WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, May 21, 2011

FALLING IN MISS YOU

MENGHITUNG HARI
DETIK DEMI DETIK

kihkihkih
nak feeling krisdayanti je kan . puih . haha
okay lah dah taknak post-post yang feeling sambil berlinang air mata masa nak menaip
tak tahan dengar kutukan orang cakap aku gembeng
semakin diterangkan , semakin melalut orang-orang tu mengutuk
so what ? :p

hari ni menaip dengan penuh bangga depan ahli saudara mara dekat pulau pinang
cehh konon ah bangga ada blogspot ! puih lagi . haha
actually nak cakap aku dah sampai kampung halaman tapi nak kena ada bunga-bunga kannn
so macam tak best pulak kan dari johor bertolak pukul 12 tengah malam
memang feel nak tidur je lah kannnnnnn
lepas tu kan di tambah dengan stuff aku yang tak macam nak lari rumah
tak sempit pulak kan sampai terpaksa tindih beg atas kaki
HAHA
well its just once . lepas ni lapang lah kereta dah hantar aku masuk matriks

aku bersyukur sangat sebab line internet dekat kampung aku not so bad lah
so aku memang akan online ah dopolohpatjam habaq hang . HAHA

weh weh lusa kan aku dah masuk kan so kan korang kan tak kan rindu kan aku kan ke ?
sila lempang mulut masing-masing . HAHA
hari ni kawan-kawan aku yang pergi UiTM dah daftar
bermulalah episode ORIENTASI yang menggerikan . HAHA
selamat dibuli yea kawan-kawan . aku selalu merindui kamu orang
:')

kepada yang maybe akan rindukan aku
aku takboleh nak buat apa selainkan suruh korang tataplah puas-puas gambar aku kat Fb tu
HAHAHA

Kbai

Friday, May 20, 2011

BYE-BYE AND SEE U AGAIN

  1. Bilik akan jadi kucar-kacir sebab adik-adik akan buat taman mainan
  2. Kucing aku mesti muram sebab tuan dia dah takde
  3. Parents tak bising lepas ni sebab takde orang online sampai pukul 3pagi
  4. Adik bongsu tidur dengan abang dia sorang je sebab tiga-tiga abang dia dah takde
  5. Akak dah tak payah bising-bising marah suruh buang sampah
  6. Milo takkan habis dalam seminggu
  7. Takde orang nak nyanyi hari-hari
  8. Takpayah nak berebut tengok bola dengan akademi fantasia lagi
  9. Adik-adik kena belajar buat milo sendiri lepas ni
  10. Akak takpayah bergaduh nak online lagi dah
  11. Rumah akan bergelap pukul 12 tengah malam sebab takde orang nak stay sampai 3pagi
  12. Ayah kena kunci semua pintu pagar
  13. Kucing nanti dah jarang kena mandi

cukup lah . banyak sangat dah air mata ni

Thursday, May 19, 2011

LELAKI PUN ADA PERASAAN . HIHI

ASSALAMMUALAIKUM

hari ni alhamdulillah termakbul jugak hasrat nak tengok cerita nur kasih the movie ni
even hasrat nak tengok dalam pukul 12 tengah hari
but ada masalah sikit lastly tengok pukul 2.30 petang
okay aku duduk sorang-sorang tengok cerita ni sebab kawan yang plan nak tengok sama-sama datang lambat . T_T
kisah apa aku duduk sorang-sorang sebab tak perlu nak cover rasa sedih . HAHA

