasal cita-cita aku zaman dahulu kala yang menjadi idaman di kalbu sehingga setiap kali orang tanya ' adik besar nanti nak jadi apa ? ' akan aku jawab dengan penuh bangga ' nak jadi tet ' ' nak jadi tot ' ..... eleh mesti korang pun ada jugak kan beberapa cita-cita dahulu kala yang sebenarnya tak lah nak menjadi kenyataan . otak dulu-dulu kan terarah kat beberapa kerja yang glemer jeeeee . tak terfikir rupanya banyak pekerjaan kat dunia yang fana ni . kan kan kannnnn

cita-cita pertama , of course lah nak jadi DOKTOR . ini lah cita-cita yang femes di kalangan budak-budak hingusan zaman dahulu kala (aku jugak lettew ) . tiap kali orang tanya , nak jadi apa ? jadi DOKTOR , padahal nak jadi doktor dah lah kena pandai dalam subjek sains . aku ni dah lah otak lembab sains . tapi sebab zaman dahulu kala kan otak budak-budak , so nak berkembang tu pun mengambil masa yang lama . asal tengok doktor kat hospital tu segak-segak,hensem-hensem,cun-cun,cantik-cantik terus nak jadi doktor bila besar nanti . HAHA padahal nak jadi doktor ni , masyaALLAH susah bebenor nyeeee . so cita-cita ini telah terkubur menjadi cita-cita tidak kesampaian . ekceli memang tak minat dah pun nak jadi doktor =='

kalau korang nak tahu , dulu ada budak hingusan tu ada hati nak jadi artis . ala artis yang dok nyanyi kat atas pentas hu ha hu ha tu . budak hingusan tu aku lewww :3
kenapa ye aku nak bercita-cita jadi artis ni ? aku sendiri pun tak tahu sebenarnya . mungkin atas faktor bila jadi artis ni , muka boleh masuk tv . kalau jadi artis ni boleh masuk majalah . so kalau pergi mana-mana pun orang boleh kenal . hidup dalam dunia glamour . maybe . itu lah pemikiran budak hingusan bernama aliff haikal waktu dahulu kala yang otaknya tidak berapa nak kembang . HAHA sampai kan satu tahap , aku berani isi form cita-cita kat buku peribadi pelajar masa kat sekolah rendah dulu nak jadi artis . hambekk kau bila ayah aku tanya ' HANG NAK JADI ARTIS ?! ' . aku apa lagi , time nak menipu lah otak ini menjadi lebih dewasa dari umurnya , aku boleh jawab ' BAPAK , NI ARTIS YANG LUKIS-LUKIS TU LAH ' . see ? bijak kan pemikiran budak hingusan bila bab-bab nak menipu ni sampai kan boleh menipu bapak sendiri . orang kata tipu sunat . HAHA kelakar :3

waktu form three dulu , boleh pulak aku teringin nak jadi PRAMUGARA . mana tak nya , dengan imej seorang pramugara yang segak , hensem , tinggi membuatkan aku menjadi terpesona nak jadi macam dorang . membayangkan diri membawa beg bagasi sambil berjalan ke arah lapangan pelepasan sambil mengawal macho , nak nak anak dara orang boleh pulak ushar-ushar sambil pewiit ke arah abang pramugara tapi tak dilayan . HOHO tak ke kau rasa macam ' wow , aku nak jadi macam ni lah ' . so aku terapkan dalam sanubari yang indah , aku nak jadi pramugara , aku nak jadi pramugara, aku nak terbang merata tempat . sampaikan dalam buku catatan sekolah ,aku tulis cita-cita : pramugara . HAHA rasa nak gelak guling-guling member sebelah meja bila nampak aku tulis cita-cita kat atas buku tu . tapi aku buat dunno je tak ambil peduli anasir-anasir jahat tuwwww :p . mak aku siap boleh canang kat seluruh sanak saudara yang aku nak jadi pramugara . aisey mannnn , memang kena bahan selalu kalau balik kampung or kalau ada sedara mara datang rumah . cuba bayangkan muka ni nak letak mana dah kalau tengah dok hidang ayaq tu tetiba mak aku boleh cakap pasal benda ni . sumpah serik bagitau kat mak pasal cita-cita ni T_T . malangya syarat wajib nak jadi pramugara : 175cm , sedangkan aku hanya insan yang kerdil . =,=



