WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, July 21, 2012

SENTAP HATI NI NYAH (BUKAK MATA LUAS-LUAS :P)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada orang tanya aku 

' Weh Unisza tu kolej swasta kan ? '
' Eh mana ada , Unisza tu Universiti kerajaan lah '
' Hah yeke ? lah aku ingat kolej swasta '

Adik aku pergi mengaji , lepastu ustazah mengaji tu tanya adik aku yang aku ni dapat Universiti mana

' BangLang,tadi makcik tu tanya hang dapat Universiti mana, lepas tu dia kata Unisza tu kolej swasta '
' Hah banyaklah hang kolej swasta . Universiti kerajaan lah '

Then kawan aku call sempena dia dapat free call dari dear maxis (birthday) and memang tak lah dia tak tanya aku dapat Universiti mana 

' Lep , kau dapat mana ? '
' Unisza '
' Eh kolej swasta tu weh '
' Banyaklah kau punya swasta , kerajaan lah weh ! '
' hah yeke ?? alamak sorry '

Aku jadi begitu , begitu dan begitu bingung kenapa dorang nak cakap yang Unisza ni kolej swasta ? Ke dorang ni actually tak tahu yang Malaysia ni ada berpuluh universiti kerajaan dan Unisza ni adalah salah satu universiti kerajaan . so mana nya swasta oi ? haha

Aku faham . yea aku faham

Terletak di terengganu mungkin faktor Universiti ni tidak terlalu popular di kalangan masyarakat sekeliling aku . Yang ada dalam fikiran dorang UM , UPM , UKM , USM . So aku takboleh lah nak salahkan dorang dalam hal ni . Apa yang dorang taktahu aku bagitahu , apa yang aku tahu aku sebarkan :)

So berbalik pada entry ni . Aku dengan niat begitu kudus suci mulus tulus nak bercerita sedikit tentang info-info yang berkaitan dengan Unisza ni . Semoga takde lah lagi orang bagitau aku bahawasanya Unisza ni adalah kolej swasta . Sentap hati mak nak oi -.- lol

SEJARAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 




Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".

VISI , MISI DAN MOTTO UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 

VISI
Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

MISI
Universiti Sultan Zainal Abidin akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketulusan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian untuk menafaat manusiawi.

MOTTO
Ilmu Demi Faedah Insan
(Knowledge for the Benefit of Humanity)

KEDUDUKAN UNISZA KAMPUS GONG BADAK (tempat aku)


Korang nampak tak kampus aku tu bersebelahan ehh berdekatan dengan laut . Di samping stress-stress study , boleh jugak aku fly keluar pergi laut . Aku ni jarang sangat turun laut weh . Kan best tempat aku ni , dah lah dekat dengan laut , boleh makan keropok lekor cicah sos kat persisir laut . Mohon jeles sekarang >.<

Ini kampus Kota (Bukan tempat aku haha)

Kampus ni dalam proses penyempurnaan 

Jadi kemon guys , bukak mata luas-luas sikit . Ingat terengganu ni takde Universiti yang awesome ke ? Hehe bukan setakat awesome , insyaAllah tak lama lagi mungkin Universiti ni akan menjadi antara Universiti yang top di Malaysia . Amin ^^

Ini entry-entry berkaitan dengan Unisza . 

Takde apa yang aku harapkan dari korang cuma satu je , doakan kejayaan aku bila aku dah start menjadi mahasiswa ni . Semoga segala urusan aku dipermudahkan . Semoga aku dapat mencapai targert 3.75 untuk setiap sem . Aku nak dapat biasiswa , tak larat dah aku nak susahkan mak ayah aku cari duit untuk aku sambung belajar . Biarlah aku bukti kan kat dorang yang aku mampu berjaya macam anak-anak orang lain . InsyaAllah :)

Nantikan susulan entry berkaitan Unisza untuk tatapan korang !! muahaha (gelak kejam :p)


' ILMU DEMI FAEDAH INSAN '


Terima kasih sudi baca , like lah sikit \(^^)/



40 komen:

Black said...

tau takpe . ramai yang tak pernah dengar universiti ni .
sabar jela :|

uniSZA dekat dengan bandar ! haha
yang penting tak kat pendalaman :)

Nik said...

akak pun dulu mcm tu gak.sebelum nama umt,dia dulu nama kustem so ade yg ingat tu kolej swasta.yea la.kat trg, diorang ingat mana la ade universiti kerajaan sana.skarang ni dah byk org tahu.yg tak tahu tu ketinggalan dah tu...hehe

Natasha said...

sy unikl swasta =) gud luck.

faryzh said...

diorang ingat unitar kot.btw congrats bro.

Mr. K.A. said...

tudiaaaa...semangat johorian nak maghi ganu!!! Yeah!!!
Gud luck, bro !
Awat name kampong ak tak dok?
Jiran je ngan kampong apal tu.
hehehe.

Carl Lesmana said...

selamat menjadi orang terengganu abg alif :) sometimes orang keliru sebab terengganu ada umt and unisza ..

-meeSUPERGIRL- said...

tudiaaaa .. ha suro makcik2 suro mber2 semua bace blog muu nihh... knfom tade nak ckp swasta dhh .. hehe

NIZAM said...

ala, relax bro. makcik tu tak update la tu. yang penting bukan name uni tp kita as graduan ni buktikan kita mampu berjaya. wahhh. aku plak kan semangat.