baiklah bagi aku . peribadi ya
masa permulaan cerita ni agak memboringkan sikit tapi biasalah awal-awal nya kan
cuma part sedih gila bila anak aidil rindukan umi ( ayu raudhah ) dia . rasa sayu je tengok memek muka anak dia . good expression !
then part-part yang bagi aku WOW pun tak banyak sangat
lepas tu masa part klimaks pheh aku memang feel gila ah beb
masa pertengahan agak berlinang air mata aku kat kelopak mata bila nampak ketulusan cinta antara adam dengan nur
macam-macam dugaan yang dorang tempuh sampaikan satu masa adam berputus asa untuk hidup
kat situ air mata aku agak nak tumpah then aku pun makan lah pop corn taknak bagi dia berjurai . HAHA so itu lah kebaikan tengok sorang-sorang , feel lebih kan .
lepas tu ada watak seseorang yang berjubah hitam asyik memerhatikan pergerakan nur
dari situ penonton akan tertanya siapa watak berjubah hitam tu
and apa sebenarnya yang diperhatikan
so better aku rasa korang tengok sendiri lah and rasa kan apa yang aku rasakan ni
tak syok ah bila bagitau kat sini then korang dah tahu jalan cerita dia kan
HIHI
lepas tu dengan kombinasi lagu-lagu yang memang kena dengan babak dalam cerita ni
antara lagu ost yang dimasukkan ialah TANPAMU-HELENA ft SABHI SADDI , BERTEMU CINTA-MILA JIRIN , NUR KASIH-YASSIN ....
aku paling sedih lagu TANPAMU . sob sob T.T

dari cerita ni , dia mengajar kita untuk tidak pernah berputus asa dengan dugaan yang ALLAH turunkan kepada kita kerana itu tandanya TUHAN sayang akan kita
selain tu , cerita ni pun mengajar erti sebenar kasih sayang dan kesetiaan seseorang kepada yang dicintainya ;') sunggu terharu aku tengok cerita ni

kesimpulannya : CERITA NI SANGAT BOMBASTIC :)
good job kabir bakhtia and pelakon-pelakon nur kasih the movie ~!

Wednesday, May 18, 2011

DAH NAK SIAP LAH . KEMON


pejam celik pejam celik dah 18 haribulan 5 kan hari ni
lagi 4 hari je lagi nak menjengah 23 haribulan 5 iaitu hari aku mendaftar matrikulasi
wow siapa cakap tak cuak bebeh
4 hari tu kau tidur makan tidur makan tup tup dah 23 kan
actually masa ni sekejap je cuma depends on themselves untuk guna kan waktu yang ada sebaik yang mungkin
seminggu terakhir ini aku agak busy sebab nak buat preparation
HAHA aku suka lah buat last-last minute ni
kalau awal minute aku memang rasa malas gila nak buat sebab errr ntah lah
tapi okay what aku buat last minute at least aku dah listkan barang yang perlu dilakukan semua tu
so semalam aku ajak parents aku shopping baju kemeja,seluar slack,barang peribadi,iron baju,baju berkolar dengan seluar track
then hari ni aku ajak sambung shopping lagi . HAHA
beli jug kettle,setem hasil duapuluh ringgit,ambil gambar passport duapuluh keping,beli kasut sukan dengan barang-barang lain lah
aku agak-agak dalam seribu jugak lah parents aku spend money untuk semua ni
aku cakap kat parents aku ' PERKARA BIASALAH TU ' . HEHE . konghaja betul aku kan :P
then ada lah sikit-sikit barang peribadi yang belum aku beli lagi macam pencuci muka dan bla-bla-bla
urmm dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dilengkapi pun FULLY aku siapkan tadi
pergi sekolah kejap pagi tadi nak minta pengesahan tuan pengetua
alhamdulillah semua dah settle . sekarang just focus untuk packing dan benda-benda kecil yang belum aku beli lagi
inshaALLAH lusa aku gerak pergi utara
WELCOME TO BURLESQUE UTARA ! hihihi

