WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, April 30, 2012

TANAM ANGGUR KE TERNAK LEMAK ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

benar kata pujangga  SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN

kita berjumpa kerana Allah , maka kita berpisah juga kerana Allah 

actually mengambil masa yang agak lama nak mengupdate blog pasal ni sebab balik je dari kolej terus pergi kampung kat pulau pinang , kat sana laptop dengan internet memang ada , tapi entah mood nak mengarang tu tiba-tiba hidup segan mati takmau . haha lebih kurang macam tu lah kot :p

23.may.2011 tarikh aku rasa sebak gila nak tinggalkan kehidupan yang serba serbi indah kat johor , rasa macam taknak je masuk kolej ni sebab jauh sangat , okay bukan jauh sangat memang jauh walau dalam Malaysia . haha so first day mendaftar aku rasa macam kosong , yelah aku seriously first time hidup asrama , first time hidup jauh-jauh dengan keluarga and first time jumpa roomate orang asing . sort of tak kenal lah . haha so mula-mula tu rasa janggal and rasa macam ' nak balik boleh tak ? ' ' nak study kat KMJ boleh tak ? ' tapi Alhamdulillah aku bertahan jugak hidup kat sana selama setahun ^..^

26.april.2012 pulak tarikh keramat sebab dah kena tinggalkan kolej , heyyy rasa macam baru semalam je 23.may.2011 , rasa macam baru semalam je kenal dengan roomate , rasa macam baru semalam je hidup jejauh and jangan nak rasa macam baru semalam lah hencek haikal =..= tarikh tersebut last paper untuk final exam , paper ekonomi yang memang agak membunuh mood nak balik , tapi Alhamdulillah soalan dia tak susah mana semacam paper math . sakit hati je dengan soalan paper math . berserah pada takdir yang Maha Esa :"(


habis paper je terus keluar dewan sebab nak photoshoot dengan kawan-kawan buat kali terakhir , photoshoot dengan yang istimewa sebab lepas ni dah jarang jumpa , okay sangat >,< rasa sedih nak tinggalkan semua kenangan dekat kolej ni , tapi apakan daya , bukannya boleh bawak balik pun kolej tu letak sebelah rumah . kau ingat kau The Avengers ? haha tengah-tengah ambil gambar tu,tiba-tiba makcik call cakap dia dah nak sampai kat kolej , aku pun macam WHAT! , awal gila kot nak sampai . dengan keadaan barang tak kemas lagi and everything berterabur . aku apa lagi , berlari balik bilik . sumpah kelam kabut masa tu . makcik ambil awal sangat T..T tak sempat nak bergambar dengan kawan-kawan lain , Alhamdulillah sempat ambil dengan roomate tersayang dan jiran-mate tercinta :p 


nanti ada satu lagi cerita malang aku . stay tuned ........




pose ala-ala nak promote pintu gerbang kolej . okay kalau perlukan khidmat model tak hensem ni , sila Direct Message kat @HencekHaikal . haha #promotetwitternampak


Perlis pada pagi hari terakhir , serious kami sebilik bangun awal pagi tu , menikmati pagi terakhir kat perlis yang nyaman dan kehijauan :)



kalau nak tahu , kami gelar kucing ni sebagai ' PENJAGA BLOK C2 ( AL-BIRUNI ) ' sebab kucing ni setia menjaga blok kitorang tak kira masa . hairan betul kucing ni siap boleh beranak pinak kat blok kami , tapi kucing tetap teguh dan utuh setia di blog kami . kucing kebanggan blok c2 :) comel ke idak ?


half of class aku , assume ni perjumpaan terakhir kelas sambil makan-makan and sedih ada beberapa orang tak dapat join . sokay maybe mereka ada hal . Khairul Azwan siap sediakan beberapa anugerah untuk diberikan kepada setiap classmates beliau . sangat kreatif sebab aku tak terfikir pun nak buat macam tu sebagai tanda ingatan . syabas Kerol ! . aku dapat ' PERAMAH BUDDIE ' . peramah ke ? =..=



heart mereka :) ini lah roomates kesayangan aku , dari kiri Ahmad Muzammel , Muhfudli Sahli, Farisyah dan Aliff Haikal . ini kiranya aktiviti bersama untuk kali terakhir , kemas-kemas bilik , basuh apa yang patut , buang apa yang tak perlu , last-last kitorang main ping-pong . thanks sebab ajar aku main ping-pong . bukan senang nak ajar orang tak reti main ping-pong ni . HAHA sabar jelah :p


