WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, July 30, 2012

APA BISING-BISING?BIARKAN MEREKA BAHAGIA :)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tarik nafas , hembusss . tarik nafas , hembussss (eee busuk!) haha :p

Alhamdulillah , masih bernafas saat jari menaip entry ni . Alhamdulillah korang still bernafas and sempat baca entry ni lagi . hehe :) Apa kabar ? 

Maaf , sebab lambat update cerita dalam blog ni . Nak kena siapkan segala benda yang berkaitan tentang kemasukan ke IPTA , nak isi borang biasiswa , nak isi borang bantuan kemasukan ke IPTA , nak buat medical check up , nak kena pos dokumen , nak kena setel tentang bayaran duit insurans . HAHA banyak kan nak keba buat ? Ini semua gara-gara nak masuk IPTA lah . Tapi takpe , Alhamdulillah semua tu hampir selesai . Nak buat cepat-cepat eventho ada lagi sebulan sebab nanti mood raya tak diganggu oleh anasir-anasir jahat ni . HAHA siot je cakap semua tu anasir jahat kan :p 

Entah kenapa 

Sejak dua menjak tiga menjak ni aku jadi begitu teruja nak masuk universiti . Tapi kadang kala aku jadi risau , berdebar-debar pulak . So sekarang ni perasaan jadi 50-50 . Bila orang tanya ' Haikal,dah ready nak masuk U?' aku jawab ' ready je , kalau boleh nak masuk sekarang jugak ! hehe ' . Tapi satu masa bila orang lain tanya soalan yang sama , aku jawab ' Aku nervous lah nak masuk U ni ' . nampak tak permainan dia kat situ ? hehe Takpe lah , excited ke nervous ke , tu perkara biasa . Masa masuk matrikulasi dulu pun macam ni jugak . So be chill sudah ! kan ? 

Baiklah . ini lah kemuncaknya entry hari ni . Yang atas tu cuma mukadimah je . Haha panjang kan mukadimah nye ? Ala biasalah , bila dah meroyan nak menulis .


Okay aku tahu tentang penyebaran video ni dalam empat lima hari yang lepas . Masa tu viewer belum cecah 500k kalau tak silap . Aku terkejut sebenarnya masa ni . How come budak 16 tahun kahwin dengan budak 14 tahun . Form four vs Form two . Macam-macam dalam kepala hotok ni berfikir , macam mana dorang boleh kahwin ? macam mana dengan persetujuan kedua ibu bapa dorang ? macam mana dengan pembelajaran ? macam mana dengan nafkah ? Haaa over pulak . hehe 

Memang sikit kecoh pasal video ni . Baca komen kat situ pun tahu siapa yang sokong siapa yang tentang dorang . Tapi yang peliknya , kenapa sampai nak memaki , marah dorang ? aku tak nampak satu perbuatan berdosa pun dorang buat . Dorang kawin bhaiii ! Benda wajib , Allah suka . Ni manusia pulak tak suka . Lahaii pelik sungguh .

Aku faham . Masyarakat memang pandang serong . 

Tapi , biarlah mereka nak membina masjid . Dah jodoh dorang seru awal , nak buat macam mana ? Allah dah aturkan segalanya . 

Apa-apa pun , saya selaku tuan blog mengucapkan tahniah kat Adik syafiq dengan Adik Yana (teruihh adik haha) atas perkahwinan ni . Saya doakan korang berbahagia ke anak cucu . Semoga jodoh korang berkekalan hingga akhir hayat . Abaikan kata-kata orang , sesungguhnya Allah meredhai korang , cukup . Kalau ada orang dok bising lagi , sumbat je dengan stokin busuk . Biar terus senyap mulut dorang . hehe Nanti kalau dah ada anak , didik menjadi anak yang soleh serta solehah okay ! V(^^)



kalau suka ? Boleh lah Like :)

32 komen:

Unknown said...

terkejut jugak masa first tengok video ni kat youtube. soalan yang berlegar-legar dalam kepala pun sama. hahah.


tapi aku rasa apa yang diorang buat tu tak salah langsung, lagi baik ada lah. cuma persepsi masyarakat ni ada yang suka sangat fikir benda-benda negatif. huhu

Cik Atynn said...

orang yang bercakap buruk2 tu diorang jeles senanye coz jodoh diorang tak sampai2 agi kannn .... hahaha

manusia mmg suka mencari salah dan silap dan melontarkan suara mengikut nafsu...bukan menggunakan akal fikiran...Allah jah janjikan jodoh mereka awal...biarlah~~

opsss..sorry...panjang pulak comment nie..haha... :)

Anonymous said...

wow, this one is good, gonna use for another sport but i think it'll be just as good, BIG thanks :)

Liyana Izzati said...

Ntah rilek je lah. Biarlah diorang nak kawin awal dah jodoh diorang dah sampai. Kita ni siapa nak menilai lebih lebih.

Well, bro Aliff Haikal bila lagi nak mendirikan masjid ni? Buat entry pasal orang jer tuan punya badan bila lagi? Muehehe. haha.