ini baru sikit beb . HAHA

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN . CIKGU


hari ni tiba-tiba tergerak hati nak menaip entry pasal cikgu aku ni
HAHA
hey so what? takpe lah kalau awak-awak taknak baca
kita tak suruh pun awak-awak baca ;'( * ayat !* HAHA
hari ini macam biasa online facebook sebelum sebulan takboleh nak online :P
then terpandang ' BIRTHDAYS ' tepi kanan home facebook
OMG today is my teacher birthday lah !
so cepat-cepat buka profile cikgu then wish kat page dia
errrr agak macam nak skema ke tak nak ek wish kat cikgu
last-last buat macam biasa je lah , alaa cikgu ni jiwa remaja . HIHI

ingat lagi moment-moment masa sekolah dulu
lagi-lagi masa kitorang satu kelas plan nak buat suprise party kat cikgu aku ni
agak dua hari tak silap plan nak bagi betul-betul menjadi suprise
hari yang di nanti-nanti pun datang
masa tu aku sebagai si tukang ambil gambar pun dah ready nak snap moment terkujat cikgu aku bila cakap ' SUPRISE !'
kitorang sekelas jadikan seorang member ni sebagai umpan cikgu aku nak masuk kelas
masa ni kitorang buat dah habis waktu sekolah and masa tu ada kelas tambahan subject sains
kena sangat lah masa tu sebab cikgu aku ni ajar sains so kitorang curi-curi masa dia buat party ni
agak suka sebab kalau boleh taknak belajar pun hari tu . HAHA kantoi :P
berbalik kepada umpan yang aku maksudkan tu
kitorang suruh si umpan ni konon pengsan dalam kelas and sekumpulan budak perempuan bergegas jumpa cikgu aku nak cakap pasal benda ni
apa lagi punya kelam kabut cikgu aku naik tingkat tiga dari bilik guru kat tingkat bawah
masa tu memang semua orang duduk bawah meja and bagi orang-orang yang tertentu je buat lakonan .
tak sangka pulak kan lakonan dorang menjadi lagi-lagi masa dorang jerit ' IJA , SEDAR IJA , BANGUN IJA '
masuk jea cikgu aku dalam keadaan yang sangat kelam kabut kitorang sekelas jerit ' SUPRISE !'
waktu tu dapat tengok muka terkejut cikgu aku yang agak errrr hodoh . HIHI
mula-mula cikgu macam nak marah tau , tapi lepas dah cakap ' HAPPY BIRTHDAY '
terus hilang mood nak marah cikgu aku
so lepas dah kecoh-kecoh bagi ucapan waktu makan pulak
gila ah taknak banyak pulak kan makanan yang dibawa . HAHA
tapi lepas dah habis party tu cikgu suruh juga masuk kelas belajar
HAHA so nak taknak kena masuk ah gak kan even masa tu macam dah malas sebab perut dah kenyang

memang happening gilos ah masa tu
teringat balik moment-moment macam tu
so rasa macam berharga gila segala aktiviti yang kita buat kat sekolah dulu
even sekarang dah habis sekolah rasa macam nak pergi je sekolah belajar macam dulu-dulu
HIHI
apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY cikgu asheeq !
jangan lupa kan kitorang tau , kalau lupa kitorang buat lagi kejam suprise party untuk cikgu nanti :P :P
and and tak lupa kirim salam sayang kitorang semua kat bekas cikgu yang pernah mengajar kitorang masa sekolah dulu .
cikgu ! doakan kitorang berjaya dalam hidup dan cerah masa depan . AMIN :)






Monday, May 16, 2011

CIKGU , SAYA NAK PERGI TOILET

ASSALAMMUALAIKUM

betapa mulianya status seorang guru di mata dunia
sehingga kan 16/5/20++ telah dijadikan hari guru
kita patut bersyukur dengan adanya guru , kita dapat mengecapi kejayaan di dunia ini
sedar tak tanpa pengorbanan seorang guru , tanpa usaha penat lelah guru
kita takkan berjaya seperti apa yang kita miliki sekarang
sungguh besar pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa
tapi
hairan kan zaman sekarang ni
sanggup ada yang menendang cikgu,memaki cikgu walhal cikgu tu menegur untuk kebaikan
apa lah salah ucapkan ' saya minta maaf cikgu '
pasti lembut hati cikgu tu
bukan dengan cara berkasar dengan guru
sungguh berdosa kalau perlakuan tu dilakukan kerana guru dimuliakan oleh ALLAH
tak rasa menyesal ke ? bersalah ?
bila dah gagal dalam hidup
guru yang dipersalahkan
tak pernah nak fikir kesilapan yang dilakukan

