ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
benar kata pujangga SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN
kita berjumpa kerana Allah , maka kita berpisah juga kerana Allah
actually mengambil masa yang agak lama nak mengupdate blog pasal ni sebab balik je dari kolej terus pergi kampung kat pulau pinang , kat sana laptop dengan internet memang ada , tapi entah mood nak mengarang tu tiba-tiba hidup segan mati takmau . haha lebih kurang macam tu lah kot :p
23.may.2011 tarikh aku rasa sebak gila nak tinggalkan kehidupan yang serba serbi indah kat johor , rasa macam taknak je masuk kolej ni sebab jauh sangat , okay bukan jauh sangat memang jauh walau dalam Malaysia . haha so first day mendaftar aku rasa macam kosong , yelah aku seriously first time hidup asrama , first time hidup jauh-jauh dengan keluarga and first time jumpa roomate orang asing . sort of tak kenal lah . haha so mula-mula tu rasa janggal and rasa macam ' nak balik boleh tak ? ' ' nak study kat KMJ boleh tak ? ' tapi Alhamdulillah aku bertahan jugak hidup kat sana selama setahun ^..^
26.april.2012 pulak tarikh keramat sebab dah kena tinggalkan kolej , heyyy rasa macam baru semalam je 23.may.2011 , rasa macam baru semalam je kenal dengan roomate , rasa macam baru semalam je hidup jejauh and jangan nak rasa macam baru semalam lah hencek haikal =..= tarikh tersebut last paper untuk final exam , paper ekonomi yang memang agak membunuh mood nak balik , tapi Alhamdulillah soalan dia tak susah mana semacam paper math . sakit hati je dengan soalan paper math . berserah pada takdir yang Maha Esa :"(
habis paper je terus keluar dewan sebab
nak photoshoot dengan kawan-kawan buat kali terakhir , photoshoot dengan yang
istimewa sebab lepas ni dah jarang jumpa , okay sangat >,< rasa sedih nak
tinggalkan semua kenangan dekat kolej ni , tapi apakan daya , bukannya boleh
bawak balik pun kolej tu letak sebelah rumah . kau ingat kau The Avengers ?
haha tengah-tengah ambil gambar tu,tiba-tiba makcik call cakap dia dah nak
sampai kat kolej , aku pun macam WHAT! , awal gila kot nak sampai . dengan
keadaan barang tak kemas lagi and everything berterabur . aku apa lagi ,
berlari balik bilik . sumpah kelam kabut masa tu . makcik ambil awal sangat
T..T tak sempat nak bergambar dengan kawan-kawan lain , Alhamdulillah sempat
ambil dengan roomate tersayang dan jiran-mate tercinta :p
nanti ada satu lagi cerita malang aku .
stay tuned ........
pose ala-ala nak
promote pintu gerbang kolej . okay kalau perlukan khidmat model tak hensem ni ,
sila Direct Message kat @HencekHaikal . haha #promotetwitternampak
Perlis pada pagi
hari terakhir , serious kami sebilik bangun awal pagi tu , menikmati pagi
terakhir kat perlis yang nyaman dan kehijauan :)
kalau nak tahu , kami gelar kucing ni
sebagai ' PENJAGA BLOK C2 ( AL-BIRUNI ) ' sebab kucing ni setia menjaga blok
kitorang tak kira masa . hairan betul kucing ni siap boleh beranak pinak kat
blok kami , tapi kucing tetap teguh dan utuh setia di blog kami . kucing
kebanggan blok c2 :) comel ke idak ?
half of class aku
, assume ni perjumpaan terakhir kelas sambil makan-makan and sedih ada beberapa
orang tak dapat join . sokay maybe mereka ada hal . Khairul Azwan siap sediakan
beberapa anugerah untuk diberikan kepada setiap classmates beliau . sangat
kreatif sebab aku tak terfikir pun nak buat macam tu sebagai tanda ingatan .
