WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, December 10, 2011

UN-FORGETTEN DAY . THANKS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

8 Disember 1993 adalah tarikh paling keramat untuk tuan empunya blog ni kalau nak dibandingkan dengan tarikh yang orang dok agung-agungkan macam 1 januari 2011 tu
tarikh yang akan diingat sampai mati sekalipun , sebab tarikh ni adalah tarikh di mana seorang blogger tak famous ni mula menangis minta di azan kan , minta di susu kan dan minta dibelaikan oleh dua pasang tangan yang akan melindungi diri empunya badan sampai dia mampu untuk melindungi kedua-dua pasang tangan itu kelak , wallahualam

haihh panjang bermadah pulak nak buat perenggan pertama ni , waktu spm dulu tak pernah nak terfikir pun nak buat ayat macam ni , bukan main gramatis , dramatis , dan sistematis lagiii . ada ke sistematis ? ah lenjan je lah . huhu
tak sangka alhamdulillah aku dapat teruskan hidup sampai jumpa balik tarikh 8/12 untuk yang ke lapan belas kali , alhamdulillah alhamdulillah
Allah still nak bagi aku peluang supaya beramal ibadat dalam dunia yang serba indah ni , wallahualam

bytheway , sangat bertujuan hari ni aku post entry , haha yelah kalau dok simpan lama-lama dalam kepala otak ni silap hari bulan boleh jem kepala otak dok perap lama sangat , tak baik untuk kesihatan ibu mengandung dan juga bapak yang suka sakit jantung . aku merepek , jangan layan :P
sempena aliff haikal yang dah mencecah lapan belas tahun di bumi perantauan yang tak berapa nak perantau sangat maklumlah dalam malaysia jugak
so adat kena buli , kejap ! buli ? hmmm tak tak , kena tukar dengan aksi-untuk-menunjukkan-kasih-sayang-yang-teramat-sangat kepada si birthday boy yang sangat comel ni . kelaut kelautt
bukan apa , straight to the point jelah , takmau belok-belok dah satni kena pangkah dengan pembaca blog cheq sia-sia bersengkang mata update post =='

kalau korang nak tahu , menjelang pukul duabelas(12) tengah malam waktu malaysia , aku ditarik oleh roomate-roomate terchinta lagi tershayang aku pergi kat belakang belok , ahh tidak aku tak sanggup dinodai sebegini rupa , hotak hang siapa nak noda aku ? =='
okayokay , aku kena tarik sebab dorang nak buat special something sempena ketibaan tarikh keramat encik blogger ni , so bila budak-budak satu aras blok datang serbu encik blogger dengan muka encik blogger penuh kebingungan sambil garu ketiak yang tak gatal , aku pun tanya ' korang nak buat apa ni , nak buat apa ni , jangan lah jangan lahh ' , ewww sangat gedik pulak aku rasa , haha
so ketua yang merancang semua ni merangkap roomate sebelah katil yang terchinta pun suruh aku buat satu pesanan ringkas sambil mata aku ditutup oleh kain hitam ! cissss sangat tak sistematik tutup guna kain hitam , lain kali sarung lah badan sekali guna karung guni , baru extreme . HAHAHA
lepas dah habis buat ucapan happy birthday yang agak panjang berjelar sampai nak tertido , dengan sangat bersemangat kawan-kawan blok aku simbah aku dengan sebaldi air serupa air najis kumbahan kat loji indah water .
kau bayangkan ?! tak tergapai-gapai kau cuba menghirup udara kurniaan Tuhan tatkala hidung kau dipenuhi bau-bau serupa taik yang sangat boleh buat orang tak kuat semangat pengsan duapuluhempatjam tak bangun .
dengan kudrat yang masih ada berbekalkan iltizam yang kuat , aku pun dengan singanya kejar lah kawan-kawan aku konon nak mengamuk protes sambil kyaaaaaa sebab nak peluk dorang sebab sharing bau is caring kan ?
HAAAAAA siottt betul ! habis bau sangat busuk kat seluruh badan aku serupa aku takpaya mandi maghrib tadi at least aku boleh mandi malam tu
so bila semua dok pakat lari lintang pukang takut melekat bau kat badan dorang , aku pun masuk bilik air terus mandi .
gilaaa betul , mandi punya mandi , bau dia tak hilang , sudah ,
nasib baik insan-insan yang mencurahkan air busuk tu menghulurkan sabun antabax aku yang harum semerbak tu.
so bila dah basuh semua badan habis wangi , aku pun tukar lah baju pakai baju hensem-hensem sikit , tapi rupanya tak habis lagi saat-saat kegembiraan aku
kawan bilik merangkap roomate terchinta dan rakan-rakan bilik lain datang bilik aku bawakkan sebijik kek bertuliskan ' happy birthday '
serious aku terharu gila , sangat terharu sebab tak sangka dorang buat semua ni untuk aku , ni lah yang membuatkan aku bertambah chinta dan shayang roomate-roomate aku . HAHA kau mampu ? :p
lepas dorang dah nyanyikan lagu happy birthday , aku pun tiup lilin yang kaler putih panjang sejengkal tu , asal ada sudahlah kan ?
then dengan muka penuh bangga dan terharu , potong lah kek dengan harapan nak rasa macam mana kek tu , tapi hajat tak kesampaian bila ada satu tangan menghentam kuat tangan memegang kek lalu terkena batang hidung sendiri . hamekkkauuu ! sekali lagi
dengan rasa bangganya juga , seketika kek dipegang menjadi bahan balingan sebab rasa yang tidak puas hati nak calit kat muka sorang-sorang krim kek tu . HAHA
agak kecoh jugak ah masa tu dengan jeritan budak-budak ni takut kena baling krim kek tu , tapi dunia ni kecik je weh ! takde siapa dapat mengelaknya . haha so akhirnya semua budak bermandikan krim kek yang sangat berminyak tu bila basuh susah nak hilang , so adil lah kan semua kena masuk bilik air mandi macam aku . :P
kawan bilik sebelah pun belikan aku kek , wahh terharu gilaaaaaaaaaaa :( tapi yang siotnya ada orang tarik kain pelikat aku padahal time tu aku tak pakai underwear ! ==' nasib baik aku mempunyai kekuatan maksima, dapat lah aku melindungi maruah aku dari dicalari . HAHA SIOT JE

