WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, July 9, 2012

NAMPAK MACAM MARAH TAK ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak kebelakangan ni , aku dah jarang sangat update entry dalam blog ni . Boleh dikatakan seminggu sekali aku update . Itu pun kalau still rasa bersemangat nak mengupdate entry . Kalau tak memang terbiar je lah dengan entry lama dalam blog . 

Ini bukan sebab penyakit malas yang menimpa diri . Tapi ini semua berpunca dari mood tak menentu . Aku taktahu lah kalau aku ni jenis yang kuat merungut or what ever . Tapi sejak aku start kerja , aku dah jarang update entry . Bayangkan aku balik kerja je asyik penat - penat - penat . Balik pulak pukul 10 malam , itu belum kira tolak tambah darab bahagi waktu merempit atas jalan , paling koman pukul 10:30 baru sampai rumah . Tu belum kira kalau balik dari kerja je aku kena bersihkan najis Ninie dalam sangkar , buat kerja tu buat kerja ni . Balik rumah je aku selalu merungut penat , kadang-kadang aku mengamuk bila balik sebab aku penat sangat . Kenapa dengan aku ni ? Mak aku pun tegur dengan perubahan aku 

Ni belum kira keadaan kat tempat kerja . For korang punya information , aku kerja kat gerai jual makanan dalam mall . Standard macam kiosk-kiosk kecil kat mall lah . Kerja aku ? Memasak , membasuh , melayan , menyusun , mengemas dan tak lupa mengFacebook . Aku penat layan kerenah customer ni , ada customer yang okay ada customer yang aku rasa macam nak baling taik kat muka dia . Tak boleh ke kalau kau (kastemer) duduk diam-diam depan gerai aku then order then tengok je aku buat kerja , tak payah nak komen-komen bagai dan tolonglah bersabar . Naik geram aku tengok bila ada kastemer yang jenis tak de sifat sabar ni , bukan setakat cina , melayu dengan india pun naik sama ! lagi-lagi cina . Haish kalau aku ada lesen besar nak maki kastemer , dah lama dah aku buat cuma fikir aku ni pekerja je kalau aku boss memang silap besar kastemer macam tu . Ramai je kastemer yang complaint ' Eh mahal nya makanan kat sini , kalau beli kat luar murah je ' , ni aku nak bagitau kat sesiapa yang rasa macam suka sangat mengomen ni , kalau rasa makanan tu mahal takpayah beli dan kalau taknak beli takpayah bising pasal harga . Dalam mall , kitorang kena consider tentang sewa , sewa yang mahal membuatkan harga makanan jadi mahal . So kalau nak compare dengan makanan kat luar , memang jauh beza langit dengan bumi . Kat luar tapak takpayah sewa , cari tepi jalan kau bukak lah gerai lepas tu jual makan seposen satu confirm laku sebab kau takpayah nak consider harga sewa . Aku ni dah lah penat dengan kerja-kerja kat situ , ni spesies-spesies kastemer yang tak faham bahasa mintak penampar . Tapi aku watcool je , selagi aku boleh senyum aku senyum . Kalau aku tak senyum tolong jangan tanya kenapa okay . Aku faham jiwa nurani seorang kastemer ni sebab aku pun sebenarnya seorang kastemer jugak , tapi tolonglah jangan nak banyak songeh . Pekerja tu pun seorang manusia , kang tak memasal kena baling telur baru tahu nak diam . kan ? hehe :p

Maybe aku akan berhenti kerja dalam bulan ni maybe seminggu puasa then berhenti . Bukan apa , aku dah penat lah . Daripada pahala puasa aku berkurangan sebab kot-kot jual makanan kat orang yang ponteng puasa , baik aku berhenti kan . HAHA tak lah gurau je . Ni semua sebab masa puasa aku rasa masa tu lah waktu yang sesuai untuk lebihkan beribadat . InsyaAllah :)