semua cita-cita di atas telah menjadi seperti abu yang diterbangkan angin , takdak satu pun yang melekat kat diri yang hensem ni =,= . benda yang aku tak expect nak jadi , itu lah yang akan aku jadi . guess what ? seorang pelajar subjek perakaunan sepenuh masa takkan nak jadi nurse pulak kan , mesti lah jadi akauntan . tapi itu lah masalahnya , aku tak pernah sematkan dalam diri nak jadi akauntan . tup tup tak memasal menceburkan diri dalam bidang perakaunan ni . HAHA memang lah seronok , sebab aku memang suka mengira . itu lah , benda yang tak pernah aku fikirkan , last-last tu yang aku dapat . semoga hati ini lebih cekal mengharungi hari-hari yang akan datang . semoga dapat menjadi seorang akauntan bertauliah insyaALLAH ♥

selamat tinggal doktor , pramugara dan artis . kau bukan milikku . cewahhhh ♥

suka entry ni ? like lah :)

Sunday, February 12, 2012

SESUATU YANG TERSIRAT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

apa yang korang tahu tentang islam ? apa yang korang tahu tentang Allah ? apa yang korang tahu tentang hukum hakam Islam ? apa yang korang tahu tentang dosa dan pahala ?

mesti ramai yang tahu tentang semua persoalan yang aku tulis tu , tapi berapa ramai yang faham tentang soalan tu . Islam adalah satu-satunya agama yang benar . Allah adalah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah . semua umat yang berpegang kepada islam tahu tentang hukum hakam tentang dosa pahala . tapi pernah tak kita terfikir kenapa hukum tu melarang sesuatu perkara ? kenapa hukum tu membenarkan sesuatu perkara ? okay aku taknak bagi sesiapa pun pening sekarang :)

kenapa Islam malarang umatnya meminum arak ? sebab arak adalah satu minuman yang boleh memabukkan kita . segala tindak tanduk yang dilakukan di luar kawalan , sebab tu terjadinya anak dirogol bapa , suami membunuh isteri . macam-macam lagi efek dia . tak nampak ke kesan buruk bila kita minum arak . manusia hilang pedoman akibat arak . believe it

kenapa Islam melarang umatnya berduaan dengan bukan muhrim ? ini sebab islam nak jaga maruah umatnya . bukan ke bila duduk berduaan , akan ada orang ketiga . bila dah terlalu ikutkan nafsu , bala yang akan datang . mula lah kes-kes buang anak akan berleluasa . masa tu nak menyesal langsung tak guna . memanglah lelaki boleh lari , tapi perempuan ? merana korang . Islam tu bagus kan ?

Islam mewajibkan kaum hawa memakai tudung , memakai baju yang tidak terlalu ketat kerana islam ingin menjaga maruah wanita itu ! jangan pertikaikan . maybe bagi sesetengah orang , wanita yang pakai tudung , baju longgar di anggap kolot . tapi bagi aku , dorang tu umpama bidadari . pejuang islam yang sejati . aku tabik dorang :) . sehelai kain yang menutupi tubuh badan seorang wanita mampu menutupi maruah teragung mereka .

islam tidak melarang umatnya untuk memegang anjing sama sekali mengharamkannya . cuma islam tidak menggalakkan sebab anjing adalah pembawa virus . air liur anjing tu kotor , mengandungi kuman . islam melarang sebab menjaga kesihatan umat islam . tapi tak salah nak pegang anjing , sebab tu adanya istilah ' samak ' :)

banyak lagi perkara yang dilarang dalam islam . semua tu apa ? untuk umatnya sendiri , untuk kita semua . kadang-kadang mungkin kita ambik tak kisah je semua ni , tapi lepas sesuatu benda tu terjadi , baru mata kita akan terbuka dan nampak apa yang selama ni kita tak nampak . kan ?