Ahmad Muzammel dan Farisyah :")



ini adalah scene di saat-saat terakhir sebelum paper ekonomi menerjah minda . sempat ambil gambar sebab rasanya waktu ni memang dah takkan kembali . lihatlah muka-muka suci pelajar kolej matrikulasi perlis yang diragui tahap kesuciannya . haha okay gurau je :)



 SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KAMI DAN BERILAH KEJAYAAN KEPADA KAMI . AMIN



who is she ? if you stalk me , then you will knew who  :p


bersama Syimir . nasib baik dia datang aras aku , sempat bergambar kalau tak memang tak sempat sebab rushing sangat 



Muhfudli Sahli , first roomate yang keluar dari bilik , cepat gila beliau nak balik . amboi tak sabar . kesian Ahmad Muzammel tak dapat nak peluk cium kau depp T..T
maaf kerana seksi >,<



Mohd Ariffuddin yang kami semua gelar sebagai Ebi Yus sebab muka dia mirip Ebi . HEhe memang kena kejar dengan parang lah kalau dia baca entry ni . Ahhh peduli apa , aku kat johor dia kat kedah ;p bytheway  dia lah orang pertama yang aku tegur waktu pendaftaran masuk kolej gara-gara aku tak bawak pen , Alhamdulillah bilik sebelah-sebelah je . Haha 



Khairul Nizam jiran bilik sebelah . satu roomate dengan Ebi Yus 


soalan cepumas . siapa lagi hensem ? Aliff ke Haikal ? HAHA joking muka aku penuh dengan kebahagiaan. Dari kiri tu seperti anda kenal Ebi Yus :p , Afiq Comel dan Najwa Letup . eh taklah nama dia Izdi Aqilah , muka dia iras Najwa Latif :)



bersyukur sebab dapat bergambar dengan artis-artis twitter . hehe kalau nak follow mereka pun boleh , apa salahnya :) @DyanaZmeera dan @Nia_Zahirah . terima kasih sebab layan peminat :p


ini semua adalah geng-geng twitter . kami bersembang di twitter , kami bincang tentang isu semasa,isu bukan semasa malahan isu basi pun kami bincangkan =..= @dyanazmeera , @Nia_zahirah , @HencekHaikal , @Zatyluvlianncez , @AkifAryan .

malunya bergambar dengar beliau sebab beliau hot di kolej . awww HAHA mengada ahh Aliff . hai zaty rambit yang comel :p


Zaty cakap : ' ahh muka dua-dua nak suci je ' 
Aku cakap : ' ehh memang suci okay ' 
JOM GELAK haha


Dyana Azmeera macam supermodel :)

kisah tragis ni lah yang aku nak ceritakan kat korang semua . macam mana boleh jadi macam ni sekali ? screen pecah kot . HAHA okay waktu tengah kemas-kemas barang semua nak packing masuk bag masuk kotak , henset ni tak habis-habis nak berbunyi , aku ni jenis cepat stress , seriously bila kau tengah kelam kabut packing barang lepas tu henset kau pulak asyik berdering je tak rasa macam menyirap ke ? so lepas tu aku memang panas masa tu aku baling henset ni atas lantai . untuk seketika aku puas . terus senyap phone tu . tapi berapa lama lepas tu aku check tengok balik handphone ni and hasil nya . menangis tak berlagu aku masa tu . rasa menyesal gila babeng pun ada . kenapa lah aku takboleh nak kawal marah aku . kenapa ? kenapa ? T..T so sekarang aku terpaksa guna satu phone je sementara nak dapatkan phone cekedis rm50+.nak cari yang murah macam henset tiga seposen tu,aku rasa baling pun at least tak berkecai macam phone ni kot . sekarang aku menyesal . haishh nasi dah jadi makanan ayam , nak buat macam mana .

dear katil . i will miss you :")

dear classmates . yeah i'll gonna miss all of you :")

hug KMP ketat-ketat LOL 
cuba cari aku kat situ , kalau siapa jumpa, aku bagi rm10 :p sekian terima kasih 


maka tamatlah sudah riwayat hidup seorang pelajar matrikulasi menjadi seorang penternak lemak dan tahi mata yang berjaya di rumah . Yahooooo rasa bebas . ehhh tak lah bebas sangat sebab bulan 9 dah sambung degree InsyaAllah :') doakan aku berjaya . doakan semua kawan-kawan aku berjaya . amin ya rabbal-alamin .

