WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, November 10, 2012

CARA-CARA MENGHADAPI BILL CELCOM YANG GILA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bapak banyak bill celcom aku, padahal aku tak pakai pun. Rentetan dari Kisah entry ini [ TEKAN ] dan [ TEKAN ] , ramai actually yang dah terkena dan tanya aku macam mana nak handle benda ni . Boleh refer kat comment form . So, ni nak buat entry pasal bill celcom melambung tapi kita tak pakai pun .

Seperti yang korang sedia maklum, aku dah ditipu oleh beberapa agen celcom kononnya dorang menawarkan sim-kad percuma dan bodoh bahalolnya aku boleh percaya dengan kata-kata mereka (tambahan aku kena ugut, ciskedis betul). Dan daripada kejadian ini, secara langsungnya aku dah dapat bala bencana daripada permasalahan ini. Boleh rujuk entry tersebut.

Apa aku buat nak handle bill celcom tiba-tiba datang rumah ni? 

FIRST

aku cool . Aku relax. Bagitau kat mak dengan bapak . Cerita kat dorang dari A sampai lah Z. Bagi dorang tahu cerita yang sebenar sebab takut-takut nanti ada orang yang kena belasah dengan ayah korang. hihi

SECOND

Once dah dapat bill celcom tu, apa lagi pergilah cari celcom center yang berdekatan dengan tempat kediaman anda. Tanyakan kepada mereka tentang masalah ini. Kalau ada bukti,iaitu SIMKAD yang masih belum digunakan, jangan segan silu tunjuk depan dorang. At least, kita ada bukti mengatakan yang kita tak guna pun simkad tu. OK? Tapi kalau dah terguna pun, tunjuk je . Kalau nasib korang baik mungkin dorang akan dengar cerita korang. Kalau tak, sorry to say lah. hihi make sure cerita pasti mahu yang SASPEN ya.

THIRD

Pihak celcom center akan mengambil keterangan korang dan korang kena lah cerita dari A sampai Z seperti yang korang ceritakan kat makbapak korang. Bagi dorang tahu dan faham situasi korang camne. Then, dorang akan suruh korang buat report polis pasal benda ni. Kalau korang jenis yang nak let go masalah ini, korang boleh lah bayar ikut amaun yang tertera dan kes akan selesai tanpa perlu buat report polis. Tapi, aku takkan bayar se-sen pun untuk celcom ni dan apa aku buat? Aku ikut procedure yang celcom center akan arahkan. Pergi buat report polis. 

FOURTH

Untuk report polis, korang kena jugak cerita benda yang sama korang cerita kat makbapak korang dan celcom center tersebut. Jangan ada penokokan tambahan cerita, takut nanti maklumat orang celcom dapat lain, report polis lain. Nanti susah. Lepas dah buat report semua, korang boleh bagi salinan report tersebut kepada pihak celcom center yang korang pergi tadi. Mereka akan simpan report tersebut untuk kegunaan syarikat. Masa aku kena haritu, benda ni nak setel memerlukan masa selama TIGA BULAN. so nak taknak kenalah tunggu selama tiga bulan untuk kes ni selesai. Sekarang pun macam terombang ambing lagi kes aku ni. Tapi takpe, at least aku takyah bayar se-sen pun kat celcom ni, gila apa buta-buta dapat duit dari kita. hihi So sekarang aku pun macam tak dengar apa-apa pasal kes ni. Selesai mungkin? InsyaAllah . Nanti aku update lain

FIFTH

Simpan segala bukti yang ada dan tunggu sehingga surat dari celcom suruh korang buat apa. Bagi yang nak let go masalah ni, boleh lah bayar. So korang takyah buat apa-apa tindakan :)

Actually, ada kesan tau dari apa yang berlaku ni. Haritu aku nak pergi buat broadband untuk kegunaan masuk U. Then bila semak IC aku untuk pendaftaran, aku ada hutang lagi RM sekian sekian yang ada kena mengena dengan bill celcom tu. So, permohonan nak buat broadband aku pun tergendala sehingga aku bayar hutang tersebut. Aku pun tak amik port sangat, aku guna IC abang aku je. So sekarang broadband takboleh nak daftar atas masalah ni. Tapi aku taktahu lah kesan-kesan lain yang terjadi dari permasalahan ini.

Jadi

Nasihat aku, Jangan pernah tergoda dengan hasutan kroni-kroni syaitan  ni bila ada yang menawarkan sim-kad percuma. Itu semua TIPU! Jadi, better pergi beli sim-kad kat kedai-kedai telekomunikasi yang ada kat Malaysia ni. Banyak kan? IC pun jangan sesekali bagi kat orang. Itu paling penting

Thanks baca ! :) Share kalau bermanfaat 

21 komen:

Hafiz Hafizol said...

haha. rajin la ko naik turun mahkamah. eh. ak ni bz mmg xde masa nak wat report ape semua tu. then makan masa.then aku byk lgi keje lain nk buat drp mikir masalah nie. then ak malas dah layan surat2 bodoh yg smpai kat umah aku then mak aku call aku sbb bimbg pasal takut aku naik mahkamah haha. then lgkah mudah aku bayar jela senang. settle semua. anggap ini sbagai 1 pengajaran berguna lepasnie x payah dah layan promoter yg duk pomot no tepi-tepi jalan tu. nonsense. benci. penipu.