solat tu tiang agama . wajib dilakukan lima kali sehari . dalam solat , kita sebenarnya sedang menghadap Allah . kita sedang berbicara dengan Dia . kita boleh mengadu kat Dia , kita boleh meminta kat Dia . sebenarnya , amalan solat yang kita lakukan tu sebenarnya bagus untuk kesihatan . setiap pergerakan yang kita lakukan , ada kesan baiknya . ketika bersujud , darah mengalir ke kepala yang mana bahagian paling susah untuk aliran darah . melalui solat , kita juga sedang bersenam . insyaALLAH segala amalan yang kita lakukan akan diberi ganjaran .

apa beza Allah dengan tuhan agama lain ? bezanya , Allah itu satu , Allah tidak ada anak , Allah tidak diperanakkan . Allah maha satu . cuba tengok agama lain , dorang mempunyai banyak Tuhan . sampai kan dorang sendiri keliru mana satu Tuhan yang sebenarnya . tapi kita beruntung dilahirkan dalam islam yang hanya ada satu Tuhan .

melalui entry ni , aku bukannya nak tunjuk kat satu dunia yang aku ni baik , alim . aku cuma nak tunjuk betapa indahnya islam tu . aku sedih makin hari , makin ramai orang nak menghina islam , mengutuk islam . kalau bukan secara lisan , melalui gambar pun dorang boleh buat . ini lah hebatnya islam sehingga dorang rasa takut , dorang rasa tergugat . in fact , semua orang yang bukan islam dalam dunia ni mengakui tentang kehebatan islam , tapi kenapa mereka tidak dibukakan pintu hati untuk menerima islam ? sebab dalam hati mereka penuh dengan titik noda dan cuma Allah saje yang boleh membuka pintu hati dorang . Islam is peace :)

jujur aku cakap , sebelum ni aku cuma anggap islam tu seimbas lalu je . islam aku atas ic je . solat aku sendiri terabur , aku abaikan solat aku . tapi semenjak masuk dalam dunia baru ni , aku dapat tengok betapa indahnya islam . setiap kali aku berdoa , aku sentiasa memohon Allah menjaga aku . Alhamdulillah , Allah sentiasa menjaga aku . guys , Allah sayang kita , Allah sayang umatNya . jom lah berubah , demi islam yang suci ni . TINGGALKAN VALENTINE"S DAY . jangan mengagungkan hari tu , 14 feb adalah tarikh di mana islam jatuh di sepanyol . jangan lah sampai islam jatuh di malaysia pada 14 feb . :( i love islam

banyak lagi perkara yang aku kena belajar tentang islam , semoga Allah mempermudahkan . insyaALLAH



suka entry ni ? like lah :)


Friday, February 10, 2012

MUKADIMAH DAH SLEK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

entah kenapa lah sejak dua menjak ni , asal aku nak menaip je terus terbantut idea , asal nak mula mukadimah je terpaksa backspace . nak kata takde idea , berlambak idea nak menaip , nak cerita pasal tu lah , cerita pasal ni lah . tapi bila dah start je mukadimah , aku terus jadi blank . taktahu nak memanjangkan ayat . last-last ambil kata putus backspace je semua ayat terus delete post henden terus online facebook . senang .

sejak akhir ni , aku jadi serabut sikit . dengan esaimen nya , dengan kerja tutorial nya , dengan kelas dinamika nya and dengan novelnya . eh tak lekang ek aku dengan novel sekarang ==,

lepas habis exam hari tu , bagai kena hempap dengan batu je bila dapat tau yang lecturer nak segala bagai kerja yang dorang suruh siapkan sebelum cuti tu hantar kat dorang . kau tak rasa aku macam orang nak separuh mati siapkan kerja . ni belum bab aku tak faham subjek tu , last-last give up aku copy paste je kerja-kerja kawan aku . pedulik ? aku tak larat weh

tahu tak sekarang aku layan novel , tapi aku tak faham ada lagi orang yang pandang sinis kat lelaki yang baca novel . watlek dah lah , kerajaan malaysia kan dah galakkan rakyatnya membaca , so apa lagi masalahnya wahai rakan-rakan ku ? setakat novel , watlek dah lah kan . haha novel best lah , cerita semua nak indah .