sebelum tamat membaca . tahukah anda bahawa SEGMEN ANJURAN BLOG INI MASIH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA . so mari lah ramai-ramai join SEGMEN:MY FIRST ENTRY IS AWESOME ! kerana akan ditawarkan hadiah yang lumayan ....... ayooooooo 

kalau suka entry ni , bolehlah like :)

26 komen:

move yah said...

eh2 katil aliff ade bantal busuk la ! cayalah brader :)))

dyanazmeera said...

haaaa. kantoi ada bantal busukkk !! eeiiuuu. btw, love this entry sebab ada gambar kita larrr. hahahaha

DRC said...

Tahniah dude...! anyway, good luck utk degree nanti...huhuhu... aku pun baru nak amek degree...

memang semua kenangan yang tercipta itu indah... dan semua yang kita ciptakan payah utk lenyapkan... lebih2 lagi kenangan pahit..huhuh :D

jal said...

woot2 ex KMPk datang melawat ex KMP... tahniah dah abis matrik.....

NIZAM said...

next phase, ur degree. gudluck ok. :)

selamat bercuti Alif Haikal. n smoga gak dpt result gempak2.

Aliff Haikal said...

@Nia zahirah :) itu bukan bantal busuk lahh . Tu bantak peluk-peluk . Hahahaaa

Aliff Haikal said...

@dyanazmeera haha dyana bukan bantal busuk lah . Bantal peluk2 je , haa kalau kita tak mintak nak bergambar haritu , mst gambar dyana takde kat sini kan . Hehe

Cikpijaaa said...

congrats sbb dh abs matrik. wahhh giler pjg n3 nie. erkk =,="

Btw, gud luck utk degree nnt ya ! ^^

hahaha. kantoi ! dh bsr2 ada bantal peluk lg :DD

miss secret said...

:)

Aliff Haikal said...

@DRceria goodluck jugak kat kau ! kita sama2 berjaya insyaAllah :")

Aliff Haikal said...

@jal haha thanks datang melawat :p

Aliff Haikal said...

@NIZAM amin ya rabbal alamin :)

Aliff Haikal said...

@CiK FizAhahahahhaa takleh peluk orang , peluk bantal pun jadi . tak berdosa :)

Aliff Haikal said...

@miss secretapa senyum2 :p

Shazwina said...

oh kalau matrik, abes terus buat degree? wah bestnya. kalau tak kena buat dip, ijazah baru degree kn ?

Aliff Haikal said...

@Shazwina haah . matrik kira diploma :)

ehh ijazah sama dnegan degree . hehe

EMYR ASHRAFF said...

jealous ngan gamba last tuh...
haha..(*joking)
cerianyer sume org..patot r alep bahagia..

move yah said...

haha ok2 :) dah peluk2 lame2 jadi busuk - Bantal Busuk ALiff Haikal :D

mirahashime said...

eh eh , kite nampak ade bantal peluk la :D dibagi or bawak ? hehehe

Aliff Haikal said...

@ameerul ashraf haha semua ceria , best :)

Aliff Haikal said...

@Nia zahirah :) haha setiap hari letak pewnagi . so jadinya bantal wangi :p

Aliff Haikal said...

@mirahashime haha nampak kan ? :p dibawak lah :p

Unknown said...

HENCEK HAIKAL BAK sepuluh ringgit! dah nampak hecek haikal kat situ.. haha ;D

Anonymous said...

Sweet blog! I found it while browsing on Yahoo
News. Do you have any tips on how to get listed in
Yahoo News? I've been trying for a while but I never seem to get there! Thank you
Also see my web page > Paralegals

Anonymous said...

Since the admin of this web site is working, no hesitation very quickly
it will be famous, due to its quality contents.
My website article

Anonymous said...

delivers the latest breaking dirt and communication on the latest apex stories, rise above, proprietorship, entertainment, diplomacy, and more. For in-depth coverage
oczyszczanie
[url=http://oczyszczanie-organizmu.com.pl]oczyszczanie[/url]