WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Tuesday, December 20, 2011

KEJAYAAN DALAM CINTA , TAK SUSAH TAK SENANG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


setiap orang yang berpasangan dalam dunia ni , menginginkan suatu perhubungan yang berkekalan hingga akhir hayat , sebuah percintaan muda mudi diakhiri dengan lafaz nikah dan seterusnya . Tapi cuba tengok berapa ramai yang berjaya jadikan inspirasi mereka tu menjadi kenyataan , that means kalau bercinta sampai berkahwin , dan hidup selamanya sehinggah akhir hayat . tapi berapa ramai pulak yang gagal dalam membuat perhubungan ? aku rasa dunia sekarang makin ramai orang bercerai berai dari yang kekal hingga akhir hayat , ada siapa yang tak setuju dengan aku ? sila beri pendapat anda . hehe :)
sebenarnya , dalam kehidupan berpasangan ni , tak lah susah sangat dan tak lah mudah sangat , kalau kita amalkan beberapa tips beberapa undang-undang dalam berhubungan , insyaAllah jodoh kita akan berkekalan . haaaa aku sebenarnya terfikir nak ulas pasal hal ni , HAHA eventho aku tak berapa pro nak cakap pasal hal ni , at least aku ada pengalaman and aku try cedok pengalaman orang lain jugak . C E D O K ? ohmaii sangat tak sopan ayat ekau eh aliff ! hehe

1. KESETIAAN DALAM PERHUBUNGAN
this is the most important to follow , sebenarnya dalam kita bercinta ni kesetiaan tu adalah satu kunci dalam kejayaan hubungan . kalau kita setia pada pasangan kita , insyaALLAH hubungan kita akan berkekalan . tapi tak guna kalau cuma sebelah pihak je yang setia sedangkan satu pihak lagi main kayu tiga , TAKKAN MENJADI ! ingat baik-baik . dalam bercinta , dua-dua pihak perlu memainkan peranan , please . kenapa nak mainkan perasaan orang yang setia kat kita , walaupun muka hensem , rupa cantik tapi kalau tak setia , tak guna. takde orang dalam dunia ni nak bercinta dengan playboy atau playgirl . so terapkan sifat setia dalam perhubungan ye :)

2. KEPERCAYAAN YANG TINGGI TERHADAP PASANGAN
kita kena percaya pada pasangan kita seratus peratus tanpa ada rasa ragu , sebenarnya dua-dua pihak kena percaya antara satu sama lain . jangan sembunyikan apa-apa dari pasangan kita , bila kita dah menaruh kepercayaan kat pasangan kita , secara tak langsung kita dah mencapai satu tahap kejayaan dalam berhubungan . kalau kita percaya pada pasangan kita , walau dilempar fitnah insyALLAH hubungan itu akan berkekalan . tapi jangan lah kita cemar tahap kepercayaan pasangan kita , once kita dah break kepercayaan dorang , jangan menangis kalau kita dah tak dipercayai lagi . susah oh nak dapat kepercayaan orang , so jaga lah elok-elok :)

3. SELESA BERSAMA PASANGAN SENDIRI
jujur , siapa yang suka hidupnya dikongkong oleh pasangan ? terlalu cemburu buta ? . mesti rimas kan ? walau ada yang cakap ' itu tanda dia sayang aku ' , mereka penipu ! heh marah betul aku . haha actually manusia ni tak pernah berhenti merungut , macam mana kalau hidup dikongkong buatkan kita selesa ? kalau kita dah selesa dengan pasangan kita , kita akan rasa seronok dalam menjalin perhubungan . kes-kes bercerai , kes-kes putus cinta sekarang ni selalunya disebabkan oleh pasangan sendiri terlalu cemburu sampaikan hidup dikongkong . kalau betul kita sayang seseorang tu , cuba selesakan diri dia , insyALLAH dia akan bersama kita . jangan terlalu merimaskan pasangan kita , kalau anda tak mahu anda ditinggalkan . cewahh okay ?

4. JUJUR WALAU IA MENYAKITKAN
jujur pada pasangan kita . wahhhh ini yang penting , kita kena jujur dengan pasangan kita . siapa beb yang suka diri dia ditipu ? macam tu jugak pasangan kita , macam mana perasaan kita bila ditipu macam tu jugak pasangan kita bila kita menipu dia . apa susahnya nak jujur dengan pasangan sendiri , lagi dia sayang ada lah kalau kita jujur dengan dia . jangan selindung-selindung , sebab lama kelamaan dorang akan tahu jugak . aku cukup hairan , kenapa ada orang yang sanggup tak setia (rujuk nom satu) lepas tu dia boleh menipu pasangan sendiri , konon cakap kat outstation padahal tengah meronggeng kat rumah giprenn , so secara tak langsung dah lah tak setia , menipu pulak tu . memang sah lah kita kena tinggal ! siapa suruh tak setia , kalau kita sayangkan seseorang tu , kita takkan sanggup untuk curang dan menipu . trust me :)

cukup dah lah empat tips yang boleh aku bagi untuk kekalkan hubungan dalam bercinta , sebenar-benarnya tips untuk kita berjaya dalam berhubungan ni terletak pada diri sendiri , kalau betul-betul kita sayangkan seseorang , kita akan jaga dia , sayang dia sepenuh hati umpama kita menyanyangi nyawa sendiri , cinta tu tak kejam cuma manusia yang tak pandai menghargainya . kepada pasangan yang tengah bercinta tu , jangan lama-lama sangat bercinta , seru lah untuk mengakhiri dengan pernikahan , lepas dah bernikah manja lah puas-puas , cinta lah puas-puas , sayang lah puas-puas , Allah tak marah , malah Allah bagi pahal lagi kat kita . bila dah berkahwin , semai lah rasa cinta tu sampai akhir hayat , . so conclusion is CINTA ITU INDAH KALAU KITA MENGHARGAINYA , MANUSIA DICIPTAKAN BERSAMA CINTA , CINTA KEPADA ALLAH ADALAH CINTA YANG TERAGUNG . pisss yoo :)

wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki untuk menjadi pendamping lelaki :)

p/s: nak tahu cara mudah membina website sendiri ? KLIK SINI ada segalanya and nak customize cover i_pad korang ? KLIK SINI


12 komen:

iAmCekbolat said...

mcm rukun jer.. heheh

Aprimia ✿ said...

cemburuu butaa ?
haha . mcam ade pngalaman je abg .
hee

Aliff Haikal said...

@CekbOlat-bOlat haha rukun lah jugak :p

Cik Pensil said...

tapi cinta selepas kawen lebih manis :)
*pendapat sayalahh

Aliff Haikal said...

@fatinmyra Sweet :) errr pengalaman lah jugak . hahaaa

Anonymous said...

ergg , panjangnyee posts -.- haha

Bunda Ali said...

semua aku dah buat , dan lebih dari ini aku rasa , cuma mungkin belum tiba dan bukan orang nya :) aku pun bru updated pasal lebih kurang pasal ni haa tpi story la :)

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil semanis kurmaa :)

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil semanis kurmaa :)

Aliff Haikal said...

@cik siti ahmad amboihh , baca jangan tak baca :P

Aliff Haikal said...

@noor nabilla fattin maybe , Allah temukan kita dengan orang yang salah dahulu sebelum kita jumpa seseorang yang betul2 ditakdirkan untuk kita . cewahh :)

Fadzilah Mak Mon said...

bestnye ko pnye blog..