Assalamualaikum
petang tadi pergi bazar , tu pun atas paksaan mak . okay saya bukan budak rajin -,-'
lepas tuh jalan-jalan cari makanan terserempak dengan cikgu SM
ingat nak tegur sebab dalam hati gila membara nak tegur . rindu lah wei
tapi cikgu aku jalan dengan lajunya taktau ke mana dia nak pergi
so bila nampak kesamaran bayangan cikgu aku tu , terus aku batalkan niat nak tegur dia..
ekceli hari ni aku nak post pasal cikgu aku ni
masa form 4 , aku tak pernah atau lebih spesifik tak pernah berniat nak masuk kelas akaun
aku minat science and aku nak masuk aliran sains
tapi nak buat macam mana , sains aku masa pmr dapat C
kata orang ' mengukur baju di badan sendiri kan '
okay by hook or by crook
aku kena masuk kelas akaun sebab kalau tak , aku kena masuk kelas kemanusiaan , kelas yang penuh dengan subjek hafalan ! tragedi sei kalau aku masuk kelas tu
okay ditakdirkan subjek akaun , kelas aku dapat cikgu ni
kan aku dah cakap aku tak pernah nak terfikir masuk kelas akaun
so bila cikgu ni mengajar , aku nak tak nak je dengar
aku memang masa tu serious tak suka akaun , plus kena ambil subjek add math pulak tu
bertambah tak suka aku
aku tak pernah nak faham subjek akaun ni , dan aku tak pernah nak memahami subjek ni
dapat bayangkan betapa tak sukanya aku dengan subjek ni ? ;')
tapi cikgu ni dia tak pernah putus asa nak mengajar
semakin dia ajar , semakin aku tak faham sebab akaun ni memerlukan seseorang tu banyak berfikir dan berfikiran kreatif
kalau dia bagi kerja , aku buat , tapi tak pernah buat betul-betul
aku tak tahu la pulak budak-budak kelas aku pun sama macam aku
kira masing-masing sekepala a ni kan
suatu hari tu , aku taktahu kenapa satu kelas tak buat kerja yang dia bagi termasuk aku
cikgu aku ni terus naik angin suruh satu kelas berdiri atas kerusi
lepas tu dia ambil buku teks perakaunan pukul sorang-sorang
serious masa tu dia tengah geram . geram yang amat sangat
masa tu aku taktahu kenapa aku ni jahat sangat , aku ketawa bila dia buat macam tu
ya ALLAH jahat kan aku masa dulu ;'(
setiap kali exam , aku dah tahu gred aku kalau subjek akaun ni
tak G , mesti E , tak E mesti G
sampai final , result exam aku teruk ! sangat teruk !
naik form 5
sekali lagi aku dapat cikgu yang sama ajar akaun
tapi aku naik hairan
kenapa cikgu ni tak serik nak ajar kelas aku, kenapa dia tak minta tukar bagi cikgu lain
aku pelik , sangat pelik
hari demi hari
cikgu ni tak jemu ajar aku , ajar budak kelas aku
dia berusaha nak bagi kitorang semua faham apa itu ' perakaunan '
dia sanggup buat kelas tambahan semata-mata demi aku dengan kawan-kawan aku padahal cikgu aku ni dah ada keluarga
start form5 , aku dah mula rasa aku kena berubah
aku mula sedar yang cikgu aku ni dalam usaha nak bagi kitorang faham
cikgu ni berusaha
teringat lagi insiden siapa tak lulus soalan dokumen
dia akan rotan kat tangan
ingat tak sakit ?
sakit gila tauuuuu
okay lepas dari insiden tu , aku dah mula belajar betul-betul akaun
aku pergi tuisyen luar , aku buat setiap kerja yang dia bagi
aku dah mula rasa suka kat akaun
cikgu aku ni dah mula buka mata aku
aku rasa kenapa lah aku tak fahamkan akaun masa mula-mula dulu
tapi aku faham , dulu aku tak minat akaun
masa pertengahan form5 , cikgu dah mula gigih bagi soalan-soalan past year
aku rasa kertas-kertas soalan yang cikgu aku bagi ni , kalau digabungkan semua boleh buat sebatang pokok tauu . nampak kan banyaknya soalan yang cikgu aku bagi ....
and the result atas pengorbanan seorang guru akaun aku
aku dapat gred A dalam spm and lebih 5 orang dapat sama macam aku , yang selebihnya LULUS ;')
lepas ambil result , aku jumpa cikgu ni aku cakap aku dapat A
dia gembira sangat , sangat gembira sebab pengorbanan yang dia lakukan akhirnya berbaloi
pengorbanan seorang guru tu sangat mulia.........................
sampai sekarang masa aku tengah menaip ni aku teringat lagi kisah-kisah yang berlaku sepanjang cikgu aku mengajar dalam kelas .
terima kasih cikgu
cikgu aku berusaha dan terus berusaha supaya students dia faham apa yang dia ajar
selagi tak faham , dia akan terus explain sampai faham
haha tak boleh blah masa ni
cikgu sanggup bawak anak dia datang sekolah
sangat kagum dengan usaha cikgu
cikgu tak ambil MC pun even anak kecil dia ni demam
masa ni seronok gila ah dapat main dengan budak kecik , HAHA
TERIMA KASIH CIKGU AJAR SAYA DAN KAWAN-KAWAN
tapi aku hairan dengan budak-budak sekarang
kena pukul sikit , keluar paper muka depan
kena cubit sikit , mak ayah serang sekolah
aku tak percaya la kalau cikgu pukul anak murid dia tanpa sebab
percayalah , cikgu mengajar anak murid untuk menjadi seorang yang berjaya
bagitau aku cikgu siapa yang mengajar dia mencuri ?
bukan niat nak memuji seorang cikgu ni sahaja ,
semua cikgu yang pernah mengajar aku adalah cikgu yang BOMBASTIC !
cikgu , teruskan perjuangan melahirkan insan yang berwawasan
cikgu , teruskan perjuangan melahirkan insan yang berwawasan
CIKGU ARE THE REAL HERO FOR OUR SUCCESSFUL
tidak akan lahir seorang perdana menteri tanpa didikan cikgu nya
takkan lahi seorang cendekiawan tanpa asuhan cikgu nya
takkan lahir seorang professor tanpa bimbingan cikgu nya
4 komen:
btul2... tanpa cikgu...siapa kita...
wow!!tacink3....aku un jadi terigt kat ckg aku...
@Farhan IsmailBETUL ! :)
@catwomancatwalk HEHE ;')
Post a Comment