Qila Nisa said...

unisza memang orang tak kenal. Tapi bila sebut kusza, konfem ramai kenal . haha . sebab kusza ni memang dah lama dari dulu lagi, even nenek aku pun tau pasal kusza.bila cakap dapat masuk unisza, nenek aku cakap ''oh yang dulu kusza tu ehh '' . hahaha . nenek aku lagi advanced dari makcik tu. hehe.

btw, aku rasa tak femes sebab asyik tukar2 nama je kot. from kusza to UDM to unisza. Jangan nak tukar nama lagi lepasni sudahhh . haha .

Noor Adibah said...

Haikal : ape yang orang kata tu. dengar je haikal. masuk tinge kanan keluar tinge kiri ehh..

lagipun haikal yang akan belajar. bukan diorang kan. lantak pi diorang laa..

btw, akak doakan haikal berjaya ye! amin.. dapat DL every sem tau. insyaallahh. nanti kalau kat Terengganu jangan lupe akak tau. heee..

Fadzlin Basir said...

hahahhhaha<anyway tahniah :)

Alia Rahmat said...

Huiii.. UNISZA tu kolej swasta ahh! Ehh.. HAHA

Btw, all the best dan tahniah heikal :D

najihahfara said...

x kisah la swasta ke awam ke janji ade tempat nk belajar. dari yg x dpt langsung tu kan

mohd khairul anwar bin mohd zulkifli said...

aliff,kau mesti dpt nye...aku skong kau!

Aliff Haikal said...

@|| amira || Takpe takpe biar haikal perkenalkan nama Unisza ni kat satu Malaysia . haha :D

Aliff Haikal said...

@nik rosmawati Haah lah kak . KUstem pun macam standing for Kolej Universiti . maybe dorang fikir swasta . Tapi takpe skrg dah tukar UMT kan , so org dah takleh assume sbgy swasta lg hehe

Aliff Haikal said...

@faryzh Unitar tu binatang apa pulak ? hahahaha

Aliff Haikal said...

@Mr. K.A. Kahkahkah mana lah aku tahu wei nama kampung kau . kalau aku tahu aku publish siap mention ni kampung kau . hahahahhaa

Aliff Haikal said...

@Carl Lesmana hehe thanks :) haah , tapi super awesome ah satu negeri ada dua universiti tempatan ^^

Aliff Haikal said...

@-SUPERGIRL- kahkahkah idea yang bernas !

Aliff Haikal said...

@NIZAM haha betul tu wei ! yelah kau kan dah graduasi , so mesti lah lebih berpengelaman :) thanks broooo

Aliff Haikal said...

@Qila Nisa eh betul laa . maybe sebab dulu namanya KUSZA org inagt kolej swasta . AKu baru tahu tentang kweujudan nama kusza ni -.-

banyak sangat tukar nama wei

Aliff Haikal said...

@Noor Adibah Ni ibarat masuk lubang hidung kiri , keluar kot lubang hidung kanan dah . hehe ala takpe lah kak , tak amik port sangat pun . janji haikal dah dapat masuk u . kan ^^

Heyyy thanks kak Ibah . insyAllah ^^

Aliff Haikal said...

@Fadzlin Basir HAHAHA anyway thankyou :p

Aliff Haikal said...

@Alia Rahmat cehhh alia . amboihhh ! HAHAHA

terima kasih Alia ^^

Liyana Izzati said...

Haha. Tulah aku yang duk kat Kelantan ni selalu jugak kena tanya pasal unisza ni swasta ke tak. Haha. Saborr je lahh.

Elie Lily said...

kolej atau universiti mana pun kita dapat, yg penting tujuannya satu.. menimba ilmu.
dan nawaitu masuk universiti kena betul,.biarlah swasta atau kerajaan, yg penting kita tahu hala tuju kenapa kita dpt situ. kan?

All the best tau Haikal, Salam Ramadhan! :)

Ziyyad Fahmi said...

pape pun tahniah :)

SoLy SoLicious said...

oo... dlu2 pnah jugak dgr org citer unisza sblm 2, kusza half kjaan... xsure la btol k tdk... sy pun org tganu gak..

Anonymous said...

semoga berjaya hencek haikal, selamat berpusa :)

-CIKPENSIL- malas nak log in

puteri kasih said...

lepas ni semua orang tau ni universiti kerajaan..hehe

tahniah yer :)

Aliff Haikal said...

@Liyana Izzati lah yeke weh ? haha adehh apatah lg org dekat an

Aliff Haikal said...

@Elie Lily betul tu akak ! ^^ tak kisah lah swatsa ke kerajaan ke , kena belajar pandai2 :)

Thanks akak

Aliff Haikal said...

@SoLy SoLicious Dulu Kusza . baru tahu . hehe

Aliff Haikal said...

@Anonymous ehhh cik anon ni ! hehehehe :p thanks cik pensil :)

Aliff Haikal said...

@puteri kasih betul tu hehehe :")

Anonymous said...

PEH.. UNIZA

Unknown said...

salam,, course dlm unisza total diiktiraf mqa @ moa x? tolong berikan maklum balas..

Unknown said...

salam,, maaf nak tanya,, course2 kat unisza ni diiktiraf mqa@moa x? tolong berikan maklum balas anda..
1lagi,, course apa yang paling best kat unisza?? HR ok x? tolonglah berikan maklum balas anda sebb sy ni amt mmerlukan sokongan anda..

Aliff Haikal said...

@nurul izzati Wasalam. Ya semua course di Unisza ah diiktiraf oleh MQA dan telah disenarai sebagai Universiti awam setaraf dengan universiti2 yang lain seperti UKM, USM, UM etc.

Berkaitan kos yang paling best, saya taktahu sebab saya dalam bidang perakaunan. Ini semua atas dasar minat . :)