Masuk U? Rilekk jer. takde apa pun masuk u ni, best woo! hahaha.

Alia Rahmat said...

Nak kawin jugak lah. Ehh :P

Merah said...

warghhhh so sweet !! mmg sepatutunya kena kahwin awal pon bagi elak zina , cekk pon kalau boleh nak ja kahwin tapi tuula , xda sapa nak masuk minang lagi isk , tiap hari cek tggu depan pintu >.<

Unknown said...

yang bising-bisng tu dengki sebenarnya.. tak salah pun kawin muda.. nway... selamat menempuh alam uni..

Anonymous said...

Kalau ada duit jalan je umur2 muda ni ..lepas matrics pon boleh kawin dah

-meeSUPERGIRL- said...

jangan lupa jugak persiapan raya ! langsir kat rumah tu p lah tolong cuci skali . haha

betul tu . bagos dorang awen . bg setan rase hampa sikit . taley nak hasut dorang buat maksiat . muahaha

Elie Lily said...

akak terkejut sebab kalau tak silap, kat malaysia, lelaki hanya dibenarkan untuk berkahwin selepas umur 18 tahun dan perempuan selepas 16 tahun. tapi yg ni, mungkin dah jodoh, tak boleh buat apa lah kn. lagipun buat apa nk bising. bukannya dorang buat dosa kan. All the best untuk mereka.. :)

Hakimy Zamri said...

awalnya kawin. aliff bila nak kawin ? hehe

FH said...

ya muda sangat.dah jodoh kan.Apapun doakan yang terbaik untuk mereka heeehe :D

Aliff Haikal said...

@Najla Khairiyyah betul sangat . persepsi masyarakat je yang teruk skrg . Haih org nak kawin pun bising . hahaha

Aliff Haikal said...

@Cik Atynn Bieyah haha takpe komen lah panjang2 lagi . tak kisah punnn :p

Hm betul , nk cari point salah org je . Padahal benda ni bukan berdosa pun , nak kata haram langsung tak patut . Tp itu lah manusia . aishh aihsss

Aliff Haikal said...

@Liyana Izzatikahkahkah guwa kena habiskan degree dulu . kena beli rumah , beli kerete , baru carik bini . hahaha tak sabar lettew

Aliff Haikal said...

@Alia Rahmat hahaha akak gatal !!!! :p
jangan lupa jemput tauu ^^

Mawardi yunus said...

jom kawin muda hehehe

jom join nie bro kalau nak up kan traffic blog..
http://mawardiyunus.blogspot.com/2012/08/jom-up-kan-traffic-blog.html

Rozalia Binti Alik said...

kahwin awal... ? wah.. dahsyat2 . hehe

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Hahahah , molekk gituww ... Yana pun nak ucap tahniah dekat diorangg:)) Aliff Haikal bila lagi ? bhahahha . Jemput Yana pi kenduri nanti:)) Hahah... Done follow;))

P#eoniX said...

wah..untung kawen awal...dah cam trend dulu-dulu datang balik....heheheh...mak haku pon kawen muda dulu....kalau x silap mase mak akuh belasan taun gak...huhuhuhuuhhh!!!!!aku jer yang lambat kawen..wakakaka...

Aliff Haikal said...

@merah uISHHH anak dara mana boleh tunggu depan pintu . Hat tu takdak orang nak minang . hahaha :p

Aliff Haikal said...

@Warna Warni Kehidupan haha dorang jeles actually kot :)

Thanks :)

Aliff Haikal said...

@Anonymous sy nak habis belajaq dulu :D

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- AMboiiiii hahaha urusan raya semua dipertanggungjawabkan ke atas kakak aku aa . so aku cuma lenggang kankong je dalam rumah :p

Hm tahu takpe . menangis setan2 tu

Aliff Haikal said...

@Elie Lily katanya dorang dah jumpa pihak yang berkuasa and diluluskan . Takpe , kita doakan sahaja mereka :D

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri Tunggu hang kawin dulu . hang kan dah ada calon . hahhaa

Aliff Haikal said...

@.FH. hehe InsyaAllah

Aliff Haikal said...

@MawardiYunushahahaha jom

Aliff Haikal said...

@Rozalia Binti Alik hahaha dasat kan . awak bila lagi ? :p

Aliff Haikal said...

@✉ ¥ana Fauzi ✉ HAHAHA insyaAllah empat tahun lagi yea ;p

Aliff Haikal said...

@Phoenix orang kata apa , old school . hehe sama lah . mak ayah aku kawen awal . ingat nak kawen awal gak tp mak ayah aku ckp belajar pandai2 dulu haha kumpul harta

hyefa said...

Hari hari ade jugak fikir kan tetang nie , Untung dapat kawen muda . . dapat anak pun nnty mesty muda , mcm adik dgn kakak , mak i pun ade cakap jugak , nk kawen kan kite nie time muda-II , Aduihh risau jugak kalau kawen muda . belom sempat nk enjoy jadi remaja , dah kene kawen .. :(