syabas Kerol ! . aku dapat ' PERAMAH BUDDIE ' . peramah ke ? =..=
heart mereka :)
ini lah roomates kesayangan aku , dari kiri Ahmad Muzammel , Muhfudli Sahli, Farisyah
dan Aliff Haikal . ini kiranya aktiviti bersama untuk kali terakhir ,
kemas-kemas bilik , basuh apa yang patut , buang apa yang tak perlu , last-last
kitorang main ping-pong . thanks sebab ajar aku main ping-pong . bukan senang
nak ajar orang tak reti main ping-pong ni . HAHA sabar jelah :p
Ahmad Muzammel dan Farisyah :")
ini adalah scene
di saat-saat terakhir sebelum paper ekonomi menerjah minda . sempat ambil
gambar sebab rasanya waktu ni memang dah takkan kembali . lihatlah muka-muka
suci pelajar kolej matrikulasi perlis yang diragui tahap kesuciannya . haha
okay gurau je :)
SEMOGA ALLAH
PERMUDAHKAN URUSAN KAMI DAN BERILAH KEJAYAAN KEPADA KAMI . AMIN
who is she ? if
you stalk me , then you will knew who :p
bersama Syimir . nasib baik dia datang
aras aku , sempat bergambar kalau tak memang tak sempat sebab rushing
sangat
Muhfudli Sahli , first roomate yang keluar
dari bilik , cepat gila beliau nak balik . amboi tak sabar . kesian Ahmad
Muzammel tak dapat nak peluk cium kau depp T..T
maaf kerana seksi >,<
maaf kerana seksi >,<
Mohd Ariffuddin yang kami semua gelar
sebagai Ebi Yus sebab muka dia mirip Ebi . HEhe memang kena kejar dengan parang
lah kalau dia baca entry ni . Ahhh peduli apa , aku kat johor dia kat kedah ;p
bytheway dia lah orang pertama yang aku tegur waktu pendaftaran masuk
kolej gara-gara aku tak bawak pen , Alhamdulillah bilik sebelah-sebelah je .
Haha
Khairul Nizam jiran bilik sebelah . satu roomate dengan Ebi Yus
soalan cepumas .
siapa lagi hensem ? Aliff ke Haikal ? HAHA joking muka aku penuh dengan
kebahagiaan. Dari kiri tu seperti anda kenal Ebi Yus :p , Afiq Comel dan Najwa
Letup . eh taklah nama dia Izdi Aqilah , muka dia iras Najwa Latif :)
bersyukur sebab dapat bergambar dengan artis-artis twitter . hehe kalau nak follow mereka pun boleh , apa salahnya :) @DyanaZmeera dan @Nia_Zahirah . terima kasih sebab layan peminat :p
ini semua adalah geng-geng twitter . kami bersembang di twitter , kami bincang tentang isu semasa,isu bukan semasa malahan isu basi pun kami bincangkan =..= @dyanazmeera , @Nia_zahirah , @HencekHaikal , @Zatyluvlianncez , @AkifAryan .
malunya bergambar dengar beliau sebab beliau hot di kolej . awww HAHA mengada ahh Aliff . hai zaty rambit yang comel :p
Zaty cakap : ' ahh muka dua-dua nak suci je '
Aku cakap : ' ehh memang suci okay '
JOM GELAK haha
Dyana Azmeera macam supermodel :)
kisah tragis ni lah yang aku nak ceritakan kat korang semua . macam mana boleh jadi macam ni sekali ? screen pecah kot . HAHA okay waktu tengah kemas-kemas barang semua nak packing masuk bag masuk kotak , henset ni tak habis-habis nak berbunyi , aku ni jenis cepat stress , seriously bila kau tengah kelam kabut packing barang lepas tu henset kau pulak asyik berdering je tak rasa macam menyirap ke ? so lepas tu aku memang panas masa tu aku baling henset ni atas lantai . untuk seketika aku puas . terus senyap phone tu . tapi berapa lama lepas tu aku check tengok balik handphone ni and hasil nya . menangis tak berlagu aku masa tu . rasa menyesal gila babeng pun ada . kenapa lah aku takboleh nak kawal marah aku . kenapa ? kenapa ? T..T so sekarang aku terpaksa guna satu phone je sementara nak dapatkan phone cekedis rm50+.nak cari yang murah macam henset tiga seposen tu,aku rasa baling pun at least tak berkecai macam phone ni kot . sekarang aku menyesal . haishh nasi dah jadi makanan ayam , nak buat macam mana .
dear katil . i will miss you :")
dear classmates . yeah i'll gonna miss all of you :")
hug KMP ketat-ketat LOL
cuba cari aku kat situ , kalau siapa jumpa, aku bagi rm10 :p sekian terima kasih
maka tamatlah sudah riwayat hidup seorang pelajar matrikulasi menjadi seorang penternak lemak dan tahi mata yang berjaya di rumah . Yahooooo rasa bebas . ehhh tak lah bebas sangat sebab bulan 9 dah sambung degree InsyaAllah :') doakan aku berjaya . doakan semua kawan-kawan aku berjaya . amin ya rabbal-alamin .
sebelum tamat membaca . tahukah anda bahawa SEGMEN ANJURAN BLOG INI MASIH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA . so mari lah ramai-ramai join SEGMEN:MY FIRST ENTRY IS AWESOME ! kerana akan ditawarkan hadiah yang lumayan ....... ayooooooo