WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, December 22, 2011

PENING PENING TAPI NAK PERGI JUGAK ^^

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



dengan penuh semangat pasang lagu sudirman ' balik kampung ' sambil tangan gigih siapkan assigment dengan penuh rianghatisukarela . dengan berbekalkan kalendar bulan dua belas dua ribu sebelas yang bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi dan akan digantikan dengan kalendar dua ribu dua bulas dan di sini bermulanya satu countdown ! whoaa panjang betul mukadimah ye hencek haikal . ohsemmm :)

tak lama lagi , TAK LAMA LAGI cuti pertengahan semester akan muncul
walaweyhh tak sabar nya nak mencium mendakap ibu bapa tercinta . ini tipu kot
tapi tiba-tiba dapat mesej dari member yang seolah macam tahu-tahu je aku nak cuti sem =='

' beb , datang KL lah , bila lagi nak jumpa '

so dengan hati girang teringat kuah gulai mak , urutan kaki bapak , tiba-tiba hati aku gundah gulana , nak pergi kl ke taknak, nak pergi kl ke taknak . itulah padan muka kau hencek haikal siapa suruh berjanji nak pergi kl sangat , kan kau dah pening kepala T_T
so sehari dua ni aku tidur tak basah , mandi tak kenyang , makan tak lena memikirkan hal ni , apa entah yang teruknya semua ni , hey lebih lah hencek haikal ni tapi disebabkan cuti yang pendek macam mana guwa tak memikirkan pasal ni . huwaaa

so dengan berbekalkan semangat yang kental , dah buat keputusan nak pergi kl dua hari lepak rumah kawan terchinta before balik kluang peluk cium mak ayah tershayang , tipu lagi.

tapi sebenarnya hati ni tak sabar jugak nak pergi kl , hahaaa kan lebih kan kat atas tu :P
tak lah , lepas dah berkurun lamanya meng-abdikan diri di perlis indera kayangan ni , terasa macam dah lama tak enjoy-enjoy ni . hahahaa so maybe sebelum balik kluang dan mengabdikan diri membuat kerja-kerja rumah baik aku enjoy dulu , tak gitu?

tapi yang soDEMMMM nya , seminggu selepas cuti mid sem ni , mid exam pulak menggedikkan diri beliau nak menguji tahap kepandaian budak matrik ni . uwaaa uwaaa kenapa begitu sadis nasib kami semua yang terasa tak happening langsung cuti selama seminggu . dah lah tu balik rumah mesti lah kena study buat revision bagai semua tu , tapi adakah semua itu akan berlaku kepada diri aku ? itu yang aku takut-takutkan , takut buku entah ke mana , laptop entah ke mana , facebook pun entah kemana . hahaa

so ramai-ramai doakan semoga hencek haikal memiliki suatu kekuatan untuk membuka buku ketika berada di rumah dan belajar ! cepat semua amin.

cukup lah aku merungut , kang tak pasal-pasal kena bahan balik tak habis-habis nak merungut , dahlah dalam facebook kenmain baik gilaaa . hehe :P thanks membaca .

assalamualaikum

5 komen:

iAmCekbolat said...

wahh.. gudluck.. ^^ tayah nk foyo-foyo sgt..haha

btw.. keciknye tulisan -_-

Aliff Haikal said...

@CekbOlat-bOlat haha foyoo best whatt :P
okay adjustment-ed . haha

Unknown said...

Jumpalah mak ayah dulu .
Parents diutamakan ,kawan didahulukan . haha :P

miss secret said...

wow,g KL..dtg uma..

Syiera Bucuk said...

hai awak...ingt syiera bucuk lg x???msti x kan..hukhuk..btw,me aktif berblogging balik!sdilah ape kiranya menjengah ok..

brknaan en3: nak jugak tu berjalan jalan..tp okla..release tnsion..me pon sllu travel mse study dl..hikhik..

en3 terbaru : Mndgr saranan abg stalker mencari aura blogger femes..n kamoo didapati femes..jd..amek aura sket buley??hikhik..

berkenaan en3..ganasnye kamoo..pecahkan telur2 x bersalah tu..naseb x kena ngamuk..hahaha..

entry terbaru : http://syierahalf.blogspot.com/2011/12/contest-back-to-black-cover-ur-modesty.html