ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Sebabkan UniSZA buat konvo hari ahad ni, jadi aku ambil keputusan untuk balik ke Kluang sebab dapat cuti Jumaat,Sabtu dan Ahad. Nawaitu balik pun takde apa sangat, nak settlekan tentang pinjaman untuk Yayasan Pelajaran Johor yang nak kena pantas,cekap dan teliti nih. Ceh lepasni bukan anak emas PTPTN lah ye :p
Beli tiket khamis malam dan sampai Jumaat pagi. Lepas solat jumaat je terus pergi LHDN nak pergi matikan setem hasil. Nasib baik balik hari jumaat, tak tutup lagi
Haruslah kalau aku dah balik, orang pertama yang tanya pasal kejadian ragut tu mesti dan semestinya mak aku. Punya lah risau sungguh dia dengan keadaan aku kat Terengganu tu. Tapi since dah balik siap makan kopok lekor depan mata dia, Alhamdulillah lega sikit hati mak aku. Adakah aku ni patut digelar sebagai 'Anak Mak'? Ceh memang anak mak pun. Muehehe =B Anak bapak sekali pun boleh
Hilang beban sikit harung sorang-sorang benda ni (even ada roommate dan classmates) bila cerita detail kat mak aku. Siap cakap
''Mak tak marah pun hilang handphone tu''
Mak aku cuma kesal sikit lah dengan kejadian yang berlaku tu, maklumlah benda dalam kampus kan. Tapi mak aku chill je sebab benda dah berlaku. kan ? :)
Lepas pergi matikan setem tu , terus pergi celcom center nak renew number. Kena charge RM10 tapi takpe sebab tengok baki dalam akaun no tu ada RM4.00 lagi. HAHA Alhamdulillah, ingatkan dah RM0.00 rupanya ada lagi baki. Perlu ke aku cakap peragut tu baik? Haruslah tidak. Cis
Malam tu pulak, bapak aku balik dari kerja terus dia jumpa aku. Amboi prihatin dan rindunye terhadap anak beliau ni. HAHA macam biasa, benda yang sama. Yang syoknye , bapak aku ni pakai sony android so aku pun belek-belek lah phone bapak aku tu, boleh bapak aku cakap ''Nak pakai lah phone bapak tu, phone nokia hang bagi bapak pakai'' Amboi terus orang cakap Tuah ayam nampak kat kaki,Tuah manusia bapak sendiri yang bagitau . Aku tak ambil pun, dahlah hilang henset mahal lepastu nak menyusahkan bapak kau lagi, takke rasa macam anak yang errrr Taknak ah :D
Bytheway nak cakap yang kucing-kucing aku dah makin sihat dan makin gemuks. Lagi-lagi anak-anak Ninie yang makin comel dan makin menjadi dewasa. Entah bila nak dewasa pun aku taktahu perihal kucing-kucing ni. HAHA Tadi bagi mandi tiga-tiga ekor tu dan masing-masing dah wangi lepastu lepas lah dorang dari sangkar, memang habislah bau balik. Takpe, bau kucing kan best dihidu. Bhahaha =D
Kehidupan kat U makin tough. Yes aku admit benda tu. Aku pun still tunggang langgang lagi schedule sebab still tak manage dengan betul-betul assignment yang ada. Memang banyak kaw-kaw lah assignment lecturer bagi, pandai-pandai ah korang manage benda tu, jangan jadi cam aku sudah. Stress je memanjang. HOHO
Ada apa-apa lagi tak nak cerita ek?
Belek-belek kamera, jumpa gambar ni. Kenangan :)
Selamat membaca
18 komen:
Dugaan semua ni Alep..
Kena banyak sabar..
Dahsyat jugak aq bace citer ko ni..
ehhh . kucing hencek haikal tak takut air ke ? haha
sape dlm gambar tu ? adik ?
semua tu ujian dari Allah .. assgmnt , hilang fon .. ujian .. tp tgk, awk masih ad ibu, ayh, kwn2 ... jgn smpai kehilangan mereka :)
gambar tu, haikal kah? hehe
haha. takpelah bro.. tak ada rezeki namanya tu.. takpe, yang paling penting nyawa. yang paling penting ko selamat. chill k. hehehe. sekarang ni, ko kena mula cari awek kat sana.hahaha.tiba2 je kan
konpom laa ibubapa orang pertama yang risau dulu. lepastu baru diikuti dengan makwe. hehe ==' hang balik kluang ka alip ? aku ada kawan dari sana. classmates aku. nama dia Isyraq. kenai dak ? HAHAHA -.-
Harap ko bersabar dan ni adalah dugaan dan mana tahu suatu hari nanti kita dpt sesuatu yg lebih baik dari skrng.... :-)
Harap ko sabar dan ni semua adalah dugaan... Mana tahu satu hari nanti kita dpt sesuatu yg lebih baik dari skrng... :-)
simpan elok2 gambar tu. erk.. maksudnya gambar hanset tu.
@Ameerul Ashraf first time dalam sejarah Unisza :")
@Cik Pensil takut lah. habis dicakarnye dinding bagai! hehehe
haah , adik :")
@-meeSUPERGIRL- Allahuakbar ! :"(
@Elie Lily Eh taklah kak, tu gambar adik :")
@boni kacak yelahkan boni, umur pun dah makin meningkat. awek cun ramai woo. memang muslimah dan sempurna nak buat bakal isteri. hehehe
@Hakimy Zamri awek? hahahaha
Israq? budak mana ? sekolah kmana? haha
@AIMAN HAQIMIE InsyaAllah :")
@hnahdy hehehhee ok :)
errkkkx tau nak cakap pe...n'way gud luck n sorry baru ari neh dapat jenguk...huhuhhh!!!
Post a Comment