aku sendiri bersyukur kerana hasil didikan dari guru-guru yang mengajar aku
sampai jugak aku ke menara gading bila aku dapat tawaran matrikulasi
bagi aku cikgu aku dah boleh senyum bila tengok tanggungjawab dia telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin
melihat anak didik dia akan memijak kaki ke salah satu institut pengajian tinggi
TERIMA KASIH CIKGU . SAYA SAYANG CIKGU

aku dulu anak askar , so memang lumrah lah bila kena posting tempat
HIHI
so banyak juga sekolah yang aku belajar
aku rasa tu lah pengalaman yang paling aku suka
mana taknya , dapat kenal lebih ramai kawan

TASKI AS.SAADAH,SABAH
sekolah aku mula-mula sekali
masa ni umur baru 5 tahun
dulu aku duduk sabah
best gila dapat berkawan dengan orang sabah bha . haha

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM LOK KAWI,SABAH
darjah 1 sampai darjah tiga
ingat lagi pergi sekolah naik 'bas' sekolah yang sebenarnya truck askar
HAHA
beratur setiap kali nak naik , bila dah naik masing-masing main kat belakang truck tu
seronok sangat !
teringat lagi masa darjah 1 aku terberak dalam seluar
HAHA malu gilosss !

SEKOLAH KEBANGSAAN GENTING BALIK PULAU,PULAU PINANG
darjah dua
masa ni ada masalah sikit so terpaksa balik sekolah kat kampung
lepas tu darjah tiga sambung balik sekolah kat sabah
HAHA
paham tak ? :P

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JANA,PERAK
darjah tiga aku sekolah kat sabah sekejap je dalam sebulan tak silap
then ayah aku kena transfer pergi perak then aku pun bersekolah kat sana
first time pergi sekolah betul-betul naik bas sekolah
HAHA !

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR T6,JOHOR
darjah 4 aku mula bersekolah kat johor sampai darjah 6
masa ni tak silap aku ayah aku dah nak pencen askar

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6,JOHOR
form1 sampai form5 aku stay kat sini
jadi anak johor pulak ah
HAHA
ayah aku pencen masa aku form berapa tah , aku tak ingat
so ayah aku suruh stay je kat johor
payah lah nak pindah randah lagi
last-last sampai sekarang kitorang stay kat johor
maybe akan selama-lamanya

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
coming soon ! hahahahaha !

so how ?
banyak kan sekolah aku . HAHA
actually aku tak berapa ingat sangat kejadian-kejadia yang berlaku masa kecik-kecik dulu
malas ah nak kelentong korang . HAHA :p

SELAMAT HARI GURU
SAYA SAYANG CIKGU!
kbai

Sunday, May 15, 2011

JANGAN TENGOK RAMAI-RAMAI . HAHA

psst : JANGAN TENGOK RAMAI-RAMAI 19/5/2011 . HIHI


siapa nak tengok cerita ni cer angkat tangan macam awokkk !

bagus !
haha
beb seriously tengok je trailer cerita ni aku dapat rasakan filem ni mesti MALATOPS!
tengok je lah dia punya drama yang berjelar tu pun orang sanggup tengok sampai habis
ini kan pula filem yang cuma sejam dua jam

aku memang nak tengok cerita ni !
cuma aku fikir sempat ke nak tengok 19 hari bulan ni sebab mesti orang berebut beli tiket
silap-silap hari bulan dalam mimpi je lah aku terbayangkan cerita ni
HMMM korang rasa korang pergi tengok tak cerita ni ?
HIHI
aku dah nak gerak keluar dari johor 20/5/2011 sehari lepas dia tayangkan
sangat berharap dapat tengok !

korang nak tengok tak ? ? ?