Nway, all the best la. kagum jugak ngan kegigihan n pendirian ko tu x ramai org yg boleh buat camtu. haha. semoga ko berjaya la then x da lagi promoter yg mengarut meniaga no kat tepi-tepi jalan. kbai. Assalamualaikum. :)

Unknown said...

abang saya pun pernah kena jugak .
tapi dia dah buat report pun ^_^

Anonymous said...

chemay guna no maxis je.
dari zaman form2 dulu sampai ke sekarang.
dah 6tahun dah guna no yang sama je.
senanggg
takde masalah pun haaa
:)

محمد رازيق said...

beli simkad kat kedai. hehe

-meeSUPERGIRL- said...

nanti cerita pulak dekat tok hakim ap yg awk cte dekat makbapak, celcom cntre, balai polis. ok setttttt ...

Aisyah Az said...

tahniah atas kejayaan hencek haikal menyelesaikan masalah ni. hehe . Kroni-kroni syaitan ni slalu bersepah kalau ada fair or event ape2. *nyampah* rasa nak hempuk je segerombolan kroni tu.

Unknown said...

lepas sudah buat report, pi cerita dengan dengan kawan kawan sekelas, apa yang korang cerita dengan makbapak, celcom centre, blaipolis. jgn ada tokok tambah , nanti kena baling guna selipar jepun.

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol thanks pijol untuk krangan ini :)

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil bagus :)

Aliff Haikal said...

@chemay hmm kan :(

Aliff Haikal said...

@محمد رازيق kedai yang bertauliah

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- lepastu citer pulak kat Perdana Menteri mcm ape yg awk cerita kat tok hakim,makbapak,celcom centre dan balai polis. haha

Aliff Haikal said...

@Nur Aisyah Lee JOM !

Aliff Haikal said...

@Shasha Yacob haha ayat nganjing

hnahdy said...

cm rumit je..

Mira Ayu said...

assalamualaikum.
Nak tnya, kan lepas dah buat report & dah bagi report tu dkt celcom, still dpt tak surat bill dari celcom?
Ada dapat surat saman tak dri celcom jugak?
Or lepas dah buat report polis tu, celcom dah tak hntar smua surat2 tu?

Mira Ayu said...

Btw, mmg akan naik mahkamah ke kalau buat report polis?

Unknown said...

salam,,,then sekarang sume dah sette ? kita pon baru kena ni..esok baru nk pergi celcom centre..

DibbleFloW said...

Assalamualaikum
Kepada mereka-mereka yang terlalu sayangkan diri mereka, suka manjakan diri mereka dengan mengambil jalan mudah x mau penatkan diri sendiri untuk berfikir, untuk mengambil tindakan sebagai pengguna, yang rasa BANYAK DUIT UNTUK BAYAR...silakan BAYAR JER BIL OVERCHARGE yang sampai kat anda.
kepada mereka yang sebenarnya sedar akan hak mereka sebagai pengguna dan paling penting sekali sedar akan hak mereka sebagai manusia yang masih hidup dimuka bumi ini (hak untuk tidak dizalimi) silakan FIGHT UNTUK DIRI ANDA. FIGHT UNTUK JUSTICE.
sekali terkena, saya mengambil jalan untuk memanjakan diri-sendiri, MALAS nak fikir panjang, MALAS nak buat report, MALAS nak amik tahu setiap bit penggunaan data yang sampai beratus tu dan sememangnya tekad dan nekad yang kejadian x akan berulang. dan akhirnya... x sampai beberapa bulan kemudian, muncul lagi kerenah bil yang sama. Kali ni x sampai seminggu pakai, mobile data pun saya rajin on/off, on bila pakai, off balik bila x pakai, habis seminggu, terima message talian disekat x lama kemudian terima bil RM200.00++.
Duit makan pun x sampai RM 200.00 sebulan, ni kena tipu
Kalu pihak Celcom x mampu bagi setiap butiran penggunaan internet (setiap bit), saya tertanya-tanya macammanala mereka kira bill internet tu sebenarnya.
Dah bertahun isu nie berterusan, x der inisiatif untuk mengatasi masalah ejen menipula, masalah system coding la(byk penipuan berkait duit berjuta-juta di media, sila search), atau x der inisiatif pun untuk improve celcom' punya service..rupanya disebabkan orang2 macam saya ni la yang X KISAH BAYAR, YAKIN X KAN BERULANG lagi kejadian yang sama. Orang macam saya ni la, yang x segan2 BUAT MUKA MAMPU BAYAR bil beratus, X KISAH PUN NAK BAYAR BIL BERATUS..tanpa memikirkan nilai duit tu bila digunakan secara baik
kepada mereka2 yang rasa Celcom ini yang terbaik service, tahniah..anda/mereka2 yang anda kisah/kasihi belum menjadi mangsa.. kepada mereka yang terkena, please2 ambil tindakan sebetulnya. ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK. ANDA ADA HAK UNTUK TIDAK DIZALIMI!!!

Unknown said...

Saya baru terkena, nak register postpaid for the fist time in my life, tetibe diorang cakap saya ada blacklist celcom. Bil tertunggak.padahal tak pernah langsung pakai celcom. Call centre tanya bila punya bill mereka x boleh bagitahu, sbb dah lama sangat katanya. Apa perlu saya buat??

Mazlee said...

Sy pernah pakai celcom bill,pertama bayar 77 ringgit lepas tu,bayar 140,dua kali bayar 140,lepas tu internet mati data dah takada,so tiba2 celcom center call suruh bayar tungakan 200 lebih..sy dah cakap dah tak guna celcom tu....lepas tu datang lagi call skrng da 585 siap ada sen lagi...lepas tu dtg surat...naik pening aku...da berapa lama tak guna tapi masih ada caj d kenakan...bingung dengan celcom ni