WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, July 21, 2011

PANDAI TU SUBJEKTIF KAN

Pandai
Bila kita sebut je pandai
Mesti macam-macam dah terlintas dalam fikiran
Pandai dalam akademik,pandai dalam sukan,pandai dalam bersosial dsbn
Actually pandai ni adalah perkara subjektif
Semua manusia dikurnia kan satu kepandaian dalam diri mereka
Mungkin mereka bukan pandai dalam akademik tapi pandai dalam bersukan
Mungkin dorang bukan reti nak bersosial tapi dorang pandai dalam akademik
Atau mungkin dorang lemah dalam mengingat tapi tough dalam mengira
Ingat , semua manusia tidak ada yang sempurna

Tapi kan , ada jugak manusia yang tak pandai mengaplikasi kan kebolehan mereka tu
Kadang-kadang orang pandai boleh jadi gila tau !
Tak percaya ?
Cuba pergi kat hospital-hospital bahagia kat mana-mana
Mostly dari dorang adalah seorang professor,doctor,akauntan dsbn
Dorang pandai , tapi dorang tak pandai dalam mengawal kepandaian tu
Akhirnya memakan diri sendiri
Lagi satu , kita sebagai hamba Allah sepatutnya bersyukur dengan apa yang diberi
Sepatutnya kita imbangi lah diri antara dunia dengan akhirat
Bila dikurniakan kepandaian , jangan pula sekali-kali tinggalkan solat , tak bayar zakat , tak buat kebaikan ...
Kadang-kadang dorang terlalu fikirkan duniawi sampai lupa benda-benda wajib tu
Tak ke rasa rugi bila kita dah pandai , tapi tak solat
Seolah olah tak mensyukuri nikmat
Apa lah sangat spend kan 10 minit untuk bersolat
Kalau nak tengok wayang sanggup pulak ek nak menunggu sampai kan sejam dua jam ...
Maybe mulut kata ‘ aku bersyukur ‘ . tapi hati ?
Wallahualam .............

Sebagai contoh kan
Kat sekolah menengah aku dulu
Ada dua kes pelajar harapan sekolah . PELAJAR HARAPAN SEKOLAH
Dibuang sekolah kerana kes mengandung
MENGANDUNG okay !
Ya ALLAh ,
Kesian , masa depan hancur disebabkan gagal mengawal nafsu
Itu lah , kebanyakan sekolah aku taktau ah kan kalau ada sekolah lain tak sama
Kakitangan sekolah semua lebih member perhatian kepada pelajar-pelajar lemah
Sampaikan terlepas pandang budak-budak pandai sehinggakan jadi macam ini
So kita nak salahkan siapa ?
Lu piker ler sendiri ~

Kat matrikulasi ni
Aku tak nafikan memang ramai students yang pandai
Ada yang sampai 10 , 11 , 12 A
Tapi kita dengan satu matlamat datang ke sini untuk belajar kann
Kadang-kadang aku rasa geram dengan sesetengah mereka ni
Tahu lah pandai kan , tapi tak perlu la sampai nak menunjukkan sangat diri tu pandai
Apa lah salah nya , dah pandai duduk diam-diam kat kerusi tu
Kesian kat students yang agak lambat nak pikap , mungkin dorang tak suka kan
Biarkan cikgu sahaja yang bercakap di depan
Bila perlu baru si cerdik pandai ni berkata-kata
Ni tak , cikgu cakap sepoloh , dorang cakap sampai dopoloh tiga poloh . -,-‘
Haihhhh ,

So konklusinya kan
PANDAI TU SUBJEKTIF .. guna lah dengan cara berhemah . jangan kerana pandai korang jadikan alas an atau tiket untuk menindas orang lain
Kalau tiba-tiba Allah tarik balik nikmat yang diberi ...
Berfikir sebelum bertindak .
Wallahulam....