SINOPSIS

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.

NAK TAHU KESUDAHAN DIA ? TENGOK KAT PAWAGAM OKAYYYY . BYE

Saturday, May 14, 2011

TIME TO BANGUN LAH


cer tengok cer tengok
bilangan orang yang jenguk blog aku pun boleh kira guna jari tangan dengan jari kaki
gilaaa menjunam siot
aku taktahu lah nak buat cemana kan nak tambahkan orang datang kat sini
HIHI
haihh blog aku ni tak lah superb sangat untuk orang datang
bila lah aku nak set mind ' blog aku superb ! '
damn .
opsss lupa nak bagitahu yang minggu depan mesti bersarang blog ni
ekhem ekhem tahu-tahu je lah . *kening-kening*

seronok tengok kejayaan kawan aku yang semakin hari semakin ligat tangan dia menaip
memang aku akui kamu yang paling okay
duh duh itu lagu mas idayu ! HAHA
blog dia makin hari makin superb
caya lah lu brader ! :D

Friday, May 13, 2011

DETIK DEMI DETIK

ASSALAMMUALAIKUM

akhirnya blogspot telah kembali seperti sediakala
hambik kau semua orang sumpah seranah bila takboleh nak log in blog
rilex der ~! cer istighfar . HUHU now dah okay cer say ALHAMDULILLAH
lepas ni pulun ah reramai post blog kannn ?
haha

menghitung hari
detik demi detik
huh motif sangat menghitung bagai . HAHA
yeah it true okay
aku menghitung hari je ni nak pergi berambus dari johor. ayat kanmain eh
23 may dah nak dekat kan
minggu depan je
so dalam seminggu ni aku busy dengan preparation untuk matrikulasi
macam-macam perkara nak kena buat
isi borang , jumpa ketua kampung , jumpa tok kadi , beli barang keperluan
it all use what ? M O N E Y !
hoyeahhhhhh , no money no talk lah . HAHA
and you know what
kat sana nanti aku akan melalui kehidupan terkurung , menjadi budak skema
ohmaigodddd !
HAHA
selamat menempuh alam baru ye ALIFF HAIKAL
so segala dunia modern , glemer , enjoy kena tinggal kan jauh-jauh lah sebab kat sana nanti aku akan struggle study
fuyooooo , jangan main-main dengan saya tau . :P

lepas ni jarang lah aku update blog ni
arghhhhh !
takpe , focus on study dulu
mana tau tiba-tiba ayah aku cakap ' kau bawak lah notebook ayah ni pergi matriks '
HAHAHA
just wait that time bebeh !

kbai

Wednesday, May 11, 2011

KUALA LUMPUR


ASSALAMMUALAIKUM

hello semua !
walaweyh lama gila kan aku tak update blog ni
gilaaa memang lama dalam seminggu kot
ye lah kan aku duk sibuk bercuti dekat kl
mana ingat nak update blog . HUHU
ayat kejam sangat

hello hello kopiko milo
aku baru je lepas balik dari bercuti kat KEY ALL ( kl )
memang tak terkata seronoknya dapat pergi macam-macam tempat
memang have fun gilaaaa ! :)
terima kasih fazil dan pacat atas trip to kl yang sangat menyeronokkan
do u know ?
tak semua artis suka bergambar dengan peminat
so kepada peminat yang pernah bergambar dengan artis tak perlu nak bangga artis tu suka gambar dengan kau
the fact is .........
so plastic smile

PAVILION

KLCC

seronok dapat tengok budak-budak AF9 depan mata
gambar failed upload . shit -,-'