tunggu segala kerja dah siap nanti insyaALLAH otak aku akan berkembang pesat seiring dengan kemajuan dunia . so siap sedia lah mata anda untuk membaca supaya tak bernanah ! hahaha gelak jahat eh tak sangka pulak aku boleh menulis sampai berapa perenggan tah ni . untunglah kan :)

suka dengan entry ni ? like lah

Sunday, February 5, 2012

KAN BEST KALAU TAK MENGUAP WAKTU CERAMAH AGAMA



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

' Perhatian kepada semua pelajar, hari ini akan diadakan majlis sambutan maulidur rasul peringat kolej pada pukul 8 pagi yang akan dimulai dengan perarakan seterusnya diikuti oleh ceramah . Jadi , semua pelajar sila bangun dan persiapkan diri anda ! '
- petikan pengumuman pada pukul 7pagi tadi-

tersentak dengan pengumuman tu and terus capai baldi masuk bilik air . member dalam bilik air bengang je aku mandi lama . siapa suruh datang lambat , bila aku dah konker , memang wasalam awal-awal lah . haha (gelak setan) . aku bukan nya lupa mana pun tentang majlis hari ni , cuma al-maklumlah cuti-cuti ni mana mampu aku bangun awal pagi , paling koman bangun subuh lepas tu terus tidur balik . kirim salam awal-awal lah ye <3 . tapi nasib baik dengan bantuan member sebilik dan announce pepagi buta tu berjaya menyedari aku dari lena yang panjang serta mimpi yang indah sebelum aku semakin hanyut . hari ni semangat nak berarak berkobar-kobar umpama semangat nak dapat mekdi percuma . okay merepek . dah mandi semua , pakai baju hensem-hensem , sembur perfumes kasi wangi . perkara pertama dah setel . henden terus pergi ke dataran untuk memulakan perarakan :)



KEJAP , korang tahu kan hari ni hari maulidur rasul ? kalau tak tahu baik terjun dalam tasik takpun benamkan kepala dalam tanah . lebih afdal

aku wondering , setiap kali ceramah agama , tak kira lah ceramah apa-apa pun , mesti boring . for this , maksud aku , eventho memang bermaklumat segala ceramah yang diberi , tapi cara pemberian tu , sangat membosankan . aku admit benda ni , member belakang aku tadi sampai boleh tertidur waktu dengar ceramah . aku menguap lah jugak . henden aku tak rasa yang cara penceramah sekarang boleh menarik minat remaja . lepas tu bising lah kalau remaja tak pergi dengar ceramah lah , remaja ponteng dengar ceramah lah . actually kita kena tengok cara penyampaian penceramah dulu . jujur aku lebih suka ceramah yang happening , ada tayangan video , penceritaan kisah-kisah terdahulu yang sempoi , sesi soal jawab berhadiah . kalau semua penceramah cuma aim asal bercakap dah lulus syarat ceramah , aku lebih rela tak pergi dari pergi cuma menayang taik mata je . lagi kejam weh . so kadang-kadang bukan boleh tunding jari kat remaja je , kita kena consider benda ni kat penceramah jugak . i'm not good enough to talked about this , but i'm wondering and considering . wake up lah demi anak bangsa :) . aku suka cara penyampaian ustaz azhar idrus . serious aku suka , dia pandai buat lawak , pandai sesuaikan mood , and pandai bagi suasana tak boring . aku sanggup weh berejam dengan ceramah ustaz azhar . make it interesting and we will gain profit from it :)

baidewei , aku taklah boring tahap gaban tadi , boleh lah ceramah tadi , macam-macam maklumat ada and yang aku dapat . rasa kecik sangat diri aku ni kalau nak compare kan dengan pengorbanan Rasulullah . Tapi aku bersyukur sangat , sebab aku dilahirkan dalam islam , dalam agama yang suci , agama yang benar dan agama yang diredhai . i'm proud :)

' Setiap kali kita berselawat ke atas Rasulullah , selawat kita akan dibalas oleh Baginda '

' sedangkan Allah sendiri berselawat ke atas Rasulullah , siapalah kita untuk tidak berbuat demikian ? '