bila teringat kisah-kisah ni , aku terharu gila kot sebab dorang buat semua ni kat aku
susah-susah je buatkan air spesial bagi aku mandi , beli kan kek untuk aku , semua tu ah
rasa macam nak nangis ni , haha semua aku nak menangis , gembeng betul --'
tapi serious ah , aku terasa dihargai . cewahhhh nanti kalau roomate aku baca takmau aku blushing dalam bilik ni . hampehh :P

so thanks guys sebab belikan aku kek bagai , buatkan air yang special tu , buat video pasal aku sikit , belikan makanan ringan untuk aku , dah tarik kain pelikat aku walaupun korang tak berjaya . HAHA aku hargai sangat-sangat . :)
kalau nak tau , malamnya pulak aku buat makan-makan sikit kat cafe dengan budak kelas , siot je kena tuang air dekat baju oleh classmate sendiri , nasib baik cepat kering . haha thanksss :) sayang korang muah muah muah . okay lebih :p

okay dah serupa macam nak join kumpulan black metal pulak , tapi ini bukan !
cuma sepotong kek hari jadi dicalit ke muka encik blogger . dan gambar terpaksa di mozaic kan sebab mengandungi unsur-unsur lucah yang sangat keterlaluan . HAHA

have fun reading this entry from hencek haikal shayang:)







23 komen:

Bunda Ali said...

okay , part yang kain pelikat tanggal tu buat aku TERKESIMA kejap , LOLX HAHAHAHA btw , happy birthday again again again and again :)

Waiz Aufa (Penasihat Yang Setia) said...

Alhamdulillah..dah makin meningkat usia yer... Sanah helwa sahabat... =)

fara ahmad said...

selamat hari tua ! :D

Aliff Haikal said...

@noor nabilla fattin tau takpe , gigih nak tanggalkan jugak . ape lagi menjerit melolong ah aku . tah pape . haha

Aliff Haikal said...

@Rakan Pusat Islam alhamdulillah , semoga lebih matang . hehe

Aliff Haikal said...

@faara ahmad haha thanks :p

Unknown said...

tengok pintu yang dah season, macam c2 je....

Aliff Haikal said...

@Ahmad Haziq Azlan ha betul lah tu

aliya atina said...

SELAMAT ULANGTAHUN :P

Anonymous said...

terbaek ah!!-Al-mizan Allamah Thabathaba'i

nasha sanza said...

selamat hari lahir..

dayahyazid said...

epy besday..da tua pon..haha
kalo nak hadiah t g mintak..

Syira Rara said...

happy balated bufday..saya baru je follow ur blog n if u dont mind plisss singgah2la my blog dan follow yea..blh berkongsi cerita (^_^)

Aliff Haikal said...

@aliya atina haha thankss:)

Aliff Haikal said...

@Anonymous kay al-mizan . thanks weh

Aliff Haikal said...

@nasha sanza terimakasih ya awakk :D

Aliff Haikal said...

@dayahyazid tua maintain cute . haha lempang sikit :p
nak hadiahh , nak mekdi :P

Aliff Haikal said...

@Syira Rara okayy :)

AMYCYRUS said...

KMP students memang happening. Bagaikan satu family, sambut birthday sama-sama. Saya sayang KMP.

Btw, HAPPY BIRTHDAY encik haikalllll :D

NadyaBubble said...

happy belated birthday :D

Aliff Haikal said...

@AMYCYRUS betull , saya sayang kmp jugak . haha setahun kan kat sini , so nak manfaatkan pengalaman selagi boleh :)

Aliff Haikal said...

@NadyaBubble thankss , minyak wangi tu still ade lagi tau . ahaks

izyan zamri said...

adui lip... dasyat cerita ko...masa ko call aku...aku rasa benda ni dh jdikan.....