Jumaat ni result UPU nak keluar . Agak-agak aku dapat Universiti mana ek ? Ya Allah tawakal je sekarang ni . Semoga apa yang aku perolehi , mampu menjadikan aku manusia yang berjaya kelak insyaAllah . Nak bela nasib keluarga . Nak harumkan nama keluarga . "Anak cik sari tu akauntan ek" " anak encik Din tu akauntan bank negara malaysia kan , wah pandai mak ayah dia didik " InsyaAllah ^^,

INILAH MUKA YANG MENAHAN SABAR KARENAH CUSTOMER ^^,

DIA MAMPU MEMBERIKAN SENYUMAN CUKUP PELASTIK

SEMANIS GULA AMBOI

Time study kau sibuk nak kerja
Time kerja kau sibuk pulak nak study 
-Pantun gila- 

23 komen:

Hafidz said...

UPU hangpa keluar minggu depan kaaa? samalah, aku result degree pun keluar mgu depan. best of luck broo

mohd khairul anwar bin mohd zulkifli said...

sabar alif...kene kuatkan hati tu...gudluck upu!

mohd khairul anwar bin mohd zulkifli said...

gudluck alif for upu... n sabar la customer mmg gtu..

Eika said...

kerja tempat jual makan mmg la mcm tu.. ika penah keja kt restoran, sumpah rasa macam nk baling pinggan kt cstmer tu.. hehe tapi, senyum je la.. 'customer is always mengada-ngada'.. apkan daya.,.. hehe

mintak U mana?? hehe

Unknown said...

Sabar itu separuh dari IMAN...
المريض-sabar

P#eoniX said...

sabo jer lah ngan customer yang maniac!!!mate cam x cukup tidoq jer akuh tengok!!!dah pi lah tidoq!!!!hahahahaha....

move yah said...

alolo kesian kat kwn kite yg manis ni . Sabar na ! btw ,hencek haikal goodluck UPU ... ;D

b said...

.

miss secret said...

jelas nmpk kepenatan di muke dy..cian dy,cm xcukup tidur pun ade.:) hulurkan tangan ringankan beban,xmau dh la kacau dy pas kul 10,cian dy..

SheeLittleSunshine said...

tak baik mrah2 customer.. kaka faham juga sbb kaka sndiri keja service customer.. nati nda berkat tu keja hehee..

apa pn, gud luck nati utk UPU.. dari aritu lae maw singgh ni blog tp asyk bz jak huhu..

Aliff Haikal said...

@Hafidz Wahhh goodluck jugak weh ! hehe aku baru nak masuk degree ni ;3

Aliff Haikal said...

@mohd khairul anwar bin mohd zulkifli Waahh thanks weh haha goodluck jugak besok :D

Aliff Haikal said...

@Eika Kalau kat restoren lagi macam2 kerenah kot . sabar je lah .

UPM UUM UKM UTM dan sebagainye hehehe :p

Aliff Haikal said...

@Hazwani Nordin Saya bersabar :)

Aliff Haikal said...

@PHoenix kay Bro guwa tidur dulu hahahaha !

Aliff Haikal said...

@Mami Nia Cehhhh dia puji ! hahaha :p Thanks :)

Aliff Haikal said...

@my second book ..

Aliff Haikal said...

@miss secret Awak,kalau saya rajin saya layan awak ye :p

Aliff Haikal said...

@MyMy Hehehe kakak baru seminggu kerja , tunggu sebulan nnt :p memang penat lah kakak dengan kerenah kastemer ni . apa-apa pun sabar je lah kan :)

thanks kakak !

Aliff Haikal said...

@mohd khairul anwar bin mohd zulkifli HAHA kan kastemer mmg cmtu kan :p

SheeLittleSunshine said...

@Aliff Haikal hamboii.. keja seminggu pun daa jumpa byk karenah ok. hahaha..

Anonymous said...

Hello, i think that i ѕaw you visіted my
website thus i came to “гeturn the favor”.I am trying to find
things to іmprove my sіte!I suppose іts ok tо use some
of your idеas!!
Here is my blog : cash loans

Anonymous said...

Good rеspond in геturn of this question ωith sοliԁ arguments
and explaіnіng all on the topiс of that.
My page ; Same Day Loans