' Rasulullah seorang pejuang islam yang sebenar , sesiapa yang memperjuangkan Rasulullah , dia sebenarnya sedang memperjuangkan islam dan Allah '


like sikit kalau suka ♥

Wednesday, February 1, 2012

MUAH SIKIT KAT KERAJAAN MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

di saat ini hati dah boleh berbunga girang umpama iklan makan ke ep si dengan mekdonel . huyoo feeling-feeling makan prosperity sambil sos sambal jatuh atas baju umpama menikmati sangat prosperity tu . ouh nikmatnya =,=

' Aliff , apa yang awak merepek ni ? kenapa hati berbunga girang bagai ni .'

aku baru perasan yang blog ni tak berusik hampir seminggu . bunyi cengkerik jelas menghiasi gegendang telinga pengunjung yang singgah sepintas lalu . okay aku tipu >,<

setelah seminggu bercuti semester kat rumah , aku tak buat apa-apa pun kat rumah tu setakat balik rumah makan tidur online makan tidur online . benda tu je lah yang aku kerap buat . tapi untuk cuti ni ada tambahan kerja sikit dari tiga perkara wajib tu . heh heh heh guess what ?

ALIFF HAIKAL STUDY

hey hey , jangan lah terbeliak sangat mata tu , terkeluar kang baru tau , taknak tanggung okay . bytheway takde lah aku belajar sangat kat rumah tu , setakat bukak buku sepintas lalu henden tutup balik buku tu . hasutan syaiton nirojim sangat kuat . tak berdaya nak lawan . haha so memang tak hairan lah cuma aku keluarkan sebuah buku manakala selebihnya terperuk dalam beg . bawa balik buat penat bahu je galas , baca tak jugak . okay lempang kuat-kuat pipi sikit . good :p

baucar buku rm200 , terima kasih kerajaan malaysia kerana BERMURAH HATI memberi baucar tersebut kepada pelajar seperti aku . sayang sikit . muah muah muah . okay cukup nanti ada orang marah . apa aku buat dengan baucar buku tu ? mesti lah beli buku . sebenarnya , aku guna kan duit tu lebih kat adik-adik aku . sebagai abang yang budiman , eh yang dermawan , apa salahnya balik dari perlis belanja adik-adik . bukan senang nak bawak balik rm200 tu . HAHA henden baki selebihnya aku bawak balik perlis balik , nak shopping buku dengan kawan-kawan pulak , memenuhi kepuasan sendiri . okay lah buku lawak kampus setebal seribu muka surat aku beli . eh eh buku ilmiah aku beli jugak , jangan risau . tak sia-sia rakyat malaysia membayar cukai bagai , thanks malaysian . muah muah muah . over . HAHA

tapi aku sedih , bila dapat tahu ada manusia-manusia yang sanggup jual baucar buku tu semata nak dapat duit tunai . rm200 baucar buku bersamaan rm180 duit tunai . ini lah namanya rakyat malaysia yang kreatif dan inovatif . tepuk tangan sikit . tepuk kepala dorang kuat-kuat sambil cakap ' kalau kerajaan tak bagi bantuan lagi , jangan nak bising ' . kejam tak kejam . hari tu aku bersembang dengan pakcik teksi tempat aku . nak baca apa dia cakap ? jommmm

' Anak pakcik ada dua orang , sorang U sorang lagi poli . pakcik suruh dorang tukar baucar buku tu dengan duit tunai . pakcik pergi tukar duit tu kat kedai buku * rahsia * . dapat lah rm160 untuk setiap rm200 tu . kerajaan ni pun satu , buku apa lah yang pelajar U nak beli time last-last ni . baik tukar tunai boleh beli macam-macam '

jangan salahkan anak je , mak bapak pun main peranan . hampeh punya parent =,=

okay sekarang aku dah rilek sikit sebab exam dah habis , hati pun berbunga girang and terima kasih kepada kawan-kawan yang mengingatkan aku tentang kerja-kerja tutorial yang perlu dihantar tu . memang aku tak buat . HAHAHA apa tah , watlek lah dulu baru habis exam . kan ? siapa sokong sila angkat mulut buat ala-ala duck face . oh comelnyeewwwwwwww XD

okay lah , nantikan entry yang bermanfaat bila aku ada idea nak kupas . aku main tulis je ni ikut dan . sekarang jari dah penat . so nak tidur . HAHA bye assalamualaikum

suka entry ni ? like selaluuu ♥